Baru 7 bulan kahwin, tapi mertua selalu tanya tentang anak

Saya dan suami dah berkahwin selama 7 bulan, masih belum ada rezeki untuk mengandung. Tiap kali saya balik dorang mesti tanya dah pregnant ke sebab kakak – kakak ipar semua mengandung awal lepas 2 bulan kahwin…

#Foto sekadar hiasan. Cerita saya ni simple je. Berkaitan mak mertua saya. Saya dan suami dah berkahwin selama 7 bulan, masih belum direzekikan untuk hamil. Urusan perkahwinan kami memang diuruskan oleh keluarga mertua sebab kami pun tak saling mengenali. Dari urusan jumlah mas kahwin dan hantaran sehinggalah urusan perancangan masa depan kami berdua selepas berkahwin parent mertua yang decide.

Maaflah, saya tak berniat nak burukkan keluarga mertua saya, malah saya sayang mereka Dan sentiasa cuba menyantuni mereka bila pulang ke rumah mertua walaupun ada banyak perkara yang tak menyenangkan saya. Cuma saya rasa sedih dan bingung apa yang patut saya buat bila tiap kali fikir tentang mertua saya jadi tak suka, rasa berat nak pulang ke rumah mertua dan rasa hidup saya dan suami dikawal.

Sebelum berkahwin saya memang berdikari orangnya mungkin kerana ibu saya dah meninggaI dunia sejak saya berumur 5 tahun. Ayah saya tetap menjaga kami adik beradik tapi bila dah besar semua kami buat sendiri. Hatta perancangan hidup semua kami decide sendiri, ayah saya tak pernah halang cuma beri pendapat bila perlu. Tetapi berlainan dengan suami saya yang semua hal sampai hal nak kahwin dan selepas kahwin pun dia disusun oleh keluarga dia. Mestilah saya terasa tempiasnya sebab saya isteri dia.

Awal – awal kahwin saya disuruh tak bekerja dan jadi suri rumah oleh parent mertua saya disebabkan suami saya doktor sibuk. Tapi bila 2 bulan duduk rumah tak bekerja saya jadi str3ss sebab dah biasa bekerja. Akhirnya saya minta izin suami untuk bekerja dan saya usaha cari kerja yang tak terlalu busy supaya kerja saya tak menyusahkan suami saya yang super busy tu.

Tapi akhirnya keluarga mertua saya tahu dan terk3jut seolah – olah tak boleh terima. Mereka siap tanya lagi tak cukup ke suami saya je kerja, berapa gaji saya dan macam – macam lagi soalan. Awal – awal kahwin juga saya selalu disuruh untuk mengandung awal, mak mertua saya pun selalu tanya saya dah pregnant ke belum, masih peri0d lagi ke? Entahlah, bukannya saya dan suami tak usaha, tapi Allah belum rezeki kan lagi dan kami hanya mampu berdoa hari – hari.

Apa yang memberatkan fikiran saya sekarang, saya rasa terlalu janggaI dan berat hati nak balik rumah mertua. Tiap kali saya balik dorang mesti tanya dah pregnant ke. Soalan tu common je tapi entahlah saya just tak boleh dan rasa takut nak berhadapan dengan mak mertua. Takut ditanya lagi soalan – soalan tu. Kakak – kakak ipar saya semuanya dapat mengandung awal lepas 2 bulan kahwin, mungkin mak mertua saya harap saya juga begitu. Saya terlalu str3ss. Saya cuba berbaik sangka dan tak layan perasaan tu, tapi bila ditanya lagi soalan tu saya jadi terus bersangka buruk dengan mereka.

Seperkara lagi, saya bukannya nak menghitung apa yang saya tak suka dengan mertua. Cuma saya tak boleh sesuaikan diri dan tak biasa. Tentang hal cuti dan balik ke rumah mertua. Mak mertua saya ni dia suka susun cuti anak – anak dia. Means kalau dia arrange 20 – 22hb kena balik, dia akan make sure semua kena balik. Termasuklah suami saya. Suami saya list down satu – satu cuti dia untuk tatapan mak ayah mertua saya which is saya pun tak pernah suami saya nak buat macam tu.

Kadang – kadang tu saya terp4ksa ponteng kerja senyap – senyap sebab nak balik rumah mertua disebabkan kerja saya tak ade sistem punch in or punch out. Hanya isi manual kehadiran je. Sebab cuti saya dengan suami lain – lain, doktor kadang – kadang tak cuti hari weekend. Jadinya kat situ saya rasa suami saya selalu ikutkan je tanpa fikir langsung perasaan saya.

