Aku tengah sibuk uruskan hal pengebvmian mak, isteri tiba-tiba bagi mesej minta cerai. Patutlah selama ni dia benci ibu dan ayah aku

Dari awal kahwin, isteri dingin dengan ibu ayah aku. Kalau ibu ayah aku datang, dia berkurung dalam bilik. Bila ibu aku meinggal, tak sangka ini yang isteri aku buat..

#Foto sekadar hiasan. Barangkali, takdir aku adalah sebegini, aku redha dengan ketentuan qada dan qadar. Di kala aku menerima tamp4ran paling hebat dalam hidup aku iaitu kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Masih meratapi kehilangan seorang ibu.

Waktu itu aku berada di sana, di hotel yang terletak tidak jauh dari hospital tempat arwah ibu aku menghembuskan nafas terakhir. Petang itu, sebaik sahaja selesai urusan pengebumian, waktu hampir masuk maghrib, aku menghubungi isteri aku untuk beritahu yang jenazah ibu telah selamat dikebvmikan.

Aku maklumkan juga yang sebentar lagi kami adik-beradik akan buat bacaan tahlil ringkas. Sambil itu, aku tanya juga khabar anak-anak aku di bandar. Aku rindu sangat pada mereka sebenarnya, tapi aku tak bawa isteri dan anak-anak pulang ke kampung kerana risau akan anak yang masih kecil. Aku hanya pulang bersama kakak aku sahaja.

Malam itu, selepas selesai tahlil, kami adik-beradik duduk berbincang. Banyak benda perlu difikirkan selepas pemergian ibu kami. Duit pusaka, barang tinggalan, rumah pusaka, dan yang paling berat, nak pujuk ayah supaya dia reda dan kuat menghadapi kehilangan isteri tercinta.

Ayah aku nampak sangat kosong. Sepanjang malam dia diam, termenung panjang sambil duduk di kerusi kayu biru tua di ruang tamu. Kami bergilir cuba menenangkan dia. Dalam jam sebelas malam macam itu, telefon aku berbunyi. Isteri aku telefon.

Aku angkat dengan nada biasa, ingatkan dia nak tanya khabar atau nak tahu keadaan ayah aku. Tapi tidak. Nada dia sedikit tinggi dan terus meluahkan rasa marah. Dia cakap aku mengabaikan dia. Aku terkejut. Baru sahaja waktu maghrib tadi aku telefon dan berbual dengan dia.

Tapi dia marah sebab aku tidak menghantar sebarang pesanan WhatsApp sejak pagi tadi. Aku cuba jelaskan yang aku sibuk uruskan hal pengebumian, tahlil, dan perbincangan keluarga. Lagipun aku sudah telefon dia, bukan aku langsung tidak berhubung.

Tapi dia tidak mahu dengar. Katanya aku tidak bertanggungjawab sebagai suami. Keesokan paginya, aku baru bangun dari tidur, dia hantar mesej minta cerai. Aku baca mesej itu berkali-kali. Terpana. Jantung aku rasa berat sangat. Dalam hati, aku cuma fikir satu perkara, “Apa salah aku sebenarnya?”

Sedangkan aku masih di kampung, masih belum sempat hadam sepenuhnya kehilangan ibu aku, sekarang satu lagi ujian datang. Aku diamkan dahulu. Fokus aku ketika itu hanyalah ayah aku. Aku temankan ayah ke pusara ibu pagi itu. Kami baca Yasin dan duduk lama di sisi pusara.

Ayah menangis perlahan. Aku peluk dia. Kami diam sahaja, biar masa yang tenangkan hati masing – masing. Dalam perjalanan pulang ke rumah abang aku, aku singgah beli sarapan. Roti canai, kuih-muih, dan sedikit lauk untuk makan tengah hari.

Aku mahu pastikan keluarga di kampung cukup makan. Tapi dalam kepala aku masih bercelaru dengan hal rumah tangga. Kenapa isteri aku jadi begini? Tidak bolehkah dia bersabar sekejap? Biar urusan kematian ini selesai dahulu. Kenapa mesti waktu sekarang?

Petang itu, selepas selesai tahlil hari kedua di rumah abang aku, aku dan kakak aku bersiap untuk pulang ke bandar. Masing-masing ada urusan kerja dan anak-anak yang perlu diuruskan. Dalam perjalanan, aku menangis. Aku bercerita kepada kakak aku yang isteri aku minta cerai hanya sebab aku tak menghantar WhatsApp.

