
Depan mata isteri, anak melompat sampai jatuh, ced3ra, conteng dinding tapi dia tak nampak sebab sibuk dengan handphone. 10 minit pun tak boleh nak layan anak, katanya masa tu berharga. Aku dah tegur cara baik, cara kasar semua tak makan saman. Sekarang aku ada terfikir nak b0mohkan isteri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Min tolong siarkan, aku ni suami kategori yang suka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap dan menguruskan hal dalam rumah dan anak – anak. Masalahnya isteri aku min, dia berniaga online tapi duduk asyik melayan telefon sampai perhatian kepada anak – anak kurang.
Aku kat luar tengah cuci kereta pun boleh rasa anak aku berg4duh sesama mereka, panjat katil main jatuh. Yang dia ada depan buat tak tahu sampai anak dah berd4rah baru dia perasan. S4kit hati min. Anak bosan berhadapan dengan ibu macam ni.
Anak bosan, dia terlalu pentingkan diri dia. Aku yang cuci kereta masuk rumah meleraikan semua. Begitu juga hal lain semua aku ke depan. Pernah anak berd4rah depan mata dia, aku tanya bini aku kenapa. Dia kata dah marah – marah. Walhal aku perhatikan per4ngai dia, dia main telefon layan pelanggan tak jaga anak.
Bukan tu saja, aku pernah letak CCTV sepanjang aku kerja. Nak tahu tak, bini aku banyak main telefon. Bini baring atas katil, tidur, buat tak tahu saja anak lompat main. Jatuh dan pampers penuh t4hi dan bocor air k3ncing. S4kit hati betul, aku pernah bagitahu dia nak cari orang gaji.
Dia kata aku saja nak menjatuhkan dia dan ada skandal lain. Tiba – tiba je kan. Kelebihan dia masak saja. Lepas masak duduk main telefon. Setahu aku, aku kahwin dengan dia tujuh tahun dia tak pernah sapu sampah bawah bangku, bawah katil dan dia tak pernah cuci kipas yang berhabuk.
Dan sapu sampah dia seminggu hanya dua kali sahaja. Itu pun bahagian yang nampak depan mata. Di luar rumah pun sama. Kalau tak kerana aku, alamat anak – anak berkudis, rumah macam tongkang pecah. Aku pernah adukan pada saud4ra terdekat, dia suruh aku buat tak tahu saja ajar bini aku tu.
Aku sudah cuba, tak sampai satu hari, petang aku dah tak tahan sebab apa. Lagi kita buat tak tahu rupanya lagi dia rasa bebas dan selesa, keadaan anak bosan dan rumah berhabuk dan bersepah. Tempat tidur anak tak betul dengan kemas.
Betulkan cadar main letak, bukan tarik tegang – tegang. Kalau anak meragam kat dia, dia marah anak. Suruh kerja, nasihat dia pun tak makan saman. Bila berg4duh ada la sehari dua dia kurang pegang telefon, layan urus anak – anak dan solat. Kalau berbaik, segalanya kembali seperti biasa.
Aku ni dah macam – macam aku buat yang terbaik depan dia jaga anak – anak. Dia tak pernah jadikan contoh. Ikut cara dia, aku selalu terbaca isteri – isteri mengadu hal per4ngai suami begini. Tindakan dia buat aku terfikir nak b0mohkan dia.
Sebab cara baik terus terang tak makan saman, baik cara halus. Aku nak b0mohkan dia sebab nak bagi hati dia berubah macam aku. Tapi aku tak buat lagi. Tindakan dia tak berubah membuat aku serik untuk berkahwin andaikan hubungan terpisah.
Tindakan dia sangat buat aku terfikir untuk berpisah, tapi ada sebab anak buat aku terhalang. Sudah pasti dua – dua akan dapat hak anak. Dan sudah pasti dia sebagai wanita akan dipandang suci bila jadi janda dan diceraikan sebab orang yang kena cerai ni biasa masyarakat pandang lelaki yang jahat. Wanita saja yang dizaIimi.
Bagi dia sepuluh minit masa bersama anak – anak sangat rugi. Depan mata aku, dia berpura – pura layan anak. Bila aku masuk bilik, dia sambung main telefon. Aku redha dia berniaga sebab hendak bantu ekonomi keluarga, tapi janganlah sampai melampau sangat sampai suami sendiri dia sudah derh4ka dan anak sendiri tak diberi perhatian.
Tapi min, konflik tu tak berhenti setakat tu. Aku perasan dia mula menjerit ke anak depan aku bila aku nasihat dia. Kadang – kadang aku masuk rumah, nampak anak meragam sebab lapar atau basah pampers, dia tuduh aku salah didik anak.
Pernah satu hari, aku keluar beli barang dapur, masuk balik rumah, nampak dia t4mpar anak sebab menangis. Hati aku pecah, aku menjerit depan dia tapi dia tak peduli. Anak ketakutan, menangis sambil peIuk aku. Belum habis tu, kadang – kadang dia berg4duh dengan aku pasal duit.
Walhal aku yang tanggung semua bil rumah, belanja dapur, dan bayar yuran sekolah anak. Dia kata aku terlalu berkira dan tak faham perasaan dia. Aku cuba berbincang baik – baik, tapi dia hanya layan telefon dan cakap aku saja yang cerewet.
Pernah aku jumpa dia sembunyi resit barang online yang mahal, bila aku tanya, dia menafikan. Aku rasa macam semua usaha aku selama ni sia – sia. Ada sekali, aku marah depan saud4ra terdekat sebab rumah bersepah dan anak meragam. Dia terus menangis, tuduh aku macam lelaki kasar dan tak hargai isteri.
Aku cuba sabar, tapi kadang – kadang rasa nak hilang sabar betul. Aku tak mahu cakap pasal b0moh lagi sebab takut jadi buruk lagi. Tapi hati aku s4kit, rasa macam tinggal seorang diri urus semua benda. Anak – anak pandang aku, tapi aku takut mereka rasa tertekan sebab ibu sendiri tak peduli.
Aku terfikir, kalau dia tak berubah juga, mungkin aku kena buat keputusan berat. Tapi tengok anak, aku tahan diri. Anak – anak yang jadi penghubung antara aku dan dia. Aku berharap min, suatu hari dia sedar, jangan sampai rumah ni jadi per4ngkap dan anak – anak membesar dengan trauma depan mata ibu sendiri.
Ulasan Pembaca :
Yusof : Seminggu sekali panggil tukang cuci datang bersihkan rumah. Setiap minggu bawa anak keluar tanpa bawa bini. Biar dia rasa dipinggirkan.
Marina Mohd Ghazaly : Pernah jumpa orang macam ni, depan mata anak dah penuh pampers boleh buat tak tahu. Sekurang – kurangnya bagi la anak tu selesa sikit. Sampah sampai seminggu tak buang, suami kerja luar. Bila tanya tunggu suami yang buang. Ulat sampah tu dah merata berjalan. Malas sampai tunggu suami. Padahal duduk rumah ada tong sampah depan. Telefon kat tangan sentiasa. Hadap la isteri yang macam ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.