Kat tempat baru ni ada sorang gadis yang tak kahwin lagi. Umur baya – baya aku la. Takde la cantik mana pun. Tapi bayangkan, aku kerja hari – hari dekat tempat yang aku tak pernah nak suka. Bila balik rumah kena siasat macam aku penjen4yah. Aku nak buat macam mana la dengan isteri aku ni eh. M4kin menjadi – jadi..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera semua. Terima kasih admin kalau penulisan aku ni disiarkan. Seperti yang korang sedia maklum, telah banyak isu lelaki tak hensem yang curang, ada perempuan lain, kahwin dua, 18 – 19, suami tak hensem kena bedal dengan kawan baik sendiri dan sebagainya.
Dan main isunya adalah laki tak hensem ni curang. Ada yang buat meme macam ni. Dua gambar laki hensem kat atas dengan caption “SETIA” (salah sorang nya laki wawa zainal) dan 3 gambar laki kat bawah yang buat hal serta tak hensem mana dengan caption “CURANG”
Untuk manusia yang buat meme itu, terima kasih sebab dah merunsingkan hidup aku! Aku dah kahwin. Baru ja 2 tahun lebih kurang. Bini aku cantik giIa dan aku ni tak hensem mana. Disebabkan sejak akhir – akhir ni, tular dan berderet isu laki tak hensem ni curang bagai, bini aku dah terkesan secara tak langsung.
Dia jadi lebih curiga dan cemburu dia juga lain macam. Macam ni. Kat tempat kerja aku memang ada staff perempuan dan ada masa aku akan berkomunikasi dengan dorang ni. Selalunya bini aku tak tanya sangat macam mana kat office hari ni, tapi lepas kes ni, balik kerja dah bini aku bertukar menjadi inspector.
Soalan dia banyak lain macam. H4ngpa yang dah kawen mesti h4ngpa tahu soalan pelik tahap dewa petala tujuh mana yang boleh keluar dari mulut bini hangpa. Mula – mula dia tanya macam mana hari ni kat office. Kemudian tanya ada cakap dengan perempuan tak,
Lepas tu tanya kenapa boss aku perempuan (mamp0s nak jawab) tanya mesti ke kena ada perempuan kat tempat kerja, (bukan company bapak aku), Dia tanya lagi perlu ke bercakap dengan perempuan?
Duduk sorang – sorang tak boleh ke, (aku manage projek bukan sorang – sorang cek oi. Bukan aku yang hire pekerja) kadang – kadang time kerja dia video call. Kalau tak angkat mula hantar whatsapp banyak – banyak tapi satu satu. CONTOH :
Kenapa
tak
angkat
video
call
orang
hah?
Bu
at
A
pa
tu?
te
ngah
ca
kap
de
ngan
pe
rem
pu
an
ke
tu?
Ha. Macam tu la.
Sebab kes laki tak hensem curang aku kena hadap benda macam ni, Untuk pengetahuan h4ngpa, bini aku pregnant dan dia alah dengan bau makanan (orang cakap memang ragam ibu mengandung ni lain). So aku la masak, aku la basuh baju (guna tangan ok sebab mesin basuh rosak) aku la kemas rumah, cuci tandas sapu sampah semua.
Kalau dia lapar tengah malam, bukan dia nak pergi bukak peti ambil makanan sendiri, k3jut aku juga mintak tolong ambilkan. Kalau tidur, aku kena make sure dia tidur dulu, kalau aku tidur dulu, sampai ke sudah la dia tak leh tidur. Anda rasa bagai mana?
Aku ni masa yang takde depan mata dia betul – betul time kerja ja. Yang lain semua depan mata dia. Tak ade aku nak balik lambat, habis kerja terus balik. Takde nak melepak dengan kawan, takde nak keluar malam, takde nak konvoi ride hujung minggu, kalau bersukan sekali pun aku bawak bini aku sebab kesian dia sorang – sorang kat rumah.
Aku pun takde nak install apps pelik – pelik. Wechat ka, tak dak! yang pelik pada dia ada satu. Mobile legend tu jela. Takde nak hide pasword phone tak de nak privacy mana. Dia boleh nak access phone aku bila – bila masa sebab pada aku dah kahwin kena tahu semua hal laki bini.
Benda – benda yang aku buat ni lebih membuatkan dia curiga dan takut laki dia dikebas orang sebab dia rasa tak ramai laki akan buat macam mana yang aku buat. Hadoi la bini ku! kalau suami mu tak buat seperti yang di atas, sapa nak buat? dia nak masak, kang dok UWEEKK UWEEKK!
