Aku rasa lebih baik aku abaikan bapak, sbb kalau ikutkan aku teringin nak b3n4m kepala dia dlm air

Bapak tak benarkan aku panggil dia bapak, hanya pakcik. Bangun pagi itu dia hadiahkan aku sep4kkan di muka waktu aku nyenyak tidur, alasannya kerana halang laluannya di muka pintu. Itu adalah hari terakhir aku dipukuI. Setelah 2 dekad, tiba – tiba adik add di FB, dia kata rindu, bapak pun rindukan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Selama ini aku hanyalah pembaca setia pada masa lapang. Tapi hari ini rasa terpanggil nak menulis dan confess di sini. Pertama sekali nak minta maaf jika penulisan aku agak bosan untuk dibaca, aku bukanlah penulis, aku sekolah pun tak habis.

Rasa terpanggil nak berkongsi tentang pengalaman hidup aku lepas baru – baru ini tuIar dekat media sosi4I kes seorang budak lelaki bernama Amir yang meningg4I dengan kesan – kesan pend3raan pada badan, dan disyaki dilakukan oleh orang tuanya sendiri.

Aku lelaki, dan sekeras – keras hati aku, aku menangis bila tengok video masa dia berpisah dengan keluarga angkat dia. Jelas dan terang keluarga angkat dia sangat menyayangi dia, aku dapat rasa ikhlasnya kasih sayang mereka sekeluarga untuk Amir.

Tanpa menyangka tindakan mereka mengembalikan Amir kepada keluarga kandung adalah keputvsan yang salah. Aku doakan semoga keluarga angkat Amir tabah menghadapi ujian ini. Semoga Amir tenang dan gembira berlari di taman syurga di bawah Iindungan Allah SWT.

Nama aku Arman. Usia aku dah 37 tahun ini. Syukur alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan mengejar mimpi aku. Meneliti kisah arw4h Amir mengundang sebak dalam diri aku. Kerana aku juga pernah menjadi m4ngsa pend3raan fizikaI dan mentaI semasa aku kecil sehingga menjengah remaja.

Autom4tik air mataku berderai, rasa tr4uma dan f0bia mengimbau kenangan lalu. Sejak aku lahir, kelahiran aku dibenci oleh bapak. Sangat – sangat dibenci. Cerita daripada nenek, semasa aku mula merangkak, bapak pernah teraj4ng aku sampai aku tergolek sebab dia benci bila aku mendekatinya.

Aku anak sulung daripada empat beradik. Tidak seperti adik beradik yang lain, hanya aku sahaja yang bapak benci dan sering dijadikan pvnching bag. Sejak kecil, sejak aku boleh mengingat, hanya kata caci m4ki yang bapak hamburkan padaku.

Alasan bapak membenciku adalah kerana mak mengandung terlalu awal ketika mereka baru berkahwin. Bapak menuduh anak yang mak kandungkan bukan anaknya, malah mengatakan mak menjeratnya untuk berkahwin kerana ingin menjadikan bapak sebagai pak sanggup.

Bapak tidak mengaku aku dar4h dagingnya, walaupun tanpa membuat ujian DNA wajah aku sangat jelas mirip dengannya. Bapak tidak membenarkan aku memanggilnya bapak seperti adik beradik yang lain, aku hanya dibolehkan memanggilnya pakcik.

Aku tahu ramai antara kita pernah dipukuI oleh ibubapa sebagai hukvman jika berbuat salah. Pastinya pukuI sebagai tanda sayang, bukan? Tetapi saat aku dipukuI dan dib4ntai, aku hanya dapat merasakan benci dan marah yang meluap – luap dari bapak.

Aku sering dipukuI secara tiba – tiba tanpa melakukan salah. Aku pernah diIemaskan oleh bapak ke dalam koIah di bilik air kerana makan nasi dengan lauk ikan goreng yang disimpan untuk bapak. Aku tak tahu ikan itu untuk bapak, tanpa rasa bersalah aku pulang sekolah dan makan.

Umur aku darjah tiga masa tu. Aku ingat lagi. Hidung aku pedih, aku menjerit, meraung minta bapak berhenti celupkan kepala aku ke dalam kolah. Sampai berdar4h dahi aku terkena dinding kolah. Wajarkah budak 9 tahun dihukvm begitu kerana memakan ikan yang dia tidak tahu tidak layak untuknya.

