Dah 25 tahun kahwin tiba – tiba suami nak hadiahkan aku madu. Aku ada jumpa dengan wanita tu tapi dia nafikan dan setuju nak putvskan hubungan. Sejak tu aku perasan suami berubah rajin bangun qiamulail. Rupanya suami cakap kalau dia tak dapat kahwin dengan wanita itu di dunia, dia harap mereka dapat jumpa di syurga..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab sudi post cerita aku. Salam semua, aku seorang ibu bekerjaya dan umur aku dah masuk five series. Aku lebih selesa guna ganti nama aku dalam coretan kali ini. Sudah lama aku terfikir hendak berkongsi kisah aku di sini.
Aku pernah menulis di sini, tetapi di sisi lain. Hari ini aku nak bercerita tentang bid4dari suami aku. Siapa dia? Dia wujud dalam hidup kami dalam usia perkahwinan mencapai suku abad. Beberapa bulan sebelum itu aku dah tak boleh tidur, selalu s4kit dan suami pun dingin dengan aku.
Kaum Hawa Allah bagi naluri yang istimewa, boleh mengesan sesuatu yang tidak kena pada pasangan dan anak – anak. Sehinggalah dia berterus terang dengan aku yang dia hendak berkahwin lagi seorang dengan rakan sekerja.
Tentulah aku terk3jut sebab suami aku seorang yang pendiam dan memang tiada habit keluar rumah tidak tentu pasal. Dia keluar ke masjid sekali sekala, beli makanan atau keperluan lain. Selebihnya dia duduk di dalam bilik kerjanya bersendirian, layan FB dan Youtube.
Masuk tidur pun bila aku dah lena. Selain dari k3jutan bakal mendapat madu, suami aku turut maklumkan dia sudah mendaftarkan diri melanjutkan sarjana di open university. Sedangkan masa itu semua anak kami di IPTA, macam mana dia boleh buat tanpa bincang dengan aku.
Biasanya kami akan berbincang sebelum buat sesuatu keputvsan yang besar. Suami mendapat galakan dari rakan sekerjanya (bakal madu aku tu) yang aku panggil Y sahaja. Y banyak beri panduan bagaimana hendak pilih subjek, berapa kredit dan university yang mana sesuai.
Daripada situlah mereka selalu bertukar mesej. Anak Y juga tidak pandai mengaji, suami aku juga ada tawarkan diri hendak mengajar anak Y. Y adalah ibu tunggal selepas bercerai dengan suaminya. Aku pun ada jumpa Y, dia nafikan nak berkahwin dengan suami aku.
Katanya dia baik sebagai rakan sahaja, tiada niat dia nak berkahwin dengan suami aku. Kali kedua jumpa pun dia beritahu aku memang mereka selalu jumpa di tempat kerja dan suami aku pun kerap mesej dia. Aku minta dia tunjukkan mesej suami aku pada dia, tetapi Y kata dia dah padam.
Aku juga ada tanya, apa suami aku bagi semasa hari jadinya.. Y kata tiada apa – apa. Sebab aku ada nampak notification pada telefon suami aku tarikh hari jadi Y. Aku minta Y block suami aku jika dia betul – betul jujur dengan aku.
Suami aku tahu aku jumpa dengan Y dan dia pun ada bagitau dia dah putvskan hubungan dengan Y. Hubungan kami suami isteri jenis terbuka. Kami boleh sembang apa sahaja dengan baik. Aku perasan, sejak itu suami aku yang tak pernah tahajud sudah mula konsisten bangun pukuI 3 pagi untuk qiamullail.
Aku sudah lama amalkan tahajud sebelum itu. Suami aku bagitau walaupun dia tidak dapat berkahwin dengan Y, dia nak bersama dengan Y di syurga. Masa itu aku terima sahaja ayat itu tanpa perasaan. Sehinggalah aku terjumpa perbualan suami aku dengan Y di dalam laptop.
Mesej – mesej sebelum mereka putvs. Rupanya boleh kata setiap hari suami aku mesej Y. Tidak kira siang atau malam. Ajak jumpa di tempat kerja, suami mencari – cari Y kalau tak nampak seharian. Dengan ayat – ayat cinta. Y pun layan sahaja.
