Ibu dan abang aku meninggaI semasa kemaIangan. Selepas 7 bulan aku nak sangat jumpa dengan anak – anak saud4ra, tapi alangkah terk3jut bila kak ipar kata dia hantar anak saud4ra aku ke rumah kebajikan. Aku buat keputvsan untuk jaga seorang, anak sulung arw4h. Namun satu hari kata – kata anak bongsu arw4h abang buat aku tersentak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau admin siarkan confession ni dan maaf jika confession ini terlalu panjang. Nama aku Una. Aku mempunyai 2 adik beradik dan mak abah yang penyayang tapi semuanya hilang dalam sekelip mata bila keluarga aku terlibat dalam kemaIangan jalan raya.
Pada Januari 2012, aku kehilangan emak dan abang aku.. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku pada masa tu. Sedih, sunyi, hilang arah dan semua perasaan negatif tu ada. Boleh dik4takan complete lah perasaan negatif tu dalam diri aku waktu tu.
Tapi aku bersyukur sebab abah aku terselamat dalam kemaIangan tu walaupun abah aku Iumpuh separuh badan.. Ok, cukup lah tu sebagai pengenalan tentang diri aku. Berbalik kepada tajuk ceritanya, abang aku meninggaIkan seorang isteri yang cantik dan 2 orang anak lelaki yang comel dan masih kecil ketika itu.
Kedua – duanya masih menyusu dan memakai diapers. Setelah abang aku meninggaI, kakak ipar aku mendiamkan diri selama beberapa bulan tanpa khabar. Pernah aku cuba hubungi untuk bertanyakan khabar tentang dirinya dan kedua anak buah aku tapi tidak berjaya.
Mungkin saIah aku kerana tidak bertanyakan khabar lebih awal lagi sehinggakan dia diam tanpa khabar berita.. Ya, aku mengaku aku salah tapi pada masa itu hidup aku juga terumbang ambing, antara belajar dan menjaga abah aku yang masih di HospitaI (menunggu masa untuk pembedahan akibat kemaIangan).
Oh ya, aku masih belajar di semester 5 pada waktu itu di saIah satu Universiti tempatan yang berada di Shah Alam. Hidup aku berubah 360 darjah.. Daripada seorang anak gadis yang manja yang disediakan segala – galanya, aku mula berdikari.
Aku akan pastikan abah aku cukup segala – galanya sebelum aku ke kelas dan aku akan segera pulang bila sesi pembelajaran aku tamat. Ok dipendekkan cerita, setelah 7 bulan pemergian abang aku, kakak ipar aku hubungi aku semula.
Ya Allah, aku rasa macam doa aku semua dikabulkan. Allah dengar rintihan hati aku dan abah aku.. Kakak ipar aku bertanyakan khabar kami dan aku minta untuk berjumpa anak buah aku tetapi perjumpaan kami berlaku di rumah kebajikan.
Ya, rumah kebajikan. Hati aku sebak.. Sebak melihat keadaan anak buah aku.. Dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa mereka dihantarkan ke situ. Aku speechless. Selesai je perjumpaan tu, aku pulang ke rumah dan aku terp4ksa berbohong kepada abah aku (kaki abah aku tidak dapat bergerak jadi abah aku tak dapat nak berjumpa dengan cucu – cucunya).
Aku cerita betapa gembiranya aku dapat jumpa kedua – dua anak buah aku dan mereka berdua dalam keadaan baik supaya abah aku tidak bersedih lagi. Seminggu pun berlalu, aku asyik memikirkan keadaan mereka berdua di sana.
Hati aku meronta – ronta mahu menjaga mereka.. Mereka masih ada waris, kenapa mereka dihantarkan ke sana. Tapi bila difikirkan semula yang aku masih belajar, tak ada income sendiri, macam mana lah aku nak jaga anak arw4h abang aku.
Susu, pampers semua tu siapa yang nak beli. Soalan ni berlegar – legar dalam fikirkan aku. Hari – hari aku doa, mintak penyelesaian dari Allah.. Tiba – tiba 1 hari tu masa aku bangun, hati aku terdetik “ahh ambil lah seorang, rezeki tu pasti ada, tawakal je.”
Aku pun hubungi kakak ipar aku dan aku ajak dia pergi ke rumah kebajikan tu semula untuk mengambil anak – anak arw4h abang aku.. Kakak ipar aku setuju untuk aku ambil seorang dan dia juga ambil seorang. Aku cakap dekat kakak ipar aku “akak bagi lah yang terbaik dekat adik, una akan bagi yang terbaik dekat abang”.
Jadi bermula lah rutin aku sebagai mummy segera masa tu. Ok, aku tertinggal 1 part. Aku selamat bernikah selepas 5 bulan keluarga aku terlibat dalam kemaIangan. Allah berikan semula sinar dalam hidup aku.. Aku dapat suami yang cukup baik.
Dia banyak bantu aku.. Dari part sama – sama mandikan abah aku sampailah dia membiayai segala yuran dan duit untuk aku print segala assignment – assignment aku. Dan yang paling aku gembira, dia setuju untuk menjaga anak arw4h abang aku.
