Budin menyesal curang dgn isteri, lepas isteri meninggaI dia tekad curi selembar kain k4fan arw4h

Beberapa bulan lepas kahwin dengan Budin, wajah Mona bertukar pucat, kusam dan banyak kesan Iebam. Ahli keluarga Mona tuduh Budin d3ra Mona. Sehinggalah Mona mengandung, dia sudah tidak cantik dan berseri lagi. Budin mula curang dengan seorang pelayan kedai makan berbangsa Siam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hari ni saya nak cerita satu kisah sedih yang mungkin akan mengganggu em0si para pembaca. Pertama saya ingin nyatakan bahawa kisah ini telah lama berlaku. Lebih kurang dalam 20 tahun yang lalu ketika saya masih di bangku sekolah.

Ketika saya masih anak – anak hingusan yang tidak kenal erti syir1k, khur4fat dan kufur. Saya cerita di sini bukan untuk menunjuk hebat atau sebagainya. Sekadar untuk renungan kita bersama. Kisah ini juga merupakan salah satu daripada pengalaman saya mengikut Izham dan Hisyam mengubat orang.

Kisah ini bermula apabila ada salah seorang daripada penduduk kampung meninggaI dunia ketika melahirkan anaknya yang pertama. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan manakala si ibu meninggaI dunia. Selepas itu kampung tersebut mula dih4ntui oleh makhluk yang dipanggil p0ntianak.

Makhluk itu tidak pernah meny4kiti penduduk kampung, ia hanya menakut – nakutkan penduduk kampung dengan kelibatnya sahaja. Biasanya mereka yang pulang kerja pada lewat malam lah yang selalu terserempak dengan makhluk itu.

Makhluk Allah yang saya namakan Mona itu sering kelihatan merayau – rayau seperti mencari sesuatu. Kadangkala kelihatan seperti dia berjalan, kadangkala hanya melintas di depan mata dengan sekilas pandang. Mona sentiasa kelihatan bertenggek pada tiang – tiang elektrik, duduk di perhentian bas, kadang kala di atas bumbung rumah ataupun di pokok – pokok yang besar dan rendang sambil menangis.

Suara tangisannya seperti suara kucing yang ingin mencari pasangan. Kadang kala terdengar makhluk itu mengerang kes4kitan seperti wanita sedang meneran untuk melahirkan anak. “Abang buka pintu bang… H4ntu Mona ada kat atas bumbung rumah kitaaa…”

Cerita salah seorang penduduk kampung tentang pengalaman isterinya yang pernah terserempak dengan makhluk tersebut ketika pulang daripada kerja shift petang. Menurut orang kampung, hampir sebulan kampung tersebut lengang apabila malam menjelma.

Tiada lagi bunyi riuh rendah motorsikal anak – anak muda yang berkeliaran. Tiada lagi bunyi hiruk pikuk ‘artis jalanan’ yang berteriak sambil memetik gitar kapok. Hanya tinggal bunyi kenderaan mereka yang ulang alik daripada menunaikan tanggung jawab mencari rezeki.

“Mona pernah tumpang motor saya… Busuk bau b4ngkai..!” “Bertenggek pulak dia kat bumbung kereta saya… Balik tu demam terus dibuatnya…” “Anak saya nangis jer malam tadi. Atap di cakar – cakar nya Mona… Entah apa lah mahunya…”

Begitulah riuhnya mereka bercerita pengalaman mereka. “Buruk mukanya. Berulat…” “Panjang taringnya… Entah apa lah dia nak tokak..” “Kelmarin dulu, ada pergi jenguk kubvr dia. Berlubang.. Tanah mendap. Dah di tambak oleh Jali pun sama juga. Apa lah d0sa dia dulu – dulu…”

Panjang lebar mereka bercerita sesama sendiri tidak perduli lagi perasaan keluarga Mona yang turut sama hadir pada malam itu. “Kedai – kedai makan dan juga runcit terp4ksa tutup awal bimbang terserempak dengan makhluk itu…”

Sambungnya lagi. Malam itu, ketika Izham dan Hisyam sedang menyiapkan alatan perubatan ada selembar kain putih melintas di hadapan mata saya. Saya menghampiri Izham dan duduk di sampingnya. Izham yang faham dengan saya hanya berbisik.

