Semua baby dalam bilik tu menangis, dengan mata terbeliak pandang dekat satu sudut bilik. Aku dah gelabah..

Tiba – tiba terdengar bunyi pintu bilik wad 3 berbunyi kuat. Aku terk3jut dan terus pergi check semua baby yang ada dalam bilik. Waktu tu semua baby tengah menangis, m4kin kuat. Bila aku pergi nak ‘tenangkan’, aku perasan mata dorang terbuka pandang dekat satu sudut..

#Foto sekadar hiasan. Memang tak dinafikan, waktu – waktu sebegini memang ramai pes4kit memenuhi bilik bersalin lama, di HospitaI Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Aku baru berpindah ke hospitaI ini dan mula berkhidmat tahun 1985 sebagai salah seorang medical officer (MO) di jabatan s4kit puan.

Ada beberapa bilik, semuanya dipenuhi pes4kit kecuali bilik bernombor 3. Banyak cerita – cerita mistik wujud di kalangan staf wad bersalin mengenai bilik bersalin nombor tiga itu. Segala – galanya bermula apabila seorang pes4kit mengalami pertumpahan d4rah (p0stp4rtum hem0rrhage) di situ, dan meninggaI.

Bunyinya macam cliché, namun itulah perkara yang sebenar. Selepas kejadian itu, kerapkali mereka yang lalu – lalang di hadapan bilik itu kadangkala ternampak akan seorang pes4kit, berkain batik duduk di atas katil pes4kit di situ.

Staf di situ seboleh – bolehnya tidak mahu menggunakan bilik tersebut untuk meletakkan pes4kit. Bilik nombor tiga ibarat macam pilihan terakhir dah. Guna bila terp4ksa. Akan jadi banyak komplikasi peranakan untuk mereka yang melahirkan anak di situ.

Terj3rut tali pusat, tekanan d4rah rendah secara tiba – tiba, dan tak lupa juga ada yang tiba – tiba meracau. Kiranya, bilik itu menjadi bilik terakhir untuk meletakkan pes4kit, setelah bilik lain dipenuhi pes4kit lain.

Kebanyakan masanya, memang tak digunakan dan memang pintu sentiasa tertutup rapat. Satu pintu sahaja memisahkan bilik tersebut dengan bilik – bilik lain. Bukan sekali dua diganggu, malah berkali – kali staf dan pelajar diganggu di situ.

Kadangkala “pes4kit’ itu minta air. Kadang – kadang mesin Dynamap di dalam bilik itu berbunyi, bunyi ‘alarm’ mengatakan tekanan d4rah rendah. Setakat ketukan pintu dan bunyi tangisan daripada dalam bilik itu, memang perkara biasa sangat.

Jeritan, kadangkala suara memanggil nama aku. Suara meronta – ronta meminta pertolongan dan lain – lain. Bertahun – tahun aku bekerja di situ. Ya, benda itu agak mistik, agak luar biasa, tetapi aku dah terlatih untuk mengabaikannya.

Manakan tidak, kalau aku terlalu takut, bagaimana aku nak buat judgment dan keputvsan untuk rawatan apabila aku merawat pes4kit di situ. Lokasi bilik bersalin itu pula berhampiran penjara dan bilik m4yat. Sekali lagi, agak cliché, namun itulah lokasinya, lokasi bilik bersalin yang lama. Dan di hadapannya, terletak bilik bayi.

Segala – galanya berubah pada hari itu, malam jumaat. Cuaca di luar yang mendung sejak petang tadi, kini mula hujan. Renyai – renyai sahaja. Sejuk. Malam itu pada awalnya macam malam – malam sebelum ini. Biasa, tiada apa yang memelikkan.

Bilik bayi iaitu sebuah bilik yang berada di kawasan itu juga merupakan tempat di mana bayi – bayi yang baru lahir diletakkan hampir penuh. Bilik itu agak usang, maklumlah semasa itu, bilik bersalin baru yang lebih cantik, lebih berteknologi masih lagi dalam pembinaan.

Diam sahaja bayi – bayi berada di dalam kot itu. Kot itu pula ditiup oleh angin panas daripada satu mesin dipanggil ‘radiant warmer’. Walaupun keadaan di bilik itu sejuk, namun bayi yang diletakkan di situ merasai hangat.

Hangat yang membuatkan mana – mana orang dewasa tertidur bila berada di tempat seperti itu. Ibarat bilik sejuk, dan kau pula diselimuti selimut tebal. Hangat dan sungguh selesa. Selesai menyambut seorang pes4kit menggunakan alat vakum yang dikenali sebagai ‘vacuum-assisted delivery’, aku berehat di pantri bilik bersalin itu.

“Pong!!” bunyi pintu bilik bayi tertutup dengan begitu kuat sekali. Terk3jut aku. Terus aku bangun dan menuju ke arah bilik bayi. Pintunya tertutup rapat. Staf – staf di sana memandang muka aku, aku pun memandang muka mereka kembali. Tercengang. Siapa yang hempas? Apa yang jadi?

