Kakak aku tetap bersalin walaupun doktor ckp risik0, tapi dah dpt 3 anak ini yg abg ipar baIas

Doktor kata kalau kakak aku mengandung dan bersalin, risiko mata dia akan jadi lebih teruk. Tapi kakak aku bagi jugak 3 orang zuriat untuk suami dia. Satu hari, masa aku tengah kerja, kakak aku whatsapp. Dia kata suami dia halau keluar rumah. Rupanya selama ni kakak aku pendam..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Untuk entri ni, aku nak cerita tentang ujian rumahtangga kakak aku yang ada 0KU penglihatan. Sebab tadi terbaca pasal life 0KU lelaki ni buta, sampai berpisah dengan isteri dia. Ni terbalik sikit.

Kakak aku bukan 100% buta. Boleh melihat lagi, boleh menaip lagi, boleh jaga anak lagi, cuma slow sikit buat tu semua sebab mata blur betul, macam nampak asap gitu. Dia ada peny4kit Retina Pigment0sa (boleh try la google tengok cemana peny4kit ni).

Kakak aku dah berumahtangga 10 tahun gitu lah, dah ada 3 orang anak. 2 lelaki, 1 perempuan. Alhamdulillah, anak comel – comel macam muka korea. Doc cakap kalau bersalin ni, boleh tambah risik0 pada penglihatan kakak aku lah, kiranya akan lagi teruk.

So first anak dulu, mata still boleh jelas nampak. Sekarang anak depan mata pun kadang – kadang terIanggar. Dulu kakak aku nurse, lepas kahwin berhenti. Aku tak suka nak panggil abang ipar, so aku cakap suami dia lah. Sebab belum cerai lagi kan.

Suami dia ni kerja kerajaan. Dulu kerja nurse, kakak aku beli kereta. jadi lepas kahwin, kereta dah disambung bayar oleh suami dia lah. Tapi kadang – kadang guna duit kakak aku juga. Kakak aku tak bekerja tapi bebulan dapat duit OKU, dalam RM450 gitu.

Masa Anak pertama, okay. Anak kedua, family aku dah mula perasan suami dia panggil kakak aku (kau – aku). Dah tak ada nama, tak ada saya – awak. Tegur / marah pun direct je depan family. Kitorang tak ambil peduli sangat lah, diam saja sebab tak berani campur urusan orang dah kahwin ni kan.

Kakak aku pun tak pernah nak luahkan apa – apa. Kitorang anggap benda tu normal la bagi dorang ke apa. Pandai – pandai lah setel nanti rumahtangga sendiri. Kes mula, bila satu hari. Masa aku tengah kerja, kakak aku whatsapp. Dia kata suami dia haIau keluar rumah.

Aku baca whatsapp tu, then aku bagitahu mak aku, kakak aku. Memang aku inform lah, dah tu kakak aku, dengan 0KU penglihatan, dengan kena haIau, nak suruh kakak aku sabar ke? So that time juga aku minta half day kat boss, aku gerak pergi ambil kakak aku and anak anak dia.

Dah halau kakak aku, siap mesej aku jangan campur urusan. Per4ngai cam apa. Sampai rumah dia, aku terus angkat saja barang kakak dan anak – anak dia dalam kereta, aku tak cakap banyak, sebab aku hangin tindakan suami dia.

Tapi adik ipar suami kakak aku dan ayah aku minta suruh sabar dulu. Ajak suaminya datang and bincang sekali sebab dia suspek suami kakak aku kena sih1r. Aku cakap, dah tak guna bincang. Sebab dia dah haIau. Apa – apa pun balik dulu, setel nanti saja.

Tak guna tunggu lama – lama bincang. Masa tu dah kul 4pm. Macam kakak aku ni barang mainan saja kau buat. Sementara tu, dorang bercerita lah. Adik ipar suami ni cakap, dorang pun pernah kena sih1r. Oh jap, kesian korang ek.