Banyak hadiah suami aku berikan pada Y. Belikan hadiah hari jadi. Belikan baju. Sedangkan masa itu, nafkah aku pun dia tak bagi, apatah lagi nak celebrate hari jadi aku. Memang mereka menipu aku selama ini. Dalam mesej terakhir itu, sebelum Y block suami aku.
Suami aku tulis, disebabkan Y dia bangun solat tahajud. Untuk doakan Y dan anak – anak dan supaya hubungan mereka berakhir dengan baik. Suami nak jumpa Y di syurga, dengan aku tak pernah pula dia berkata begitu. Peristiwa ini memberi tekanan pada aku, sehingga memberi kesan pada kesihatan aku.
Aku jadi depr3ssion, susah tidur, dapat gangguan sy4itan, rasa nak bunvh diri, senggugut, haid berpanjangan sampai istihadah, gastrik dan turun berat badan. Dipendekkan cerita, aku surv1ve dengan dengan izin Allah dan bantuan kawan – kawan rapat.
Suami memang tidak banyak membantu, dia pun frust sebab hubungan dengan Y tidak menjadi. Dia pun dah berhenti belajar, susah nak siapkan assignment katanya. Pernah semasa belajar, laptop suami rosak. Pernah juga laptop dan printer pun rosak serentak.
Aku diam sahaja. Hati aku yang dia rosakkan dia tak peduli pun. Memang ada kawan – kawan nasihatkan bercerai, tapi hati aku berat sangat nak bercerai. Suami pun tak sanggup nak lepaskan aku. Dia bukan nak ceraikan aku, tetapi nak aku bermadu sahaja. Terima Y.
BFF aku pun ragu – ragu, betulkah suami aku dah putvskan hubungan dengan Y? Ya, memang sampai sekarang aku tak ambil tahu apa status hubungan mereka. Betullah, biar s4kit badan, boleh makan ubat. Tapi jika s4kit hati dan sedih, apa ubatnya?
Makan masa juga untuk aku move on. Cuma bisikan hati bahawa kita ada Allah membuatkan aku kuat. Hadap juga muka suami. Layan macam biasa walaupun aku bukan bid4dari syurganya. Bukan orang yang dia doakan di dalam tahajud cintanya dan bukan orang yang dia tunggu nak berjumpa di syurga.
Redha sahajalah wahai hati. Aku berpegang pada apa sahaja yang Allah bagi adalah yang terbaik. Memang suami aku bukan yang terbaik, dia dah kecewakan dan tipu aku. Tetapi dialah yang Allah bagi pada aku, itulah yang terbaik untuk aku.
Peristiwa ini banyak mengubah aku. Aku lebih yakin dengan Allah. Aku ubati hati dengan Al-Quran. Aku tambahkan sedekah harian, hafal Quran dan lebih empati pada orang yang depr3ssion. Aku banyak doakan orang dan hadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, suami, anak – anak, ibubapa, adik beradik dan semua orang.
Ya, aku jadi lebih tenang berbanding dulu. Walaupun hubungan kami tidak seperti sebelum peristiwa ini terjadi. Suami berubah ke arah lebih baik seperti yang aku doakan. Dia dah berikan nafkah yang agak banyak juga untuk aku, walaupun gaji aku lebih dari mencukupi.
Jadi sebahagian besar nafkah itu aku sedekahkan pada yang memerlukan atau aku buat wakaf. Kami juga sempat menunaikan umrah berdua sebelum covid. Suami juga sudah istiqamah ke masjid setiap waktu. Hidup yang sementara ini, memang lain orang lain ujiannya.
Biasanya Allah akan uji dengan orang yang paling kita sayang dan benda yang paling berharga pada kita. Akhirnya sujud kembali pada Allah, itulah yang terbaik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi sesama wanita. Aku doakan semua wanita yang membaca coretan ini agar kita dapat berjumpa di syurga sebagai bid4dari.
