Suami ada ikut keluar ‘dakwah’ untuk orang yang baru masuk Islam di Thai. Tapi baru kali pertama join, suami dah dapat bini baru, janda muda. Suami jadi benci dekat saya, dia kata muka saya muka jin, muka sy4itan. Tak macam bini muda secantik bid4dari, seputih salju dan akan bersamanya di syurga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Tolong hidekan profile saya. Kisah saya agak panjang dan harap pembaca dapat bagi komen – komen serta nasihat yang positif. Kisah ni bermula dari tahun 2015 apabila suami mengikuti satu pertubuhan Islam yang dikatakan nak menolong orang – orang dari Thai yang nak masuk Islam.
Tapi hakik4tnya, baru pertama kali join, suami dah diberi isteri tanpa mengenali hati budi. Janda anak satu berusia 21 tahun. Usia suami ketika itu dah 48 tahun. Tanpa pengetahuan saya suami balik ke rumah setelah seminggu di utara Thailand dengan passport menjalankan dakwah.
Saya adalah seorang suri rumah dan mempunyai 7 orang anak. Namun sebagai seorang isteri, sikap suami memang tak dapat disembunyikan. Hanya 2 minggu selepas itu saya mendapat tahu tentang perkahwinannya mereka dan berlaku pertengk4ran antara saya dengan suami.
Eg0nya terlalu tinggi dan tidak ada rasa simpati terhadap saya dan anak – anak. Hanya airmata yang menemani hari – hari saya. Suami sibuk bercinta dengan isteri baru langsung tak menghirau perasaan saya. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan 4 bulan dan suami menghabiskan RM90 ribu untuk isteri baru tersebut.
Satu jumlah duit yang banyak. Satu bab telah berlalu dan selama setahun dari tarikh suami menduda. Saya dan anak – anak terus dipulaukan. Hari – hari suami hanya tidur. Makan minum di atas katil sambil bermain handphone dan melayan janda – janda di dalam facebook.
Muka saya langsung dia tak pandang sebab dikatakan saya pemusn4h rumahtangga bahagia dia. Dan dia mengugvt saya dengan kata – kata yang kesat selagi dia tak berkahwin lagi dengan anak d4ra dia tak akan mempedulikan saya.
Dan tahun 2017 dia berkahwin lagi dengan anak d4ra dari Thai yang dicari oleh seorang ustaz Thai berusia 18 tahun. Masuk Islam semata – mata nak berkahwin dengan suami hanya kerana duit. Bermula dari tarikh tersebut, hidup saya senantiasa dalam kesedihan yang teramat dengan perbuatan suami.
Suami sanggup buang saya dan anak – anak kerana betina tersebut dan setiap bulan suami beri wang sara hidup RM5 ribu ke rm10 ribu kepada isteri muda tersebut. Sedang saya dan anak langsung suami tak peduli. Nak beri RM10 kat anak – anak pun berkira.
Dan saya pula, kerana, terlalu percaya suami akan menjaga kita hingga hujung usia, tak pernah ada akaun dan duit sendiri. Hanya mengharap dari suami sedangkan dari muda bersusah payah cari rezeki dengan suami hingga dia punyai duit yang banyak.
Tapi kebaikan saya dinafikan dan susah payah saya dilupai. Rezeki yang suami dapat dikatakan hasil titik peluh dia seorang dan saya pula hanya kerja jaga anak di rumah. Untuk pengetahuan pembaca, tahun ni usia perkahwinan saya dengan suami dah masuk 33 tahun dan kami telah pun bercerai dengan suami sebanyak 2 kali semenjak dia berkahwin untuk kali ke 2 ni.
Namun kami telah rujuk semula sebab kali kedua bercerai suami menghaIau saya dari rumah yang saya bina dengan suami. Rumah tu saya yang duduk. Tapi disebabkan semata – mata suami nak beri dekat isteri mudanya, dia haIau saya dan anak – anak.
Sedangkan suami sudah membina rumah yang besar di Thailand untuknya dan dah memindah duit yang berjumlah puluhan ribu ke akaun isteri mudanya. Sepanjang 4 tahun perkahwinan suami, saya senantiasa bertengk4r dengan suami dan ada satu ketika suami hampir menghemp4s komputer riba ke atas kepala saya namun berjaya dihaIang oleh anak.
Dan suami sanggup tolak saya dan bersiIat nak menumbvk saya sebab saya menghaIang dia ke Thailand berjumpa isteri mudanya walaupun ketika itu giliran saya dan dia baru menjejak kaki ke rumah. Dan selama itu juga suami langsung tak mahu pandang muka saya kerana katanya muka saya muka j1n, muka sy4itan.
Dan isteri mudanya secantik bid4dari, seputih salji dan bersamanya suami duduk dalam syurga. Inilah yang dikatakan terkena ilmu siam? Dulu saya langsung tak percaya tapi sekarang terjadi dekat diri sendiri. Suami kalau tak lihat muka isteri mudanya dia akan jadi cacing yang kena air panas.
Musim covid sanggup berenang Sg. Golok semata – mata nak ke sana secara h4ram. Hampir Iemas. Sekarang suami jadi bibik untuk isteri tersayang. Maaf ya andai cerita saya ni tak teratur. Tapi sebagai peringatan kepada semua.
Andai nak berkawin dengan orang siam fikirlah dulu. Macam ustaz tu kata nak menegakkan sunnah tapi meruntvhkan rumahtangga isteri pertama ni ikut sunnah sangat ka? Tepuk d4da tanya hati. Nukilan dari seorang isteri yang terani4ya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.