Kali pertama saya bercerai dalam kereta semasa balik dari hospitaI check anak kuning. Semuanya sebab saya mengadu nak balik pantang rumah mak sendiri. Bila mertua tahu kami bercerai, dia p4ksa saya rujuk balik kalau tak dia tak bagi suami hantar saya pergi hospitaI sebab jahitan saya tertetas..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, kisah saya sama seperti yang saya baca sebelum ini tentang isteri yang diceraikan kali kedua. Saya pula telah diceraikan untuk kali ketiga. Panjang kisah saya ni. Saya memang down sangat dengan anak – anak yang masih kecil lagi.
Saya dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki. Yang sulung berumur 3 tahun, yang kedua berumur 7 bulan. Kali pertama saya diceraikan semasa saya berpantang anak sulung, saya diceraikan di dalam kereta semasa balik dari hospitaI.
Masa tu check kuning anak sebab tinggi. Dia siap pen4mpar saya, kerana hal remeh sangat saya diceraikan. Saya hanya bersuara untuk balik berpantang di rumah sendiri setelah 30 hari berpantang di rumah mentua sebab saya tak tahan berpantang di sana.
Saya nak makan buah oren pun mak mentua saya tak bagi sebab takut anak cirit. Sedangkan waktu tu anak sulung saya kuning tinggi. Dengan saya sembelit. Sampai jahitan saya tertetas. Bila saya nak rehat time anak tidur, masa tu la mak mentua saya nak ambil anak saya.
Bila anak nangis ja terus mai bagi kat saya, kalau saya lama dalam bilik sebab lap Iuka jahitan, mak mentua kata kat saya kelebek apa lama – lama. Bila saya mengadu kat suami, luah rasa hati, saya yang kena balik. Sampai tahap suami lafazkan taIak semasa saya dalam pantang.
Hati ni s4kit sangat tapi keluarga sebeIah suami pujuk saya supaya terima suami semula. Saya terp4ksa terima sebab mak mentua saya cakap kat suami kalau dia tak mau terima tak payah bawa pergi hospitaI sebab masa tu jahitan saya tertetas.
Saya terp4ksa terima sebab saya tak ada sesiapa nak bawa pergi hospitaI. Keluarga saya tak ada kereta. Saya pun hidup dalam keadaan mak ayah bercerai. Masa tu saya dalam pantang dengan baru jahit balik, terp4ksa pergi mahkamah, pejabat agama.
Kami rujuk semula. Semasa anak sulung saya berumur 8 bulan. Suami kant0i ambil sy4bu, saya siap bagitau keluarga suami tapi saya juga yang jahat. Saya orang luar. Bila saya kata suami hisap sy4bu, keluarga mentua kata suami ambil g4nja.
Saya sampai selongkar beg rok0k suami. Saya jumpa sy4bu, saya tangkap gambar tunjuk kat keluarga mentua tapi saya juga yang salah. Siap kata suami ambil sebab str3ss hidup dengan saya. Sebelum suami kahwin dengan saya, dia anggota askar tapi nak dekat tarikh kahwin dia berhenti kerja.
Saya tak tau sebab apa. Mak mentua saya kata, takpa la dia berhenti kerja. Sebab jauh. Ni dapat la dekat dengan keluarga terus. Mak mentua selalu akan menyebeIahi anaknya. Lagipun suami saya anak bongsu dari 3 beradik.
Mak saya pula suruh saya tuntut cerai. Saya tuntut cerai untuk kali kedua tapi bila saya balik dok dengan keluarga saya lain pula keadaan. Anak sulung saya masa tu masih menyusu badan. Mak saya masa tu seorang janda. Seorang yang bekerja jadi kerja rumah semua saya yang buat.
Tapi mak saya selalu ungkit bab makan, beras semua dia beli, lauk dia beli sedangkan waktu tu saya baru bercerai berapa hari. Motor pun saya tak ada nak kerja lagi. Saya str3ss sangat masa tu. Mak salahkan saya sebab dapat suami macam tu. Anak macam tu.
Bekas suami nak datang tengok anak kami, mak saya tak bagi. Kami dulu tak boleh jumpa abah kami, ada ja mak kami akan cerita yang buruk – buruk pasai abah tapi sejahat – jahat macam mana pun dia tetap bapa kandung kami.
Saya tak nak hubungan anak saya terputvs dengan bapa kandung tapi mak saya kata saya beIa bekas suami. Siap halau saya dengan anak-anak. Abg saya siap nak penampar saya sebab dengar apa mak saya cerita. Allah ja tau perasaan saya macam tu.
Mak saya memang haIau saya dengan anak saya. Saya dah tak ada arah, bekas suami ajak rujuk balik buat kali kedua. Kami rujuk balik. Masa tu suami saya dapat kerja di Penang. Kami sewa rumah kat sana. Bab gaji dia semua dia bagitau saya.
Bagi saya urus semua. Sampai kami dapat beli kereta. Tapi lain pula keadaan. Ingatkan hubungan kami berpanjangan tapi bila keluarga mentua mula campur tangan dalam hal rumahtangga kami. Siap ingatkan ungkit hal yang dulu kat anak lelaki. Hubungan kami dingin.
Saya rasa seperti suami nak baIas dend4m kat saya. Suami akan tunjuk diri dia baik depan keluarga mentua. Mentua tetap nampak anak dia sempurna. Mungkin silap saya bagi peluang sebab saya tak ada sesiapa yang nak bantu.
