
Rupanya setiap hari diorang akan bergayut di tempat kerja berjam – jam, selama 4 jam pun ada. Pergi tengok wayang, dia pergi dekat satu kawasan sunyi, berdekatan dengan rumah abang ipar aku…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Aku dan suami berumur 34 tahun. Sebelum berkahwin aku bekerja dalam bidang pemetaan ud4ra. Umur hampir 30 baru nak kahwin. Sekarang perkahwinan masuk 5 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan 3 tahun.
Aku berhenti bekerja 3 bulan lepas kahwin dan menjadi suri rumah sehingga sekarang. Dari awal perkahwinan sehingga sekarang dia tak pernah culas dalam nafkah dari segi zahir dan batin. Duit belanja untuk aku sahaja dia akan bank in bulan bulan.
Makanan, skin care, baju aku, semua keperluan untuk diri aku semua duit dia. Duit yang dia bagi aku bulan bulan aku simpan separuh. Separuh aku belanja untuk keperluan dia walaupun dia tak minta dan untuk diri sendiri serta anak. Dia kadang – kadang rajin menolong aku sapu lantai, basuh baju, buang sampah. Perfect husband orang cakap.
Dan semua orang melihat kebahagiaan kami dan kawan – kawan aku kata beruntung dapat suami macam laki kau, dia memang nampak sangat sangat sayang kat kau. Aku berasa amat bersyukur. Aku teringin mempunyai anak seramai yang mungkin. Walaupun berbelas belas anak ya aku teringin anak ramai.
Semasa aku mengandung 5 bulan, per4ngai dia berubah. Tapi nafkah duit masih lagi tiptop tak pernah culas sehingga sekarang. Dia asyik mencari salah aku secara tiba – tiba dan melayan aku dingin. Kadang – kadang seperti aku ni patung dalam rumah. Dia mula jaga badan, pergi gym, hiking, buat 6 packs.
Depan orang dia layan aku perfect tapi bila berdua dia layan aku acuh tak acuh. Ketika mengandung aku perlukan perhatian dia tapi lain hal yang berlaku. Aku tak pernah halang dia nak pergi melepak dengan kawan – kawan. Keadaan berterusan selama 3 bulan. Tak bercakap, hanya bercakap yang penting penting sahaja. Keadaan berubah 180 darjah. Aku menangis setiap hari.
Dia balik rumah, buat muka bengis dia dan tak bertegur langsung. Apa salah aku. Birthday aku, ketika tu Ramadan, aku masak dan tunggu dia di rumah mengharapkan untuk sambut birthday aku, dia call cakap berbuka dengan rakan sekerja dan aku pun ok saja walaupun aku tahu bukan rakan sekerja.
Masa birthday aku tu. Sedih aku. Aku mula buat solat tahajud dan solat hajat minta Allah beri petunjuk. Setelah beberapa malam solat, aku buka handphone dia selepas sahur selepas solat subuh. Dia tidur ketika tu. Ada satu WhatsApp dari nombor nama lelaki wish “morning, sayang”, tapi perbualan sebelum sebelum tu dia dah delete habis.
Aku terus call nombor tu dan itu adalah perempuan. Bagai nak tercabut jantung aku. Aku k3jut laki aku nangis – nangis tanya siapa dia, laki aku cuma cakap awak check fon saya ya. Aku penat menangis sepanjang mengandung. Tapi apakan daya.
Waktu laki aku pergi kerja, aku call perempuan tu, bertanyakan segala – galanya. Dia minta maaf dia tak tahu laki aku dah berkahwin. Rupanya setiap hari diorang akan bergayut di tempat kerja berjam – jam, selama 4 jam pun ada. Pergi tengok wayang, pergi rumah rakit abang ipar aku yang sunyi tak ada orang, pergi lunch sama – sama, dan waktu birthday aku dia berbuka dengan perempuan tu.
Aku banyak kali cakap dengan laki aku, aku teringin hiking di satu bukit di sini, tapi dia pergi hiking dengan perempuan tu. Dan bermacam – macam lagi. Aku di rumah diabaikan ketika mengandung, sedangkan dia di luar bersama perempuan lain. Allah, luluhnya jantung aku.
