Sekali je suami kantoi curang, 3 tahun aku siksa dia. Aku sengaja main game online dengan lelaki pasang loud speaker. Ramai yang suruh aku cerai..

Part paling jahat aku buat sepanjang 3 tahun ialah tragedi curang, aku curang depan suami. Aku main game Mobile Legend. Aku layan mana – mana lelaki yang ajak push rank. Aku on voice dalam game, suami tidur sebelah. Kadang – kadang suami sedar juga tapi dia diam sebab..

#Foto sekadar hiasan. 20 tahun aku hidup sebagai seorang isteri. Bercinta dengan suami sekarang sejak form 4. Zaman telefon cap ayam sedang muncul. Semua indah indah, zaman surat cinta masih tabur bedak. Cara kami. Bertunang di usia sama – sama 19 tahun.

Zaman smartphone belum ada, cuma suami sekarang sudah memiliki kerja tetap taraf gaji N19. Berkahwin di usia 20 tahun. Semua indah – indah belaka, manis – manis, PJJ selama 1 tahun sebab aku masih study sedang habiskan diploma.

Suami tak mer0kok, suami tak minum ar4k. Aku rasa spesis suami wujud dalam skala 2/1000 orang. Habis study memang plan nak ada baby. Di usia kami 22 tahun lahir puteri sulung dan aku masih suri rumah sepenuh masa. Masa ni smartphone muncul di Malaysia.

Apps WhatsApp muncul dan aktif menggunakan Facebook. Zaman bercinta dulu, kami aktif di apps yang hanya boleh di log in di PC, apps Friendster. Tak tahu benda alah ni masih wujud ke tak sekarang. Satu hari, suami cerita ex girlfriend dia add friend dalam Facebook.

Perempuan tu tanya khabar dan sebagainya. Kebetulan ex aku pun add dan chat di Facebook tanya khabar. Jadi, kami bertukar cerita dengan suami pasal isu ex masing – masing chat dan sebagainya. Tahniah untuk kami sebab kami berjaya jaga hati masing – masing.

Tak pernah contact ex sampai ke WhatsApp. Stop dan tenggelam ditelan masa isu tu sampai situ sahaja. Lahir anak kedua, tahniah juga untuk kami. Masih respect each other. Suami seorang yang lembut hati, tak naik tangan, tak tinggi suara. Tak pernah keluar ayat jahat dari mulut.

Buat silap sikit, dia minta maaf. Suami sejenis yang bila sedar buat salah, sampai nangis – nangis nak minta maaf. Kadang – kadang aku saja mengajar konon tak nak maafkan, sampai ke besok dia pujuk. Dia nangis, buat muka kesian. Aku suka tapi tak adalah buIi dia selalu sangat macam tu. Kadang – kadang saja.

Masuk usia perkahwinan yang ke 5 sedang tunggu hari melahirkan anak ke 3. Suami ditugaskan jadi luar kawasan selama sebulan, 12 jam jarak perjalanan di tempat suami outstation tu. Dia dibenarkan balik melawat aku di minggu kedua, cuma Sabtu dan Ahad. Ahad tu, dia balik semula ke tempat kerja luar dia tu.

Maka bermulalah drama kami. Masa aku kemas rumah, ternampak telefon jenis cap ayam, bukan smartphone, yang disorok dalam rak kasut dalam rumah kami. Seperti anda yang lain, muncul rasa pelik. Rasa tak sedap hati. Aku buka telefon tu dan check call out dan call in list.

Semua nama “Sayang” yang tertera. Masuk mesej, semua mesej antara telefon tu dan si “Sayang”. Kaki rasa tak pijak lantai, badan terasa di awang – awangan. Suami yang sangat baik, kalau orang tengok muka dia pun takkan percaya dia boleh jadi suami yang curang.

Aku save nombor tu di telefon lain. Then aku call nombor tu guna WhatsApp. Yes, dia perempuan. Aku malas cerita details sangat, s4kit hati pula. Diorang couple dah 5 bulan. Nama suami aku, date of birth dia, kampung, orang mana, semua details suami aku tu dia sebut, semua betul.

Cuma suami aku bagitahu dekat perempuan tu dia bujang dan baru putus tunang. Diorang plan nak jumpa. Perempuan tu cakap tak pernah jumpa pun, cuma contact di WhatsApp. Tak lebih. Disebabkan terlalu str3ss pendam rasa s4kit yang teramat s4kit, ketuban aku pecah dan aku melahirkan baby seorang diri dalam rumah.

