Suami hairan kenapa aku selalu terk3jut dan takut bila disentuh

Setiap malam aku tidur terk3jut dan meracau. Aku marah dalam tidur. Aku menangis dalam tidur. Mama papa bahkan sesiapa pon tidak tahu kisah silam aku ini. Baru – baru ni Amir cari aku sebab dia ada 2 orang anak perempuan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin seandainya confession ini disiarkan. Nama aku Nur. Berasal dari belah utara. Berusia 25 tahun dan telah berkahwin pada bulan Oktober lepas.

Sekarang agak panas tentang kisah m4ngsa rogoI dan cabuI. Disebabkan itu, aku saIah seorang m4ngsa rogoI ingin berkongsi satu cerita yang telah lama aku pend4mkan.

Ramai yang pertikaikan kenapa perempuan tu tak buat report polis lepas kena rogoI, suka sama sukalah tu, kenapa tak cek hospitaI, kenapa boleh bermalam, kenapa ikut laki tak kenal, kenapa mudah percaya lelaki baru kenal.

Netizen sekalian, seandainya anda tak pernah menjadi m4ngsa rogoI atau cabuI, bersyukurlah dan tahniah. Ye, kisah ini tentang aku yang menjadi m4ngsa rogoI kawan baik lelaki sendiri.

Saat ni jari masih terketar nak taip. Tak ada siapa yang tahu rahsia terbesar ini kecuali suami yang sedang lena diulit mimpi di sebeIah.

Pada usia aku 19 tahun, aku bekerja part time di sebuah kedai baju sementara nak sambung degree. Pada masa tu sump4h Lillahitaala aku tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki yang bukan muhrim.

Bahkan aku takut pada lelaki sebab adik beradik aku semua perempuan dan kami diajar untuk jaga diri sebaiknya. Entah macam mana masa kerja part time tu, ada kawan – kawan lelaki yang mula menegur dan ingin berkawan.

Aku seorang yang agak gemok dan putih sebab ada campuran cina. Mereka cuba untuk merapatkan diri dan berkawan.

Pada awalnya aku jauhkan diri tapi lama – lama rasa seronok sebab dikeliIingi lelaki. Lurusnya aku masa tu sebab tak nampak dan tak pernah tahu niat lelaki.

Ada seorang staff di situ aku namakan dia Amir. Dia antara kawan lelaki yang paling rapat dan disenangi. Ke mana sahaja dia akan teman dan pastikan aku rasa selamat.

Dia tak pernah sentuh aku sebab dia tahu aku sangat menjaga bab itu tapi entah macam mana satu hari dia cubit pipi aku waktu aku tengah fokus kira sale. Katanya geram. Aku yang lurus awalnya marah dan terk3jut tapi lama – lama jadi seronok dicuit sana sini.

Sehinggalah suatu hari di bulan Ogos. Dia ajak aku keluar minum minum katanya. Masa itu aku tinggal di asrama pekerja. Entah apa Allah nak uji, aku terlupa tengok waktu pukuI berapa sebab terlalu eksited dan seronok.

Kononnya macam hebatlah sebab ada budak lelaki ajak lepak sama. Aku pelik kenapa Mydin depan asrama aku dah tutup. Jam berapa sekarang ni? Sedangkan di phone pon ada waktu tapi aku betul – betul terlepas pandang.

Bila aku turun bawah, Amir dah ada tunggu dengan kereta Wira sport dia. Dan di sisi dia ada seorang lelaki yang dia katakan sepupunya. Dia ajak aku naik kereta dia atas alasan nak pergi minum tempat lain.

Aku bod0h sebab terlalu percayakan dia yang menjaga aku. Ya aku naik kereta dia dan ikut dia. Mulut aku tak berhenti potpetpotpet sembang dengan dia.

Tapi aku perasan malam tu Amir lain. Dia lebih banyak diam dan agak kasar. Lepas lebih kurang 30 minit dalam kereta baru aku perasan lama betul perjalanan ni.

Aku tanya Amir berulang ulang kali nak ke mana, aku nak balik esok kerja, hantar aku balik. Tapi Amir senyum dan cakap percayakan Amir, Amir akan jaga awak, Amir tak akan biarkan sesiapa apa – apakan awak.

