Aku tahu salah aku jadi peramp4s, tapi suami dan isteri pertama p4ksa aku gugurkan kandungan

Aku mengaku kesalahan jadi per0sak rumahtangga, peramp4s tapi aku sekarang sedang terima kifarah atas d0sa – d0sa aku. Hingga ke saat ini keluarga aku tak tahu tentang cerita kami yang kahwin di selatan Thai. Bila aku mengandung suami suruh aku gugurkan kandungan dengan alasan, kami tidak mempunyai surat nikah Malaysia, ini akan menyulitkan lagi urusan pendaftaran sijil lahir untuk anak.

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana siarkan kisah aku ni. Aku Isya berumur 28 tahun dan sudah berkahwin. Bekerja di selatan tanah air, dalam bidang yang hampir sama masa belajar di universiti. Boleh katakan gajiku agak setaraf dgn pendidikan. Berperwatakan agak menarik. Aku mintak maaf kalau confession ni berbelit belit.

Ya aku isteri kedua berkahwin tanpa restu keluarga, dan sampai sekarang keluarga tidak mengetahui cerita kami. Kalau pembaca rasa nak kecam, tolong la aku perlukan pendapat bukan kecaman. Aku tahu dan sedar kesalahanku menjadi peramp4s, per0sak rumah tangga. Tapi aku juga manusia biasa, dan aku juga telah bertaubat dan cuba mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin juga kifarah atas d0sa – d0sa aku sebelum ni, setelah berkahwin aku tidak bahagia

Air mata selalu menjadi peneman setia. Untuk pengetahuan pembaca, kami kahwin di selatan Thai, dan tidak lama selepas itu aku pun mengandung. Aku cuba positif bersangka baik, anak mungkin membawa seribu rahmat buat ku walaupun aku tidak bersedia. Aku sayangkan kerjaya ku. Tapi aku terima anak dalam kandungan bahkan tidak sabar untuk melihatnya lahir ke dunia.

Berbalik kepada suami ku, dia menganggap anak ini sebagai beban kepadanya memandangkn dia sudah mempunyai anak lelaki berusia baru 4 bulan. Ya aku tahu salah aku sebab kahwin dengan suami orang tapi aku tak kuatkan diri untuk menjauh dari dia setelah mengetahui dia telah berkahwin. Malah aku mengenali dia sewaktu dia menjadi tunangan orang dan dia melayan aku macam orang bujang. Selepas dia berkahwin, aku berjaya move on dengan jayanya. Segalanya bermula selepas dia menghubungi aku semula.

Berbalik kepada suami ku setelah mengetahui aku mengandung, suami ku mem4ksa aku mengugurkan kandungan. Allah tergamak dia, terasa berat dunia ku, tidakkah ada kasih sayang kepada anak yang tidak berd0sa ini. Aku berkali kali menangis merayu supaya dia tidak mem4ksa aku gugurkan anak, aku berjanji kepada suami untuk tidak membebankan dia. Aku tiada tempat untuk mengadu, untuk berkongsi masalah ku. Kadang – kadang aku terpikir untuk menamatkan riwayat ku. Astagfirullah, ya aku putvs asa dalam hidup.

Alasan suami ku untuk menggugurkan kandungan kerana kami tidak mempunyai surat nikah Malaysia, ini akan menyulitkan lagi urusan pendaftaran siji lahir untuk anak. Tapi bagi aku, itu bukan alasan untuk membunvh bayi yang tak berd0sa. Betapa Iuluhnya hati aku. Kepada Allah aku memohon kekuatan. Mengenai kandunganku, aku mengajak suami ke kIinik untuk check up, dia hanya hantar kemudian ambil selepas selesai urusan kIinik. Tiada riak risau di wajahnya saat aku memberitahu kandungan ku bermasalah. Aku perlu buat beberapa ujian dar4h, ujian jantung.

Doktor pesan jangan str3ss sebab kesian kat baby. Tapi aku banyak str3ss, aku banyak menangis. Bila doktor tanya suami macam mana, aku cakap suami support. Air mata hampir menitik di depan doktor, tapi aku tahan. Biarlah aku tanggung seorang diri. Aku berusaha jadi isteri yang terbaik untuk suami, aku gagahkan diri untuk masak walaupun tak larat. Yela kalau aku tak masak macam mana nak makan, macam mana anak aku nak membesar.

Kebanyakannya aku yang menanggung keperluan barang dapur, aku yang keluarkan duit kalau aku ajak suami makan di kedai. Konsep siapa ajak, dia yang bayar. Aku masak tapi kadang – kadang tekak nak makan kat luar juga. Kalau pembaca tanya kenapa aku kahwin dengan suami, aku pun tak da jawapan, yang aku tahu aku sayangkan dia. Kadang – kadang timbul rasa menyesal.