Anak sulung dan anak kedua aku tidur masa tu. Aku tak rasa pun s4kit bersalin tu. Contraction pun aku tak rasa langsung. Hati aku lebih s4kit maybe. Baby keluar saja, aku tumpangkan 2 anak aku di rumah jiran yang baik. Aku dihantar oleh suami jiran ke hospital.

Dipendekkan cerita, selesai urusan baby, aku balik rumah macam biasa. Cuma bezanya, aku kemurungan. Perempuan tu chat setiap hari, dia tanya khabar, dia tak putus putus minta maaf. Dia dah buang nombor telefon dia yang digunakan contact suami aku.

S4kit bila setiap kali perempuan tu caring dekat aku dan anak – anak tapi aku tak nak block dia sebab aku nak make sure yang dia lost contact dengan suami aku. Hari ke 3 bersalin, aku buat semua sendiri. Aku tak bagitahu suami pun aku dah bersalin.

Aku settle klinik baby check kuning setiap hari dan siap surat beranak baby. Dan aku berper4ng dengan perasaan s4kit hati aku setiap saat. Berat badan aku drop. Aku cuma call suami tapi mulut ni tak mampu bersuara. The end, aku letak telefon di tepi sampai tertidur.

Akhirnya suami balik, terk3jutlah konon balik – balik ada baby. Aku tak tahu perasaan aku seperti apa masa tu. Aku tak ingat moment happy masa tu. Abaikan. Satu malam kemudian, suami sudah tidur sebelah baby. Rasa benci aku membuak – buak.

Aku tak sedar pun ada apa dekat tangan aku. Aku cuma rasa nak suami aku lenyap je. Tapi kebetulan dia buka mata sebab baby nangis. Paniklah mata tu tengok aku pegang pis4u entah sedang tenung muka dia kot. Aku tak ingat dah.

Suami tarik aku pergi ruang tamu. Aku baling pis4u tu dekat dia tapi kena kaki kot. Dia peIuk aku, dia tanya kenapa. Aku bagi dia smartphone aku, di sana semua ada conversation antara aku dengan girlfriend dia. Ada juga sampai 30 minit dia baca sampai habis. Then aku call perempuan tu masa tu juga.

Aku suruh perempuan tu tanya suami aku apa saja asalkan membuktikan yang perempuan tu memang terbukti tertipu oleh suami aku. Aku cuba jerat diorang sampai perbualan yang membuktikan perempuan tu pelakor. Tapi ternyata tidak. Suami aku yang mulakan penipuan..

Okay, end call terus husband selepas dimaki dan dih1na oleh perempuan yang dia sc4m tu. Aku pun tak ingat sangat macam mana boleh lost contact dengan perempuan tu. Maka bermulalah per4ng antara aku dan suami. Per4ng paling s4kit ialah bila aku buat macam – macam termasuk pen3ndang, penvmbuk, Iudah muka suami pun, dia tetap melutut minta maaf dan nangis. Drama nangis dan minta maaf ni berpanjangan sampai 3 tahun.

Semua adik beradik husband dah tahu isu kami ni sebab aku yang bagitahu, tapi aku disuruh bertahan. Family aku satu pun tak tahu kes kami. Yang diorang sangka kami hidup bahagia. Sepanjang 3 tahun, seingat aku, berat badan suami mula susut.

Dia punya effort tu sampai tahap dia serah semua kad gaji dia pada aku. Dia tak makan satu sen pun gaji dia. Kami cuma ada motor, so tak ada bebanan pasal bayar kereta atau minyak. Dia akan makan di tempat kerja sebab free. Di rumah dia masak sendiri untuk diri dia.

Aku hanya jaga makan minum pakai anak – anak. Apa saja tentang suami aku, aku tak hirau sikit pun. Dia s4kit aku tak tengok sikit pun. Hubungan intim tu normal. 3 tahun tu aku memang siksa dia kaw – kaw. Anak pun dah besar. Aku bawa mak aku tinggal serumah minta dia jaga anak – anak sebab aku rasa aku kena cari duit sendiri.

Part paling jahat aku buat sepanjang 3 tahun sejak baby ke 3, tragedi curang, aku curang depan suami. Aku main game Mobile Legend. Aku layan mana – mana lelaki yang ajak push rank. Aku agak pro. Tak sangka pula ramai peminat juga.

Aku on voice dalam game, suami tidur sebelah. Kadang – kadang suami sedar juga tapi dia diam sebab dia tahu kalau dia buka mulut, per4ng akan mula. Part ungkit tu dia tak tahan. Aku cuba balas d3ndam. Aku mahu balas yang lebih s4kit sebenarnya, tapi aku tak sanggup jumpa pun lelaki dalam game ni.