Nak beli makan dekat kedai, aku plak tak suka makanan kedai. Dia nak basuh baju 4 -5 helai tu, tangan dia Iuka – Iuka kalau kena sabun basuh ikut la pakai glove ke tak. Nak kumpul baju banyak – banyak basuh dobi, aku plak tak suka, serabut baju banyak.
Dengan em0i dia yang pelik – pelik, tiba – tiba nangis, tiba-tiba masak, WAAAAAA… Macam mana? Ni semua mula dengan kes 18 – 19, kawan baik bedaI suami sendiri, suami pergi menjah4nam ketika anak masuk hospitaI dan yang menjah4nam bersama si suami adalah perempuan bertudung proper sedangkan laki tu free hair.
Dan isu – isu ni sedang hangat disiarkan oleh media sosiaI tempatan. APOO CEK OI! dah Allah jadikan muka aku macam ni. tak hensem mana, mana la aku tahu! Akhir kata luahan hati aku ini, TAK SEMUA LAKI TAK HENSEM ITU JAH4NAM.
TAK SEMUA LAKI HENSEM ITU ELOK. TAK SEMUA SUAMI ITU NAK ADA BANYAK ISTERI, TAK SEMUA LELAKI ITU CURANG. Kite ni same je. Pembawakan diri tu yang menentukan semua. Untuk isteri, saya dah cakap benda ni banyak kali dah.
Awak la satu – satunya isteri saya yang saya sayang. Saya doa agar hanya awak seorang sahaja yang akan menjadi isteri saya sampai ke syurga. Tak ada dua, tak ada tiga, tak ada empat. Saya doa Allah tetapkan hati saya hanya untuk awak sahaja dan hati awak tu hanya untuk saya.
Mohon doa agar kami dikurnia rezeki yang meIimpah ruah dari segala sudut, dan aku mohon agar semua pembaca confesion ni mendoakan kami dan kesejahteraan mummy dan baby yang bakal lahir. Biar sempurna cukup sifat akal fikiran, jadi anak soleh solehah untuk kami.
Maaf andai terkasar bahasa, maaf andai penulisan berterabur, aku tak de talent menulis sangat. Sekian terima kasih! – SUAMI KEPADA ISTERI CANTIK
Sambungan.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang aku masih tak hensem macam biasalah. Mungkin tak sempat pergi korea buat plastic surgery. Sepertimana yang korang tahu, dunia sedang dilanda wabak yang sem4kin orang tak pandang serius. Mula – mula pkp dijalankan, amboi, patuhnya semua rakyat malaysia.
Sekarang? No komenlah. Tu tak masuk lagi geng konspirasi dengan konspirasi mereka. Geng anti v4ksin lagi. Apa nasib untuk orang yang tak hensem macam aku ni? Jeng jeng jeng! Aku telah dibuang kerja sebab, projek yang aku uruskan tu kebanyakannya melibatkan budak – budak sekolah.
Jadi takde budak sekolah, takde la projek aku. Aku adalah orang yang nak sangat budak – budak pergi sekolah demi kelangsungan hidup aku. Tapi bukan untuk kelangsungan hidup budak – budak, cikgu, komuniti dan rakyat malaysia sebab mereka berisik0 tinggi.
Jadi company tak boleh surv1ve, aku dan beberapa rakan lain dibuang kerja. Sayu. Pening. Tapi nak buat macam mana kan. Hadap jela. Next. Benda yang aku kena hadap adalah per4ngai bini cantik aku yang sememangnya begitu cantik!
Cantik sangat engkau! Sampai aku tak tahu nak handle macam mana. Ceritanya begini. Dapat je tahu aku tak kerja, ok dia serabut. Aku serabut, dia pening, aku pening, dia marah, aku?? Ofkos laa tak boleh marah! Nak mamp0s engkau.
Beranila kau meng4mok time bini ko meng4mok. Jadi lagi besar perkara yang nak dibincangkan. Adakah aku tak boleh meng4mok disebabkan aku tak hensem? Hah! Aku dah tak berhubung dengan orang luar sebab dah tak kerja kan.
Aku dok rumah jela sambil – sambil apply kerja lain yang tak berjawab – jawab. Lagu menanti sebuah jawaban dari kumpulan padi tu hari – hari aku nyanyi. Aku nyanyi bini aku cakap aku suka hati. Tak fikir pasal kerja. Suka tak ada income dan tak usaha untuk mencari income.