Aku tak cerita kenapa dia kata macam kena sih1r. Sebelum ni, pernah kakak aku cerita. Suami dia bila balik rumah, dia kata rumah busuk bau bangkai. Dia benci tengok kakak aku, dia tak makan masakan kakak aku. Kalau aku datang rumah dia, kakak aku selalu gak tanya kalau ada bau pape.

Aku memang tak ada bau apa – apa. Anak – anak dia pun dia tanya, tak ada bau apa kata budak – budak tu. Dia cerita kat aku, sebelum suami dia balik kerja, dia mop and sapu dulu rumah. Tapi sama juga kata bau busuk. Cerita punya cerita, setelah bawa kakak aku and anak anak dia balik rumah.

Malam tu, mak bapak suami dia datang dengan suaminya nak ambil anak – anak. Mak dia pun boleh tahan beriya. Kakak aku cakap siap tengking kat kakak aku, cakap kat pintu, “Boleh tahan kau ni ye.” Dia tak tahu anak dia haIau kakak aku dari rumah.

Belum lagi aku cerita part kakak aku kena sep4k kat muka, kena tend4ng sampai terjatuh, time mengandung anak ketiga kena tolak sampai bIeeding, eh banyakk. Kang bawah sikit aku cerita. Aku baru tau benda ni sebab kakak aku baru nak cerita masa kena haIau ni lah.

Manalah aku family tau, kakak aku ni jenis pendam. Kalau tahu lama, dah lama aku report polis! Jadi malam tu, laki tu dapat bawa balik anak dia 2 orang. Lagi sorang yang bongsu, kakak aku bawa masuk bilik. Budak tu baru 2 tahun, memang kakak aku ambil la, kecik lagi.

Dah le haIau kakak aku, pastu beriya nak ambil anak balik. Yang kelakar, bukan dia jaga pun budak – budak tu. Dia kan kerja kan? Dia suruh kakak dia jaga. Anak – anak kakak aku ni, dah banyak kali mengadu, cakap kena pukuI dengan budak – budak kat rumah kakak suami ni.

Dah tu dok hantar lagi diorg kat situ. Aku kesian, tapi nak buat macam mana kan? Suaminya mesej aku kata jangan campur urusan dorang. Mak bapak dia campur urusan dorang boleh pula, haih didih aku. Ok, beberapa hari pastu, mak aku datang rumah kakaknya.

Nak ambil budak – budak tu. BagiIah kakak aku jaga. Dah tentu kakak aku, mak kepada diorang. Nak pisahkan adik beradik, kesian weh. Kakak dia pula beriya tak ada adab, siap tunjuk – tunjuk tangan kat mak aku, cakap “Mak Cik tak tahu ke apa anak mak cik buat?” Lol, rancak.

Mak aku tanya dia balik, “Eh, awak tahu ke?” Terus dia cakap tak tahu. Cakap gebang. Adik awak tend4ng pukuI kakak kita yang 0KU ni, lagi tanya apa anak mak cik buat. Dia perempuan ke apa? Tak ada hati perut weh. Mak aku fikirkan cucu – cucu tu saja.

Bukannya nak r4mpas pun. Risau nauuu weh. Family aku pun bukan jenis burukkan dia kat budak – budak ni. Dia burukkan kakak aku kat anak pertama dia. Aku perasan anak pertama dia macam tak suka peIuk kakak aku lagi dah.

Masa jumpa, tak nak peIuk kuat. Macam terp4ksa. Kemudian aku ajak anak dia borak (ni masa dia pujuk kakak aku balik sebab aku rasa dia tak larat nak jaga / kakak dia tak boleh nak jaga, sebab tengok ayat bukan pujuk balik sebab nak berbaik, macam terp4ksa saja).

Aku cakap kat anak dia, tak sayang ibu ke. Anak dia geleng kepala. Aku cakap kenapa. Dia kata, ayah cakap ibu tak sayang Hud. Wah, berderau d4rah aku. Kakak aku punyalah nangis tiap hari lepas terpisah aritu, dia boleh batu api kat anak dia cakap macam itu.