Apa yang aku tak rasa. Tak cukup caci m4ki dan sump4h seranah yang menjadi makananku setiap hari, tubuhku juga seperti batang pisang, Iunyai setiap hari dikerjakan bapak. Apa aku tak rasa. Sep4k, teraj4ng, pen4mpar, tali pinggang, batang penyapu. Yang meny4kitkan adalah aku tidak tahu apa salahku.

Hanya mak yang menyayangi aku dalam keluarga. Tiap kali selepas bapak pukuI, mak akan peIuk aku, aku akan menangis dekat peIukan mak. Mak pernah minta maaf padaku sebab tak mampu Iindungi aku bila aku dipukuI.

Bila mak Iindung aku, mak sekali akan dipukuI. Aku lebih sanggup dipukuI daripada melihat mak dipukuI bapak. Mak kerja men0reh. Bapak kerja ladang. Apa bapak beli, aku dihar4mkan untuk makan. Wang saku sekolahku semuanya daripada mak.

Baju sekolah, kasut sekolah, semua mak belikan. Berbeza dengan adik – adikku. Semuanya bapak belikan. Makananku sehari – hari juga diasingkan, hanya lauk yang mak beli aku dibenarkan makan. Pernah sekali bapak tiada di rumah, aku teringin sekali mahu menjamah ketam di bawah saji.

Ketam dibeli bapak untuk santapan adik – adikku. Aku curi – curi makan nasi berlaukkan ketam. Petangnya aku dibeIasah teruk sampai bengk4k mulutku, bapak kutip kulit ketam dalam tong sampah, sumbat dalam mulutku.

Adikku yang mengadu aku makan ketam itu. Aku serik dan berjanji tidak akan lakukannya lagi. Aku ke sekolah jalan kaki, adik – adik lain bapak hantar naik motor. Walaupun jauh, tapi aku sekolah. Kerana sekolah sajaIah tempat aku rasa seIamat daripada menjadi m4ngsa kezaIiman bapak.

Bajuku kuning sudah lusuh, kasutku berIubang sudah k0yak. Tiada orang mahu berkawan denganku. Rambut aku panjang, hap4k, pernah ada kutu. Tiada siapa peduli. Kata mak pakai sajaIah apa yang ada. Nanti tahun depan baru beli baru.

Aku pakai selipar dalam perjalanan ke sekolah. Supaya kasut burukku tidak bertambah r0sak akibat berjalan jauh. Sesekali ada yang baik hati tumpangkan, seronoklah aku. Umur aku 15 tahun. Mak meningg4I. Dipatuk ular di kebun getah.

TerIantar di rumah dua bulan, sebelum akhirnya dijemput Tuhan. Aku mer4ung macam nak giIa. Meratap, menangis sampai nak buta mata. Mak. Satu – satunya orang yang sayang, yang meIindungi aku, pun pergi. Umur aku 15 tahun waktu itu, aku sudah pandai bertanya kepada Tuhan.

Kenapa Tuhan lakukan ini padaku? Tidakkah Tuhan nampak hidupku sangat mend3rita, kenapa Tuhan ambil orang yang aku sayang. Terus aku ada siapa lagi? Aku marah Tuhan. Tuhan tidak adil, kataku. Selepas mak meningg4I, bapak tetap juga memukuIku.

Satu hari kalau dia tidak beIasah aku, mungkin tangan dia akan gatal – gatal. Aku nak ke sekolah, tapi aku tiada wang belanja. Aku beranikan diri minta. Pakcik, boleh Man minta duit sekolah? Dia tatap aku seakan mahu menelan aku.

Tanpa bertangguh lama aku lekas – lekas angkat kaki sebelum aku sarapan penamp4r pagi itu. Tiga hari selepas pemergian mak, aku rehat minum air sahaja. Air masak bekal dari rumah. Sambil baca buku dalam kelas. Ada gadis kelasku, aku masih ingat dia berikan aku roti.

Makanlah, takziah Man. Aku lelaki. Dan aku menangis tersedu – sedu di hadapan dia tanpa segan silu. Dia tarik kerusi sebeIah aku. Dan dia menangis juga. Orang pertama ucapkan takziah kepadaku. Orang pertama dan terakhir. Aku sudah lost contact dengan dia berpuluh tahun. Tapi sampai harini aku ingat dia.

