
Aku dah janji dengan suami tak akan marah perempuan tu. Aku jemput dia datang rumah. Aku tunjuk rumah dan kereta yang suami pakai tu semua atas nama aku. Tengah tengah kami sembang, mak mertua aku sampai. Aku siap perkenalkan dekat mak mertua, bakal menantu baru…
#Foto sekadar hiasan. Hubungan aku dengan suami memang dah bertahun tak ngam. Kami hanya bercakap benda penting sahaja. Kami umpama rakan serumah sebilik sahaja. Dah bertahun tak bersama sebagai suami isteri. Aku hanya buat rutin harian aku macam biasa. Uruskan rumah, jaga anak macam biasa. Sambil buat bisnes kecil aku cari duit sendiri untuk tampung apa yang kurang.
Suami pula macam biasa, dia hanya bagi nafkah zahir. Pergi kerja balik kerja, lepas makan mandi dia keluar balik. Mungkin lepak jumpa kawan – kawan, tengah malam pukuI dua atau tiga pagi semua anak – anak dah tidur baru dia balik untuk tidur.
Kadang – kadang bila aku tanya kenapa balik lewat, dia jawab penat dan nak “tenangkan fikiran”. Aku pun malas nak g4duh sebab dah lali dengan per4ngai dia. Dalam hati aku rasa macam aku ni ibu tunggal walaupun suami ada depan mata.
Sampailah satu hari suami kata ada benda penting nak bincang. Lepas balik kerja, dia hantar anak – anak rumah mak. Dia ajak aku keluar makan katanya nak luang masa bersama. Aku dah rasa pelik sebab sebelum ni nak ajak keluar makan pun jarang sangat.
Rupa – rupanya dia nak bagi tahu yang dia nak kahwin lagi. Tapi dia cakap dia tak akan lepaskan aku. Hihi awal – awal bagi tahu, tak akan lepaskan aku kononnya. Aku tak terk3jut pun sebenarnya. Aku dah boleh agak lama dah. Aku cuma balas dengan tenang dan aku kata aku izinkan dan ikhlaskan abang nak kahwin lain.
Aku cuma minta satu sahaja. Bawa perempuan tu jumpa aku, dan izinkan aku berbual berdua sahaja dengan dia. Boleh? Pada mulanya suami kata nak buat apa, jangan g4duh. Aku cakap aku janji aku takkan g4duh, takkan marah dia. Aku cuma nak berbual bersembang sahaja.
Dua hari lepas tu, aku minta nombor perempuan tu pada suami. Suami macam berat nak bagi. Tapi sebab aku dah janji takkan g4duh, suami pun bagi juga nombor minah tu. Time suami kerja, aku panggil perempuan tu datang rumah. Elok aku jemput penuh hormat.
Aku siap buatkan air sebab aku nak dia rasa dia bukan datang tempat musvh. Aku nak dia dengar betul – betul. Nak tahu aku cakap apa pada dia? Habis segala aib suami aku bagi tahu. Sikap suami, cara suami, apa suami suka, apa suami tak suka, semua aku bagi tahu sampai habis. Siap dengan bukti yang ada.
Aku tak cakap kosong. Aku bagi perempuan tu tengok bukti betul – betul. Aku tambah lagi, rumah dan kereta yang suami pakai tu semua atas nama aku. Suami tak ada apa. Habis geran aku tunjuk. Aku cakap pada dia, “Awak nak bermadu dengan aku, aku tak kisah. Aku pun dah taw4r hati. Aku dah tak ada perasaan cemburu. Tapi ingat, kalau awak jadi isteri dia, awak kena belajar berdikari. S4kit demam pergi klinik sendiri. Kalau mengandung, check up jangan mimpi dia nak teman. Mungkin masa bercinta dia sweet, tapi lepas ada anak, dia akan berubah.”