Padahal time tu aku tengah menghadap komputer apply kerja kot. Aku pusing – pusing cari kerja dekat kfc mcd. Jadi rider. Banyak jugak la tempat lain. Tapi tak ada rezeki kat situ. Balik rumah jumpa isteri, mari kita ulang semula.
Dia serabut, aku serabut. Dia pening aku pening. Dia marah, aku?? Korang sambung kat komen. Aku yang dah tak berhubung dengan sesiapa ni, dia masih bukak HP aku, cek segala whatsapp chat, facebook messenger, instagram, dan lain – lain.
Ofkos la tak ada dah whatsapp dengan rakan sekerja perempuan yang lama. Tapi masih ada ragu – ragu. Asyik check, check. Lepas tu suspicious. Lepas tu fikir bukan – bukan. Lepas fikir bukan – bukan, mari kita ulang ye anak – anak… dia serabut, aku serabut, dia pening aku pening, dia marah, aku?? (facepalm) aku tak paham laa!!
Katanya, “orang tak hensem ramai peminat.” Aku cakap la, “nak minat apanya sekarang ni dah ada kat rumah. Bukan pergi mana – mana pun.” Tuan – tuan yang dihargai. Aku ingat aku hebat la cakap macam tu. Namun aku tersilap.
Bertahun kahwin dengan dia, aku masih tak kenal dia. Dia jawab, “Ooo. kiranya time kat luar sebelum ni ada la orang minat?? Aku nak jawab apa tuan – tuan sekalian. Kalau tanya puan – puan kang, dorang mesti jawab, “sape suruh jawab macam tu.” kan?
Sepanjang tak bekerja ni, soalan – soalan macam ni lah yang aku kena hadap hari – hari. Hari – hari bro.. Aku terkenang lagi. Adakah ini disebabkan oleh muka aku yang tak hensem?? Padahal isu laki tak hensem curang bagai – bagai ni dah lenyap nampaknya walaupun si 18 – 19 dah bercerai dengan isterinya.
Kita doakan yang baik – baik aje untuk mereka. Aku str3ss jugak nak menghadap benda ni. Tapi bila dikenang s4kitnya dia masa deliver baby tu, aku redha diajukan soalan – soalan tak masuk akal dari si isteri cantik. Oh ya. Aku dah ada seorang anak. Alhamdulillah.
Sihat elok je anak dan mak. Cuma kadang – kadang str3ss la nak menghadap soalan unik dia tu. Aku serabut jugak nak fikir macam mana nak dapat income untuk bayar komitmen aku bulan – bulan. Yang tu dah merisaukan dah.
Tambah lagi dengan pressure dari si isteri cantik, dengan soalan – soalannya, dengan kerenah dia, waahhhh.. Just waaahhhhh… kadang – kadang aku rasa aku dah tahap kemurungan ni. Tapi macam tak ada la rasa kemurungan. Entah laa..
Mohon luahan aku ni menjadi penguat semangat para suami yang hensem dan tak hensem untuk terus cekal menjadi suami yang baik. Ini adalah realiti alam perkahwinan yang segelintir lelaki bertuah ditakdirkan untuk korang hadapi.
Cuma aku ada tambah sikit la lelaki bertuah yang tak hensem. Apa – apa pun anda tidak berseorangan. Aku yakin aku tidak berseorangan. Kepada yang nak kawen, ready nak hadap benda macam ni?? Haha.. Jangan risau. Kita sebagai seorang lelaki mesti boleh hadap punya.. Chill saja brooo.
Tujuan lain luahan ini adalah untuk memohon doa kalian agar aku disegerakan mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan beserta diberi kesihatan yang berpanjangan. Aku doakan kepada mereka yang hilang kerja tu, cepat – cepat dapat kerja baru yang lebih baik.
Netizen malaysia ini sangat hebat dalam memberi komen. Jadi aku nantikan komen – komen yang positif untuk menguatkan semangat aku lagi. Kepada yang tak ada benda baik nak komen, korang diam dan baca jela. Nak komen, sila tulis komen buruk korang dalam diari.
Tunjuk kat anak cucu nanti. Ini lah kerja korang time pandemik dulu. Hahahahaha!!!! Gurau je ekkk, maaf kalau tulisan cacamarba dan tidak terurus. Aku kena release stress jugak. Sekian.. – Suami kepada isteri cantik yang dah tak ada kerja (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Moga semua baik khabarnya. Moga semua mantap imannya. Moga semua senang hidup dunia akhir4tnya. Untuk stori mori kali ni kan, korang kena baca dengan gaya bahasa yang macam cakap dengan member – member eh.