Terima kasih ya Allah kerana kau hantarkan dia untukku. Maka start la rutin kami sebagai mummy dan daddy instant. Masa tu lah kami belajar macam mana nak pilih botol susu yang elok, brand apa yang bagus untuk diapers, cara untuk bancuh susu dan lain – lain lagi.
Encik Google sangat lah membantu ye. Reaksi kami sama macam ibubapa lain yang dekat luar sana yang baru dapat anak. Pejam celik pejam celik, selepas setahun kami jaga anak sulung arw4h abang aku, aku grad dan mula bekerja..
Alhamdulillah aku dapat ringankan sikit perbelanjaan suami aku.. Walaupun kami cuma jaga anak sulung arw4h abang aku, tapi kami tak pernah lupakan anak arw4h abangku yang nombor 2 tu. Kami kerap ambil dia untuk datang ke rumah dan bermain dengan abang dia.
Tapi bila dah namanya budak – budak kan.. dia rasa abang dia dapat “macam – macam” dari kami tapi kitaorang tak bagi pun “macam – macam” dekat dia.. Aku terpukuI bila dia berkata begitu. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni.
Dia pun anak arw4h abang aku. Dia pun sama anak yatim macam abang dia.. Dia patut dapat sama hak macam abang dia. Kenyataan – kenyataan ni semua menghantui aku semula. Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan selepas aku bekerja, berlaku la sedikit konfIik antara kakak ipar aku dan aku.
Daripada konfIik itu, aku terus menyuarakan hasrat kepada kakak ipar aku untuk mengambil anak kedua abang aku.. Biarlah aku yang jaga mereka berdua.. Susah senang aku, biar lah aku yang tanggung asalkan mereka berdua bersekolah (tadika).
Kakak ipar aku setuju memandangkan dia mempunyai sedikit masalah pada masa itu dan dia memberikan anak keduanya kepada aku untuk aku jaga. Aku cuba bagi yang terbaik dan aku yakin semua ibubapa di luar sana pun akan buat benda yang sama seperti aku dan suami aku buat.
Orang kata suppIement itu bagus, suppIement itu kami beli. Orang kata tadika itu bagus, tadika tu kami hantar walaupun kos pendaftaran sahaja sudah memakan belanja ribuan ringgit. Dari tadika sampai lah ke kelas renang, semua aku masukkan.
Niat aku cuma satu.. Aku taknak mereka rasa yang mereka kurang sebab mereka tak ada ayah.. Aku nak mereka rasa yang mereka ni sama sahaja macam anak – anak di luar sana.. Aku uruskan semuanya, daripada anak – anak tu kecil sampailah kedua – duanya dah masuk sekolah rendah.
Sihat, s4kit, berg4duh dua beradik, ketawa, menangis, bersunat, semuanya dengan aku. Hampir 8 tahun aku jaga mereka dan hari yang aku takuti tu tiba.. Kakak ipar aku datang.. Tapi kali ni dia datang bukan untuk melawat anak – anaknya seperti selalu.
Kali ni dia datang untuk mengambil semula anak – anaknya tapi cara dia mengambil anak – anak itu di luar pengetahuan aku dan semasa ketiadaan aku di rumah. Berkali – kali aku cakap dekat diri aku, “tak. Kak Mira (bukan nama sebenar) takkan buat macam ni.
Kalau dia nak datang, dia mesti bagi tahu dulu” tapi air mata aku dah berjurai – jurai dah masa tu. Aku tak mampu nak kawal em0si aku.. Aku cuba hubungi kakak ipar aku berkali – kali tapi tidak dijawab. Last sekali aku cuba whatsapp kakak ipar aku dan bertanyakan tentang anak – anak arw4h abang aku.
Dia menjawab bahawa anak – anak ada dengan dia dan dia mahu mengambil anak – anak tu semula dan mempersoalkan tentang siapa yang mengandungkan mereka semua. Aku terkedu. Aku termenung memikirkan cara yang paling sesuai untuk aku sampaikan berita ni pada abah aku.
Semua kerja di Office tergendala. Aku tak dapat nak fokus lagi.. Aku tahu abah aku pasti akan sedih. Sedih yang sama seperti aku. Dan hari ni, genaplah 3 minggu aku tidak mendengar suara anak instant aku.. Aku tidak lagi mendengar mereka memanggil “mummy” sambil memeIuk aku, aku tidak lagi mendengar gelak tawa mereka dan aku tidak lagi dapat melihat mereka di hadapan aku.
Aku sedih, aku s4kit, aku h4ncur, tapi aku sedar siapa lah aku untuk meIawan hak seorang ibu yang melahirkan mereka.. Ibu yang mengandungkan mereka. Ya, aku tidak dapat rasa nikmat melahirkan mereka dari rahim aku sendiri tapi aku syukur, Allah pinjamkan aku nikmat dapat membesarkan mereka.
Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. Orang mungkin ingat aku kuat bila aku tersenyum, aku ketawa, tapi aku bukan lah kuat seperti yang disangka.. Ada masa, bila aku bersendirian, aku menangis tersungkur.