Aku sambung lagi, “Yang paling penting, jangan halang dia lepak dengan kawan sampai dua atau tiga pagi. Jangan halang dia kalau masa cuti dia habiskan masa main game. Kalau awak nak jadi bini dia, madu saya, awak kena belajar faham per4ngai dia.”
Tengah – tengah kami sembang, mak mertua aku sampai. Memang aku dah call awal suruh dia datang. Aku siap perkenalkan dekat mak, “Ini bakal menantu mak yang kedua. Hujung bulan Zul nak nikah dah.” Perempuan tu terus menangis. Biasa la mulut mak – mak. Orang tua punya mulut. “Dah lama ke jual maruah dekat anak aku?”
Belum sempat mak mertua aku sambung berleter panjang, minah tu terus lari keluar rumah sambil teresak – esak. Dia balik begitu sahaja. Petang tu suami balik kerja. Aku tahu suami nak marah aku. Suami tanya aku cakap apa dekat perempuan tu.
Tapi dia tak jadi marah sebab kat rumah ada mak. Dia hanya mampu diam sambil buat muka tak puas hati. Dalam hidup aku, aku bersyukur satu sahaja, aku dapat mak mertua yang sangat baik. Mak mertua aku banyak kali nasihat suami aku tapi entah kenapa per4ngai dia tetap tak berubah.
Malam tu keadaan dalam rumah senyap. Suami buat hal dia, aku buat hal aku. Tapi aku perasan dia asyik keluar masuk bilik, macam nak cakap sesuatu tapi tak jadi. Esoknya, suami bagi tahu tak jadi nikah sebab perempuan tu undur diri. Katanya “tak sanggup”.
Aku senyum sahaja. Dalam hati aku, kalau perempuan tu lari hanya sebab dengar sikit per4ngai suami, maksudnya dia tak kuat nak duduk dalam kasut aku selama ini. Nak kahwin, kahwinlah. Aku sikit pun tak heran dengan dia. Malah aku yang minta dilepaskan.
Cuma sebab dia dah pesan awal – awal yang dia takkan lepaskan aku, jadi aku pun diamkan dulu topik tu. Aku buat semua ni bukan sebab cemburu. Aku buat semua ni sebab aku nak suami tu bawak bawaklah sedar diri. Rumah dan kereta yang dia pakai tu nama aku.
Dan aku nak perempuan tu tahu yang suami aku tak ada apa – apa harta pun. Nak kahwin, kahwinlah. Cuma jangan bawa perempuan lain naik kereta aku. Nak bawa perempuan, sila beli kereta sendiri. Itu sahaja. Aku dah bagi tahu suami, kalau rasa tak boleh go dengan aku dah, kita pisah cara baik. Tapi suami cakap tak nak.
Dan aku tahu kenapa dia tak nak lepaskan aku. Kalau dia lepaskan aku, alamatnya dia jalan kaki lah. Dan balik duduk rumah mak sebab dia tak ada rumah. Habis kuat pun, menyewa. Tapi dia nak ke tiap bulan keluarkan duit untuk bayar sewa? Sedangkan selama ni dia duduk rumah free tak payah bayar apa – apa.
Kadang – kadang bila aku fikir balik, aku rasa macam suami aku bukan sayang aku sangat pun. Dia sayang kemudahan yang datang dengan aku. Dah lah aku uruskan rumah, uruskan anak, cari duit sendiri, tak pernah menyusahkan dia.Dia balik, makan siap, baju siap, hidup senang lenang. Lepas tu boleh pula berangan nak tambah satu lagi isteri.
Sekarang aku teruskan hidup macam biasa. Walaupun hubungan aku dengan suami tak sempurna, sekurang – kurangnya aku tahu nilai diri aku. Dan aku tahu, kalau aku mampu bertahan selama ini, aku juga mampu berdiri tanpa dia bila tiba masanya. Aku tahu aku mampu berdiri sendiri. Dia? Belum tentu lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.