Saya kahwin senyap2, balik kpg lepas bersalin. Emak langsung tak sentuh anak saya

Saya bernikah masa belajar, dan tak diketahui oleh mak pun. Mak dapat tau saya nikah bila saya bawak balik anak saya untuk berp4ntang. Abah jadi wali saya dan abah simpan rahsia saya sampai saya bersalin. Saya mengaku salah saya, bila saya balik bawa anak, mak langsung tak sentuh anak saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hai. Nama saya Emma. Saya berusia 33 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal ada anak berusia 14 tahun dan 7 tahun. Tahun ni adalah tahun ke 7 saya jadi ibu tunggal ni.

Jadi sini ada sikit confessions tentang diri saya yang pernah tersalah langkah dan harapnya jadinya pengajaran dekat semua pembaca terutamanya anak gadis di luar sana. Saya bernikah masa belajar, dan perkahwinan saya tak diketahui oleh mak pun.

Mak hanya dapat tau saya nikah bila saya bawak balik anak saya untuk berp4ntang. Masa nikah, abah jadi wali saya dan abah simpan rahsia saya sampai saya bersalin. Masa mula – mula balik mak tak nak sentuh pun anak saya. Kakak – kakak saya yang bantu untuk uruskan saya sepenuhnya.

Maklumlah anak pertama tak ada pengalaman, saya pulak baru umur 18 tahun pada masa tu. Seminggu lepas tu mak dah ok dan mak boleh terima saya, anak dan suami. Saya mengaku salah saya buta dengan cinta dan terlalu sayangkan suami sampai ketepikan perasaan seorang mak.

Dari situ saya dah buat satu d0sa besar. Ok. Hidup saya masa dengan bekas suami banyak pasang surut, cuma kami kerap berg4duh hal wanita simpanan dia dan kewangan keluarga yang meruncing. Selalu la saya pinjam dekat ayah dengan adik beradik saya.

Kami pun tak pernah solat jemaah, saya punya solat pun tunggang Ianggang, bekas suami sekali pun sepanjang saya hidup dengan dia selama 10 tahun tak pernah nampak dia dirikan solat. Mungkin sebab tu rezeki kami selalu tak cukup – cukup.

Padahal gaji dia masa tu boleh tahan jugak dan saya pun dah ada pendapatan tetap lepas habis belajar. Masa dalam proses berpisah, saya banyak perbaiki diri dan hubungan saya dengan adik beradik menjadi sangat baik. Dorang sangat memberi sokongan dan bantuan.

Dan lepas berpisah saya betul – betul  berubah jadi seorang yang cuba untuk jaga solat walaupun terasa dip4ksa dan di hujung waktu. Lepas berpisah saya move on, saya mula tempat kerja baru dan bawa bersama 2 orang anak saya.

Saya tak buat tuntutan nafkah sebab bekas suami sangat susah nak bagi kerjasama dan saya bila saya mintak melalui WhatsApp, hanya bluetick akan dihadiahkan pada saya. Dah cuba untuk pergi buat tuntutan nafkah, tapi perlu buat tuntutan hak penjagaan anak dahulu, dan proses agak panjang dan jauh untuk saya berulang alik.

Ayah saya juga tak galakkan saya mohon dan dia kata selagi abah hidup abah bantu awak anak beranak. Orang lain tak boleh marah sebab diorang dah cukup berkeluarga dan masing – masing ada kerjaya hebat. Saya tak salahkan takdir, saya tahu semua tu dah tertulis.

Saya juga sedar Allah menjawab setiap permintaan saya. Saya minta untuk diberi kehidupan yang lebih baik, untuk senang saya beribadah untuknya jadi saya berpisah dengan bekas suami dan saya ternyata lebih tenang dan terurus.

Dan jangan kata saya gaIakkan berpisah tapi saya dalam perkahwinan yang t0ksik jadi saya terp4ksa juga berpisah dengan dia. Pada di ambang perpisahan saya solat hajat setiap malam, setiap sujud saya mohon penyelesaian yang terbaik untuk hadapi kemeIut kami, basah dan sentiasa sembab mata saya dengan air mata.

Saya jadi seperti m4yat hidup. Kerja tunggang langgang, makan tak menentu, anak pun saya layan seadanya. Bila malam saya tak tidur pun. Pernah terfikir hendak bvnvh diri dengan anak – anak biar semua s4kit ini terh4pus.

Jadi sehari sebelum saya berpisah saya tekad, saya screensh0t segalanya, semua bukti saya simpan, segala bill, segala gambar saya emel ke diri sendiri dan saya berpisah dengan dia secara takIik. Saya move on dan tak pandang belakang sikit pun.

Selesai je kes saya, terus saya pindah jauh dari negeri bekas suami dan dapat tukar serta merta kerana saya kata ada gangguan dari bekas suami. Dan boss saya pindahkan saya ke tempat lain. Saya teruskan hidup dekat ibu kota dengan gaji cukup – cukup makan dan alhamdulillah ada ja rezeki yang tak disangka – sangka untuk saya teruskan kehidupan dengan anak – anak.

Saya mula bertudung, mula solat penuh dan cuba bersedekah mana yang mampu. Segala perkara yang lagha dulu saya cuba kurangkan dan berubah demi masa depan yang lebih baik untuk saya dan anak – anak.

Firman Allah dalam surah Al-Talaq ayat 2 & 3, “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meningg4Ikan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat – bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” Dan sekarang, hasilnya saya mampu membeli rumah dan kereta baru untuk keselesaan saya dan anak – anak.

