Aku surirumah, suami pulak kedekut, mak mertua benci sebab aku tak kerja. Baru ni kawan ajak aku keluar sebab suami dia bagi duit 10k. Aku cemburu..

Bila balik rumah mertua, aku dan anak – anak dilayan macam kain buruk sebab mak mertua kata aku membebankan. Suami pulak jenis kedekut, dapat bonus tapi rm50 pun tak hulur dekat aku. Kawan aku surirumah jugak, tapi dia cerita, dia yang pegang gaji suami. Duit bonus pun suami dia bagi sampai 10K. Aku cemburu..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin. Percayalah, bila aku sedang menaip confession ni, berkali – kali aku menyeka dan mengelap air mata yang tak putus – putus mengalir dari tadi. Takdir yang tak baik terlalu banyak tertulis dalam hidup aku.

Di tika kawan – kawan sebaya sedang bergembira bersama suami dan anak – anak, aku tiap – tiap hari hanya mampu memikirkan nasib diri yang serba tak kena. Aku berusia awal 30-an. Anak dua, suami bekerja di sektor awam tapi gaji hanya sekadar cukup makan.

Aku mempunyai kedua ibu ayah yang uzur, tak sihat. Aku perlu menjaga ibu ayah aku, kerana aku tak bekerja. Adik beradik ramai tinggal berdekatan, tapi tanggungjawab dilepaskan kepada aku semata – mata. Aku sayang ibu ayah aku, tapi aku jadi tak ikhlas kerana adik beradik tak bertanggungjawab.

Aku penat mental dan fizikal. Nak keluar tak boleh senang lenang macam orang lain. Perlu ada orang lain baru aku boleh keluar. Aku demam, penat atau tak sihat, tetap kena masak. Aku cemburu pada kawan – kawan sebaya aku, yang duduk sendiri.

Hari malas masak, tak payah masak. Hari cuti, boleh bangun lewat. Tak bagi aku, cuti atau tak, keadaan sama. Mertua aku tak suka aku sebab aku tak kerja. Dianggap menyusahkan anak dia. Bila balik rumah mertua, aku dan anak – anak dilayan macam kain buruk.

Suami aku tak percayakan aku bila aku bercerita perihal ibunya, kerana bila depan suami aku, ibu mertua aku baik sangat – sangat. Suami aku pula jenis anak emak. Apa – apa keputusan semua terletak pada ibu dia. Nak beli sofa, kereta semua dia tanya pendapat mak dia. Aku seperti tunggul, ya lah sebab aku tak kerja.

Suami aku juga jenis kedekut dan sangat berkira. Nafkah makan minum dia bagi secukupnya, cuma untuk lain – lain dia tak bagi. Kalau dia dapat duit bonus, dia tak pernah hulur dekat aku walau lima puluh ringgit. Baju dalam aku dah lusuh pun dia tak belikan.

Pernah suami aku dapat duit tunggakan yang banyak, aku minta seratus ringgit, dia cuma bagi lima puluh ringgit. Suami aku juga culas membantu aku buat kerja rumah. Semua aku buat seorang. Dari basuh baju, melipat baju, basuh pinggan, memasak, mandikan anak, semua aku.

Suami aku hanya baring main telefon. Bila aku minta tolong, memang sampai sudah takkan buat. Pakaian anak – anak tak kira raya atau basahan, semua aku beli sendiri. Aku kumpul duit. Suami aku kedekut, dia suruh pakai baju yang dah lusuh, singkat.

Aku tak sampai hati tengok anak – anak aku pakai baju macam tu. Tak apa aku pakai yang buruk, asalkan anak aku pakai elok. Bila anak aku nak makan sedap – sedap pun, aku guna duit yang aku kumpul. Bila minta dengan suami, dia kata jangan manjakan anak sangat. Padahal bukan selalu. Sebulan sekali takkan tak mampu.

Aku cemburu pada kawan – kawan aku. Punyai mak ayah yang sihat, kawan – kawan aku siap boleh tinggalkan anak – anak mereka pada mak ayah mereka ketika pergi kerja. Kawan – kawan aku masih boleh berebut nak balik rumah mak, sebab nak merasa masakan mak.

Kawan – kawan aku juga punyai suami yang baik. Gaji lima ribu lebih, semua serahkan pada kawan aku. Kawan aku juga tak bekerja, tapi hidup bagai permaisuri. Duit suami dia yang kawal. Suami balik kerja, urusan rumah tangga terus diserahkan kepada suami.

Kawan aku punyai anak empat orang kecil – kecil, tapi dia masih ada masa untuk diri sendiri. Sebab suami dia rajin bantu dia jaga anak, dan buat kerja rumah. Berbanding aku yang hanya anak dua orang ni, selagi anak tak tidur, selagi tu tiada masa untuk diri aku.

Bulan lepas, lagi beberapa minggu dah nak raya, duit aku dah nak habis belikan persiapan raya anak – anak dan diri aku. Dalam bank ada dalam seratus ringgit. Termenung panjang fikirkan nak tunggu hujung bulan. Fikiran tak keruan. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah semoga dimudahkan rezeki aku. Aku mengaji. Aku dekatkan diri dengan Allah.

Selesai beribadat, masuk notifikasi WhatsApp dari kawan aku. Dia mesej aku, dia ajak keluar membeli – belah esok, sebab KWSP suami dia dah masuk. Suami dia berikan sepuluh ribu ringgit semua kepada dia. Air mata aku laju mengalir. Sungguh aku cemburu.

Betapa murahnya rezeki orang, mudahnya kehidupan orang. Dikurniakan mak ayah yang sihat, suami yang baik, duit berkepuk, nikmat apa lagi yang kau dustakan. Mata aku bengkak kerana menangis. Sungguh aku kecewa, terdetik terasa hati dengan Allah. Kenapa hidup aku begitu susah ya Allah. Kenapa kawan aku begitu senang hidup dia. Padahal dia juga suri rumah seperti aku.

Hidup aku tak tenang. Hari – hari berper4ng dengan perasaan. Penat mental fizikal, berper4ng dengan kewangan. Allah. Malam – malam tidur tak lena, memikirkan tugas hari esok yang sudah terselit rapi. Aku hanya ingin hidup normal seperti orang lain. Hari malas tak payah masak, hari cuti boleh bangun lambat. Hari gaji, suami bagi duit berkepuk. Aku tahu semua tu hanya mimpi. Mungkin sampai tua aku harus begini. Memendam rasa, menyimpan air mata.

Ulasan Pembaca :

Defi Nurfita : Pernah dengar tak ada sesetengah orang rasa gembira bila nampak orang lain susah? Boleh jadi kawan awak tu salah satunya. Tak payah berkawan. Buang. Jika masa cuti kerja bagi anak-anak dekat dia. Suruh bawa jalan anak – anak biar dia rasa penatnya jadi kamu.

Pasal saud4ra – saud4ra kamu tu bincang macam mana nak bergilir jaga mak ayah. Kalau tak nak jaga, kumpul duit berapa kena bagi sebulan. Semoga Allah membalas semua yang kamu lakukan dengan kebahagiaan dunia dan akhirat. Rasa syukur yang luas dan tak berpenghujung. PeIuk dari jauh.

Dian Hamzah : Kawan awak t0ksik, jangan kawan dengan dia. Suami awak t0ksik, fikir sendiri nak buat apa. Mertua awak t0ksik, tu sebab anak dia t0ksik. Adik beradik awak t0ksik, tapi tu keluarga awak, kena cakap sendiri. Sebab awak ni di tengah – tengah manusia t0ksik, tu sebab pemikiran awak jadi t0ksik. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak dan anak – anak. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :