Aku tegur murid, sekali dia meng4muk. ‘cikgu ingat saya takut dengan cikgu?’ Baru 8 tahun dah ‘berani’

Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Berani murid tahun 2 ni berkata macam tu kepada cikgunya. Aku bertegas bagi hukvman, aku tak bagi dia balik. Dalam diam aku siasat apa yang puncanya. Bila aku ‘p4ksa’ dia salam untuk minta maaf, baru aku tahu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualailkum. Terima kasih sekiranya post ini disiarkan. aku seorang guru. Guru pemulihan. Guru pemulihan sekolah rendah. Biasanya mengajar murid tahun 2 dan tahun 3 yang belum pandai membaca.

Sekolah aku terletak di pinggir band4raya dan penghuni di kawasan sekolah aku adalah yang berpendapatan B40, yang mana golongan B40 yang hidup di band4raya perlu bekerja sangat keras untuk menyara keluarga.

Murid pemulihan kebanyakannya adalah berasal dari keluarga yang susah dan kebanyakannya datang dari br0ken family atau ibu bapanya yang tiada masa untuk ‘berkasih sayang’ dengan anak kerana terlalu sibuk mencari nafkah.

Nak dijadikan cerita, hari ini, seorang murid pemulihan ni tak buat kerja setelah diberikan kerja. Kerjanya pula asyik bersembang, mengajak kawan sembang, dan bermain. Murid ni murid yang paling lemah penguasaan dalam kelas.

Baru dalam proses mengenal huruf. Murid tahun 2. Tahun 1 dia tak sekolah. Jadi harapan aku padanya tinggi untuk dia boleh membaca hujung tahun ini. Sekurang – kurangnya suku kata terbuka. Untuk mendisiplinkan dia, aku tegur secara sopan untuk dia menyambung kerjanya.

Dia sengih dan kata ‘ok – ok’. Tidak lama selepas itu, murid ni bersembang semula. Aku tegur untuk kali yang ke 3 dan 4. Tapi sama juga. Kembali bercerita mengajak kawan lain bersembang. Semasa aku tegur ni, aku tengah focus kepada murid lain dalam bimbingan membaca.

Maksudnya sambil murid lain buat kerja, sambil tu sorang – sorang aku panggil untuk bimbingan membaca. Kemudian, oleh kerana perkara yang sama berulang, aku ambil pendekatan untuk tarik sisi rambut murid ni. 2 orang aku buat macam tu.

Yang seorang selepas tu dah boleh focus. Tapi murid ni, marahnya dia pada aku. Siap cakap cikgu dah jahat sekarang. Aku faham murid ni masih belum capai akal. Jadi aku pun terangkan dekat dia kenapa aku jahat. Aku sayang murid yang buat kerja dan focus.

Dan suka murid yang tekun buat kerja. Dengan harapan murid ni boleh terima. Rupanya tidak. Dia lepaskan marah dia pada rakan sebeIah. Padahal kawan tu tak buat salah. Kawan tu pula yang datang minta maaf dengan dia.

Aku cuma memerhatikan sahaja sambil membimbing murid lain membaca. Dengan muka masam dia tak nak maafkan kawan tu. Aku cakap dengan dia, maafkanlah kawan tu. Tiba – tiba dia kata, cikgu ingat saya takut dengan cikgu?

Tersentap hati aku, tergur1s. Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Berani murid tahun 2 ni berkata macam tu kepada cikgunya. Oleh sebab tak nak hati aku tergur1s lama kerana murid ni (takut murid ni hilang berkat mencari ilmu dengan aku), aku pun bertegas.

Ok. Jadi awak tak takutlah dengan cikgu ya. Berdiri di situ. Jangan pergi mana – mana. (masa pelajaran aku dah habis. Murid lain kena balik kelas asal .Murid ni aku tahan) Muka dia masih masam mencuka, tunduk.

Murid tadarus pula masuk (waktu puasa, masa rehat diisi dengan tadarus). Aku tinggalkan kelas sekejap untuk hal lain. Aku sengaja melengah – lengahkan masa bercakap dengan dia. Untuk bagi ruang kepadanya untuk cool down dan memberi ruang kepada aku untuk berfikir nak susun ayat kepada dia.

Semasa aku datang semula, dia masih di situ. Masam mencuka, tunduk. Aku suruh dia ulang semula ayat dia kepada aku. Dia tak respon. Tetap tunduk masam. ‘Awak tahu tak awak tak boleh cakap macam tu kepada cikgu?’ tiada respon. aku ulang lagi.

‘Awak tahu tak awak tak boleh cakap macam tu kepada cikgu?’ kali ni dia geleng.

‘Awak tak tahu?’ Dia geleng lagi.

Aku tukar ayat tu kepada ayat penyata.

‘Awak tak boleh cakap macam tu kepada cikgu (aku). Kepada mana – mana cikgu pun tak boleh. Kepada ibu bapa awak pun tak boleh.’ Tetap tunduk, masam.

‘Mari datang dekat sini’ masa tu kedudukan dia agak jauh dari tempat aku duduk.

Tiada respon. aku ulang lagi. Kali ni lebih lembut.

‘Mari datang dekat sini’. Masih tiada respon. So aku tukar ayat.

‘Awak nak datang sini ke atau cikgu datang kat awak, tarik awak ke sini?’ kemudian dia datang dengan kaki berengsot berat. Masih tunduk dan masam muka.

‘Awak tau tak awak murid yang bijak? Sebab tu cikgu suruh awak buat kerja. Supaya awak cepat dapat kejar kawan – kawan yang lain,’ dia masih tunduk tapi kali ni dah kurang sikit tegangnya. (Tapi serius murid ni sebenarnya bijak. Jenis cepat tangkap. Tak tahu apa masalah tak sekolah setahun masa tahun 1)

‘Awak duduk bersembang dengan kawan, kerja awak, awak tak buat. Cikgu dah tegur beberapa kali kan?’ Tunduk dan tiada respon.

‘Pandang cikgu. Cikgu dah tegur beberapa kali kan?’ Aku ulang lagi.

Dia pandang sekilas dan angguk.

‘Awak dengar (ikut) tak arahan cikgu masa tu?’ Dia geleng.

‘Haaaa…. tau pun. Jadi awak tahu lah salah siapa kan.’ kali ni nafas dia dah laju. Tiba – tiba menangis teresak – esak.

‘Awak kalau masa belajar, masa tengah cari ilmu, awak kena fokus buat kerja. Kena fokus belajar. Awak murid bijak. Jangan sia – siakan peluang yang awak ada. Rajin – rajin belajar nanti awak jadi pandai. Masa tu semua orang nak kawan dengan awak.

Tapi awak kena ingat. Awak tak boleh marah kepada cikgu (orang yang memberi ilmu kepada awak).’ Dia angguk saja. Tapi kali ni mukanya dah tak tegang dan dah bole senyum sikit.

‘Jadi awak nak kata apa kat cikgu sekarang?’ Aku nak ajar dia ucap minta maaf.

Dia diam. Berat mulutnya meminta maaf. Tidak dibiasakan agaknya. Aku suruh dia ulang apa yang aku cakap.

‘Cikgu…. Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi’

Cubaan pertama dia tak ikut. Begitu juga cubaan kedua. Cubaan ketiga aku lagi lembutkan suara. Barulah dia ulang apa yang dik4ta. Kemudian aku minta dia salam aku. (Proses salam ni bukan proses guru berlagak nak murid hormat.

Tetapi adalah satu proses ADAB seorang murid menghorm4ti gurunya). Ingatkan proses salam semudah ABC. Rupanya murid ni juga tak biasa salam kemudian civm tangan. Dia cuma salam saja. Bila diminta civm tangan, dia sengih – sengih.

‘Awak salam tak kat mak awak kat rumah?’

‘Salam’

‘Awak civm tak tangan mak awak?’

‘tak’

‘Kenapa tak civm tangan?’

Dia sengih – sengih saja. Tak biasa agaknya.

‘Awak salam tak ayah awak sebelum pergi sekolah?’

‘tak’

‘kenapa tak salam?’

Dia sengih – sengih lagi.

‘Ayah awak pernah peIuk awak tak?’

‘tak’

‘Balik ni, awak sampai rumah, awak salam mak awak, awak mesti civm tangan dia.’

Dia sengih – sengih saja macam tak nak.

‘Kalau awak malu, awak salam jugak. Awak civm jugak tangan mak awak. Lepas tu awak cepat – cepat lari. Ok?’

Barulah dia angguk sambil sengih – sengih lagi. Kali ni aku dah rasa lega. Mudah – mudahan murid ni menjadi cikgu juga suatu hari nanti. Sekian.. -CIKGU PEMULIHAN-

– Zian (bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Khadijah D’Jah : Guru pemulihan bukan saja memungvt murid yang tidak menguasai pembelajaran secara normal tetapi serentak itu menelan asal usul latarbelakang murid yang biasanya memang daripada keluarga bermasalah.

Yang anak luar nikah, yang ibubapa bercerai, yang miskin, bermasalah kesihatan , keluarga bercampuraduk dengan sepupu saud4ra mara, Malah famili yang tak diketahui status penjaga yang tak menikah juga. Tapi terlalu perlahan masyarakat luar bertindak contohnya membasmi keluarga yang bersekedudukan. Sebab pintu rumah terdapat juga di belakang. Cikgu juga yang pening kerana pembawaan murid sudah tentu tiada kesediaan belajar.

Cgu Melly : Tahniah cikgu. Saya pun cikgu pemulihan jugak. Murid – murid macam ni memang kita kena banyak guna konsep puji dan nasihat jer banyak – banyak. Kena selalu brain wash diorang kenapa kenapa dan kenapa.

Bagi sel – sel otak diorang berhubung sket. Kadang – kadang mak ayah tak pernah kot explain kat anak – anak. Big why kena pergi ke sekolah. Kenapa perlu jadi pandai. Dari kecik kena terap bila besar diroang nak jadi apa kalau malas belajar.

Biasa lepas sesi brain wash diorang akan jadi rajin dan positif untuk belajar. Nanti agak – agak kalau dah lari tune dan nampak diorang nakal semula, ulang balik sesi brainwash. Budak – budak kecik ni biasa diorang suka kalau cikgu membebel sayang dan biasa anak – anak murid yang lemah ni memang takleh guna kekerasan.

Cik Puan Aishah : Mudah – mudahan dia dapat biasakan salam dan civm tangan parents dia bila balik rumah. Kadang – kadang kes macam ni dia tak tahu sebab tiada siapa di rumah yang ajar. Apa – apa pun syabas kepada cikgu. Cikgu seorang yang sabar dan tabah. Teruskan tugas mendidik dengan jayanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.