Tiba-tiba doktor wanita takde, aku malu doktor lelaki datang cek bukaan. Sekelip mata aku rasa panas mengalir

Tiba-tiba ada doktor lelaki melayu yang periksa laluan aku. Aku terk3jut, aku malu! Malu sebab aku masih ada iman. Masih aku tahu batas dan maru4h. Macam mana nak pergi ke swasta? Nak kumpul RM1k pun ambil masa setahun..

#Foto sekadar hiasan, Assalaamualaikum. Aku nak cerita pengalaman aku bersalin dua orang anak. Ye la kan, sekarang ni viral pasal ada yang cakap suami dayus membiarkan isteri disambut kelahiran anak mereka dengan doktor lelaki.

Aku jenis rendah. Tak tinggi. Tinggi aku 142cm saja. Ketika aku mengandung anak pertama, aku dapat rawatan di HospitaI A. HospitaI A ni aku rasa dekat sikit la dari rumah aku dan walaupun hospitaI tu lama. Selesa sebab dengar kata Pakar s4kit puan kat situ adalah perempuan.

Masa mengandung anak pertama, diusia kandungan 7 bulan, aku kena jumpa pakar untuk pakar check laluan baby. Sesuai atau boleh tak aku diberi peluang untuk bersalin normal. Ye la, aku tinggi 142cm, suami pula tinggi, jadi takut baby besar kot kan?

Ya, ketika pemeriksaan aku diseluk dan perut aku discan. Alhamdulillah, doktor yang mengendalikan adalah perempuan Islam. Soal dia seluk? Aku takde masalah, sebab bukan bidang dan ilmu aku untuk aku menidak atau melarang mereka untuk check laluan sama ada aku ada peluang tak untuk bersalin normal.

Kalau korang perasan, dalam buku pink kita tu adakan letak “jika si ibu berketinggian bawah 145cm…..”, ni ingat – ingat lupa la dia tulis apa. Okay, alhamdulillah, doktor kata aku boleh bersalin normal. Maka bila dah tiba saat itu, aku pun bersalin normal di hospitaI A dengan di kelilingi wanita muslimah sahaja.

Bila waktu aku dah mula nak teran keluarkan baby, masa tu suami aku dipanggil untuk lihat kepala baby yang dah terlihat di bawah aku. Sengaja doktor nak suami tengok. Ye la, dari awal tadi suami dok di sisi je seram sejuk, doktor suruh tolak aku ke depan pun dia tak buat, kaku katanya.

Okay, lepas tu masa mengandung anak kedua. Ketika usia kandungan 7 bulan, doktor pakar s4kit puan nak check laluan lagi untuk tengok aku boleh tak bersalin normal sebab ikut rekod baby kedua ni lebih besar dari baby pertama.

Nak dijadikan cerita, hospitaI A dah takde pakar s4kit puan, sebarang kes akan dihantar di hospitaI B. Maka ketika pemeriksaan laluan untuk kandungan kedua ni, aku buat di hospitaI B. Alhamdulillah, masih dapat doktor perempuan untuk scan dan seluk laluan.

Alhamdulillah juga, doktor dapati insyaAllah aku boleh bersalin normal dengan syarat aku kena bersalin di hospitaI B sebab pakar – pakar s4kit puan ada di hospitaI B. Jika baby kedua aku bersaiz kecil dari baby pertama.

Doktor kata takde masalah aku nak bersalin di hospitaI A sebab saiz begitu confirm aku lepas. Tetapi memandangkan baby kedua aku saiznya lebih besar, maka ketika aku bersalin perlu ada doktor pakar s4kit puan. Okay, bila dah sampai waktu, telah keluar tanda bersalin (lendir bersama d4rah) aku dan suami terus ke hospitaI B.

Suasana di sana? KATIL PENUH. Ada ramai juga yang datang bersekali dengan aku kerana dah ada tanda – tanda bersalin. Masing – masing kena check laluan dah buka berapa cm. Seriously masa tu aku rasa silap haribulan doktor suruh aku balik rumah sebab takde katil.

Lama aku tunggu turn aku untuk check laluan. Masa check laluan, ya.. doktor lelaki yang buat ditemani dengan nurse perempuan. Okay dah buka 2 cm. Ya aku speechless, ada rasa malu. Tapi aku bukan berdua – duaan, benda tu berlaku sepantas kilat.

Dewan bersalin pun silih berganti orang nak bersalin. Aku masih berdoa semoga biar sekali ni sajaIah doktor lelaki yang aku jumpa. Aku ditahan ward, mungkin sebab dah 2 cm dan ini anak kedua. Biasa anak kedua dan ke atas insyaAllah mudah dari anak pertama.

Lepas tu ada waktu diperiksa lagi laluan aku dah berapa cm, masa tu dah 3cm. Bukan 1 kali seluk tapi 2 kali sebab kali kedua tu doktor pelatih perempuan check, niatnya nak belajar siap minta izin aku. Mereka kata kalau s4kit lagi bagitau sebab 4cm baru akan masuk dewan bersalin.

Sampai la 1 ketika keesokkan harinya, aku nak berber4k, s4kit tapi rasa nak ber4k. Aku panggil nurse, nurse perempuan teman aku ber4k dalam tandas. Ya, dia kena teman dalam tandas. Sambil ber4k sambil s4kit perut menahan contraction.