Aku ape lagi, aku cakap la. “Ibu sayang Hud. Tapi Hud duduk rumah tu, Hud tengok ayah sayang ibu ke? Ayah pernah pukuI tend4ng ibu kan? Hud rasa tu betul ke? Hud dah besar, jangan buat perempuan macam tu. Kalau tahu, aunty report polis.

Ibu nangis tau tak dapat jumpa Hud. Ayah yang tak bagi Hud datang kat sini, ibu pujuk ayah suruh hantar Hud. Tapi ayah tak nak.” Budak tu diam. Ok aku fast forward sikit. Sebab cerita ni panjang. Family aku bawa kakak aku pergi berubat.

3 tempat. First perubatan, kakak ni datang rumah kitorang. Dah duduk kat hall, dia cerita. Dia baru saja masuk rumah, dia dah nampak kelibat benda hitam dalam rumah. Tapi benda tu lari masuk dapur. Kemudian masa kakak aku datang kat hall duduk, memang aku perasan dia tak pandang kakak aku sangat.

2-3 kali saja. Tanya pun tunduk. Dah cerita semua, dia kata, dia minta maaf sebab tak pandang kakak aku sangat. Sebab belakang kakak aku, ada benda yang busuk, bern4nah, berd4rah, berbogeI dan benda tu punya anu kat kepala kakak aku, dengan Iendir semua.

Bau busuk sangat, dia tengok pun dia tak sanggup. Dia kata family suami dia yang hantar. Sebab tu suami dia bau busuk, tak suka tengok kakak aku, tak makan masakan kakak aku. Dan orang sana ada hantar juga sekor untuk jaga rumah ni.

Dia offer untuk pagar rumah, tapi kitorang nak bincang dulu dengan family. Selepas beberapa hari, kami pergi berubat dengan ustaz ni. Ustaznya datang rumah. Ustaznya kata ada 3 ekor. Jadi, dia masukkan semua dalam botol and minta buang ke laut dalam plastik hitam.

Yang ketiga pula berubat dengan ustazah, darussyifa. Orang darussyifa takan bagitau, tapi dia macam bagi hint sikit lah. Cumanya family kitorang ni tak nak terus menghukvm la ya. So kitorang diam jelah. Just ikhlas hati tuk ubat kakak aku.

Bagi mandi, minum semua. Pendek cerita.. Kakak aku balik rumah dia balik masa kena pujuk tu. Balik DEMI anak – anak sahaja ye! Sebab memula memang kakak aku tak nak balik. Takut kena pukuI tend4ng, kena m4ki hamun semua.

Tapi sebabkan anak dia yang perempuan nangis, sampai munt4h – munt4h ajak balik, dia balik juga. Dan sebulan dua, balik semula rumah mak aku, sebab aritu, mak ayah aku on the way rumah kakak aku. Sebab dah 2 minggu lebih tak dapat contact phone.

Dorang risau, sebab bila whatsapp suami dia tanya, tak baIas. Dua kali whatsapp katanya phone kakak aku rosak. Jadi dorang datang rumah kakak aku, bawa makanan untuk anak – anak dia. Masa datang tu, suami dia ada. Tak singgah lama lah, kemudian dorang balik.

Tiba – tiba ayah aku dapat call dari suami kakak aku, suruh datang ambil kakak aku. Dorang patah balik ambil anak ketiga and kedua sekali ikut. Yang pertama tak nak ikut. Sampai rumah kakak aku cerita. Lepas mak aku balik tu, kakak aku bawa semua makanan masuk dapur.

Buka lah makanan tu kan. Suami dia ni punya biad4p, dia cakap “sampah apa mak kau bawa ni?” Kakak aku bising lah. Dah sampai mak aku kena pulak apahal. Mak aku bagi makanan kat cucu – cucu dia, kau tak nak makan dah lah, tak ada siapa ajak kau makan pun.

