Anak2 salahkan saya bila suami nak kahwin lain sebab saya tak sempurna sebagai isteri

Seminggu sebelum hari raya yang lepas saya jatuh pengsan, selepas anak – anak memberitahu bahawa suami saya akan berkahwin dengan calon isteri pilihan hatinya. Saya terkilan seolah tiada nilai atas kebaikan saya yang pernah menjaga dia semasa k0ma dan Iumpuh. Bila saya minta fasakh anak – anak salahkan saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca yang dihorm4ti. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya yang tak tahu mana untuk diluahkan. Terasa untuk m4ti dan pergi jauh dengan apa yang terpend4m dalam hati ini.

Untuk pengetahuan semua, saya telah berkahwin lebih 22 tahun. Mempunyai kerjaya yang kukuh, personaliti yang masih sempurna dan sihat sebagai h4mba Allah Yang memegang amanah sebagai isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata lelaki.

Cuma, saya telah disahkan aIami s4kit mentaI, maj0r depr3ssive dis0rder, sejak tahun 2017 sehingga sekarang, kesan tekanan dalam rumahtangga yang tiada kesudahan. Saya akui, saya bukan menantu pilihan keluarga suami, bukan cinta pertama suami.

Tetapi selama 22 tahun saya mencuba dan bertahan demi mendapat cinta dan kasih sayang dari suami dan keluarga suami. Setelah saya dilamar sebagai isteri, 23 tahun yang lalu, setelah suami amat mend3rita ditinggalkan kekasih cinta pertamanya.

Dugaan demi dugaan muncul dalam rumahtangga kami. Saya pernah diabaikan semasa saya s4kit, saya pernah dim4ki oleh suami dan disaksikan sendiri oleh keluarga suami dan rakan – rakan suami. Saya pernah diugvt untuk pastikan saya hidup mend3rita.

Saya pernah hampir ditumbvk di muka oleh suami, dan suami pernah mengakui bahawa saya bukan isteri yang cantik dan sempurna berbanding cinta pertama dia. Mungkin ada yang menyatakan saya isteri yang paling b0doh, kerana terus hidup dalam kemud4ratan yang saya biarkan selama 22 tahun ini.

Ya, saya lalui saya isteri yang b0doh mempert4hankan rumahtangga, walaupun mentaI saya terus s4kit. Ya, saya isteri yang paling b0doh kerana terus berkhidmat kepada suami, walaupun dia tidak pernah sayang saya seperti dia sayangkan cinta pertamanya.

Ya, saya akui, saya isteri paling b0doh kerana suami pernah mengakui dia tidak dapat lupakan cinta pertama dia. Saya akui saya isteri yang paling b0doh bertindak, walaupun saya punyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang bagus untuk menguruskan dan menyelia pekerja bawahan seramai 100 orang.

Saya boleh menyelia ramai pekerja, tetapi saya gagal menguruskan diri saya sendiri. Akan tetapi, kesan pengurusan kepada pekerja seliaan saya, mulai merosot, sejak s4kit mentaI yang saya aIami ini. Alhamdulillah majikan dan rakan – rakan sekerja lain amat memahami situasi saya berstatus pes4kit mentaI.

Alhamdulilah, walaupun suami yang saya sayangi menyatakan saya isteri yang “buat – buat” s4kit mentaI, demi meraih perhatian dia, Allah SWT tetap mengurniakan sahabat yang memahami status saya sebagai pes4kit mentaI.

S4kit saya m4kin merosot sejak kebelakangan ini. Seminggu sebelum hari raya yang lepas, saya jatuh pengsan, selepas anak – anak memberitahu bahawa suami saya akan berkahwin dengan calon isteri pilihan hatinya, selepas saya mohon fasakh.

Dan dia juga menyatakan kepada anak – anak kami, bahawa saya bukan isteri yang baik untuk dia. Dia juga menyatakan, saya bukan isteri yang bersyukur mendapat suami seperti dia. Anak – anak kami menangis dan merayu supaya saya menarik balik kes perceraian ini.

Kerana ayah mereka menyatakan perkahwinan baru ayah mereka ini adalah kerana ketidaksempurnaan saya sebagai isteri yang gagal memenuhi hati ayah mereka dan atas sebab saya mohon fasakh. Saya tidak tahu bagaimana untuk diterangkan kepada anak – anak kami.

Kenapa saya memohon perceraian kali kedua ini, setelah permohonan perceraian pertama saya pernah diluluskan oleh mahkamah. Akan tetapi, tindakan b0doh saya pada masa itu, saya menarik balik kes, atas sebab kesian melihat suami yang s4kit pada masa itu.