Untuk mencari ketenangan, aku pergi hiking di bukit yang sama bertemankan seorang anak saud4ra ketika aku pregnant 6 bulan. Sejak kantoi laki aku kembali normal, sayangkan aku sangat – sangat seperti dulu – dulu. Layanan kembali tiptop. Aku maafkan kesalahan laki aku. Dan aku dengan perempuan tu menjadi kawan.
Sekarang umur anak aku nak masuk 3 tahun. Puasa baru – baru ni dia kembali mencari salah salah aku dan melayan aku buruk kembali serta menjaga badan. Situasi berulang. Aku check handphone dia, dan ya dia ada perempuan lain. Aku call perempuan tu, dan rupanya mereka kenal di TIKTOK. Perempuan tu minta maaf dan kami berkawan.
Laki aku macam biasa, dah kantoi per4ngai kembali normal. Tapi bezanya sekarang aku kurang menangis, dan aku tak buat solat hajat serta tahajud untuk suami aku. Sebab aku sudah taw4r hati. Minggu lepas aku check bil laki aku, rupanya mereka masih lagi berhubung. Perempuan tu kaki sondol dan laki aku masih dengan perempuan tu.
Aku pernah pm ustazah terkenal, tanya di messenger bertanyakan apa perlu aku buat dalam perkahwinan aku yang begini tapi tak dilayan walaupun dia sudah baca mesej aku. Ingin pergi ke pejabat agama, kereta pun suami aku pakai pergi kerja.
Aku ingin minta cerai kerana aku sudah sampai limit. Aku jadi taw4r hati sangat – sangat. Taw4r setaw4r – taw4rnya. Dan bagi aku cukuplah seorang anak bersama dia. Oleh kerana aku tak nak dah ada anak dengan dia, setiap kali lepas bersama aku cepat – cepat bangun, basuh dan mandi dengan harapan aku tak mengandung anak dia lagi.
Soalan aku di sini berd0sa besarkah isteri meminta cerai dalam situasi yang begini. Dan berilah komen yang membina untuk aku. Mungkin pada semua masalah aku kecil, tapi ia amat besar bagi aku. Terima kasih kerana membaca.
Ulasan pembaca :
Cik Puan AyishAira : Sis dah boleh cari kerja dan perlahan – lahan bina kerjaya. Orang laki ni bukan kata tak bekerja. Bila dia rasa dia mampu dari semua aspek, especially kita yang berg4ntung pada mereka, mereka mula la nak buat per4ngai. Biar kita ada duit dan independent sikit. At least kalau sesuatu jadi, kita dah tahu cara nak move.
Kayra Harun : Lama mengalah demi menyelamatkan rumah tangga. Lama mengalah demi kepentingan anak – anak. Itulah peng0rbanan yang terbesar seorang wanita yang mampu melupakan naluri seorang isteri demi naluri seorang ibu. Manusia menilai tu tempoh “keb0dohan” menurut pandangan mata insan yang serba lemah.
Tapi percayalah tak ada usaha yang sia – sia di sisi Allah. Yang terbaik akan datang pada masa yang tepat. Itu percaturan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui hati kita sebab hati kita dalam genggaman Dia. Kalau dah rasa taw4r hati sangat, itu maknanya tarikh luput dah sampai. Hati kita dah redha untuk melepaskan. Spesies ni lepaskan saja dekat hutan. Situ habitat dia. Berpesta la di sana.
AdamAmani Arissa : Sedih pula aku baca. Berk0rban untuk abdi diri jadi suri rumah, k0rbankan kerjaya, tapi diambil kesempatan ketika isteri full time dekat rumah dan pregnant. Semoga sis tabah untuk hadapi. Sekali curang mungkin itu kesilapan, tapi kalau dah lebih 2 atau 3 kali, tu pilihan.
Dan payah nak ubah kalau dah jadi tabiat untuk mencari keseronokan cara tu. Tanya la dalam hati, sebab orang lain tak ada dalam kehidupan sis. Yang rasa dan hadapi sis, jadi sis yang tahu mana yang terbaik untuk diri sis dan anak. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.