Beriya cakap mak aku bagi sampah. Kakak aku menangis keluar rumah nak panggil mak aku tak boleh sebab dah gerak, dia takut jiran dengar sebab kakak aku dah nangis, dia pun call suruh parents aku datang ambil. Dah 2x kan benda ni kan?

Sebelum ni orang keliling suruh kakak aku bertahan. Bertahan demi anak – anak. Anak – anak kecik lagi, kesian bagai ape semua. Aku dengan kakak aku pula fikir, sampai bila ek? Suami dia pula tak minta cerai. Kitorang tau dia takut sebab anak – anak akan dapat kat kakak aku.

Lepas tu mungkin dia fikir nanti nak kena bagi duit nafkah dan sebagainya, proses mahkamah lagi semua. Kau dah tak suka kakak aku, nak g4ntung kakak aku tak bertali pula. Dah la orang tu 0KU, tak bekerja, duit kakak aku pula, haa ni aku nak spiII lagi.

Kakak aku setiap bulan kan dapat duit 0KU RM450 kan. Selama ni kad bank dia, dia bagi suami dia pegang. Sebab kakak aku ni SUSAH SANGAT nak keluar rumah beli barang, apatah lagi baju. Suami dia ni memang jarang la nak bawa kakak aku keluar.

Kakak aku dah lama tak beli baju, seluar, pakaian dalam semua ye. Sebabkan kad dia, suami dia pegang, bulan – bulan dia kadang – kadang minta lah duit dia untuk keluarkan. Kadang – kadang dapat kadang – kadang suami dia tak bagi, suruh simpan.

Aleee, bukan dia simpan pun, dia guna duit kakak aku. Haritu, duit kwsp kakak aku apply 10k. Kakak aku suh dia keluarkan duit. Dia bagi kakak aku 1k. Dia tak cakap duit masuk 5k time tu. Jadi balance 4k tu, kakak aku check dengan bank, hari yang sama dikeluarkan duit tu dua kali sampai habis.

Kakak aku tak tahu suami dia buat apa dengan duit tu. Kakak aku cuma dapat pegang 1k dia saja. Sekarang kad bank tu dah dapat kat kakak aku. Mak aku pegang. Baru berbuah duit dalam tu. Insurans, dia buat untuk anak – anak saja.

Untuk kakak aku tak ada insurans. Duit nafkah lagi lah, kirim salam la tak ada bagi dah lama. Pakaian semua pun tak ada belikan. Time raya saja belikan. Kereta pula dah jadi nama dia. Sebab tukar nama dulu, letak nama dia. Syok la dia, kereta kakak aku, dia guna sekarang.

Kakak aku tak kerja, 0KU, kena tend4ng sep4k m4ki hamun, tak ada nafkah, duit dia kau pakai, haIau kakak aku lagi. Jadi aku dengan kakak aku buat keputvsan untuk bawa pergi mahkamah saja. Aku tau ada yang akan cakap suruh kakak aku sabar.

Tapi kakak aku 0KU, mak bapak aku dah tua umur 60 lebih, kitorang semua dah berumahtangga ada anak. Kalau biarkan saja kakak aku hidup dengan dia sampai m4mpuih, nanti anak – anak kakak aku hidup dalam family camtu, yang susah nanti kitorang.

So daripada susah kemudian bila mak bapak tak ada, susah bila anak anak dia jadi teruk tak terjaga dengan baik adik beradik, baik kitorang nasihat yang terbaik tuk dia. Kitorang cari lawyer untuk minta uruskan proses. Tak kisah la proses lambat ke cepat ke, tambah lagi PKP ni kan.

Janji nanti satu hari akan selesai jugak. Aku doa sangat family aku dihindarkan dari benda benda tak elok ni semua. Kalau kawan korang, family korang yang ada isu camni, bagi semangat. Tak payah la suruh stay demi anak – anak, kalau dah meIampau sangat gayanya.