Aku rasa tiada angin yang mampu menutup pintu sekuat itu taktala pintu itu dah tersendal dengan kayu, untuk memastikannya sentiasa terbuka. “Apa jadi kak?”, aku bertanya kepada salah seorang bidan di situ. “Entah lah doktor, tiba – tiba je terhempas”, jawabnya.

Mukanya agak cuak juga bila aku perhatikan. “Ada sesiapa masuk atau kat dalam ni ke?’, aku bertanya. Maklumlah aku takut yang menghempas pintu tu adalah staf yang terlalu penat dan str3ss, sampai melepaskan geram di pintu itu pula

“Mana ada doktor, tapi kena bukak balik tu, kesian baby kat dalam tu”, kata sister pula, menyampuk perbualan aku dan bidan tadi. Memang pintu bilik itu sentiasa dibiarkan terbuka, jadi kalau ada apa – apa, boleh dengar daripada luar.

Tanpa disuruh, aku segera ke situ. Sekilas mata, terpandang juga pintu bilik bersalin nombor tiga itu terbuka sedikit, kemudian tertutup kembali. Mungkin angin fikirku. Saat aku melangkah masuk ke dalam bilik bayi itu, semerbak bau bunga tanjung bercampur dengan bau setanggi.

Cukup kuat. Itu aku tak risau sangat, yang lebih merisaukan adalah bayi – bayi yang menangis di situ. Ya, semua bayi yang berada di dalam kot itu menangis. Aku rapati mereka satu per satu. Ada yang membuka mata. Mana –  mana bayi yang membuka mata itu, bola – bola mata mereka tertumpu pada satu sudut di bilik.

Memandang tepat di atas sebuah kabinet ubat – ubatan di situ. Aku gelabah, aku menguatkan diri untuk menoleh. Memang di pandangan sisi mata aku, ada yang sedang duduk di situ. Bercangkung dan hilang sekelip mata sebelum sempat aku memastikan kewujudan “benda” itu.

Tangisan bayi – bayi di situ memenuhi ruang. Aku tak tahu apa perlu aku buat. Pengetahuan aku dan pengalaman aku dalam bidang perubatan aku rasakan tidak mampu membantu apa – apa. Dengan bau harum semerbak, aku tiada pilihan lain.

Aku segera mendapatkan seorang jaga (pegawai keselamatan) di situ. Pak Samad dah bekerja berpuluh tahun di hospital Muar. Tak hairanlah dia dengan perkara – perkara sebegini aku fikir. Alhamdulillah, Pak Samad memang sedang bekerja pada waktu itu, syif malam.

Dia segera ke bilik bersalin setelah menerima panggiIan daripada ku. Memang aku simpan nombornya, gara – gara sebelum ini, “benda” di dalam bilik bersalin nombor tiga itu menggiIa. MengiIai, ketawa, menjerit dan menangis serta mengeluarkan haruman bau kemenyan daripada situ kira – kira 4 bulan lepas.

Pak Samadlah orang yang berjaya meredakan gangguan tersebut. Walaupun masih ada gangguan selepas itu, tapi sikit – sikit sahaja. Aku menuruti Pak Samad daripada pintu masuk bilik bersalin ke bilik bayi. Menggeletar juga aku sewaktu itu. Cuak.

Memang terdengar suara tangisan bayi – bayi yang berada di dalam bilik itu. Tersedu – sedu dan merengek – rengek. Pak Samad memberi salam. Suaranya yang garau itu tenggelam dengan bunyi tangisan bayi yang agak kuat.

Segera aku lihat dia mengeluarkan tasbih serta mula membaca ayat – ayat suci Al-Quran. Ayat kursi, 3 kul dan beberapa ayat – ayat lain yang aku tak dapat pastikan. Perlahan sahaja suara Pak Samad. Saat itu, aku nampak kabinet ubat itu bergegar – gegar dengan kuat.

Hampir nak pecah cermin kabinet itu. Masya Allah. Aku m4kin cuak saat bau bunga tanjung dan setanggi itu bertukar menjadi bau busuk yang amat. Ibarat bau cuka. Hampir nak munt4h aku ketika itu. Tangisan bayi pula m4kin menjadi – jadi.

Tiba – tiba aku rasakan badan aku ibarat dirempuh sesuatu. Menderu laju ibarat angin kencang menolak tubuh aku. Hampir nak terjatuh. Kreek!, pintu bilik bersalin nombor tiga terbuka luas. Sekilas mata memandang, nampak “benda” berkain batik itu memanjat ke atas katil pes4kit.

Pandangan beberapa saat itu kemudiannya terhalang dek pintu bilik tersebut yang tiba – tiba sahaja tertutup rapat. Berdentum dengan kuat, ibarat ada orang yang menghempas pintu daripada dalam. Serentak itu, bayi – bayi di dalam bilik tersebut senyap.