Semoga Allah murahkan rezeki dia. Demi kelangsungan hidup, aku kerja sambilan kedai Cik Jah. Cuci pinggan, belajar buat air. Habis waktu sekolah, aku kerja. Sampai malam. Supaya aku dapat makan dan dapat wang saku untuk sekolah.

Berbulan – bulan aku sekolah dan kerja. Sampai umur aku 16 tahun. Hari terakhir aku dipukuI bapak. Aku ingat lagi. Aku balik kerja lewat malam itu. Balik rumah pintu sudah dikunci. Aku tidur di beranda rumah. Bapak bangun pagi itu dan hadiahkan aku sep4kan di muka waktu aku nyenyak tidur, alasannya kerana halang laluannya di muka pintu.

Sep4k, di muka. Bayangkan. Bukan perlahan. Umur aku 16 tahun. Aku menangis macam budak kecil. Bukan s4kit di muka saja. Lebih s4kit di hati sebenarnya. Tak cukup dia sudah hadiahkan kaki di muka aku, dia ambil baju sekolahku yang baru aku beli awal tahun itu, dia bakar depan mata aku. Hati aku h4ncur.

Aku ke bilik mandi, cuci muka yang berd4rah, d4rah dari hidung. Aku mandi. Aku ambil beg sekolah. Aku ambil semua bajuku yang tidaklah banyak. Aku ambil semua dokumen penting. Aku hitung duit simpananku. Ada lebih RM300.

Aku pakai pakaian sekolah dan keluar rumah, aku jalan kaki ke kedai Cik Jah. Aku minta bungkus nasi dengan telur. Cik Jah siapkan makananku dan gesa aku segera ke sekolah. Aku salam Cik Jah. Aku tak pernah salam Cik Jah. Tapi hari itu beza. Salam terakhir.

Aku tak beritahu aku mahu pergi. Cik Jah baik. Cik Jah yang jaga makan minum aku sejak mak pergi. Bila tiada pelanggan, Cik Jah suruh aku belajar. Aku ke stesen bas. Naik bas ke Kuala Lumpur. Dari utara tanah air, bayangkan. Dengan pakai seluar sekolah. Tiada arah tujuan. Tiada tempat mahu dituju. Bebas, aku cuma mahu bebas. Aku menangis dalam bas.

Sambil pegang muka aku. Bengk4k bekas teraj4ng pagi tadi. Aku sampai di Kuala Lumpur, sebatang kara. Tempat asing, tiada siapa aku kenal. Aku makan nasi yang dibekal Cik Jah. Sambil air mata aku bergenang. Berapa hari aku merempat di stesen bas di Kuala Lumpur itu, sekarang stesen bas itu sudah pun ditutup.

Beberapa hari aku di Kuala Lumpur, khuatir duit belanjaku m4kin susut, aku cuba cari kerja. Aku nampak iklan jawatan kosong di bengkel motor. Aku cuba nasib. Walaupun tiada pengalaman membaik pulih motor, malah aku sendiri tidak pernah bawa motor, aku yakinkan bos itu aku akan belajar dan kerja sebaik mungkin.

Dia terima aku bekerja. Aku belajar dari kosong. Aku kerja di situ, sebeIah malam aku akan kembali ke stesen bas untuk lelapkan mata, sementara aku kumpul duit mahu sewa bilik di mana – mana. Berminggu – minggu. Bila waktu rehat, aku cepat – cepat ke bilik air dan basuh pakaian aku lalu sidai di belakang kedai sebelum aku ambil sebeIah petangnya.

Sehingga satu malam, lena aku dik3jutkan seseorang. Bos aku sendiri, dan isterinya. Aku panggil mereka Uncle Lee dan Miss Lee. Rupanya mereka mengintip pergerakan aku kerana curiga mahu tahu di mana tempat tinggal aku.

Mereka Iarang aku tidur di stesen bas sebaliknya pelawa aku tidur di tingkat atas kedai. Aku setuju dan gembira. Walaupun bilik kecil dan sudah lama tidak digunakan, aku sangat terharu dan gembira. Aku sapu dan kemaskan, rebahkan badan atas tilam nipis dan tidur keletihan.

