Aku tahu anak murid bawa barang terlarang, aku ugvt nak report. Tak sempat report, guru besar dah depan kelas

Semua cikgu str3ss bila masuk kelas 5B. Bila cikgu mengajar dorang main, bersembang. Satu hari masa aku sedang mengajar, semua buat tak tahu, sibuk main. Aku geram dan ugvt nak bagitahu guru besar sebab dorang ada bawa benda terlarang. Tiba – tiba memang guru besar ada depan kelas. Semua pelajar  dah tak senang duduk.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ni cikgu ganti je. Cikgu sementara, sebab ade gantikan guru – guru lain yang bersalin. Masa mula – mula masuk kelas aku memang tak reti nak mengajar. Aku tak pandai nak control kelas sebab ramai budak – budak.

Aku ni bukan tak biasa dengan budak – budak. Tapi sepupu – sepupu aku yang kecik ade dalam 3 4 orang je. Ni 30 orang dalam satu  kelas. Pening aku tengok. Masa mula – mula aku jadi cikgu ganti, aku kene masuk kelas darjah 1, alahai stuck aku. Ramainya budak kecik – kecik.

Bila tengok cikgu baru masuk. Mula –  mula diorang diamlah. Lepas tengok cikgu ni tak berapa nak garang mulalah diaorang sembang, lawan pemadam. Cikgu ni garang tau. Garang sangat. Hehe. Tapi masa tu nak garang pun tak reti, sebab budak ramai sangat.

Sudahnya hari tu aku terp4ksa cerita kisah Upin Ipin yang masa Upin Ipin dan rakan – rakan kena buat pementasan tu. Yang serigala dan penggembala kambing. Seronok la aku buat musical masa tu. Masa habis waktu, dan waktu rehat, budak – budak kelas aku keluar kelas sambil nyanyi ramai – ramai “ tolong, tolong, ada serigala di sini, tolong, tolong, selamatkan biri – biri – Serigala, serigala. Mana? Mana? Mari kita tolong.”

Allahu. Diorang pulak buat musical. Tapi lepas tu bila aku masuk kelas, diorang boleh dengar arahan dan buat kerja yang aku bagi. Permintaan untuk bercerita pun meningkat. Tapi tak boleh selalu la, aku takut kalau kerap sangat bercerita nanti diaorang rasa bosan dan tak menarik dah. Nanti tak sempat nak cover silibus.

Masalah berlaku bila aku kena masuk kelas darjah 5B. Kelas 5A okay dan tiada masalah, sebab kelas pertama kan, murid baik – baik je dengar cakap. Kelas 5B ni dengan buku tulis tak bawa, buku teks tak bawa. Makan dalam kelas. Main dalam kelas.

Jadi inisiatif aku supaya diorang tiada alasan tak bawak buku tulis, setiap kali kelas, aku akan kutip dan simpan buku diorang. Aku akan serahkan buku pada hari yang aku masuk mengajar, dan kutip sebelum kelas berakhir.

Dah siap kerja baru boleh rehat. Syukur sebab kelas 5B waktu aku tamat sebelum rehat. Mulanya aku agak str3ss bila kena masuk darjah 5B. Sebenarnya diorang ni baik, ramah dan rajin. Dia punya ramah tu sampai tak nak buat kerja.

Kalau cikgu mintak tolong angkat kerusi, memang geng 5B yang akan jadi sukarela. Jujurnya, aku lebih tertarik untuk mendekati pelajar – pelajar 5B, walaupun pada mulanya str3ss. Rupa – rupanya bukan aku je yang str3ss dengan kelas 5B, cikgu lain pun sama.

Tapi aku suka dengan pelajar – pelajar darjah 5B. Korang ingat tak masa musim fidget spinner? Aduhhh, power tak power kelas 5B ni, majoriti boleh dik4takan ada sorang 3 fidget spinner. Tangan kanan buat kerja, tangan kiri main fidget spinner.