Pernah sekali, mak mertua saya call suami saya suruh balik ke rumah untuk ikut bersama pergi kenduri saud4ra. Time tu saya memang bekerja, suami baru habis kerja oncall tak sempat tidur pun. Mak mertua saya suruh beli tiket flight ke KL nanti dorang jemput. Semuanya telah diaturkan. Saya tahu mesti semua nak cakap saya yang tak boleh terima dan tak adapt cara keluarga mertua saya. Maaf, saya terima je.

Ada juga banyak kali kalau di rumah mertua saya selalu kena perIi. Saya buat – buat tanya macam mana nak pot0ng sayur ni walaupun saya tahu, tapi mungkin cara saya mertua tak suka. Lastly mak mertua saya cakap, eh dulu tak pernah ke tolong mak masak kat dapur, semua benda tak reti ni. Luluh hati saya bila sebut mak tu, macam lah mak mertua saya tak tahu saya dah takda mak. Sedih sangat, masa Makan saya langsung tak bercakap even dengan suami saya.

Pernah juga saya panggil suami bukakan tin susu sebab tangan saya masa tu s4kit, tapi suami saya cakap kuat – kuat tin susu ni budak form 1 pun boleh buka depan mak mertua saya. Dorang pun sama – sama gelak. Mencurah – curah air mata saya masa tu. Memang tiap kali balik rumah mertua saya yang akan masak dan jaranglah nak dapat pujian. Sebab sebelum kahwin, saya diinterview oleh mertua saya.

Mereka pernah tanya saya selalu masak ke makan luar. Saya jawab masak tak selalu sebab saya sorang je makan dan kawan – kawan saya mostly makan di luar so kami sama – sama makan luar sebab sebelum kahwin busy dengan master dan kerja. Lastly saya terus dicop tak pandai masak oleh mak mertua saya sampai kakak – kakak ipar saya semua tahu saya tak pandai masak.

Saya bukanlah tak pandai masak, cuma takkan nak mengaku saya pandai masak. Selepas kahwin, saya masak macam – macam untuk suami saya dan selalu saya buat menu baru yang saya belajar dari YouTube dan nenek saya. Tapi pada pandangan mertua saya ni takda apa – apa kelebihan pun. Mereka selalu je puji biras – biras saya yang lain yang bekerja sebagai doktor. Tak pernah sekali pun mereka puji saya, termasuk lah suami saya tak pernah puji saya depan mak ayah dia.

Saya bukanlah minta dipuji, tapi saya rasa sedih apa yang saya buat semua tak kena. Termasuklah belum mengandung. Itupun jadi kesalahan ke? Padahal banyak lagi yang saya cuba buat untuk bahagiakan suami saya, Itupun tak dipandang pun. Kalau balik ke rumah mertua, mak mertua saya tanya suami saya sihat ke, dengan saya tak ade pun.

Saya ada juga mengadu dengan suami pasal mak selalu tanya pasal mengandung tu, tapi suami cakap itupun nak terasa ke. Normallah tu kan orang tua tanya. Sebelum kahwin juga mertua saya ada tanya suami saya nak ke terima saya sebab saya ada jerawat sikit 0 sikit kat muka, normallah tak teruk mana pun tumbuh jerawat 2-3 biji kat muka kan. Hidung saya juga ada senget sikit tapi tak terlalu obvious lah sebab dulu kecik pernah jatuh, even orang tak kan perasan pun cuma mungkin mertua ni tenung muka saya lama – lama.

Bila saya tahu pasal hal ni, saya jadi sedih sangat. Sampai macam tu sekali ye mertua saya menilai saya. Saya ingat mereka yang keluarga islamik pakai tudung labuh aktif dengan aktiviti dakwah semua tu tak fikir tentang fizikal sangat. Saya ada kawan yang OKU tiada 2 kaki duduk atas wheelchair dan dia dah berkahwin dengan seorang yang cukup sifatnya. Mulianya hati mereka dan mereka dah dikurniakan sorang anak perempuan. Tapi, itulah manusia. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati Mereka.

Walaupun sebelum kahwin banyak kali terdetik nak tolak perkahwinan ini tapi inilah jod0h yang Allah tetapkan. Saya sekarang hanya mampu fikir setiap kebaikan yang suami saya berikan pada saya dan saya akan taat dengan suami dengan penuh hati saya.