Dasar lelaki jahan4m. Sampai di satu rumah kosong yang gelap dia suruh aku turun, katanya nak lepak sembang situ.

Kemudian sepupu dia bawak kereta ke tempat lain. Tinggal aku dengan Amir berdua. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan masa tu aku cuma panggil mama – mama dalam hati. Aku berdoa Allah Iindungi aku. Waktu itu pukuI 2 pagi.

Amir mula berkelakuan tidak sopan dan pada malam hari lahir mama aku, buat pertama kalinya aku dirogoI oleh kawan baik sendiri. Badan aku yang agak besar ni tak mampu meIawan kudrat Amir yang kurus. Hanya air mata kekesalan dan kes4kitan yang meIeleh saat tu.

Aku merayu pada Amir jangan, tolong jangan buat aku macam ni. Aku teresak – esak. Dia tetap juga dengan tindakan dia yang dir4suk sya1tan.

Katanya dia tak percaya aku masih dar4 dan dia nak rasa sendiri sebab kawan – kawan yang lain mencab4r. Sampai saat aku menaip sekarang ni, aku masih menangis dan menyesali apa yang jadi.

Selepas Amir dapat apa yang dia inginkan, dia hantar aku balik seperti tiada apa yang berlaku. Aku masih ingat ayat terakhir dia waktu aku terhincut – hincut berjalan keluar dari kereta. Katanya kalau nak lagi cari saya tau. Sump4h aku berdend4m hingga ke saat ini.

Di usia 19 tahun. Aku hilang maru4h yang aku jaga. Aku hilang kepercayaan pada lelaki. Aku hampir giIa. Aku berhenti kerja tanpa sebarang notis. Aku tinggalkan asrama tanpa ambil gaji dan deposit.

Aku telefon mama kononnya aku nak balik sebab tak larat bekerja. Aku tersenyum di sebalik kes4kitan yang tuhan je tahu.

Aku bIock kawan – kawan sekerja, aku deactivate Facebook sebab aku tak nak mereka cari aku. Sehinggalah beberapa bulan kemudian baru aku berani untuk unbIock kawan – kawan sekerja termasuk Amir. Laju whatsapp berderu masuk.

Aku ingatkan mereka dah putvs asa mencari aku. Amir merayu memohon maaf dan katanya dia menyesal.

Dia minta aku reply dan call dia. Dia nak ajak aku kahwin, nak jumpa mama papa, nak bertanggunjawab. Aku biarkan setiap whatsapp dan call dia tanpa sebarang respon.

Setiap malam aku tidur terk3jut dan meracau. Aku marah dalam tidur. Aku menangis dalam tidur. Aku pend4m sendiri s4kit yang dirasakan. Sehingga hari ini mama papa bahkan sesiapa pon tidak tahu kisah silam aku ini. Hanya suami sahaja yang tahu.

Setiap hari selepas kejadian tu aku tulis surat, aku tulis diari, aku tulis WhatsApp panjang – panjang, untuk aku lapor pada polis. Tapi aku tak mampu. Aku tak ada kekuatan untuk tengok muka mama papa yang terIuka.

Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan. Aku s4kit. Aku nangis sepanjang malam. Aku menangis waktu sujud bahkan waktu bacaan Al-fatihah dalam solat aku teresak – esak.

Bukan sebab s4kit dirogoI tapi s4kit dikhian4ti kawan baik sendiri dan s4kit memend4m tak mampu meluahkan pada sesiapa.

Sehingga saat ini, aku meratapi dan cuba melupakan. Pada awal pernikahan pon aku takut disentuh, aku rasa malu seandainya suami aku tahu isteri dia sudah ditebuk. Tapi Alhamdulillah Allah hadirkan suami yang memahami dan sangat baik.

Dia tak pernah tanya kisah silam aku, cuma dia hairan bila aku menolak sentuhan dia dan sering terk3jut bila disentuh. Aku beranikan diri berterus terang pada dia selepas kami solat, aku minta ampun dan ceritakan segalanya.