Diorang tahu aku isteri orang sampai ada beberapa yang push aku suruh cerai. Tapi aku tak sanggup terima status “J”. Oh ya, setiap 2 minggu aku akan ada appointment dengan doktor pakar aku di Hospital Mesra Bukit Padang. Tapi aku tak tahu macam mana boleh pregnant.

Aku pakai implant, aku boleh pregnant. GiIanya. Str3ss sangat. Masa ni aku plan nak gugurkan kandungan, suami ni datang memujuk. Dia ajak mak aku sekali. Diorang jaga aku macam VVIP. Pergi ber4k pun suami masuk sekali. Part ni malas type, s4kit hati. Okay skip.

Okay sepanjang pregnant, aku terp4ksa berhenti kerja sebab kerap pengsan dan banyaklah masalah mental yang lain. Boss suruh rehat saja. Anytime mahu kerja, boleh datang jumpa dia. Aku duduk di rumah macam datin. Suami urus anak sekolah, rumah, makan minum diorang.

Hampir setiap bulan admit wad sebab macam – macam s4kit ada. Str3ss fikir kereta tak ada, mengharap dengan Ex5 saja. Kali ni bersalin suami ikut masuk. Berpantang pun suami jaga macam bid4dari. Lvka di bawah pun suami yang bersihkan.

Guys, kisah hidup yang siksa ni aku tak pernah rasa happy. Dia surprise macam – macam pun aku tak teruja. Korang tahu hati kosong, bukan taw4r tapi kosong. Aku dah bagitahu doktor aku pasal ni, tapi yang ada dos ubat aku ditambah.

2023, suami bawa aku bincang. Dia nak buat loan untuk start bisnes dia. Aku cakap okay tapi duit tu semua aku yang pegang. Dia deal. Aku follow b0ntot dia cari premis. Aku tak ada feeling mahu happy pun. Entah kenapa selepas baby ke 4 lahir ni, aku penat palau dia, aku penat maki dia.

Aku dah penat buat dia macam – macam tapi dia punya respon tak berubah langsung. Dia cuma tunduk, nangis dan minta maaf. Aku yang give up. That why, aku cuba just follow the flow. Selepas 3 bulan, selesai daftar lesen, renovate premis dan sebagainya, suami berhenti kerja sebab N19 saja, setiap 3 tahun contract.

So dia focus pada bisnes dan pemilik perniagaan tu suami letak atas nama aku. Semua urusan kewangan, everything atas nama aku. Dan berubahlah taraf hidup kami sekeluarga. Sudah ada kereta, ada rumah sendiri dan income pun boleh tahan.

Aku tiba – tiba stop depr3ssion. Cuma anxiety saja yang setia menemani. Aku mula belajar memaafkan. Aku sudah stop mengungkit. Ada ciri – ciri isteri limited edition sudah, cuma aku berhati – hati, tak terlalu mencintai. Diuji sekali lagi.

Si suami ni rasa diri dia dah berduit. Malam tu dia balik rumah jam 2 pagi, bau ar4k. Bila aku meng4muk, alasan dia client yang bawa. Dia mahu jaga hati sebab ada project besar yang diorang dapat, so celebratelah konon. Kali ni aku diam. Diam aku bah4ya.

Semua harta kami aku minta suami letak atas nama aku seorang, bukan kongsi dengan nama dia. Motor, kereta, rumah, 50% duit simpanan company, aku keluarkan untuk beli aset. Aku beli almost 50 hektar tanah. Aku beli emas. Semua atas nama aku.

Tujuan aku menulis kisah aku bukan untuk menunjuk. Jahat seorang isteri ni bahaya bila sabar sudah di level penghabisan. Genap 20 tahun usia perkahwinan kami di bulan June ni. Walaupun suami aku tak sentuh ar4k tu sejak kantoi dengan client dia, tapi aku tak percaya sudah. Lantak kaulah mahu apa.

Aku tetap akan jadi isteri yang baik. Aku tetap jaga makan minum dia. Aku tetap jaga hati dia. Aku tetap hormat dia. Kami masih seperti pasangan lain. Mandi sama – sama, spend time, hubungan intim tak berubah, panggiIan romantic, celebrate apa yang patut bersama.

Dia pergi mana – mana dia ajak aku. Aku pergi mana – mana aku ajak dia. Cuma aku tak takut kalau ditinggalkan sebab per4ngkap tu aku sudah susun baik – baik. Dia ceraikan aku dengan tangan kosong. Dia diambil penyondol pun tak apa sebab dia tak ada apa – apa. Sekian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :