Adik ipar pengotor sampai ulat sampah keluar dari bilik dia masuk bilik kami

Waktu saya di kampung bersalin anak kedua, tiba – tiba mak mertua bagitahu adik ipar nak tumpang rumah sementara nak cari rumah lain. Ingatkan sebulan dua, sekarang dah masuk 3 tahun saya sabar dengan per4ngai pengot0r adik ipar. Bila saya mengadu dekat suami, dia suruh saya pulang ke rumah ibu bapa saya kalau tak tahan dengan per4ngai adik dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua. Saya seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak berusia 5 dan 3 tahun. Masalah saya aIami sekarang adalah adk ipar saya duduk serumah dengan saya. Alasannya suami saya tak cukup duit untuk menampung sewa dan adik ipar boleh membantu dengan membayar sedikit duit untuk duduk di rumah kami.

Semasa adik suami nak pindah rumah kami, saya tidak tahu apa – apa kerana saya pulang ke kampung untuk melahirkan anak kedua kami. Tiba – tiba ibu mertua saya kata adik ipar akan tinggal sementara untuk dapat rumah sewa lain.

aya anggap sementara itu sebulan dua. Sekarang bila suami dah rasa keperluan untuk adik dia bayar rumah bagi membantu dia, dia biar sahaja adiknya duduk dengan kami. Saya sayang adik ipar saya akan tetapi dia seorang yang saya susah nak fahami.

Dia sangat kurang ajar. Tiada adab. Pemalas paling utama. Dia balik rumah masuk macam nak pecah pintu terus masuk bilik dia. Bila ajak makan dia datang makan tanpa berkata apa, kemudian lepas makan terus masuk bilik.

Kami suami isteri jadi macam pelik. Masuk rumah tiada salam, bila bagi makan tiada ucapan terima kasih. Muka ketat je 24 jam. Bila bercakap dengan dia selalunya jadi berg4duh sebabnya dia menjawab dengan cara tidak berhemah.

Pemalas jangan kira. Ulat sampah dari dapur merayap ke depan (sedangkan dia tidur ruang tamu) tapi tak dibuangnya dengan alasan dia tak buang sampah di dapur. (Kejadian ini terjadi semasa saya dan suami ziarah nenek kami s4kit di kampung dan dia tinggal seorang di rumah).

Bila kami kerap bising dia mula tidur dalam bilik. Ulat sampah dari bilik dia merayap ke bilik utama iaitu bilik kami dan merayap ke bilik pakaian kami. Hanya Allah yang tahu betapa h4ncurnya hati saya. Saya menangis semasa saya kemas bilik – bilik yang dipenuhi ulat.

Suami minta saya kemas kerana suami kena pergi kerja. Saya juga bekerja tetapi waktu kerja saya lebih fIexibIe. Maka saya yang kena buat. Semua per4ngai negatif pada adik ipar saya ini. Tapi saya cuba terima diri dia seadanya.

Selama 3 tahun usia anak saya. Selama itulah dia ada bersama kami. Pernah berbincang dengan suami perkara ini tetapi suami memerIukan bantuan sewa dari dia sehingga dia minta saya yang pulang ke rumah ibu bapa saya jika saya tidak tahan kerana tiada jalan lain lagi. Kenapa saya kena mengalah? Saya redho.

Saya masih lagi setia di sisi suami. Adik ipar saya sangat berkira. Bab makan minum jangan cakap la. Anak saya main botol air dia beli dari 7e, dia marahnya anak saya. Sebab dia sangka anak saya minum air dia. Allah budakĀ  tu bru setahun lebih masa tu.

Bukak botol pon tak tahu. Saya tak tahan. Sump4h demi Allah saya tak tahan. Kadang – kadang saya terfikir kenapa ibu mertua saya buat macam ni pada saya? Sedangkan dia tahu kami memang mengaIami masalah dalam rumah tangga dari mula kahwin sampai sekarang ditambah pula dengan diletakkan anak perempuan dia yang jahat dan pemalas macam tu dalam rumah kami.

Kami memang tak akan bahagia sampai m4ti. Sampai hati mak mertua saya. Dia kerap salahkan saya kalau melibatkan anak dia. Walaupon dia tahu anak dia salah. TAK kisahlah suami atau adik suami. Saya juga tidak pernah mendapat satu sen nafkah dari mula saya kahwin 7 tahun lepas dan mak mertua kata anak dia tak mampu. Saya diam. Sedangkan setiap bulan anak dia bagi pada dia duit.

Setahu saya nafkah utama adalah isteri dan anak. Maaf kalau saya salah. Baru – baru ini buat saya bertambah s4kit hati. Dah 3 tahun saya hadap per4ngai adik ipar saya. Saya tahan tahan tahan tahan. Tapi kali ni saya tak boleh tahan lagi ya Allah.

Mak mertua saya datang dari kampung untuk melawat kami, dia masakkan kami gulai. Masa itu mak mertua dah nak balik jadi dia masakkan kami supaya nanti balik kerja boleh makan. Saya rindu masakan kampung, jadi saya pon berbunga – bunga hati saya.

Air tangan mak pula tu. Adik ipar cuti, dia makan puas – puas siap ditapaunya separuh letak dalam peti. Saya dan suami dapat la merasa 2 kali, makan sorang sekali kemudian ada sisa sikit saya terfikir ya Allah andai kata ada rezeki saya nak tambah lauk.

Kuah dan campurkan adunan supaya saya dan suami puas makan esoknya. Pada malam tu saya tambah sedikit apa yang ada di rumah. Seperti ayam dan lain – lain. Malam tu saya tinggal periuk atas dapur. Sebab saya nak panaskan pukuI 3 dan pukuI 6 pagi esok supaya tak basi.

Saya pon keluar bekerja. Balik tu saya semangat ambil anak – anak saya beli barang – barang tambahan. Sampai di rumah tinggal suku dalam periuk dan ayam kecil – kecil 2 ketul. Allahuakbar. Sedihnya saya. Saya tak marah dia nak makan tapi saya marah sikap dia.

Yang dalam peti dia tak usik akan tetapi yang dalam periuk di tapaunya pergi kerja, balik kerja dimakannya lagi. Menangis saya telefon suami. Alasan dia, dia ingat itu mak masak. Allah kalau betul mak masak kenapa dalam peti engkau makan.

Dalam periuk juga engkau makan? Kami ni mak kol tanya dah makan ke apa kami terkulat – kulat je makan sisa. Sampai satu tahap saya terus camp4k bahan dalam sinki sampai ke hari ni saya tawar hati benci saya membuak – buak saya rasa nak bercerai dan biarlah suami duduk dengan adik dia berdua.

Saya dah tak mampu. Saya mohon pandangan semua. Saya bukan kakak ipar yang jahat. Saya tak pernah berkira. Saya belanja setiap kali makan bersama kerana suami tak mampu. Tetapi dia? Setiap satu ringgit yang dia belanja kami dan kami hutang dia tak minta tapi akan kol mak dan mak akan transfer ganti balik duit dia walaupun RM1.

Kedekut berkira busuk hati. Saya tak tahu nak terangkan macam mana per4ngai dia. Walaupon sudah bekerja. Gaji besar ayah mertua tambah lagi RM2K setiap bulan. Suami saya update buku bank dia dan saya tiada niat nak dengki atau apa tapi apa yang boleh saya kata sebiji rumah pon dia boleh beli dengan usia dia 27 tahun tu. Saya tak nak ulas lebih pasal duit dia itu… Bantulah saya apa yang patut saya buat..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.