Aku terdetik nak cek HP anak, sekali ada mesej cinta siap ada gambar selfie yang buat aku rasa jijik

Selama ni aku cek HP anak – anak tak ada yang mencurigakan, tapi kali ni memang luruh jantung aku. Aku screensh0t tunjuk dekat suami. 3 hari aku tak menangis tapi dekat pejabat, kawan – kawan kata aku mula cakap sorang – sorang. Aku tak sangka ini baIasan yang aku dapat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk mendapatkan pandangan / pendapat berkaitan ujian yang aku hadapi sebulan yang lalu. Aku sudah istikharah dan berdoa, tapi nampaknya masih buntu.

Aku wanita 43 tahun, sudah matang dan boleh buat keputvsan sebenarnya, tapi untuk ujian kali ini aku betul – betul tiada idea. Bersuami dan mempunyai 6 cahayamata, 3 ada bersama kami dan 3 lagi sudah kembali pada Allah.

Tahun ini genap 16 tahun usia perkahwinan. Kami bercinta 2 tahun sebelum kahwin. Alhamdulillah, bahagia (Aku mudah adapt dengan masalah kecil dan besar. Jarang – jarang str3ss, jadi aku rasa sepanjang 18 tahun berkenalan dan bersama suami adalah bahagia pada skala 8/10 – alhamdulillah)

Aku berniaga, setiap bulan alhamdulillah walaupun pendapatan kecil, tak pernah takde gaji. Suami kerja tak tetap. 2 tahun lepas berhenti kerja dari sebuah firma dan ambil keputvsan kerja sendiri sebagai Pemandu Peribadi.

Jadinya pendapatan suami hanya cukup sara dirinya sahaja, besar kemungkinan ada lebihan cuma aku tak pasti dia buat apa, Cuma baru – baru ini selepas 1 kejadian, aku mula p4ksa dia untuk tanggung yuran transit anak dan bayar bil elektrik (tujuannya supaya dia ambil tanggungjawab setelah hampir 16 tahun aku tanggung segalanya)

1 malam, suami pulang lewat dari JB. Entah kenapa tiba – tiba aku terfikir untuk cek handphone milik anak – anak malam itu (sebelum ini kerap cek tapi tak terjumpa yang pelik – pelik ketika itu). Luruh jantung aku bila terjumpa SAYANG, LUV U, RINDU, dekat henfon anak, message dari suami kepada seorang wanita.

Aku baca overall 70% dari message. Rupanya henfon anak ada link dengan messanger milik suami. Dalam masa yang sama, aku screensh0t dan tanya dia APA INI ? Aku tanya dia, macam inikah baIasan awak untuk isteri yang selalu awak tinggalkan (kerja), dengan tiada nafkah zahir (95% perbelanjaan keluarga aku tanggung) dan batin (suami diab3tes dan sudah tidak mampu beri layanan atas katil sejak setahun lepas).

Aku benar – benar tersentak dan rasa dikhi4nati. Betul – betul rasa jijik bila gambar – gambar selfie suami dikirim pada perempuan itu berserta kata – kata manja. 3 hari, aku tidak menangis. Makan pun ala kadar. Ujian kali ini benar – benar buat aku fikir mahu keluar dari perkahwinan.

Selama tempoh 16 tahun bersama suami, hampir 4 kali dia pernah berbaIas message begini dengan perempuan yang berlainan. Aku maafkan dia atas sifat kemanusiaan. Bagi aku, dia ataupun aku tak lari dari kesilapan (tapi aku tak pernah curang dan betul – betul jaga ikhtilat – apatah lagi kami sudah pergi menunaikan haji, so nak jaga mabrur)

Hari ke 4 aku menangis sepuasnya. Suami pujuk dan minta maaf. Dia ceritakan segalanya. Perempuan itu sahabat lama di universiti, dulu mereka sama – sama suka tapi tak pernah luahkan, sehinggalah suami dan aku berkahwin.

Terjumpa semula 3 bulan yang lepas, PEREMPUAN ITU SUDAH BERKAHWIN DAN ADA SUAMI (bukan janda). Allahuakbar. Mereka decide untuk panggil sayang – sayang sebab terkilan kenapa tak pilih each other untuk jodoh mereka (nampak keb0dohan di sini, jodoh Allah tentukan bukan korang la hanat).

Mereka memang berjanji untuk hentikan perhubungan ini kerana bagi mereka hubungan ini tak akan ke mana (agak b0doh di sini, sepatutnya fikirkan d0sa). Kali ini aku baru merasa dan tahu apa itu str3ss. Aku reverse kereta boleh terlupa sudah tekan brek atau tidak.

Driving rasa macam kereta terbang. Tanya homework anak berulang – ulang sampai anak confused, staff kata nampak aku bercakap sorang – sorang. Semua tu di luar sedar. Allahuakbar. Alhamdulillah, aku tersedar, yang aku letak kasih sayang pada manusia berlebihan.

Jarang – jarang aku menangis untuk Allah. Inilah hikmah yang aku nampak. Baiknya Allah, aku masih boleh tidur lena dan pergi kerja macam biasa di sebalik ujian kecil ni. Suami dan perempuan itu berjanji putvskan hubungan.