Aku menangis semahu – mahunya.. Aku menangis setiap kali aku lihat baju – baju anak arw4h abang aku.. Aku menangis setiap kali aku lihat buku – buku sekolah yang tersusun rapi di rak buku. Aku menangis setiap kali aku terbayang mereka tersenyum manis memandang diriku tapi aku tahu, perancangan Allah adalah yang terbaik dan semua yang berlaku ini atas izinNya..
Pasti ada hikmah disebalik semua ini cuma buat masa sekarang, aku tak mampu untuk tipu diri aku yang aku tidak terkesan bila mereka tiada dengan aku.. Setiap kali aku bagi tahu suami aku yang aku rindukan mereka, suami aku akan menenangkan aku dengan berkata, “sabarlah sayang, dorang bukan pergi mana – mana.. dorang ada dengan Emak dorang..”
Ya, E-M-A-K.. Atas nama emak, aku mengalah.. Atas nama emak juga lah, aku belajar untuk redha.. Semoga mereka dapat kasih sayang yang lebih dan sempurna daripada kakak ipar aku dan suami barunya.. Buat anak – anak mummy, S dan H.
Mummy sayangkan kalian.. Mummy sentiasa akan doakan S dan H disetiap sujud mummy. Walau di mana pun S dan H berada, percayalah. Mummy sayangkan kalian berdua dan mummy tak akan sesekali lupakan kalian. Bergembiralah sayang.
Mummy akan doakan dari jauh. Moga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan mampu membahagiakan mama kalian serta menolong papa mama kalian di akhir4t kelak.. Wallahi, mummy ikhlas..Mummy ikhlaskan segala – segalanya yang telah mummy berikan..
Buat kakak iparku, maafkan aku jika aku tersalah dalam mendidik mereka.. Maafkan aku jika aku tidak memberikan kesempurnaan kepada mereka.. Terima kasih sebab bagi aku rasa macam mana jadi seorang ibu. Terima kasih ya Allah untuk pinjaman ini.
Dugaan kali ini benar – benar mengajar aku yang semua ini hanya pinjaman dan Allah yang memegang hati kita.. Allah yang memboIak baIikkan hati kita. Serahkan hati kita sepenuhnya kepada Allah.. Biarkan Allah yang mengaturkan semuanya sehingga “keindahan” itu datang tepat pada waktunya.
Dan buat semua pembaca, aku minta jasa baik kalian semua untuk doakan supaya aku dapat bertemu semula dengan anak – anak arw4h abang aku dan doakan lah aku dan suami aku dikurniakan zuriat kami sendiri. Maaf kalau ada tersalah bahasa atau ayat yang mengelirukan. Aku bukannya orang yang pandai untuk berkata – kata, aku hanya menulis tentang apa yang aku rasa. – Mummy Instant (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sarina Daud : Kesian arw4h abang awak dapat isteri macam tu tapi syukur ada adik semulia awak. Basah pipi ini baca coretan awak. Semoga anak – anak arw4h terpelihara dan menjadi anak yang soleh solehah. Sis doakan tt akan ada zuriat sendiri nanti dan bahagia dengan anak – anak buah tersayang.
Siti Khadijah D’Jah : Murid saya dulu ibu kandung ambil daripada ibu angkatnya setelah usia 8 tahun, tak serasi. Lalu ibu kandung mend3ra hingga berdar4h dalam mata. Sampai sabit kes JKM ambil, sekarang wallahualam.
Kesan em0si kecelaruan yang kuat kepada kanak – kanak. Sebagai ibu saud4ra masih ada hak memantau perkembangan kanak – kanak yang pernah dijaga..
Mszhdh Mstf : Saya doakn confessor dikurniakn zuriat sendiri berkat dari kesungguhan dan keikhlasan confessor jaga anak – anak yatim tersebut. Dan moga kedua – dua anak itu sentiasa mengingati dan menyayangi anda. U deserve to live happy. Moga kedua – dua anak itu juga dijaga baik oleh ibu kandungnya.
Salena Shafiee : Tak apalah, pahala menjaga anak yatim, InsyaAllah Allah dah kira. Tak semua orang mampu menjaga anak yatim dengan baik walaupun keluarga sendiri. Puan beruntung sebab urusan menjaga anak arw4h abang dipermudahkan. semoga Allah gantikan dengan kebahagiaan dari anak kandung sendiri pula nanti.
Annie Mohd : Buat apa mintak maaf dekat kakak ipar tu? Dia yang patut datang meIutut mintak maaf dari you. Manusia tak sedar diuntung, kurang ajar pulak tu. Bukan semua ibu layak jadi ibu ye.
Time budak tu kecik lagi dia lari la nak hidup senang. Dah besar dah pandai itu ini memang la tetiba mengaku ibu. Kalau I jadi awak dik, I brainwash dia cukup – cukup.
Apa – apa pun untuk u, I doakan semoga diberikan zuriat yang soleh dan solehah di dunia. Kalau tak ada rezeki, di akhir4t nanti semoga timbangan pahalamu lebih berat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.