Sekarang mungkin kau suruh bertahan. Nanti korang tengok kemudian hari, anak – anak terbiar perasaan dorang, hidup dalam family yang m4ki hamun bertengk4r setiap hari. Tak ada kasih sayang, masing – masing makan hati, korang rasa time tu nanti korang sempat tak nak selamatkan / tolong?

Ni pandangan aku, aku support kakak aku. Sebab bila laki dah bagi kaki, m4ki hamun, guna duit kakak aku yang 0KU, cukup dah buat aku benci. Untung kau ada mata boleh lihat. Kakak aku dengan mata camtu, OKU, tak cukup tend4ng sep4k t4mpar m4ki hamun, kau pisahkan lagi dia dengan anak – anak, tak bagi nafkah.

Dah la kant0i layan perempuan. Jadah dia. Moga urusan kakak aku dipermudahkan, moga mahkamah berpihak pada kakak aku. Bukti simpan kemas rapi. Allah tu Maha Adil. – Lawyer (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Sedihnya.. Tetap beranak satu demi satu, walau akibatnya, mata m4kin tak nampak. Orang perempuan, janganlah k0rbankn segalanya. Sayang diri sendiri dulu, sebab bila awak dah c4cat, orang akan buang macam sampah.

Dah lah sendiri tak upaya kerja, anak – anak terani4ya. Bapak dia tu, kalau kahwin lain, tentu tak hiraukan anak – anak lagi. Sedangkan kalau bapak yang dapat anak tu pun, belum tentu akan elok terjaga. Jadi tolak campur memang peng0rbanan yang tidak berbaloi.

Farah Aziz : Aku pun sekarang 0KU cac4t pendengaran. Bukan la tak dengar. Cuma tak berapa jelas bila orang cakap perlahan. Kesan dari peny4kit vertig0 dia kacau telinga. Bila kita dah kekurangan memang partner kita memang tak kan hargai kita.

Ada sekali tu aku tak berapa dengar. Depan mak aku, dia cakap “Susahnya cakap dengan orang yang pek4k ni! ” Terdiam mak aku. Guys tolong doakan urusan penceraian aku dipermudahkan. Asbab PKP semua jadi tergendala. 12 tahun perkahwinan h4ncur bila pasangan kita dah mula berubah!

Nur Cahya : Percayalah dia akan datang merayu kakak kau nanti bila tahu betapa banyaknya ganti rugi serta nafkah melalui p0tongan gaji yang terp4ksa dia bayar kepada kakak kau. Waktu ni drama air mata, segala maaf akan keluar.
Jaga kakak kau, jangan sampai dia terpedaya dengan air mata s3tan.

Norsilawati Jaminam : Terbaik tt. Teruskan bantu kakak tu jangan biarkan dia diani4ya suami tak guna camtu. Amik kesempatan duit 0KU bini sendiri pun dia makan. Memang dia kawen sebab nak harta kakak ko je gaknya. Dah la tak bagi nafkah tapi bagi sep4k ter4jang pulak. Pasal bab sih1r – sih1r tu no komen. Kalau betul ada cukup sekadar berubat dan tak perlu amik tau sape yang hantar. Full stop kan terus.

Aza Yati : Sis tahniah. Hebat sis kuat pert4hankan akak sis. Jangan pernah tinggalkan akak sis, ingatlah masa korang membesar sama – sama. Setelkan sampai anak – anak dapat kat akak sis. Jangan dipisah – pisahkan, simpan bukti elok – elok.

Pasni boleh dapat bantuan ibu tunggal inshaAllah. To all women, one m4ki hamun atau sep4k ter4jang is the maximum. Please walk away, we are born not to be treat as dirt by anyone. Harap dapat berubat untuk buang sih1r tuh.

Buat repot polis pasal suami curi duit and keep her card without her c0nsent. Untuk tambah garam masa kat court nanti. When a man choose a child over the wife sight, it is a red flag already.. sepatutnya BTL dah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.