Aku tarbiah, tazkirah cukup – cukup mereka berdua siap loudspeak phone. Aku beritahu ibu mertua, supaya suami kena tiow dengan ibunya. Tetapi, kerap – kerap moment sedih ini mengganggu aku, di sebalik kata REDHA dengan ujian itu. Banyak perkara yang aku fikirkan.

Pada usia 41 tahun, aku rasa sudah muak dengan masalah skandal suami. Aku sudah mula jemu untuk menyara perbelanjaan keluarga. Aku mula terfikir, ada baiknya jika aku cari BAHAGIA AKU SENDIRI. Aku luahkan cara berhemah pada suami.

Dia menyesal dan berkali – kali mohon maaf. Jujur, aku sayangkan keluarga, tapi kali ini benar – benar rasa dikhi4nati. Sekiranya bercerai, aku berjanji untuk jadi kawan yang baik untuk suami. Tetapi, aku mensyaratkan nafkah zahir perbelanjaan anak – anak berjumlah RM 1,000.00 sebulan.

Aku fikir, mahu BAHAGIA sendiri. Bukan untuk berkahwin dengan orang lain. Aku mahu pergi bercuti, mahu lebih masa untuk hobi, pergi kursus yang saya minati, mahu buka cabang perniagaan baru. Banyak impian aku yang tertangguh kerana asyik bantu suami.

Aku ada beritahu suami mengenai ini, suami hanya diam. Sehingga kini, aku masih belum nampak bayangan samada perceraian adalah jalan terbaik atau tidak. Aku pun tak pasti suami betul – betul sayangkan aku, tapi aku tak pernah bersangka yang suami mahu mempergunakan aku.

Aku sayangkan suami tapi aku rasa macam kena sayang Allah dan diri sendiri lebih. Selfish ke aku jika aku mahu bercerai? Memang betul kah perceraian akan buat aku jadi manusia yang lebih bahagia atau aku belum cukup berk0rban? Aku buntu. – LIA ATHIRAH – PERAK (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Azriza Acetylcysteine : Kak, bercerai aje la. Dia bukan suami yang baik dan bertanggungjawab kalau nafkah zahir perbelanjaan rumah akak sebagai isteri yang sediakan. Saya cadangkan untuk bercerai sahaja untuk kehidupan tua akak lebih aman dan tenteram di samping anak – anak.

Masa untuk dekatkan diri dengan masjid / pergi kelas buat kek yang mana akak suka lebih membahagiakan daripada akak bersuami tapi mengumpulkan d0sa selama hidup dengannya. Berkahwin pun peluang untuk mencari pahala tapi kalau macam ni per4ngai lagi menambah d0sa jadinya.

Azlin Nilza : My dear confessor. Jangan buat kesilapan yang telah saya lakukan 4 – 5 tahun yang lepas. Like yours. Baru 4 – 5 kali kant0i curang. Mine.. hundreds of times. Beri peluang dan beri peluang dan beri peluang. At one point.

Saya doa sungguh – sungguh pada Allah. Dan akhirnya.. saya berjaya angkat kaki, siap heret anak – anak walaupun saya mengandung 4 bulan masa tu. Our marriage tidak lekang dengan dugaan. Semua expenses saya tanggung.

Sampai satu tahap, bergelap dalam rumah berbulan sebab tidak bayar letrik (sengaja saya keras hati tidak mahu bayar) pun masih dia relax. Cukup sifat, sihat tubuh badan, tapi MALAS NAK MAMP0S! Anak nak ramai (which akhirnya saya tahu kenapa dia mahu anak ramai), makan minum dia nak dijaga, paling tak leh blah, nafsu dia WAJIB di layan.

Akhirnya, saya angkat kaki. Sebab semuanya on me. Nak makan cari sendiri, urus anak – anak sendiri, jadi untuk apa ada suami? I can do all by myself.. right? Dengan kekuatan anak bongsu dalam perut. Saya angkat kaki. Bye bye.

Now.. I AM HAPPY. SOOOOOO MUCH happy. Tidak perlu serabut. Jika pasangan kita menyenangkan hati. Itu satu keb0dohan jika kita tinggalkan. Tapi jika pasangan kita itu menyesakkan. Better tinggalkan. You, yourself ada cita – cita.

Same goes with me. Saya buat apa saya nak buat which masa jadi isterinya, saya kubvrkan semuanya. Trust me.. you can surv1ve. Saya boleh. Anak 6 lagi. You go girl. Put Allah first.. then everything will go smooth babe.

Maria Sarah : Saya tanya akak balik lah supaya akak dapat berfikir baik – baik. 4 kali akak dikhi4nati suami. Kalau betul suami insaf, dia tak buat lagi.  Selama 16 tahun akak tanggung keluarga termasuk suami. Jangan kata pendapatan suami kecik sebagai alasan dia culas menunaikan NAFKAH ANAK – ANAK dan ISTERI.

Nampak sangat suami akak ni betul – betul di COMFORT ZONE, yelah bil itu ini tak payah risau, ada bini yang tanggung beres. Akak tak selfish.. akak berhak untuk bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.