Kakak aku terk3jut dan mula marah. Katanya, “Kenapa masih sayangkan dia? Ini bukan kali pertama dia buat per4ngai macam ini. Kau selalu jadi mangsa bila kau sibuk dengan keluarga sendiri.” Aku terdiam. Betul apa yang kakak aku cakap.

Sebenarnya, sejak awal perkahwinan, isteri aku memang dingin dengan keluarga aku. Aku pernah ajak ibu dan ayah datang bermalam di rumah kami. Tapi setiap kali mereka datang, isteri aku tak pernah masak walaupun sekadar nasi dan telur goreng.

Dia akan ajak aku makan di luar. Katanya lebih mudah. Tapi hakik4tnya, dia tidak mahu layan ibu bapa aku. Sepanjang mereka berada di rumah, dia akan mengurung diri dalam bilik dan hanya keluar bila kami hendak keluar makan. Bila aku tegur, “Keluar la sekejap. Boraklah dengan ibu dan ayah.”

Dia jawab, “Saya tak faham apa mereka cakap. Dialek Kelantan tu saya tak biasa. Nanti salah faham pula.” Lama-lama aku faham, dia cuma tidak mahu ambil peduli. Hati ibu bapa aku pernah sangat terguris. Ibu aku pernah kata, “Kami datang rumah ini sebab kau anak kami. Bukan sebab menantu.”

Aku diam. Masa itu aku rasa bersalah sangat. Tapi aku tetap cuba pertahankan rumah tangga aku. Pernah sekali, ibu dan ayah aku datang masa bulan Ramadan. Aku ingatkan isteri aku akan sambut dengan baik. Tapi tak juga. Aku yang ke pasar beli barang, aku yang siapkan lauk.

Dia hanya bantu sedikit sahaja. Lepas berbuka, dia masuk bilik sambung tengok telefon. Aku yang berbual dengan ibu ayah, teman mereka minum teh. Sampai satu tahap, aku rasa aku sudah terlalu penat. Sembilan tahun aku cuba bertahan. Aku banyak lebihkan keluarga dia.

Bila ayah dia s4kit, aku bawa ke hospital. Bila adik dia tiada kerja, aku bantu dapatkan kerja sementara. Aku tidak pernah berkira. Tapi bila aku perIukan sedikit pengertian, sedikit sokongan, sedikit rasa hormat kepada ibu dan ayah aku, dia tidak mampu beri.

Jadi salahkah aku kalau aku buat keputusan untuk berpisah? Aku tidak minta harta. Aku tidak benci dia. Tapi hati aku sudah mati. Bila dia minta cerai hanya kerana aku tidak WhatsApp dia waktu aku baru kehilangan ibu, aku tahu, ini bukan cinta. Ini beban emosi yang aku pikul terlalu lama. Mungkin sudah tiba masa untuk aku letakkan titik. Aku hanya mahu tenang. Bukan untuk aku sahaja, tapi untuk anak – anak juga. — Ronaldinho (Bukan nama sebenar)

Ulasan pembaca :

Ann Fardan : Dik jangan simpan kentang busuk. Lagi lama simpan lagi teruk baunya. Begitulah perumpamaannya 9 tahun menyaIak minta cerai je. Lagi – lagi dalam situasi awak kehilangan ibu. Sangat biadab dan selfish. Kalau makcik jadi awak, awal – awal lagi makcik dah bye bye kan.

Apabila kita dalam kesusahan baru kita kenal siapa kawan dan Iawan. Musim – musim covid19 ni orang patut syukur ada suami buat teman. Ini buat per4ngai. Bagi je la dik apa dia minta. Kadang – kadang melepaskan itu lebih baik daripada bertahan dengan kes4kitan.

Cik Shezlynn : Suruh dia kahwin dengan kamus je la, tak payah kahwin dengan manusia. Hal loghat orang pun nak jadi isu, padahal kahwin sesama Malaysian. Lain la dia orang Perancis ke planet Marikh ke dia binatang ke, boleh la tak faham loghat negeri berbeza – beza dalam Malaysia ni. Slow betul otak bini saud4ra.

Norizan Mamat : Salam, Kalau dah 9 tahun, banyak sangat buruk yang isteri nampak dan bagi alasan pelik – pelik tak mau terima keluarga kita, makcik sokong, berpisah tu lebih baik. Kesian keluarga kita. Dia pun hati keras sangat. Tak ada simpati langsung. Perempuan apa tak tau la macam mana tu. Semoga ada bahagia selepas ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :