Kesian abg aku, bila dia balik kerja, kak ipar takde pun hidangkan air. Asyik main HP je..

M4kin teruk dibuatnya abang aku. Balik kerja penat takde nasi, takde lauk untuk dimakan. Malah air setitik pun takde dihidang. Sudahlah penat, makan sendiri buat atau beli. Apa nak jadi isteri macam ni.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin page ni kerana sudi siarkan luahan hati saya. Saya cuma mohon admin siarkan supaya cerita ni dijadikan teladan dan peringatan kepada perempuan – perempuan yang bergeIar isteri terutamanya.

Abang saya namakan S dan kakak ipar saya namakan Kak C sememangnya dah mempunyai 3 anak. Kak C lebih muda 6 tahun daripada saya. Pada awal perkahwinan, kami adik beradik tidak ambil tahu kehidupan mereka bahkan sentiasa berlapang d4da bila kak C dari awal hingga masuk usia 9 tahun perkahwinan sentiasa pilih kasih dan melebih – lebih keluarga sendiri.

Masih saya ingat semasa adik kami masih belajar, bila abang hulur duit buat belanja di U, pasti mukanya masam lebih masam daripada cuka. Jeling m4ut. Tetapi bila adiknya jah4namkan kereta abang.. suami dia.. boleh pulak dia kata alah sikit je.

Ooo sikit ye sampai bocor enjin kena tukar enjin baru. Kalau kumpul adik beradik ramai – ramai hari cuti umum atau yang jauh – jauh balik kampung, mestilah buat makan – makan jamu – jamu adik beradik. Pun boleh kak C marah suami keluar duit untuk beli apa – apa yang kurang.

Jelingannya membuatkan aku benci tapi aku tahan je amarah demi jaga air muka abang. Abang aku tu, bukan dia tak sedar isterinya begitu tapi dia masih cara dia, slow dan simpan dalam lubuk hati. Slow bukan makna dayus tapi jaga amarah sendiri dan malu sendiri dengan per4ngai isteri.

Kami adik beradik sudah tiada mak dan ayah sejak 18 tahun yang lalu. Hidup sama adik beradik je. Dan sekarang semua dah berumah tangga. Dalam ramai – ramai ipar duai hanya kak C seorang saja yang berper4ngai sebegitu. Tak suka campur adik beradik kami.

Datang rumah pusaka hanya asyik dengan telefonnya, sampai ke sudah. Nak makan pun sampai suami kena panggil. Itu pun lepas dah habis ketap bibir tahan marah. Untuk makluman, adii beradik aku sangat – sangat sporting semuanya daripada yang sulong sampailah yang bongsu.

Pilih kasih tiada dalam kamus hidup kami sama ada ipar duai mahupun anak – anak sed4ra, semua sama rata. Anak dia, anak kakak dan semua adik beradik lain adalah anak – anak kami semua. Buat salah kena tegur kalau g4duh semua kena.

Tapi anak dia, anaknya pun sudah mula ikut per4ngai kak C. Adu domba dan mengadu benda yang orang lain tak buat. Manjanya ngada – ngada dan kadang – kadang susahkan orang lain. Abang suka kalau kami pergi rumahnya tapi kami sendiri agak berat hati ingin ke rumahnya kerana kak C sendiri.

Dia suka buat muka dan cakap endah tak endah bila kami bertanya. Anak – anak main sepah – sepah lagiIa ditarik mukanya. Buat air untuk kami minum, kadang – kadang kami tolak tak payah sebab tak sanggup dengar gegang gegang ketung ketang berlaga gelas dan pinggan bila dia buat air. Nampak sangat tak ikhlas sambut kami.

Akhir – akhir ini, m4kin teruk dibuatnya abang aku. Balik kerja penat takde nasi takde lauk untuk dimakan, even air setitik pun takde dihidang. Sudahlah penat, makan sendiri buat atau beli. Anak – anak pula nak kena urus sebab kak C kat rumah kerjanya cuma main fone fb, whatsapp dan sebagainya yang berkaitan.

Anak – anak pun hanya makan nugget, aiskrim, biskut roti. Sebab memang kak C tak masak. Malam – malam tido lambat 2, 3 pagi anak – anak pun terikut. Pagi – pagi orang dah ke Mekah dia masih di katil sampai zohor. Apa nak jadi isteri macam ni.

