
Hari demi hari aku lihat kehidupan keluarga kami semakin susah. Ibu pula semakin kurus. Pakcik asyik minta duit dekat ibu. Sehinggalah satu hari, salah seorang anak pakcik mengadu ayah aku ada skandal dengan kawan baik ibu. Dia cakap lagi yang ayah aku mencuri..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Maaf jika aku gunakan medium ni untuk meluah. Situasi aku hampir sama dengan cerita ibu mertua dan adik beradik ipar melampau. Terdetik hati aku untuk berkongsi kisah yang terjadi tahun lepas.
Keluarga aku tinggal di bandar. Kami pulang ke kampung untuk ziarah nenek. Ibu aku mempunyai seorang abang iaitu pakcik aku. Pakcik aku mempunyai isteri dan anak yang ramai termasuk tiga cucu di bawah jagaannya. Mereka sekeluarga tinggal di dalam rumah kecil yang tidak ubah seperti stor.
Di situlah dapur, di situlah ruang tamu. Sempit dan bagi aku tidak sesuai untuk anak – anak saud4ra aku yang masih kecil. Atas belas ihsan sebagai seorang adik, ibu bercadang untuk membawa mereka sekeluarga tinggal bersama ibu.
Segala makan pakai mereka ibu dan ayah aku yang tanggung. Terdetik di hati aku kenapa tak ada langsung orang yang mahu menolong mereka terutama sekali adik beradik ibu. Sepupu aku menceritakan pada aku betapa k3jamnya ibu – ibu saud4ra aku langsung tidak pedulikan mereka.
Melihat akan kesusahan mereka dan kemewahan hidup ibu – ibu saud4ra aku, aku percaya bulat – bulat. Alhamdulillah ibu dapat buka sebuah restoran makan. Lalu, ibu bawa keluarga pakcik aku untuk bekerja dengan ibu dan rumah kedai tingkat atas restoran ibu beri kepada mereka dan sewa ditanggung sepenuhnya oleh ibu. Sepupu aku dibenarkan menjual kuih dalam restoran tanpa dikenakan caj sekalipun.
Tapi, hari demi hari aku lihat kehidupan keluarga kami semakin susah. Ibu pula semakin kurus. Hasil jualan restoran semakin susut. Ibu anggap itu ujian dari Allah. Pakcik pula selalu meminjam dari ibu aku, untuk perbelanjaan anak anaknya.
Atas rasa simpati, ibu beri walaupun masa tu ibu sangat kesempitan wang. Ayah hanya diamkan diri kerana tak mahu ikut campur urusan keluarga ibu namun ada juga ayah menasihati ibu untuk tak terlalu memanjakan mereka kerana hutang keluarga kami semakin bertimbun dengan bebanan yang terlalu banyak.
Sepupu – sepupu yang kerja bersama ibu kerja acuh tak acuh. Lebih banyak berehat dari bekerja. Abang sepupu aku bekerja dengan gaji jauh lebih tinggi dari aku setelah tamat pengajian tapi aku hairan mana perginya duit gaji sehingga tak mampu tolong keluarga sendiri. Itupun, perbelanjaan pengajian abang sepupu aku ditanggung oleh ibu.
Malah, ada suatu hari aku dihasut oleh sepupu bahawa kawan rapat ibu ada skandal dengan ayah aku. H4ncur luluh hati aku mengenangkan perbuatan ayah. Namun, entah kenapa naluri aku mengatakan ayah tak mungkin berlaku curang kerana siang malam ayah bersama ibu bekerja.
Cuma, ayah selalu menegur perbuatan sepupu aku yang selalu keluar malam dan malas bekerja. Konflik bermula apabila sepupu aku meminta ayah aku menguruskan urusan lesen keretanya dengan memberi sejumlah wang. Ayah terlalu sibuk sehingga lupa uruskan lesen tersebut.
Sepupu mula menuduh ayah makan duitnya dan meminta semula duit tersebut. Ayah memberi dan berlaku pertelingkahan. Ayah diamkan dari ibu dan aku. Sepupu aku yang aku anggap seperti adik mula menghasut aku dengan memberitahu aku, “Lesen ke mana, duit aku ke mana. Aku malas nak bisinglah kakak.”
Bercambah rasa salah sangka aku pada ayah. Kenapa ayah sanggup ambil kesempatan atas orang susah? Hari demi hari berlalu, ibu mula berhutang untuk menyelamatkan restoran dari lingkup. Aku pula mendapat pekerjaan dari syarikat swasta.
Aku beritahu ibu untuk melepaskan restoran dan meniaga dari rumah kerana aku mampu untuk tanggung keluarga. Ibu lepaskan restoran. Keluarga pakcik hilang punca pencarian rezeki. Ibu beritahu keluarga pakcik bahawa dia tak mampu lagi tanggung sewa mereka dan nasihatkan sepupu sepupu aku untuk bekerja bantu keluarga.
Pada mulanya mereka setuju. Malam itu, keluarga pakcik datang ke rumah menagih duit yang dikatakan diambil oleh ayah dari akaun bank sepupu aku. Sepupu aku seolah – olah hilang hormat ke atas ayah dan menuding jari kepada ayah dan meninggikan suara.
Aku hilang sabar dan memberi duit yang ditagih oleh mereka. Namun, belum cukup dengan duit, ibu aku pula dikatakan bawa mulut mengumpat keluarga mereka di sana sini. Ibu naik angin. Adik aku menangis ketakutan. Aku hilang sabar lalu menghalau mereka keluar dan mengugut untuk melaporkan mereka pada polis kerana mencer0boh rumah aku dan mencetuskan perg4duhan. Mereka keluar namun sepupu masih lagi menengking ibu.
Pelbagai maki hamun dilemparkan oleh sepupu aku pada kami sekeluarga di laman sosiaI. Namun, ayah nasihatkan kami untuk berdiam diri dan enggan perg4duhan semakin teruk. Sejak itu, satu demi satu perbuatan khianat mereka terbongkar.
Bukan sahaja ibu, malah ahli keluarga ibu juga pernah dikhianati namun mereka enggan melarang ibu kerana ibu berdegil mahu membantu. Tanah pusaka nenek habis dijual oleh pakcik. Ibu sedih dan rasa dikhianati oleh abang sendiri.
Kerana simpati, ibu dikhianati. Mereka tak suka pada ayah kerana suka menegur perbuatan mereka lalu mereka reka cerita ayah curang. Kini, aku dengar kehidupan keluarga mereka semakin tak terurus. Di sana sini orang menjaja cerita mereka penipu dan suka ambil kesempatan.
Alhamdulillah, kini keluarga aku mula membangun. Aku kerja keras untuk membantu ibu dan ayah. Aku bertegas dengan ibu untuk berhenti menolong orang sehingga diri sendiri susah. Mungkin ada yang katakan aku k3jam. Tapi aku tak rela melihat ibu sedih. Aku mahu ibu hidup senang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.