Tapi sebelum main tu diorang ade mintak izin aku dah. Masa ni diorang macam okay sikit dengan aku. Sikit je. Tapi aku rasa peristiwa inilah yang menjadikan aku lagi rapat dengan diorang. Pada kelas yang berikutnya, permainan fidget spinner ni dah jadi tular.

Rata –  rata pelajar dekat Malaysia pada ketika ini ada sorang satu fidget spinner. Baik lelaki mahupun perempuan. Jadi masa aku masuk kelas 5B, macam biasalah diorang tengah main fidget spinner. Aku suruh duduk diorang buat tak tahu je.

Aku geram sangat. Aku kata, “cikgu nak report guru besar sebab awak bawa mainan ni datang sekolah.” Lepas tu diorang kata, “okay diorang akan siapkan kerja cikgu dan simpan mainan tu tapi cikgu janjilah jangan bagitahu guru besar. Nanti kene rampas. Dah la mahal,” kata diorang.

Aku pun jual mahal la apa lagi. Aku kata tengoklah dulu macam mana. Dalam 10 minit kemudian, masa diorang tengah buat kerja cikgu, tiba – tiba ada pengawas kelas 5A (aku kenal sebab anak muid aku jugak) datang bersama guru besar.

Muka masing – masing dalam kelas 5B memang dah tak senang duduk dah. Guru besar bagi salam dan minta maaf sebab ganggu waktu aku. Aku kata okay no problem. Guru besar tanya aku depan para pelajar 5B. “cikgu, saya dapat laporan daripada pengawas yang pelajar 5B ade bawak fidget spinner, saya datang nak rampas kalau betul ada”.

Aku tengok muka pelajar 5B. Aduhhhh sedih la aku, bila diorang buat muka kesian. Ada yang nak nangis pun ada aku tengok. Aku  tanya pengawas tu, “awak ada nampak ke 5B main fidget spinner”. Pengawas tu jawab “diorang memang ada bawak cikgu”.

Aku kata, “ohh ye ke, tapi cikgu takde pulak nampak diorang main benda tu sekarang ni, semua tengah buat kerja cikgu bagi ni.” Masa ni memang pelajar 5B tengah tekun buat kerja cikgu sebab nak rehat awal. Guru besar pun tinjau – tinjau dalam kelas sambil cakap pada aku, “saya mintak kerjasama cikgu ye, kalau nampak diorang main tolong rampas dan serah pada saya.”

Aku angguk – angguk dan cakap faham pada guru besar. Lepas guru besar berlalu pergi dengan pengawas tu, muka pelajar 5B nampak lega sangat. Entah kenapa aku rasa sangat kesian dekat pelajar 5B. Aku cakap dekat diorang.

“Nasib awak semua dengar cakap cikgu, siapkan kerja cikgu. Cuba kalau tadi awak tak dengar cakap cikgu dan tengah main fidget spinner masa guru besar sampai, habis fidget spinner awak kene rampas. Cikgu tak sempat report pun lagi kat guru besar.

Cikgu boleh je nak kata dekat pengetua tadi memang awak ade bawak pun. Satu kelas ni ade bawak. Raihan bawak 3. Syazwan bawak 2. Aliff bawak 3. Aliy bawak 2. Shakila ade 1 warna pink. Lili ade 2, pink dan purple.”

Tapi sebab awak tengah buat kerja cikgu, jadi cikgu bagi peluang terakhir dekat awak semua, jangan bawak keluar langsung kejap lagi sampai balik. Simpan. Jangan bawak sekolah dah. Kalau awak keluarkan jugak dan guru besar nampak, cikgu tak boleh tolong dah. Sorok sekarang”.

Haaa, kelam kabut diaorang sorok depan cikgu. Lepas tu tiba – tiba ada sorang pelajar cakap dekat kawan – kawan dia, “Wei, cikgu ni backup kita la, cakap la terima kasih dekat cikgu sebab g3ng kita”. Kawan – kawan yang lain pun kata, “haah la cikgu, terima kasih cikgu, nanti kitorang tak bawak lagi dah.”