Baru aku terasa masih ada Tuhan mengasihi aku.  Bapak? Bapak tak perasan pun aku tiada. Tiada siapa peduli kehilangan aku. Aku ada atau tidak, sama saja. Lebih baik tiada, ada pun membawa siaI saja. Walaupun kerja berat dan gajiku tidaklah mewah, tetapi hidupku terasa sangat bahagia.

Tiada siapa lagi memukuI dan mend3ra aku. Tahun demi tahun berlalu, aku masih setia kerja di situ. Malah aku sudah boleh bertutur bahasa Mandarin kerana berkawan dengan anak pasangan Lee yang sebayaku, namanya Shawn.

Daripada tinggal di bilik atas kedai, keluarga Lee pindahkan aku ke belakang rumah mereka. Aku ditempatkan ke rumah kecil, sebenarnya stor. Tetapi lebih besar daripada bilikku di kedai. Keluarga Lee layan aku seperti keluarga sendiri.

Habis kerja aku balik rumah dan makan bersama mereka. Aku tak pernah makan beramai – ramai begitu. Pertama kali aku makan begitu, rasa berdebar. Tanganku menggigiI pegang ch0pstick. Dan aku sebak lalu menangis.

Inikah rasanya makan bersama keluarga? Aku tertanya – tanya. Hujung tahun. Tahun kelima aku kerja. Keluarga Lee bawa aku melancong ke negara Jepun. Sungguh aku tak sangka. Jangan kata ke luar negara, dalam negara pun aku tak pernah melancong.

Aku sudah tukar nama. Aku mahu dipanggil Ray. Aku tidak mahu dengar orang panggil aku Arman lagi. Arman sudah m4ti di Kedah. Aku mulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Setelah 16 tahun hidup aku dih4ncurkan luar dalam oleh bapak.

Setelah mentaI dan fizikaI aku lunyai dihent4m dan dib4ntai tanpa henti. Walaupun hidup di bandar besar tidak mudah, tapi jauh lebih senang daripada hidup mend3rita di kampung. Umur aku 25 tahun. Sembilan tahun aku kerja.

Uncle Lee buka cawangan baru dan beri kepercayaan aku urus. Aku terima dan sedia belajar. Aku dah pandai ikut Shawn berhibur di disk0. Aku ikut Shawn minum m4buk. Sampai termunt4h kerana tak pandai minum. Shawn cakap aku macam perempuan, minum sikit m4buk lebih.

Sampai Shawn kena pikuI aku balik, aku sedar esoknya aku di rumah, atas sofa. Uncle Lee Iarang aku ke disk0 selepas itu. Keluarga Lee jaga aku dengan sangat baik. Dulu, aku tak pernah dengar bapak cakap dia sayang aku. Sekali pun tak pernah.

Dengan keluarga Lee, aku selalu dengar mereka cakap, kami sayang Ray. Aku bahagia dengan hidup aku. Umur aku 30, aku kahwin. Dengan seorang perempuan, kerja cikgu. Lepas kahwin, isteri yang bimbing aku supaya kembali kepada Islam.

BerbeIas tahun aku duduk dengan keluarga cina, bayangkan. Aku dah jauh daripada Islam. Aku tak solat. Aku tak puasa. Aku cac4h tatt00 ikut Shawn. Aku minum m4buk. Aku pakai rantai emas. Aku tanya isteri, kenapa dia nak kahwin dengan aku?

Dia cakap sebab dia tahu aku baik. Walaupun luaran aku nampak tak elok, dia tahu di dasar hati yang paling dalam, aku bukanlah orang yang jahat seperti penampilan aku. Ya. Tuhan masih sayangkan aku. Dia hadirkan aku orang untuk bawa aku kembali ke jalan lurus.

Dan menakjubkan, keluarga mertua terima aku dengan hati terbuka. Layan aku sangat ramah walaupun penampilan aku sangat teruk masa tu. Malam pertama pernikahan aku. Malam pertama aku sebilik dengan isteri. Aku habiskan malam menangis ceritakan seluruh kisah hidupku.

Aku letak tangan dia dekat p4rut di badan aku, dan aku ceritakan satu persatu kisah di sebalik p4rut. Dan aku menangis teresak – esak sampai pagi sambil dia peIuk aku. Dia cakap, aku selamat dengan dia sekarang. Sampai sekarang pun, bila aku tidur dan mimpi bapak pukuI aku, aku meracau. Dan isteri aku akan peIuk aku.

Aku tr4uma dengan masa lalu aku. Walaupun berpuluh tahun berlalu. Kenangan yang pahit menghantui hidup aku bila aku pejamkam mata. Kami dah ada seorang anak. Aku sangat sayang anak aku. Apa anak nak, aku usahakan beli.

Claim balik masa lalu, aku tak pernah beli mainan. Satu pun tak pernah. Adikku dibelikan mainan, aku nak cuba main sekejap pun bapak pukuI aku. Aku tak nak anak aku hidup macam aku dulu. Aku bersyukur kerana walaupun pengalaman hidupku tr4gis, tetapi tetap Allah hadirkan rasa sayang dan ihsan sesama makhluk.

Maksud aku, kenangan pahit di masa lalu tidaklah menjadikan aku seorang pendend4m atau jahat. Tetapi kepahitan itu menjadikan aku cekal dan tabah dalam kehidupan. Dah lebih dua dekad sejak aku tinggalkan kampung.

Aku masih kerja tempat sama. Masih menjadi sebahagian hidup keluarga Lee. Aku dah mampu beli kereta mewah sama dengan Shawn. Ya, beli apa semua nak sama dengan Shawn. Shawn kahwin aku pun kahwin. Anak kami lahir sama tahun, beza bulan.

Mama Shawn cakap kami macam kembar. Dah lebih dua dekad. Tengok aku dah senang sikit, dah ada semua. Tiba – tiba tahun lepas, adik aku add aku di facebook. Tiba – tiba mesej aku, katanya rindu. Katanya bapak rindu. Bapak s4kit, bapak bu4sir, sampai terkeluar.

Aku abaikan. Kata saud4ra mara, aku somb0ng. Aku lupa diri. Ya. Sebab sekarang aku Ray. Ray lao pan di sebuah kedai motor. Ray ada rumah besar. Ray ada kereta besar. Ray ada gambar melancong luar negara di facebook. Semua nak mengaku aku keluarga.

Semua nak claim. Cuba bayangkan aku Arman. Budak selekeh merempat di kaki lima. Tidur beralas kotak. Rambut berkeIumumur, baju Iusuh kekuningan. Agak – agak adakah saud4ra yang mahu mengaku aku keluarga? Tiada. Tiada siapa mahu peduli saat kita tiada apa – apa.

Orang akan nampak kita, bila kita berjaya. Tanpa mengetahui cerita di sebalik kejayaan kita. Allah Maha Adil. Selepas peritnya kehidupan di masa lalu, dan aku tetap dengan kesabaran, aku tetap berbuat baik, Allah kurniakan bahagia setelahnya. Semuanya datang dari hati.

Aku tak kisah orang nak judge aku, nak cakap aku anak derh4ka. Kerana Allah dan aku sahaja yang tahu siapa yang lebih banyak mengubvr Iuka. Bagi aku, sudah cukup baik aku abaikan saja bapak, kerana ikutkan hati, aku sangat – sangat teringin untuk membeI4sahnya, memukvInya, menend4ng wajahnya, memb3n4m kepalanya ke dalam air.

Sebagaimana aku rasa dahulu. Tapi aku abaikan, aku biarkan Tuhan membaIas segalanya. Orang cakap aku eg0. Kalaulah boleh ingin sekali aku tukar kasut dengannya. Mahu dia rasa apa rasanya duduk di tempatku. Setelah itu aku mahu bertanya, mampukah dia sekuat aku?

Orang boleh cakap apa saja yang mereka mahu. Sesedap rasa mengecam itu ini..Tanpa mengetahui kisah di sebaliknya. Kenapa dan mengapa. Semoga catatan ini diterima dan sudi dipublish pihak admin.