Ada yang merengek – rengek sebentar, kemudiannya senyap. Aku pelik dan hairan. Memang begitulah, benda seperti itu tak boleh difikirkan dengan akal logik seorang manusia. Menggeletar aku, peluh dingin memang membasahi dahi aku.

Bidan – bidan tadi yang sedang bekerja juga terhenti sebentar. Masing – masing cuak, namun aku lihat mereka teruskan membuat kerja, mungkin satu; mereka nak alih perhatian mereka daripada terlalu takut, dan dua; pes4kit lain perlu dijaga dan dipantau juga,

Pak Samad tersenyum melihat wajah aku yang pucat lesi. Ditepuknya bahu aku, dan dipesan sekali lagi. “Jangan guna bilik nombor tiga tu dah, sepatutnya alih semua barang – barang dalam tu dan kosongkan” katanya.

“Ya abang Samad, memang tak guna sangat bilik tu dah, kalau terp4ksa sahaja baru guna. Memang ada lagi ke “dia” dalam tu?” tanya aku. “Dah berkali – kali aku nampak bayangan perempuan berambut panjang dan mendukung seorang bayi, memerhati aku daripada tingkap bilik masa aku berjalan di luar.

Memang “dia” masih ada, tetapi dia terlalu susah untuk tinggalkan tempat tu. Kalau harapkan aku seorang, tak berdaya aku. Silap haribulan, aku pula yang kena ganggu nanti”, kata Pak Samad dengan nada bersahaja. Hebat sungguh Pak Samad ni, masih tenang dan boleh berkata – kata dengan nada selamba meskipun baru tadi menghadapi situasi yang mengerikan.

Dia menarik nafas dalam – dalam seraya berkata, “Orang kita ni, semua dah tahu kena azan atau iqamat saat bayi dilahirkan. Tapi aku perhati juga, suami – suami yang baru – baru ni tertutup rapat mulut mereka, terkunci dan macam malu pula untuk berbuat demikian saat anak dilahirkan, punca lah tu. Salah satu punca.

Tak dengar azan, tak dengar iqamat, memang seronoklah ‘benda’ tu merayau dalam bilik bersalin ni. Sekarang yang paling – paling kita boleh buat pun pagarkan sahaja dia dalam bilik nombor tiga tu, takut – takut dia nak keluar lagi pula…”

Sejak daripada hari itu, setiap kali ke tempat kerja di bilik bersalin, aku pastikan aku dah berwudhu’, dan membaca ayat kursi dan 3 kul sebelum masuk ke bilik tu. Aku juga jadikan tabiat untuk memesan suami – suami pes4kit untuk tidak lupa azan atau iqamat saat anak mereka dilahirkan.

Masakan tidak, Pak Samad pun aku dengar bakal pencen beberapa bulan lagi. Aku berdoa, agar percepatkanlah pembinaan bilik bersalin baru tu. Nanti jadi apa – apa, susah. TAMAT

Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang dikongsikan kepada saya oleh Dr Ahmad Pauzi bin Abu.. Beliau merupakan bekas pengarah hospitaI Muar, dan telah bekerja di jabatan s4kit puan sebagai pegawai perubatan dalam tempoh masa yang agak lama (20+ tahun).

Ini merupakan salah satu pengalaman beliau, yang saya cerpenkan untuk bacaan semua. Temubual saya bersama beliau semalam bagi mendapatkan ilham untuk saya menulis cerita seram amat berbaloi untuk saya. Dah la dia belanja saya cendol, hihihi. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan orang – orang yang baik. 🙂 – ilzanno sharky

Komen Warganet :

Myra Syuha Wadisham : Saya pun kena kat wad bersalin. Lebih kurang macam ni. Baby menangis, katil saya bergoyang, orang katil depan baru bersalin jugak, meracau – racau, ketakutan dan merayau – rayau dalam wad antara pukuI 1am sampai 4am. Ngerii.

Saya tekan button, bagitau nurse yang baby saya nangis je. Dia bawa baby pegi kaunter depan, nyenyak dia tido. Sekali dengan orang katil dpn nurse tolak katil pegi kat kaunter nurse. Esoknya tu baru tahu cerita huhu ngerii..

Atika Haji Basri : Pengalaman akak kene tahan masa pegnen sulung kat ppum dah la seberang katil semua kosong kita katil lak tepi pintu besor tingkap dibukak semuanya mak aiii tak tido akak bape malam siang doc round aku tido hahahhaa tu 1st… 2nd masa teman husband kat sjmc wad lama lak tu aihhh baru masok semalam dah nampak h4ntu halamakkkk dah la akak nak tido takmau cita – cita h4ntu – h4ntu ye. Sekian..

Raja Fatimi Raja Dalnish : Saya pernah bersalin anak sulong 1986 di wad ini. Masa tu tak fikir apa – apa pun. Orang yang last bersalin ditemani bidan senior seorang cina. Lepas selesai bersalin bidan dokong anak sambil menyuruh saya berehat. PukuI 12 malam baru pindah wad 2 sebeIahnya. Alhamdulillah Tak ada peristiwa yang menyeramkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.