Macam mana aku tak terharu bila ingat. Aku tak salahkan cikgu – cikgu lain bila terlalu tegas dengan pelajar 5B, sebab first impression bagi sesiapa yang masuk kelas 5B ni memang akan s4kit hati kalau tengok per4ngai diorang.

Lagipun cikgu lain dah berpengalaman berpuluh – puluh tahun hadap kerenah pelajar. Diorang pun agaknya dah lali dengan per4ngai pelajar – pelajar ni. Aku ni baru je, boleh la nak melayan lebih sikit. Lepas daripada hari kejadian aku backup kelas 5B, diorang bila nak balik datang jumpa aku nak salam tau.

Kalau jumpa kat kawasan taman perumahan ni, ade yang duduk sama taman dengan aku ni, kalau tengah main – main diorang lari panggil aku, ‘cikgu nak salam.’ Kalau nampak aku balik kerja (sampai sekarang) bawak banyak barang diorang siap nak tolong aku bawakkan barang lagi (sekarang aku dah bukan cikgu dah). Terharu aku tau.

Nanti dapat lah burger sorang sebijik. Kalau 4 atau 5 orang boleh la belanja burger, kalau ramai aku bagi je sorang seringgit. Hehe. Aku tau tindakan cikgu tu salah sebab khi4nati amanat yang guru besar bagi, tapi cikgu rasa masa tu pelajar 5B ni berhak rasa yang masih ada lagi orang yang sayang diorang, walau mereka sedegil mana pun.

Mereka masih dalam fasa learning process. Aku sayang diorang. Tugas sebagai guru sangat menc4bar pada aku, sebab tu lah aku rasa, aku bukanlah orang yang layak berada dalam bidang ni. Aku agak tertekan pada awalnya.

Aku jadi guru ganti masa tu pun sebab nak isi masa lapang sementara tunggu untuk mula chambering. Terima kasih kepada rakan – rakan pembaca yang doakan aku. Aku sangat hargai, semoga korang pun dalam Iindungan Allah. Assalamualaikum. – Cikgu Bella

Komen Warganet :

Emely Roze : Sejujurnya balik sekolah pun still teringat kat anak – anak murid. Malam nak tedoq pun tepikir je esok nak ajar apa eh? Nrk ajar camne eh? Hehe. (Sindrom cikgu ganti). Kalau tingkatan 1 senang siket. Ajar yang senang – senang.

Kalau dapat tingkatan 4 atau5 tu. Ayya berpikio jugak la. Kita da la ganti ja. So mula la sesi motivasi haha. GiIa klako teringat. “ok letakkan tangan anda di d4da… cakap bla bla bla” apatah tak ingat hahahahahaha

Imah : Itu baru hal disiplin yang kecil diceritakan dari pengalaman cikgu ganti yang terjun ke bidang pendidikan dalam hanya beberapa bulan. Bayangkan cikgu – cikgu yang berhadap dengan murid – murid berpuluh – puluh tahun dengan pelbagai karenah murid, ibu bapa w4ris.

Tu pon masih ada suara sumbang yang selalu mencari salah guru. Semua guru nak anak murid jadi insan terdidik yang cemerlang peribadi dan akademik. Tak dinafi ada segelintir guru bermasalah tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Satu lagi tak boleh nak hadam w4ris yang selalu pertikai dan nak cari salah cikgu. Kadang – kadang rasa nak suruh dia mai hadap mengajaq boleh seminggu sudah dengan budak – budak 30 org sekelas.

Chik Ya : Mesti kenangan gini jadi memori yang tak akan dapat dilupakan oleh murid – murid. Sampai dah ada anak – anak nanti, bila diorang reunion, mesti teringat kan cikgu. Kadang – kadang kena buat baik jugak dengan diorang tapi kadang – kadang je la.

Jangan selalu sangatt nanti naik kepala, selagi budak tu ada kat sekolah, susah nak control. Kena tunjuk yang dorang takde pilihan lain selain hormat kita sebagai guru kalo nak selamat dunia akhir4t kakakakakakaa gurau je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?