Lepas ber4k, aku minta nurse untuk check laluan aku sebab aku rasa s4kit sangat. Nurse pergi ambil wheelchair, bawak ke 1 bilik untuk check laluan, masa ni aku tak ingat doktor lelaki atau perempuan yang check laluan aku tapi semua dah kelam kabut sebab laluan aku dah 6 cm.

Terus aku diangkat ke atas katil, dorang tolak aku masuk dewan bersalin. Aku sempat waksap suami keadaan aku dan dia dah standby di luar dewan bersalin. Ketika semua nurse bersiapkan kedudukan dan keselesaan aku.

Tiba – tiba ada doktor lelaki melayu yang periksa laluan aku. Sebenarnya dia bukan periksa sangat laluan tapi dia periksa sarung air ketuban aku (sarung baby yang ada air ketuban tu), dia kata bulging. Dia cubit (aku tak tau dia cubit atau cucuk.. aku main cakap je), terus air ketuban melimpah keluar panas.

Terus doktor lelaki tersebut keluar, suami masuk, semua nurse mengelilingi aku untuk bagi kata – kata semangat untuk aku push. Alhamdulillah, mudah, cepat, tak sangka. Tapi aku sangat penat. Di ward, aku takde la tak pakai baju, masih pakai tudung dan didatangi oleh doktor pakar lelaki bersama doktor – doktor muda.. ada lelaki dan perempuan.

Mereka takde usik apa – apa, mereka cuma tanya kronologi aku, apa yang aku rasa, ada s4kit – s4kit, ada masalah atau sebagainya. Aku cerita semuanya. Jadi, korang dari pengalaman aku, betul aku tak nafikan, malu bila diurus bahagian bawah oleh doktor lelaki.

Malu sebab aku masih ada iman. Masih aku tahu batas dan maru4h. Cumanya aku tidak bersangka – sangka buruk kerana aku faham kepakaran doktor tak sama, keberadaan doktor – doktor ketika itu tidak semua perempuan, keadaan yang ketika itu takde ruang mereka berehat sebab lepas sorang, sorang bersalin.

Aku tawakkal, semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. Untuk pengetahuan semua juga, suami aku ada meminta supaya diutamakan doktor perempuan untuk menyambut, mengendalikan aku ketika bersalin. Tetapi dia juga faham, jika tiada tidak mengapa. Kami minta secara baik.

Nak ke swasta? Nak kumpul duit simpanan RM1k pun tak sempat, dah ditarah dengan em3rgency yang lain. Nak kumpul RM1k pun ambil masa setahun, macam mana nak pergi ke swasta? Individu tersebut ada kata, “pergi la meminjam, berhutang sebab hutang untuk benda lain boleh!”

Dah satu keje plak beban dengan hutang, tak dapat bayar nanti jadi kes hukvm hakam lain pulak.. Buat dua individu tersebut, ada yang saya setuju dengan anda tapi tak banyak. Anda bercakap lebih pada ikut logik akal anda, ikut pada em0si anda.

Anda tidak hormat pandangan ustaz, ustazah lain malah mufti sekali pun. Ketahuilah, ‘jika sy4itan tidak berjaya membuat kita jadi jahat, maka sy4itan akan buatkan kita merasa diri kita terpaling baik dan terpaling betul’. Hati – hati la ya.

Kenali, ketahui, memahami suasana di hospitaI, kepakaran doktor, etika doktor dan sebagainya. Fahami juga kami yang tidak berkemampuan dan berpeluang. Jangan terus hukvm suami kami dayus, jangan kata kami takde maru4h, jangan kata kami sambil lewa tak takut hukvm Allah.. sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui.. bukan kalian. Terima kasih.. – Dak Nor (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kal Yusof : Memanglah rasa malu nak bersalin disambut doc lelaki. Saya pun malu. Walau tengah s4kit tapi perasaan malu tu tetap ada. Anak ke3, penah juga la survey – survey private hospitaI, katanya berg4ntung pada doktor yang on duty, tak janji pun dapat doktor perempuan.

So, saya hanya mampu berdoa dari mula preggy hinggalah ke hari saya warded agar saya dapat doktor perempuan yang menyambut nanti. Anak saya adalah kelahiran yang berisik0. Alhamdulillah, 4 orang doc pakar kesemuanya doktor perempuan dan lahir pada hari sabtu yang mana ikutkan ramai doktor yang bercuti dan hari yang mana tiada doktor pelatih. Alhamdulillah rezeki saya.

Chik Pah MeeSee : Sepanjang saya bertugas di LR, dari 26 kelahiran sehari, 23 daripadanya disambut oleh nurse. 3 lagi tu disambut oleh MO atau Pakar, sekiranya kelahiran berisik0 atau berkomplikasi. Jadi, janganlah risau seandainya bersalin di hospitaI Kerajaan, doktor lelaki yang akan sambut.

Doktor  banyak tugas lain di wad, kIinik, ETD, OT dll. LR memang atas tanggungjawab dan bidang kuasa nurse dari pintu masuk triage, PAC hingga la ibu ke post natal ward.

Rainbow Sunshine : Dayus ni banyak kategori. Antaranya biarkan isteri tak tutup aur4t atau sengaja selamba pegang bukan mahram kira dayus juga. Bab dari lelaki atau perempuan dah banyak ulama dan dari pakar professional jelaskan. Jelas.

Namun, sekarang ni zaman fitnah dan mencari salah. Berhati – hati dengan perkongsian dan komen. Kena pula pilihan raya kena bijak memilih, semua pandai cakap itu ini. Namun, rezeki Allah dah atur. Niat dan doa yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.