Oh ya mengenai maduku, dia berada di kampung kerana berpant4ng dan menunggu masa untuk balik ke selatan tanah air, rumah suamiku. Ya pembaca sekalian, aku tahu salah ku berkahwin dengan suami orang. Kadang – kadang terbit rasa menyesal, aku tak nak bersangka buruk kepada Allah, aku bukan salahkan takdir, ini salahku. Semoga Allah ampunkan d0sa – d0saku. Allahumma aminn.

Setelah mengetahui suaminya kahwin lain, maduku menghubungi ku untuk mem4ksa aku mengugurkan kandungan. Ya suami ku yang bagi no aku kepada madu. Aku tahu dia menghadapi tekanan setelah mengetahui suami sudah berkahwin dan aku sedang mengandung. Aku meminta izin untuk lahirkan anak ini, dan aku akan tinggalkan suamiku setelah bersalin.

Dia mengatakan anak aku ini akan jadi penyebab untuk dia dan suami tidak bahagia. Dia mengatakan setelah anak aku lahir, aku akan guna alasan anak untuk berjumpa dengan suami. Wahai pembaca sekalian apa yang patut aku buat? Aku sayang anak aku, aku sayang suami aku. Aku selalu menangis memikirkan suami akan tinggalkan aku selepas isteri dia kembali.

Aku tidak kuat untuk hidup sendiri tanpa kawan – kawan untuk mengadu. Aku juga sering mengelak kalau kawan – kawan ajak aku keluar, aku takut kawan – kawan aku perasan aku tak happy, muka aku pucat. Kalau keluar, aku selalu balik awal sebab tak nak suami tertunggu – tunggu padahal suami ku sikit pun tak heran.

Oh ya, alahan aku agak kuat sampai aku terp4ksa berhenti kerja memandangkan aku bekerja jauh dengan rumah dan berulang alik dengan menaiki motosikal. Selepas berhenti kerja aku mempunyai banyak masa untuk risaukan masa depan aku dengan anak ku. Macam Mana aku nak sara hidup anakku selepas ini, aku tak nak berg4ntung kepada suami kerana dia pun sememangnya tak nak anak ini lahir. Aku ada isi hari – hari ku pergi kuliah muslimat, kelas mengaji. Itu adalah cara untuk aku tak nak bersedih. Pembaca doakan aku dapat kerja walaupun aku tahu tak da majikan nak ambik perempuan mengandung bekerja .

Semasa luahan ni ditulis, aku belum makan tengahari. Walaupun dalam keadaan mengandung, sedikit pun suami tidak risaukan aku dan kandungan. Semalam aku memeberitahu suami lauk basah sudah habis, hari ni aku ingat dia akan beli nasi bungkus untuk aku, tapi setelah balik dia cakap tak lapar dia dah makan, kalau aku lapar dia suruh aku goreng nasi.

Allah sedihnya aku, aku tak larat sebab baru lepas basuh baju dua baldi guna tangan, makan biskut je, dia pulak suruh aku goreng nasi sendiri, dan dia tidur. Orang mengandung selalunya disayangi, tapi ini yang aku dapat. Oh ya, esok hari lahirku, aku harap aku tak menangis sebab hari lahir ku, tahun – tahun lepas ada kawan – kawan yang selalu buat k3jutan, ada kawan yang buat aku gembira.

Aku mula teringat akan kawan yang pernah ajak aku berkahwin, mesti aku tengah bahagia sekarang dengan dia. Dua minggu lepas suami mengungkit pasal gugurkan anak sebab dapat p4ksaan dengan madu. Aku mer4ung, merayu bagi peluang aku lahirkan anak. Aku harap anak ni dapat bagi kekuatan, anak ni alasan untuk aku teruskan hidup. Ya pembaca aku tahu salah aku berkahwin dengan suami orang.

Allah Maha Baik, di saat aku lemah memikirkan tempat untuk bersalin, berpant4ng Allah hantar mak angkat kepada ku. Kepada dia la aku mengadu, dia sanggup menjaga aku ketika dalam pant4ng dan sanggup menjaga anakku. Dia suruh aku lupakan suami, pergi belajar luar negara, dia suruh aku berk0rban demi kebahagian suami.

Allah aku tidak kuat memikirkan cara untuk lupakan suami. Aku selalu berdoa, semoga Allah memberi rezeki untuk aku menjaga sendiri anak ku. Pembaca tolong doakan aku cepat move on. Doakan aku kuat untuk jaga anak aku sorang. Kalau aku bertahan dengan suami aku tidak bahagia, hidupku bertemankan air mata. Mungkin ini kifarah sebab membelakangi orang tua di kampung.