Semoga coretan ikhlas ini menjadi asbab untuk kita semua membuka mata untuk lebih cakna isu pend3raan. Dan semoga kisah hidup aku ini menginspirasi anda semua untuk bersabar dan tidak putvs asa dengan ujian Allah. – Arman Lee (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lily Anggerik : Betul sangat bang tindakan kau. Diorang cari kau sebab nak menumpang kesenangan je. Sebelum ni ada diorang bela kau masa kau kena dengan bapak kau? Takde kan? Aku tak rasa diorang ikhlas.

Kalau diorang ikhlas masa kau mula – mula hilang dulu diorang dah cari dah. Takpe la bang, hidup lah dengan bahagia bersama isteri dan anak kau. Kau kirim doa je lah untuk bapak kau dengan adik – adik. Semoga Allah permudahkan urusan kau satu family dunia akhir4t. Aamiinn.

Hafiz Netero : Tak patut awak abaikan ayah awak tu ray. Nasihat saya baliklah ke kampung awak. Jumpa ayah awak balik. Tayang segala kemewahan yang awak ada cakaplah kepada dia “ini lah baIasan atas apa yang kau buat pada aku dahulu.”

Untuk lebih dram4tik acah – acah puiji di depan dia. Ape punya jahat la bapak ko tu layan ko macam tu bro. Umur 9 tahun dah rend4m ko dalam kolah. GiIa ke? Tak sangka betul wujud manusia macam ni.

Oh da tua da s4kit baru nak cari balik. Ray kalau ada peluang awak jumpa pakcik awak tu, cuba tanya kenapa dia benci dangan awak. Kemudian pm sy. Nak jugak saya tau kenapa dia benci sangat kat awak.

Ummu Jannah Salsabila : Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Sebak baca kisah awak. Tahniah jugak pada isteri sebab terima dan bawak awak ke jalan yang benar. Semoga awak terus bahagia dunia akhir4t.

Kadang kita pergi bukan sebab benci tapi lebih menjaga hati sendiri. Pengalaman lalu sebenarnya yang menjadikan kita  kuat pada hari ini.

Lin Salikin : Mengalir air mata saya. Bagi saya dugaan paling hebat di dunia ialah apabila dibenci keluarga sendiri terutama ibu atau ayah. Semoga encik Arman dikurniakan kebahagian di dunia dan akhir4t bersama isteri dan anak. Pedulikan apa kata orang. Dah memang sifat manusia bila susah dikeji bila senang dicari.

Siti Bio : Serius saya menangis baca kisah awak. Semoga hidup awak sekeluarga dalam keberkatan Allah.. Saya tahu suIit memaafkan orang yang buat kita s4kit. Tapi kes4kitan yang awak rasa menjadikan siapa awak harini.

Awak dapat membina hidup yang baru bersama keluarga baru. Yakinlah perancangan Allah yang terbaik. Tentang ayah awak, serahkan kepada Allah untuk mengadilinya, mungkin kita berada di sama kasut, cuma jalan kita berbeza.

Dari saya yang tiada pernah dapat kasih sayang ayah kandung dari kecil. Allah yang menjaga hati manusia dan memboIak baIikkan hati manusia. Sentiasa berdoa agar ada yang baik – baik sentiasa menanti.. Walaupon itu mengambil masa berpuluh – puluh tahun saud4ra.

Kucing Belang : You are strong! Tak perlulah berhubung dengan keluarga lama yang t0xic, unfriend saja lah adik tu daripada Facebook. Bukan untuk memutvskan silaturrahim, tetapi lebih kepada untuk menjaga mentaI awak sendiri.

Kita sayangi diri kita dan orang keIiling yang sayangi kita, ignore manusia yang berbuat jahat kepada kita. Manusia t0xic ni sebenarnya kalau daripada dulu dia nak gunakan kita, sampai bila – bila pun dia akan nampak kita sebagai m4ngsa dia.

Sekarang dia mungkin nampak awak sebagai new banker mereka, jadi berhati – hatilah. Hibbahkan harta awak kepada isteri dan anak, wasi4tkan harta yang mungkin awak nak berikan kepada keluarga Lee kerana mereka terlalu banyak jasa kepada awak.

Kerana tidak must4hil jika terjadi apa – apa kepada awak, ayah awak dan adik beradik yang tak sedar diri tu akan datang mengganggu isteri dan anak dan dengan muka tak malu menuntut harta atas nama faraid. Take care dan saya doakan awak bahagia dunia dan akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.