Aku suka dengan seorang wanita tapi depan orang ramai dia h1na dan ejek aku. Sehinggalah satu hari, dia ajak aku jadi teman lelaki

Aku bukan lelaki yang handsome, aku berbadan kecik. Memang dari kecil aku memang selalu dijadikan bahan ejekkan. Miskin. Depan kawan – kawan, Ita cakap dia sanggup tak kahwin dari bercinta dengan aku..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Yan. (Bukan nama sebenar) Aku nak ceritakan kisah aku semas kerja di JB dulu. Aku tinggal di hostel company. Ramai perkerja yang tinggal di hostel company itu. Tapi semuanya bujang la.

Kebanyakan bukan orang Malaysia. Orang yang merantau sama seperti aku. Hostel perempuan ada juga ada tidak jauh dari hostel tempat aku tinggal. Perempuan juga sama hanya yang tidak bawa keluarga saja yang di benarkan tinggal di hostel.

Aku bukan lelaki yang handsome, aku berbadan kecik dan hanya aku seorang yang tidak punya teman wanita. Pada satu hari seorang kawan ajak aku pergi ikut mereka untuk sambut ulang tahun teman wanitanya di mall. Pada mulanya aku tidak mahu. Tapi kawan aku tu nak aku ikut juga.

Akhirnya setelah dipujuk aku pun ikut juga. Sampai di mall kami pun masuk KFC. Aku duduk di kerusi agak jauh dari mereka kerana aku malu. Sebenarnya sepanjang perjalanan aku jadi bahan usikan dan ejekan kawan – kawan.

Ada saja bahan untuk mereka ketawakan aku, aku pula hanya mampu diam. Semasa mereka order makanan, mereka langsung tak order untuk aku. Jadi aku order sendiri je lah. Memang dari kecil aku memang selalu dijadikan bahan ejekkan orang kerana aku datang dari keluarga yang miskin dan aku anak yang terakhir dari lima orang adik beradik.

Ayah hanya petani saja. Itu pun hasil apa yang ayah dapat tidak sedikit saja, bergantung dengan musim. Kakak aku semuanya sudah ada keluarga sendiri. Ok kembali kepada cerita aku yang masih di mall. Sebenarnya aku suka dengan seorang wanita yang umurnya lebih muda dari aku.

Nama dia Ita (bukan nama sebenar) tapi semestinya aku tak berani mendekati dia. Aku takut dimaIukan depan orang ramai. Tidak lama kemudian, kawan aku ajak aku join mereka duduk sekali. Mula – mula aku tolak tapi mereka p4ksa jugak aku. “Jomlah duduk sama satu meja,” dia tarik tangan aku. Aku ikut.

Setelah aku duduk mereka terus bagitahu Ita, yang aku suka dia. Terus Ita kata. “Sorry ya, aku tak nak. Aku rela aku bujang sampai ke tua. Takpe la ye. Dari pada aku dengan dia.” Aku diam saja. Sejak dari itu mereka sem4kin teruk ejek aku.

Dan selepas peristiwa itu aku hanya fikir untuk cari duit saja. Aku hanya makan nasi dan telur je. Mestu ada yang tanya? Tak bosan ke makan nasi dengan telur? Mestilah bosan tapi aku p4ksa jugak diri sebab aku nak simpan duit.

Aku hanya guna rm250 dari gaji aku untuk beli barang keperluan, selebihnya aku simpan. Dua tahun lebih selepas itu, masa tu aku dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Aku nampak Ita duduk seorang diri dan nangis pegang  HP dia.

Aku tak berani datang tanya dia kenapa. Sebab aku masih ingat kata – kata dia waktu di KFC. Jadi aku hanya lihat saja dari jauh dan terus berjalan. Tiba – tiba Ita berlari datang dekat aku dan tanya aku datang dari mana? “Baru habis kerja ke.”