Aku risaukan hidupku selepas suami aku tinggalkan aku, aku tidak berkerja, perutku sem4kin membesar, aku takut hidup dalam str3ss dan membah4yakan anakku. Aku sangat sayangkan suami, aku rasa tak boleh hidup tanpa dia. Di mata aku dia sangat baik, tidak pernah naik tangan, tidak pernah tengking.

Ada ke pembaca nak ajak aku bekerja di luar negara, aku perlu berhijrah untuk lupakan dia. Aku dah penat menangis, hari – hari aku isi hariku dengan menangis. Adakah ada sinar bahagia untuk aku pada masa depan? Tolong jangan kecam sebab tak kuat, aku perlukan kata kata positif utk aku jaga anak aku pada masa depan. – Isya

Komen Warganet :

Donna Karan : 1) Ambik surat nikah siam pi mahkamah tanya camna cara nak setel kat Malaysia, dah daftar nanti terpulang dia nak cerai atau tak. Kalau ko biar je maka jadi macam kes – kes perempuan bersuami dua. Padahal laki pertama dah tinggalkan bini tu atau da cerai tapi sebab tak berdaftar, bila bini nk kahwin lain pandai plak claim itu masih bini dia. Ingat ye, tak ada surat nikah Malaysia, anak ko sama je taraf dengan anak luar nikah tak ada bin laki ko kat situ hanya nama ko je sebagai ibu, cukup bah4ya nikah siam ni adik-adik oiii…

2) Bab kejahatan suami tu normal la, kalau dia tak jahat dia tak buat perangai kat bini pertama.

3) Jangan menangguk simpati atas apa yg berlaku, sebab tak ade siapa nak simpati dengan isteri kedua, bangun, lap air mata, pergi selesaikan masalah ko cepat.

Liyana Nadirah : Berkahwin tanpa restu keluarga ni susah nak bahagia sis. Saya cadang sis jmpa mak ayah mintak maaf..dan berbaik dengan keluarga. Move on.. Lupakan suami yang tak guna tu. Suami yang baik adalah lelaki yang buat baik kepada keluarga dia. Kesalahan terbesar sis adalah buat mak ayah kecik hati. Baik sis jumpa dan mintak maaf kalau sis lari luar negara tanpa restu mak ayah, m4kin susah hidup sis. Derh4ka kepada mak ayah, Allah bayar cash. Bahaya.. Saya mohon sis balik kampung, mohon ampun dekat mereka. InshaAllah, hidup sis diberkati.

Noor Aisya : Kalau belum bagi tahu parents, kalau tak ada kekuatan nak bagi tahu lagi, call parents lepastu mintak diorang doakan rezeki dan urusan dipermudahkan. Lagi – lagi doa ibu. Kalau mak tanya, cakap je yang sis perlukan doa dari dia sangat – sangat. Lepas tu boleh dah refer dekat pihak berkuasa macam mana nak selesaikan hal kahwin kat sempadan dengan sijil kelahiran anak. Nak migrate/hijrah memang boleh tapi selagi isu sijil kelahiran ni tak settle, memang tak akan lepas nak bawak anak pegi overseas.

Lepas tu kene ingat, anak nak daftar sekolah semua macam mana. Husband tu. ibarat ada pun macam tak ada fungsi, kalau tak ade lagi bagus. Janan jadi bod0h untuk terus berada dalam hubungan macam ni. Tak payah nak rebut – rebutkan laki yang memang tak cuba langsung untuk direbut. Bagi free je kat madu. Sis boleh guna alasan rehat beberapa tahun dari keje sebab nak fokus kat family. Semua employer tahu benda ni. Insyaallah, lahir anak nanti murah rezeki sis. Setiap anak kan ada rezeki dia

Ummi Dan Sayed : Jangan tunggu suami, adik bawak surat nikah siam tu pergi pejabat agama tanya macam mana. Jangan disebabkan kelalaian dan maaf akak cakap kebod0han korang, anak jadi m4ngsa sedangkan dia anak yang sah. Akak kesian fikirkan anak ko dik. Sekarang terpulang pada ko la nak macam mana ko nak bahagia ke ko nak d3rita. Orang lain tak akan boleh tolong ko apa – apa. Ko sayang laki ko tapi perbuatan dia tak macam sayangkan ko pon. Buat apalah ko terhegeh-hegeh pada yang tak sudi dik. Ko ni pon boleh tahan degil. Ko tahu tak ko degil. Okla akak dah mula nak bebeI panjang ni baik akak stop dan istighfar, k bye

Anid Hamzah : Pergi daftar perkahwinan tu walaupun tanpa suami, nanti jabatan agama akan panggil dia dan comfirm lah ada denda sebab berkahwin tanpa kebenaran di luar daerah. Tinggal je jantan macam tu sebab dia memang niat nak ani4ya mentaI awak. Lelaki yang baik tak akan akan bawa anak dar4 orang kahwin kat siam kalau dia mempunyai niat isterikan awak secara baik.