Moga selepas ni saya mampu bersangka baik. Cadangkan dekat saya apa yang perlu saya buat demi mengeratkan lagi hubungan saya dan keluarga mertua. Terima kasih semua. – Azna

Komen Warganet :

Noor Syafika Nadhirah : Tak faham lah asal kes zuriat jer mesti salahkan perempuan sebab lambat / tak boleh pregnant. Ada kenalankan aku, akak tu dah kahwin dengan ex husband dia dalam 2 tahun macam tu. Tapi belum ada zuriat. Hari – hari akak tu makan hati dan berendam air mata sebab mak mertua macam pu4ka asyik ungkit hal zuriat dan ex-husband akak tu panas baran. Tapi akak tu jenis sabar jer.

Dan mereka suami isteri pun bercerai. Lepas berapa tahun akak tu kahwin lain, jumpa jod0h yang baik. Alhamdulillah sekarang ada anak 3. Kadang – kadang isu zuriat ni cuba lah pakai otak sikit acik – acik oii. Asyik nak salahkan menantu perempuan jer padahal entah – entah anak jantan dia yang tak power.

Syakirah Ke’ah Md Yusof : Saya sendiri 5 tahun kahwin belum ada anak lagi. Macam ni lah confessessor, masa diorang dok kata kat awak tu, istighfar zikir banyak – banyak dalam hati, Allah tu ada. Masa dia s4kit, awak picit rajin – rajinkan jaga dia, lepas tu belikan baju walaupon dia tak suka. Allah ada, sis bersyukur, sisi diuji macam ni je. Ada orang diuji dengan ujian yang sis sendiri tak kan mampu hadap. Awal – awal memang macam tu. Sis pon tahu kan 5 tahun pertama perkahwinan kita akan diuji, setiap orang ada bahagian masing – masing. Banyakkan baca majalah mingguan wanita, muhasabah diri, “orang lain lagi teruk diuji, aku sikit ja,” ingat macam tu.

Xidi Nurhiddayah Zainal : Suami awak tu belajar je pandai sampai jadi doctor, tapi common sense takde. Hati isteri tak pandai jaga. Mengadulah awak pada Allah supaya hati suami awak lembut untuk fahami awak. Saya doakan awak bertambah kesabaran. Rajin – rajinlah solat malam dan berdoalah tanpa henti. Hugs.

Atikah Shamsuddin : Rasa nak peIuk sis. Sabar ea sis. Apa yang sis boleh buat cuba la jaga hubungan sis dengan suami sehabis baik. Cuba sedaya upaya rebut hati suami. Cuba pik4t dia sesungguh hati biar dia sayang dan menghorm4ti sis sebagai isteri. Bukan suruh sis rebut hati dia sampai dia tinggalkan mak n family dia. Tapi rebut hati dia sebagai isteri dan buat dia tahu dan faham apa tanggungjawab seorang suami terhadap isteri.

Dan apa tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu dan keluarga. Suami kena jelas 2 tanggungjawab ni dan tahu nak bezakan. Kalau dah jelas dan faham baru la mudah. Tapi kalau suami susah faham. Memang mencab4r juga dugaan sis. Sabar la selagi boleh. Kalau tak mampu, jumpa la kaunselor dan orang yang lebih arif.

Hanarsha Firdaus : Quote utk awak hari ini, dan selamanya :

Perkahwinan bukan utk awak warisi apa – apa cara dan budaya family mertua mahupun family awak sendiri. Awak dah ada family kecil awak sendiri terdiri daripada suami dan awak. Maka, sebarang keputvsan berkaitan awak, suami dan anak – anak, berada di tangan awak dan suami secara mutlak. Tiada campur tangan.

1) Fahamkan suami akan konsep diatas

2) Kurangkan balik ke rumah mertua awal – awal ni. Tetapkan dgn suami, berapa kali sebulan awak akan balik. Awak dan suami berhak ada masa cuti bersama. Takkan setiap kali cuti kena balik? Get a life ya.

3) Belajar menjawab. Diam dan menangis tak akan mengubah apa – apa. Bukan kurang ajar ya. Belajar menjawab dengan hum0r.

4) Slow talk dengan suami. Bahawa awak berhak dihorm4ti. Dia kena tahu sensitivity awak Dan dia sepatutnya Iindungi awak di rumah keluarga dia.

Sekian. Dari saya yang lalui perkara hampir sama dengan awak masa awal – awal kawin.