Kuncinya saya kembali kepada Allah masa saya betul – betul terduduk. Mak dan ayah adalah orang paling gembira dengan perubahan saya dan anak – anak saya juga sentiasa bersama saya. Kami mampu berjalan bersama – sama yang dulu hanya mampu lihat je orang ke sana ke mari.

Doakan saya istiqamah beribadah dan menjaga hal kebajikan mak ayah dan adik beradik saya yang tak pernah buang saya ketika saya dibuat seperti kain buruk oleh bekas suami saya. Hal dia dan nafkahnya tu saya tahu ada yang berkata saya b0doh kerana tak tuntut di mahkamah, tapi saya dah tak larat nak berendam air mata dengan jawapan atau kata – kata bekas suami yang banyak menyi4t – nyi4t hati saya.

Hal nafkah tu antara dia dengan Tuhan. Saya dah ingatkan, saya dah mintak tapi dia tetap dengan dunia dia. Saya cuma mohon dia diIimpahkan rezeki, diberikan taufik dan hidayah serta menjadi orang yang bertanggungjawab.

Saya dah lepas sebagai insan yang mengingatkan dia. Jadi tugas dia dan keluarga dia pulak jalankan tanggungjawab dia pada anak – anak kami. Saya mohon juga anda semua doakan saya bertemu j0doh yang baik, lelaki yang boleh menjadi peIindung untuk anak – anak saya.

Yang boleh jadi menantu yang baik, ipar yang disenangi dan suami yang boleh jadi sahabat dalam urusan agama saya, seorang yang boleh jadi sahabat dalam urusan dunia dan akhir4t saya. Mungkin ada juga berkata kehidupan dah selesa kenapa nak mencari baIa dengan berkahwin lagi.

Sesungguhnya manusia itu diciptakan berpasangan – pasangan dan tak salahkan untuk saya meneguk sedikit nikmat di dunia setelah apa yang saya lalui dan saya cuba untuk perbaiki amalan dan kehidupan saya. Sebagai seorang wanita saya perIukan teman untuk saya bersandar ketika saya betul – betul lelah dengan keadaan yang kadang – kadang menghimp1t kehidupan saya.

Berteman bukan sekadar untuk jadi teman di tempat tidur semata tapi lebih kepada seorang yang kita perIukan ketika kita perlu bercerita dan bergurau senda tanpa batasan. Dan seseorang untuk kita rasa disayangi dan dicintai. Itu memang lumrah dan sifat manusia.

Dan janganlah kecam wanita – wanita yang pernah gagal dalam perkahwinan dulu yang ingin bernikah kerana tidak tahan lagi. Anda tersalah tafsir dengan semua tu. Bukan semua orang begitu dan jagalah lisan dan perbuatan kita dari mengata orang – orang yang senasib dengan saya.

Mohon jangan kecam ya. Jika tiada perkataan yang baik anda simpanlah jari jemari anda untuk berkata yang tidak baik. Saya baru hendak sembuh dengan segala keIukaan yang saya pernah lalui. Saya tidak kuat nak baca kecaman dari anda. – Emma (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ema House : Saya mengaku solat banyak tertinggal sebab kekangan kerja yang sentiasa rvshing. Sampai tak sempat minum dan ke toilet. Pernah solat zohor lagi 5 minit sebelum masuk asar.

Tu belum campur solat tak kusyuk sebab ada suara – suara memanggil mencari kita di surau sebab ada kerja. Alhamdullilah lepas saya berhenti kerja bulan lepas hidup saya sikit demi sikit teratur. Sentiasa dapat peluang solat di awal waktu, dapat solat sunat, dapat berzikir banyak – banyak lagi.

Leasha Delysha : Saya paham perasaan puan saya pun dah jadi ibu tunggal selama 6 tahun, menjadi ibu dan bapa kepada dua orang anak bukannya senang. Tak terkira air mata yang tumpah. Doakan saya juga dapat temui j0doh yang baik, setiap kehidupan dijadikan berpasangan.

Teman untuk berkongsi rasa, bermanja dan sebagainya, siapa – siapa yang kecam ibu tunggal nak nikah lagi tu desp3rate mereka belum pernah berada di situasi kita. Kita insan biasa yang juga perIukan teman hingga menutup mata.

Semoga kehidupan kita dipermudahkan dan menemui j0doh kita dan bersama bahagia hingga akhir hayat kita

Emam Ismail : Musibah itu juga adalah rahmat untuk awak benar – benar kembali kepadaNya. Bersyukur dengan ujian ini dan tindakan awak betul memperingatkan bekas suami tentang nafkah tetapi tidak beria – ria memintanya kerana Allah SWT sudahpun sediakan keberkatan rezeki untuk awak dan anak – anak asbab perantaraan amal awak.

Cuma bersabar sedikit saja lagi agar nikmat meraihnya akan lebih dirasai. Semoga awak bertemu j0doh yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhir4t untuk awak sekeluarga.

Farah Wahidah : MasyaAllah saya sangat suka dengan confession ni kerana di sini saya dapat menilai bahawa puan tt menaip sebagai h4mba Allah yang beriman dalam men3mpuhi ujian keimanan daripada Allah sebagai seorang h4mbaNya.

Saya doakn semoga puan tt bertemu j0doh bersuamikan dengan lelaki soleh yang amal agama dan puan tt berjaya berbahagia dunia akhir4t bersamanya, Aamiiiiiin.

Salhawati Yusof : Alhamdulilah. Semoga hidup tt terus bahagia bersama keluarga dan anak – anak. Syukur dikurniakan keluarga yang supp0rtive. Tt berhak bahagia dan punya pasangan lagi. Semoga dikurniakan j0doh yang baik beriman dan boleh membawa tt dan anak – anak ke syurga InshaAllah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.