Aku angguk saja. “Yan boleh tolong aku tak?”  Terus aku kata,”Laa kamu kan ada teman lelaki. Jadi kamu minta lah bantuan dari dia” Ita diam. “Jadi kamu tak nak bantu aku.” Aku cakap dekat Ita.”Kenapa nak merajuk?”… (Marah)

Aku teruskan berjalan. Ita cakap, “Aku dah putus sama dia. Dia dah tak boleh bantu aku. Ibu aku s4kit. Aku perIukan duit untuk bawa ibu ke rumah s4kit. Aku perIukan 10 juta (rupiah) untuk pembedahan ibu. Aku hentikan langkah aku dan aku teringat ibu aku yang baru beberapa bulan yang lalu meninggaI. Air mata aku jatuh ingatkan ibu.

Aku tanya? “bila kamu perIukan wang itu?” Ita jawab. “Sekarang!” Aku dan Ita terus pergi ke tempat kiriman wang. Selesai je kami kirim duit ke kampung Ita, dia terus peIuk aku dan menangis. Dia kata dia rela berikan apa saja yang aku nak. Pasti semua pembaca tau apa maksud Ita.

Tapi aku bukan laki – laki yang suka ambil kesempatan dari kesulitan orang lain. Mulai dari hari itu dia selalu whatsapp aku tapi aku jarang baIas. Meskipun aku jarang baIas whatsapp dia tapi Ita tidak bosan whatsapp aku. Dia selalu video call aku, kadang – kadang aku jawab tapi lebih banyak yang aku tidak jawab.

Kadang – kadang dia datang ke tempat aku hantar makanan yang dia sudah masak. Dan selalu ajak aku keluar tapi aku masih takut dengan kata – kata dia waktu di KFC. Satu hari Ita ajak aku jalan jalan ke mall. Mall yang sama dia pernah h1na aku.

Yang dia sanggup hidup sendirian sampai ke tua. Ita bawa aku makan di KFC yang sama dan duduk di kerusi dan meja yang sama. Ita katakan kini dia sangat menyesal dengan apa yang dia dah cakap dekat aku. Aku hanya diam je.

Ita ajak aku menjadi teman lelaki dia, tapi aku katakan pada Ita. “Lebih baik berteman dulu, kita lihat kedepannya kita macam mana. Kalau memang kita jodoh, pasti satu hari nanti kita akan bersama.” Habis makan kami jalan – jalan di mall.

Setelah aku dekat sama Ita, ramai yang nak berkawan dengan aku. Aku tak tau kenapa. Saat ini aku dan Ita tidak lagi kerja di johor. Aku dan Ita sama – sama berhenti kerja dan pulang ke jawa setelah 11 tahun berkerja di Johor.

Aku ingin ucapkan terima kasih Malaysia sebab kerja di Johor lah,  aku boleh buat rumah dan beli kend3raan. Sebelum aku kirimkan luahan ini, aku dah minta izin dari Ita. Apa dia benarkan atau tidak. Ita juga ada upload kisah kami ini di FB dia.

Sampai sekarang aku dan Ita masih berteman baik. Namun aku tidak tau apakah dia jodoh aku atau bukan. Kami hampir tiap minggu berjumpa. Kampung Ita tidak terlalu jauh dari kampung aku. Sekarang aku tengah bersedih sebab ayah aku baru sahaja meninggaI dunia.

Dalam keadaan sedih ni, aku selalu rindukan Ita. Tapi aku sehabis mungkin sembunyikan dari Ita. Aku tak nak Ita tau aku rindukan dia. Biarkan waktu tentukan semuanya. Aku nak dia yang katakannya. Bukan aku. Di sini aku ingin katakan pada semuanya.

Andai ada yang mengejek dan cuba jatuhkan kamu, jangan dibaIas dengan kata – kata. Kerana bila dibaIas dengan kata – kata yang tidak benar, itu hanya akan menambahkan s4kit pada diri. Sebaiknya baIaslah kata – kata mereka itu dengan doa yang baik dan maafkan mereka.

Buktikan pada mereka kamu adalah yang terbaik dari yang lain. Buktikan kamu tidak seperti apa yang mereka katakan. Hanya itu caranya. Dari yang bernama Yan (bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.