Seperti yang korang sedia maklum, aku ni masih la tak hensem di mata aku sendiri.. Bertambah tak hensem dengan keguguran rambut aku yang menjadi – jadi. Korang bayang, kalau korang genggam rambut korang, genggam ala – ala genggam tangan baby atau cubit pipi babykan, genggam macam tu pun rambut aku akan penuh dalam genggaman.
Dah la tak hensem, kulit gelap pulak, rambut m4kin gugur, berat badan m4kin naik. Aish… Apa – apa pun, aku redha ye dengan outlook aku, aku tak pernah cakap aku tak suka aku tak hensem macam ni. Aku dah kahwin. Anak dah besar dah.
Dah banyak cakap. Jadi kat rumah aku ada teman bercakap selain bini aku yang cantik. Banyak juga aku baca kisah – kisah isteri yang jadi surirumahtangga yang burn out. Jadi untuk post kali ni aku nak post pasal seorang suami bekerjaya yang burnout dan tak hensem.
Dah la tak hensem. Burn out pulak. Haha. Gini ceritenya. Last time kan aku cakap aku kena buang kerja dan mencari kerja kan. Alhamdulillah lepas last posting tu, aku dapat kerja. Mungkin berkat doa dari pembaca sekalian.
Moga – moga Allah merahm4ti kepada sesiapa yang mendoakan aku. Kalau ada yang memberi komen negatif, moga – moga korang tak hadap apa yang aku hadap eh. Orang tulis tu ko komen jela murni – murni.. Kalau tak murni, ko sump4h seranah saja depan pc.
Tangan jangan taip dan post komen. Lainlah kalau orang tu mintak m4ki kan. Jadi kalau ko nak m4ki, sila m4ki post yang mintak m4ki. M4ki kaw kaw.. Jangan kasi caaannn!!!!! Kau kan hobi m4ki orang. Heh! Ok sambung.
Aku tak suka giIa – giIa dengan kerja aku sekarang. Aku bukan jenis yang suka menghadap pc dari pukuI 8 – 5 petang ni. Aku tak suka kerja duduk diam satu tempat dan duduk jela situ dari masuk kerja sampai balik kerja.
Dua – 3 tahun jugak kerja. Aku masih tak mampu nak suka kerja aku ni. Berdosa ke ek rasa macam tu? Ntah la. Haha. Karang ada la yang komen, ok la tu bro, kau masih ada kerja. Syukur laa.. Aku rasa aku syukur saja aku dapat kerja.
Sebab tu masih bertahan di sini. Cuma aku tak boleh nak suka. Kalau tak suka, kira tak syukur ke eh? Confuse la. Ke memang kalau syukur akan autom4tik suka.? Kat tempat baru ni ada sorang gadis yang tak kahwin lagi. Umur baya – baya aku la.
Aku tak banyak cakap dengan dia. Lain department. Tapi ada la sekali sekala. Muka dia tak lah rabak. Tak la cantik giIa sampai kalau kau tengok, akan terkeluar word “boleh tahan dia ni.” aku kalau tengok bini aku, keluar macam ni “tidakku sangka, bid4dari dunia itu wujud.” perghh! Mantap noks.
Jadi bila balik kerja, si isteri cantik aku terus menerus bertanyakan sesuatu seperti, “ada cakap dengan dia tak?” “ada dia datang dekat tempat awak tak” “nanti video call jangan letak biar saja buat kerja sambil video call tu on”
Macam mana kira ni bossku.. Aku nak buat kerja taw. Walaupun aku buat kerja sorang – sorang depan pc, boleh saja nak vc, tapi tak payah la nak tengok aku buat kerja sebab ada sorang yang boleh buat kau ins3cure siakkk,,
Ehh ape bende la! Dah la aku tak suka kerja sini. Aku tak kerja, rumah kereta motor makan bil api air topup shopee kau siapa nak bagi! Bagi aku kerja dengan aman boleh tak? Sebelum korang komen pasal aku tak bagi me time dekat wife aku sebab dia fully housewife, meh sini nak story sikit.
Aku pergi kerja pukuI 7 pagi. Sebelum pergi kerja sampah aku buang. Sepanjang kahwin, boleh kira berapa kali dia turun bawah buang sampah. Balik kerja anak aku mandikan, aku masak makan malam kalau dia tak masak.
Kalau masa dia puasa sunat, aku buatkan makanan special untuk dia. Siakap tiga rasa ke, rendang ke, gulai ala – ala nasi kakwok tu ke. Dan pelbagai lagi. Air jangan cakap, dia nak, semua aku buat. Kira lepas aku balik kerja, anak aku handle.