Pada masa penarikan balik kes (pada hari hakim melafazkan cerai bagi pihak suami, setelah 2 tahun turun naik mahkamah) itu, niat saya cuma satu, iaitu saya harapkan suami boleh berubah dan kami boleh hidup bahagia seperti suami isteri yang lain, demi anak – anak.

Kuasa Allah SWT Maha Besar, dan hanya Allah SWT Pemilik hati semua h4mbaNya. Hanya Allah SWT yang boleh memberi petunjuk jalan kebenaran dan hidayahNya kepada semua h4mbaNya. Suami tetap tidak berubah, walaupun saya telah memberi peluang, malah s4kit saya bertambah teruk, setelah saya kerap diberi “hukvman” oleh suami.

Hukvman yang terus menyatakan saya isteri derh4ka kepada dia. Isteri yang banyak d0sa, sehingga semua kesuIitan yang saya aIami akan dihukvm oleh suami sebagai kifarah dari Allah SWT untuk saya. Tetapi, semua kesuIitan yang dia dan keluarga dia aIami, adalah ujian dari Allah SWT sebagai tanda kasih sayang Allah SWT.

S4kit saya m4kin teruk. Saya hampir untuk keluar dari Islam, bila fikiran saya kerap teringat semua hukvman dari suami itu. Saya kerap berfikir seolah Allah SWT tidak sayang saya. Saya kerap berfikir taubat saya tidak diterima dan saya kerap berfikir hanya suami saya manusia beriman dan saya isteri yang paling banyak d0sa.

Semua tu menjadikan saya takut untuk teruskan hidup, perasaan untuk bvnvh diri juga sering bermain dalam otak saya. Tetapi, Allah SWT Maha Penyayang. Saya diketemukan dengan sahabat yang baik. Saya dibawa oleh sahabat untuk lalui rawatan ruqyah, bila saya menyatakan kepada sahabat saya, akan semua perasaan negatif yang ada dalam pemikiran saya.

Semasa ruqyah, saya bertukar watak dan rupa. Entah suara apa yang keluar dari mulut saya dengan menyatakan “dia” nak saya m4ti dan nak anak – anak saya m4ti. Saya dalam keadaan separa sedar. Tetapi, selepas ruqyah, hati saya jadi lega dan tenang yang amat sangat dan ketenangan itu tidak pernah saya rasa.

Tetapi, bila diberitahu kepada suami akan semua yang saya lalui semasa ruqyah itu, suami menyatakan saya hanya berlakon, demi meraih simpati dari dia. Tiada apa lagi kata – kata yang mampu saya ucapkan pada masa tu. Pend4m dan pend4m.

Saya sebenarnya terkilan kepada suami. Saya pernah menyatakan kepada dia, bahawa saya memohon fasakh, adalah untuk memberi ruang kepada saya untuk pulih. Saya perlu hidup dalam suasana yang tiada tekanan kepada saya, terutama tekanan dan hukvman dari suami, orang yang paling saya sayang dan lelaki pertama saya cinta dalam hidup saya.

Dan saya juga menyatakan untuk kembali kepada suami (rujuk), setelah saya pulih, dan setelah masing – masing muhasabah diri masing – masing untuk berubah, demi tanggungjawab kami kepada anak – anak. Akan tetapi, lain keputvsan dan niat suami atas permohonan perceraian yang saya lakukan.

Suami dengan “jujur” menyatakan telah ada calon lain untuk dia gantikan tempat saya. Demi Allah SWT, saya terkilan. Saya sedih. Saya kecewa kerana saya rasa seolah tiada kebaikan yang telah saya lakukan untuk dia selama 22 tahun menjadi isteri dia.

Seolah tiada nilai atas kebaikan saya yang pernah menjaga dia semasa k0ma dan Iumpuh. Seolah tiada kebaikan saya sebagai isteri yang berusaha untuk hamil selama beberapa tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat dia. Seolah tiada kebaikan yang saya lakukan selama 25 tahun saya bekerja untuk membantu dia demi kelangsungan hidup kami sekeluarga.

Saya akui, saya bukan isteri sempurna yang dia impikan. Tetapi, adakah tiada sekelumit rasa sayang dia kepada saya, selama 22 tahun ini? Adakah jika saya menarik balik permohonan fasakh, suami tidak berkahwin dengan perempuan lain?

Saya tak tahu nak fikir apa lagi. Anak – anak juga kerap menyalahkan saya, setelah ayah mereka menyatakan akan berkahwin lain, kerana mereka tahu, jika ayah mereka kahwin lain, saya sudah pastinya tidak akan kembali kepada ayah mereka. Doakan saya dan anak – anak agar kami ini hidup bahagia. Dari, – Isteri yang tiada nilai (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Suami tu puan boleh simpan dalam kotak, lepastu cepat – cepat pos laju kotak tu ke Kutub Utara, biar dia kawan dengan penguin kat sana. Penguin m4ted for life. Binatang pun tahu untuk setia, jaga pasangan dia.

Geramnya baca confession ni. Maksud saya, jangan puan simpan harapan nak berbaik semula. Nak tarik fasakh. Cukuplah 22 tahun puan bersabar. teruskanlah hidup tanpa suami. MentaI iIIness is real. Hanya yang pernah kena tahu perasaannya.

Jangan skip medication, ikut nasihat doktor. Pada masa sama yakin dengan Tuhan, jangan ada sikit pun perasaan nak keluar Islam. Tabah hadapi dugaanNya, redha dengan ketentuanNya. Kita h4mbaNya akan sentiasa diuji.

Sekali lagi, teruskan dengan fasakh, jangan tarik fasakh. Kalau anak – anak yang baik, dia tahu bezakan mana baik dan buruk. Kalau tak tahu jugak, bungkus dalam kotak hantar Kutub Utara ikut ayah dia. Moga dipermudahkan urusan puan.

Wardah Wakeel : Sudahlah tu puan. Sayang suami meIampau – Iampau, sanggup d3rita berpuluh tahun, s4kit mentaI sampai nak terkeluar Islam- ishh apa semua tu? Apa tujuan hidup puan? Nak jadi h4mba Allah ke h4mba suami?

Bulatkan tekad dan serahkan hati pada Allah semata – mata. Suami bukan Tuhan. Jalan ke syurga bukan hanya ada satu. Kalau puan pun tak sayang diri sendiri, patutlah suami pun layan puan macam doormat saja.

Keluar dari t0xic marriage dan carilah bahagia di dunia dan akhir4t. Berapa lama sangat lagi hidup yang tersisa. Buat apa nak mengharap kasih dari manusia? Lebih baik diabadikan pada Allah, Allah dah jamin sedikit kita mendekat pada Dia, banyak lagi Allah nak pada kita.

Itulah sebenar – benar cinta yang kita nak kejar, cinta dan rahmat Allah. Anak – anak dah besar, usia pun dah tua, puan tentu nak fokus ibadah dan hidup tenang – tenag aje kan? Moga Allah permudahkan.

Suhailah Mustafa Ferkeri : Puan, lamanya puan bertahan. Atas dasar apa Puan bertahan. Kawan saya seorang Peguam Syarie pernah bagi ayat ‘Kalau ko bertahan demi anak – anak, perasaan ko macam mana? Ko pun berhak bahagia.’

Ayat tu berulang – ulang dalam otak saya selama 3 – 4 bulan sebelum saya melangkah membuat filing pengesahan cerai. Sedih bila fikir anak – anak yang masih kecil. Tapi lagi sedih bila saya fikir semula bila peng0rbanan kita  tak dihargai, bila maru4h seorg isteri dir0bek – r0bek.

MentaI dan  perasaan saya s4kit which effect pada anak – anak. Secara tak langsung anak – anak kena marah dan sebagainya. Puan carilah kebahagiaan sendiri. Kembali rujuk tak menjanjikan kebahagiaan pada masa hadapan sedangkan 22 tahun dia tak pernah nak hargai Puan.

Puteri Pelangi : Puan isteri yang hebat 22 tahun dih1na, 25 tahun berkhidmat kerana lama memberi peluang kepada semua orang. Jangan takut puan, insyaAllah mentaI puan akan lebih sihat asalkan puan sayangi diri puan.

Jangan pikir kata – kata anak – anak atau siapa – siapa. Bagi saya puan sangat hebat!!! Bangkit balik puan dan cari diri puan yang telah hilang 22 tahun yang lalu. Moga puan dalam rahmat Allah, dipermudahkan semua urusan, sihat dan bersemangat seperti 25 tahun yang lalu.. aamiin ya rabb.

Nisla Alanis Latif : Suami tak guna. Anak – anak pun tak guna dah termakan kata ayahnya. Jika puan tarik fasakh, ada jaminan suami akan kembali pada puan dan puan akan bahagia? Atau cycle t0xic ini akan berterusan selama 20 tahun lagi?

Buat masa ini pun puan sudah ada kesannya pada kesihatan mentaI puan, bolehkah bertahan lagi 20 tahun lagi atau puan rela je s4kit bahkan giIa asalkan masih bersama suami? Puan berjaya dalam kerjaya, maksudnya puan sangat kuat.

InsyaAllah puan boleh keluar dari kemeIut ini. Lepaskan suami t0xic dan anak – anak t0xic. Biar mereka ikut dan nampak sendiri sejauh mana kehebatan ayah mereka. Semoga urusan puan dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?