Masa saya mengandung anak kedua diusia kandungan saya 5 bulan suami telah lafazkan taIak untuk kali ketiga. sebab masa tu kant0i dia ambil sy4bu. Silap saya desak dia cerai. Sebab saya dah tak boleh fikir apa dah, geram sangat – sangat.
Dia pun lafaz dalam keadaan macam tu tapi selepas tu suami saya menyesal. Dia kata bagi dia peluang sampai saya bersalin, lagipun saya tak ada sesiapa. Nak balik dengan mak pun, mak saya dah kahwin lain. Sampai anak kedua umur 5 bulan baru kami pergi mahkamah.
Sekarang saya balik dok dengan mak saya tapi keadaan sama juga. Sekarang saya buat bisnes online. Kadang – kadang saya terp4ksa keluar cod barang, anak kedua saya masih menyusu badan. Mak saya kalau marah pasti libatkan anak – anak saya sedangkan bil api air, brg dapur semua saya beli.
Kerja rumah, masak semua saya yang buat. Saya tak tau kat mana silap saya. Mak siap mengadu kat adik beradik saya kata saya tak buat apa. Duit tak bawa keluar. Semua tak kena bagi mata mak saya. Sekarang mak saya haIau saya dengan anak – anak lagi.
Mana kami nak tinggal? Mak saya baru berkahwin dengan suami orang. Sekarang ni suami mak saya tak dapat balik sebab PKP. Salah apa semua saya dengan anak – anak yang kena. Siap kata saya dengan anak – anak ni beban. Saya penat.
Kenapa hidup saya dengan anak – anak macam ni, dengan keluarga mentua macam tu, mak saya macam ni. Keluarga mentua dengan keluarga saya sekampung di Kedah. Bila jadi macam ni susah sangat dengan keadaan sekarang saya nak bekerja macam mana.
Saya sekarang buat bisnes online, nak hantar anak mengasuh lagi. Saya apa pun tak ada, bekas suami ada menyuarakan untuk bawa saya dengan anak – anak balik rumah sewa, motor pun ada kat sana, biar dia dok hostel pekerja.
Saya tak tau apa saya harus buat, kalau saya balik rumah sewa sana, saya fikir saya buat bisnes online sambil buat roti jala letak kedai pagi – pagi. Tapi saya takut kalau mak mentua saya tau saya dok rumah sewa bekas suami, mesti mentua saya akan ajar bekas suami saya jangan tolong saya. Ingatkan hal dulu. Salah saya ka semua ni?
Kalau saya terus dok dengan mak saya, setiap hari anak – anak akan dengar maktok dia marah, baling barang – barang kami suruh kami keluar. Macam mana perkembangan anak – anak saya. Cukup la saya hidup dalam keadaan macam ni.
Saya tak nak anak – anak saya kena t3mpuh macam ni. Dulu saya jadi suri rumahtangga, daya tak dapat nak kumpul apa – apa, orang pandang h1na. Bila jadi macam ni, saya buntu, saya kuat pun sebab anak – anak.
Komen Warganet :
Heryta Hery : Sanggup berpisah dengan anak – anak tak? Kalau sanggup bagi kat bekas suami dan awak mula hidup baru minta kerja kilang dok asrama, kalau tak sanggup sewa bilik ka rumah kecik – kecik, buat kerja apa yang patut.
InsyaAllah ada bantuan yang Allah akan bagi nanti. Lupakan suami yang asyik sikit – sikit nk cerai dan biarkan mak dengan hal dia, dia pon str3ss dengan hal dia sendiri. Semoga kehidupan awak lebih baik selepas ini.
Nusajaya Substokisjrm : Lebih baik hidup sendri. Buat apa la berbaik dengan laki macam tu. Soal kuat tak kuat, serah pada Allah. Kita hidup berg4ntung dengan Allah. Bukan dengan manusia. Cari siapa yang anda percaya untuk sama – sama jaga dan tengokkkan anak. Tak h1na pun jadi suri rumah. Sambil jaga anak, buat business kecil – kecil inshaAllah lebih tenang dari ada laki ambil sy4bu. Pening pala.
Sunita Noor : Kepada puan yang menulis luahan ini, jika ada terbaca komen saya. Mohon puan cari FB Puan Natipah Abu. Beliau salah seorang NGO di SP yang telah banyak sangat membantu wanita yang terani4ya dek suami dan mentua atau keluarga.
Boleh baca kisah dalam FB beliau.. cubalah. Insyaallah, beliau akan tunjuk jalan kalau pun tak dapat membantu sepenuhnya. Cuma jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan. Cubalah.
Scha Bahaman : Buat sementara ni tahan telinga dulu dengan mak awak. Awak simpan duit sikit – sikit beli moto 2nd senang nak ke mana – mana. Lepas tu cari bilik sewa murah – murah. Awak boleh buat bisnes sambil jaga anak – anak.
Ataupun mintak kerja kat taska yang boleh bawak anak lagi senang kerja awak. Semoga dipermudahkan segala urusan awak sis. ALLAH takkan uji di luar kemampuan h4mbanya. Di sebalik ujian ada hikmahnya.
Firdaus Daud : Kesian aku kadang – kadang berfikir macam mana orang perempuan boleh kenal dan kahwin dengan lelaki main d4dah yang tak bertanggunjawab yang berg4ntung dengan family. Yang tak kahwin lagi perempuan pilih betul – betul fikir panjang.
Kena ada harta sendiri dulu ada kereta dan kerja kahwin cerai kahwin cerai pedih berkecai hati tak mudah kalau aku la mmmm tak rasa nak ada nyawa dah kalau asyik bercerai sampai 3 kali dengan orang sama kena tahu jugak peluang kedua tak seharusnya ada.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.