Akan pergi dekat dia masa nak susu saja. Kemas rumah saja aku rasa aku tak buat sangat kot sebab aku tak reti mana. Tapi setakat nak kemas mainan anak tu aku buat saja. Kot ada lagi nak komen ” ko tak bagi dia keluar kot.. Sebab tu dia macam tu. Terperuk aje kat rumah”
Eh eh kau ni. Pernah makan kaki yang pakai stokin tak basuh sebulan tak? Dengar sini. Aku selalu pesan. Masa hujung minggu atau waktu hari bekerja sekalipun kalau ada kawan ajak keluar, keluar lah. Kalau hari biasa tak nak keluar sebab susah nak handle baby, keluarlah masa hujung minggu.
Kawan – kawan bukan jauh. Ada saja dekat area sini. Lepak minum stabak ke, nice 2cu ke, ikut la. Aku mampu bagi duit untuk dia minum – minum. Tak banyak sangat. Tapi, boleh saja keluar. Anak aku handle. Aku reti saja jaga anak.
Masa anak baby dulu pun, bukan dia mandikan. Umur baby dalam 2 bulan sampai la baby start berjalan, aku mandikan dia sebelum pergi kerja, dan mandikan lepas balik kerja. Ni anak dah 2 tahun, baru dia mandikan pagi – pagi. Tapi petang still aku mandikan.
Dia cakap dia penat. Ok la. Aku ok saja. Sebab aku rasa ada la sikit masa nak bond dengan anak aku lepas dah lebih 8 jam tinggalkan dia. Anak aku pun suka saja aku mandikan dia. Mungkin ada la part yang dia burn out tapi aku tak dapat baca.
Tapi kau bayang, kau pergi kerja hari – hari dekat tempat yang kau tak pernah nak suka. Balik rumah kena inspect macam kau penjen1yah. Aku nak buat macam mana laa dengan isteri aku ni eh. M4kin menjadi – jadi la pulak. Aishh..
Muka aku ni tak menarik gadis – gadis pun. Apa kau nak insecure lagi.. Bercakap dengan perempuan lain pun tidak. Saja aku gemokkan badan. Besarkan perut, mana tahu dia kurang rasa insecure. Tapi apo. Sama jaa. Baik aku sadokan balik.
Kira aku ni burn out ke tidak? Ke macam mana? Laki ada burn out tak? Asyik pompuan ja burn out. Laki ada ka eh? GiIa aku macam ni. Nak lepak dengan member, aku bukan kaki lepak sejak dari sebelum kahwin. Nak cerita dekat orang lagi la tak boleh.
Eh. M4kin em0si pulak. Nanti la aku sambung.. Ada lagi masalah penting yang tak cite lagi. Apa – apa pun. Aku sayang giIa dekat bini aku.. Dan dia sangat cantik. Sekian untuk sekarang. Aku tak boleh nak sambung lagi. So, peace dan adios. – Lelaki kepada isteri cantik (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
MA H4mba : Teringat ada confession – confession dulu, suami hensem isteri kurang rupa. Tapi isteri dia layan dia baik, mendamaikan hati dia, cukup serba serbi, dia pun setia dengan isteri. Encik boleh bagi confession – confession tu pada isteri encik baca, supaya dia dapat idea yang perkahwinan ni asasnya untuk menenangkan, damai, tenteram, bukan sebaliknya.
Kalau tak ada masalah, jangan cipta masalah tu. Allah dah bagi kebahagiaan, bersyukur banyak – banyak supaya Allah tambah lagi kebahagiaan berkeluarga dan bermasyarakat.
Norazira Ab Rahman : Terima la hakik4t bini encik tu cemburu. Cemburu tanda sayang. Sebab dia sayang encik itu yang dia macam tu. Yang penting encik kerja betul – betul, cari rezeki berkat. Banyakkan doa biar isteri encik jadi orang yang tenang jiwanya dan encik dikurniakan sabar tahap gaban untuk handle isteri encik yang manja tu.
Nur Asyikin : Saya pernah jumpa lelaki tak handsome suami kepada kawan saya. Sebab laki dia sedar kekurangannya, dia fokus ke arah lain. Kuat kerja dan pencapaian tinggi kat tempat kerja. Cadangan saya en buatlah kerja part-time foodpanda ke grab ke untuk tambah duit lebih dan merawat burn out tu sebab kene disiasat. Selain dapat memboloskan diri dari disiasat macam penjen4yah dapat juga bagi extra duit kat isteri untuk isteri tersenyum. All the best en.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.