Bid4dari yang lebih cantik dari bid4dari berasal di syurga. Rasulullah sudah berjanji bahawa wanita dunia akan menjadi Penghulu Bid4dari di syurga. Yakinlah pada janji Allah yang Maha Kuasa. JanjiNya sentiasa benar. – Puan Sri (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mas Suri : Ada kawan kene situsasi yg sama. Sampai si suami pi umrah, nak berdoa depan kaabah untuk kahwin dengan scandaI, untuk dibukakan hati isteri supaya terima bermadu. Si suami pegi umrah sorang je. Si isteri kat malaysia serah urusan bulat – bulat pada Allah.
Berserah dan pasrah. Allah maha berkuasa. Sampai kat depan kabaah untuk umrah pertama, belum sempat berdoa, si suami tak nampak Kaabah, yang dia nampak isterinya. Dia nampak isteri tengah tawaf. Menangis – nangis si suami depan Kaabah.
Terus call isteri minta ampun mintak maaf. J0doh masih panjang. Dua bulan lepas tu dia bawak isterinya pegi umrah pulak. Kat sana da macam orang baru bercinta. Terus spark balik hubungan suami isteri tu. Jangan berhenti berdoa puan. Allah maha mendengar. Dia sebaik – baik perancang.
NayLi Azlinda : Setuju. Saya pun sama kes macam Puan. Nyaris dimadukan tapi baru masuk 6 tahun perkahwinan. Masa dapat tahu memang kita hilang akal waras. Kita manusia biasa. Hampir jadi giIa. Tapi bila saya follow page motivasi, ceramah agama, back to Allah.
Entah macam mana saya autom4tik berdamai dengan hati sendiri. Ustazah ni ada bagi nasihat, suami bukan milik kita, dia milik Allah. Allah sayang pada h4mbaNya jadi Dia usik sikit kita dengan ujian dunia. Lately saya tenang sikit.
Suami pon Alhamdulillah dah berubah mungkin asbab malu dengan keluarga. Wallhualam. Saya pon tak pasti dia berubah sepenuhnya. Ujian saya sekarang adalah bila kita nk cuba redha, sy4itan akan bisik suruh bersangka buruk dengan suami. B
ila itu berlaku saya cepat – cepat istighfar. Dan fikir terus dia bukan milik saya. Allah jualah yang bolak balikkan hati manusia. Setiap orang ujian lain – lain.
Ann Fardan : Suami isteri anak – anak ibubapa dan orang disekeliling kita bukan milik kita. Hati mereka juga milik Allah. Sebab itulah jika kita mencari Allah. Berpegang hanya pada tali Allah. Nescaya kita akan dapat seisi alam ini, kisah Puan telah buktikan janji Allah itu benar.
Maka janganlah kita mengaku beriman sedangkan belum diuji dengan perkara – perkara yang sangat tidak kita sangkakan. Tahniah Puan. Moga kekal istiqamah berpegang pada Allah sentiasa.
Suhaila Syahida : Sedihnya kan bila diIukai oleh orang yang kita mahu setia bersama, tapi kecurangan yang diberi. Entahlah.. akhir – akhir ni banyak kisah begini timbul malah ada di kalangan rakan – rakan saya pun yang aIami.. sedih.
Tapi itulah.. siapalah kita nak pegang hati orang. Kalau mereka h4nyut dengan ujian, kuatkanlah hati kita untuk h4nyut sama. Allah tahu wanita akan diuji oleh lelaki, yang mudah teruji dengan perasaan. Sebab tu Allah bagi ganjaran syurga buat seorang isteri dengan menjaga solat, jaga kemaIuan, ikut perintah suami maka boleh pilih pintu syurga yang mana. Allah tahu hati kita r4puh maka DIA lah sebaik – baik teman
Amira Abdullah : Terima kasih Puan atas sharing ni. Situasi Puan real dan selalunya jadi pada suami yang agak berumur dan semestinya kukuh dari segi kewangan. Bila terbongkar skandaI, baru mula nak bagi nafkah dan pelbagai.
Bagi isteri, pemberian ini tak bole hilangkan pengkhi4natan dan pembohongan suami. Bagi wanita di luar, elakkan daripada meIukakan hati wanita lain atas alasan “menumpang kasih”.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.