Dia tenang mendengar dan hanya tersenyum. Kemudian ada satu ayat yang dia sebut, benda yang lepas jadikan pengajaran,

Seandainya kita ada anak, didiklah mereka supaya tidak berlaku benda yang sama, supaya mereka tidak s4kit. Saat tu aku menangis semahu – mahunya. Terasa beban yang aku pend4m hilang sebegitu sahaja.

Bukan aku tak nak report polis. Bukan aku tak nak cek hospita. Tapi aku tak kuat untuk buat semua tu. Aku bod0h dan aku tak tahu jalan. Aku malu dan aku tak nak keluarga aku terpaIit malu.

Biarlah aku pend4m sejarah ni sampai ke liang Iahad. Amir ada cari aku baru – baru ni di Facebook, dia merayu maafkan dia.

Dia dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Dia tak berhenti mencari jalan untuk hubungi aku dan meminta aku memaafkan dia atas alasan takut anak – anak perempuannya menanggung kifarah dari apa yang dia lakukan pada aku.

Kepada semua netizen, jangan mudah mengadili sesuatu cerita tanpa mengetahui kisah sebenar.

Jangan mudah menilai seseorang tanpa berada di tempatnya. Jangan mudah percaya dengan manusia walaupun dia adalah dar4h daging anda. Jangan pernah lupa bahawa kifarah itu ada dan Allah tidak pernah tidur. Sekian… – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Abu Bakar : Psik0Iogi manusia berbeza. Apatah lagi seorang wanita. Tuhan cipta kita berbeza. Fahamilah bahawa ada manusia yg sanggup pend4m kes4kitan diri semata – mata mahu meIindungi org yang dia sayang daripada menanggung malu. Siapa yg tak pernah terkhilaf? Stop v1ctim bIaming!

Khalijah Kamarul Ariffin : Kadang tak faham dengan anak muda yang lelaki ni suka sangat bet macam ni. Adik pun ada cerita yang kat tempat kerja dia ada budak – budak lelaki bet untuk dapatkan budak perempuan untuk jadi gf. Tu pun dah rasa teruk sangat, ni kan pulak sampai bet nak tengok org tu ada dar4 ke tak, Allahu. Mudahnya lah hidup seseorang dijadikan taruhan. Bukan benda kecik, maru4h seorang perempuan tu.

Masa buat langsung tak fikir apa yang perempuan tu akan tanggung dan lalui sedangkan bagi orang perempuan perkara macam ni sampai akhir hayat memang tak mungkin dilupakan. Titik hitam yang tak mungkin terpad4m. Bila dah ada anak, tau pulak takut membayangkan apa yang akan terjadi pada anak. Keep strong ya awak. Moga Allah beri kekuatan pada awak. Semoga hubungan awak dan suami bahagia hingga Jannah-Nya. Amin!!!

Robiatun Sulaiman : S4kitnya perasaan dikhian4ti rakan baik sendiri yang sentiasa meIindungi tapi akhirnya menik4m diri kita.. s4kitnya lebih dari orang yang kita tak kenali. Bencinya pada manusia yang hanya berdusta seolah nak di keIar halus setiap inci tubuhnya. Benci dengan orang yang berpura – pura cam ni, berlagak baik tapi dia la pemusn4h hidup kita

Syah Al-yahya : Yang salahkan m4ngsa, semoga kau pon jadi m4ngsa rogoI. Simpati empati langsung tak ade. Balik – balik salahkan m4ngsa kenapa keluar malam – malam, kenapa tak meIawan, kenapa tak tu, kenapa tak ni. Banyak cekadak kau. Cuba kau plak yang jadik m4ngsa, nak tengok kau mampu berfikir ke tidak. Nak tengok kau tr4uma ke suke. Mentaliti macam ni tolong la ubah. RogoI tetap jenayah walaupun peIacur kalau tak nak buat benda tu dan di p4ksa, tetap dikira rogoI. Semoga tt kuat dan semoga laki jahan4m tu dapat kifarahnye.

Cik Puan Kembara : Tak mampu nak minta tt maafkan si pelaku… Tapi jangan doakan yang buruk – buruk untuk anak perempuannya. Biarkan dia bertaubat dan memohon keampunan pada Allah. Teruskan berdoa pada Allah segala yang terbaik buat sis..