Bila kemuncak dia rasa penat, anak – anaknya dihantar ke rumah abang aku yang lagi sorang supaya boleh makan dan main sama – sama dengan anak abang ni. Alhamdulillah kakak ipar dan abang aku yang ni baik dan tak berkira bahkan anak – anaknya diberi makan secukupnya.

Suap nasi bertambah tambah makannya. Aku terpikir macam mana dik4tanya anak – anaknya tak suka makan nasi? Sedangkan bila datang je umah abang aku atau kakak aku yang lain, boleh je minta nasi. Aku personally dah tegur baik – baik abang dan kak C bahkan berkias tapi tetap sama dan dik4tanya aku menyibuk.

Ya Allah, bantulah abang aku. Kuatkan hati dan jiwa untuk didik akhlak isterinya. Dia tidak gagal didik isteri tetapi isterinya gagal menjadi baik kerana suaminya yang terlalu bertolak ansur. Ya Allah abang aku bukan dayus.. dia cuma mencari kekuatan untuk berhadapan dengan situasi yang amat menyukarkan hidupnya.

Aku hanya mampu berdoa dan berdoa. Moga ada sinar perubahan buat kak C dan moga anak – anaknya dijaga dengan baik dan cukup makannya. Bukan tak berduit tapi selalu suka sebut duit takde duit takde. Hakik4tnya dia sendiri ada income, walaupun income abang aku agak besar.

Moga cerita ini dijadikan sempadan dan peringatan untuk kita isteri – isteri yang dambakan syurga daripada suami. Ingatlah.. suami itu syurga kita tapi gagalnya suami kerana ISTERI YANG HADIAHKAN NER4KA BUAT SUAMI.. NER4KA ABADI! – Roswaja

Komen Warganet :

Pakcik Dan Makcik : Allah SWT takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha mengubah nasib mereka sendiri.  Jalan terbaik sama ada abang kau bertegas atau tukar tikar je. Cerai.. isteri berstatus betina amat tak elok untuk rumahtangga, kau cakap macam mana pun abang kau tu, dia tetap dayus dik. Sebab biarkan diri dikotak katikkan.

Asiah Hasbi : Tapi tak must4hil ade kak ipar macam ni. Kalau adik beradik suami datang, buat endah tak endah. Layan nak taknak. Kite bole tau la, anak – anak tu dijaga elok – elok atau acuh tak acuh. Kesian la kat suami dan anak – anak kalau isteri atau ibu tak berfungsi dengan baik.

Anak – anak jadi m4ngsa. Kemenjadian anak – anak memang banyak berg4ntung pada kekuatan si ibu. Kalau ibu banyak leka, tak pentingkan apa – apa yang sepatutnya macam mana anak – anak nak berjaya. Walau apa – apa pun yang berlaku, abang confessor kena bertegas dengan isteri.

Bagitau isteri elok – elok, janganlah diam je, tak bersuara. Rumahtangga orang, susah kita sebagai orang luar nak tegur. Apa yang boleh confessor buat, banyakkan doa untuk kakak ipar tu mudah – mudahan lembut hati dia untuk jadi ibu dan isteri yang terbaik untuk keluarga mereka.

Liza Lary : Akak setuju dengan adik. Sebab depan mata ada jiran mcm ni. Memang sama macam yang adik cerita. Malam jam 2 atau 3 pagi tak tidur. Bangun jam 2 petang. Itu pun selepas anak yang sekolah bagi salam sampai nangis – nangis terduduk depan pintu.

Setiap pagi dan petangg si suami tapau nasi. Anak dah besar tapi menangis 24 jam. Depan pintu rumah bau amat busuk. Rumah bersebelIahan dan pintu dapur bertentangan masuk dapur untuk masak pun kita tahu. Tak berkerja tapi semua kerja si suami yang buat.

Tunggu suami balik kerja buang sampah. Si suami takut dengan isteri bila isterinya mer0yan keluar semua ayat p..k..i.. mak semua. Memang ada orang yang macam kak ipar awak. Cuma harap dia insaf. Dapat suami yang baik tapi tak tahu menghargai.

Hafizah Z Said : Kadang – kadang ada sebab kak ipaq h4ng jadi cam tu. Sebab saya pun pegang tittle kak ipaq. Bab abang h4ng tu mungkin dia memang boleh terima per4ngai bini dia cam tu. Kalau dia tak suka, suruh cerai je lah nak tunggu buat apa melainkan ipar duai biras yang suka campur tangan hal depa. Lagi satu budak – budak ni memang suka makan berebut – rebut ramai – ramai ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.