“Banyakkan selawat, berzikir dan bertahmid dik. L4wan jangan lemah..” Tiba – tiba mata saya terpandang makhluk tersebut duduk di pohon besar di depan rumah. Saya merenung wajahnya. Tidak kelihatan seperti yang mereka gembar – gemburkan tadi.

Tiada taring yang panjang, tiada ulat yang berkerumun di bahagian muka dan tiada rambut yang panjang tidak terurus. Hanya sebujur wajah yang penuh dengan pend3ritaan. Rambutnya yang memang sedia panjang itu rapi ditiup angin.

Kaf4nnya juga kelihatan sudah terbuka. Hanya tinggal sarung yang tidak berjahit. Mungkin kerana wajahnya yang tenang itu membuatkan tiada perasaan takut pada saya. Jika pembaca ingin tahu, ia bukanlah jubah panjang dan kembang seperti yang kalian lihat di televisyen.

Ia merupakan kain kafan untuk jen4zah perempuan yang telah dibuka ik4tan talinya. Sebelum sesi perubatan bermula, Hisyam meminta keluarga Mona menceritakan serba sedikit tentang Mona. Menurut mereka, semasa hidup Mona merupakan seorang perempuan yang ada rupa dan pandai.

Mona juga seorang yang baik hati dan peramah. “Mona ini langsung tidak kedekut dengan senyuman.. Senyum jer. Buat lah apa pun kat dia tetap dia senyum”. Kata ibu Mona manakala beberapa orang kampung yang ada menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata – kata si ibu.

“Asalnya kami tidak izinkan Mona nikah dengan Budin. Kerjanya tidak menentu. Rajin dia, turun lah ke laut. Datang malas dia duduk jer lah kat warung main dam haji sampai ke malam. Tapi bersungguh benar dia berkehendakkan Mona. Jadi sebelum dipujuk – pujuk kemudian di bawa lari putih mata kami sebagai mak bapak, kami pun nikahkan jugak lah mereka berdua..”

Ada sedikit nada penyesalan di hujung cerita si bapa. Selepas beberapa bulan bernikah, kecantikan Mona sedikit demi sedikit tenggeIam. Wajah putih mulus Mona bertukar menjadi pucat dan kusam. Kesan Iebam – Iebam mula kelihatan di tubuh badan Mona.

Pada awalnya keluarga Mona menuduh Budin telah memukuI dan mengasari Mona. “Tetapi bila dibawa ke hospitaI, pihak hospital menafikannya kerana kesan itu bukan seperti dipukuI lebih kepada seperti digigit oleh binatang berbisa seperti lipan.”

Jelas bapa Mona. Perkara ini berterusan hingga lah Mona mengandung. Melihat Mona yang sudah tidak cantik dan berseri lagi, Budin curang. Budin mula meminati seorang pelayan kedai makan berbangsa Siam. “Hari – hari makcik nampak Mona nangis macam orang giIa bila tahu Budin giIakan pekerja Siam tu…”

Jelas ibu Mona sambil menangis. “Encik Hisyam buat lah macam mana pun asalkan r0h anak kami tenang”. Sampuk bapanya pula. “Kami tahu ni semua kerja budak Siam tu. Ada lah dia buat benda tak baik pada arw4h sampai jadi macam tu…”

Tambah ibu Mona lagi. “In Sha Allah kami ikhtiar selebihnya Allah punya kuasa”. Hisyam mulakan sesi perubatan. Kali ini mereka tidak menggunakan saya sebagai pengantaraan. Maka jelas di mata saya setiap apa yang berlaku. Tiba – tiba Budin datang dan menjerit seperti orang giIa meminta Hisyam berhenti daripada meneruskan bacaan mentera kemudian Budin terus melarikan diri lalu hilang dalam kegelapan malam.

“Mari kita pergi rumah Budin”. Hisyam segera mencapai k3ris pusaka peninggaIan arw4h datuknya. Kami dan beberapa orang kampung dibawa oleh bapa Mona ke rumah sewa Budin. Budin tiada di situ. “Pecahkan…!!” Kata Hisyam tegas.

Ketika pintu rumah dibuka. Bau busuk mula menusuk hidung. Kami terus menuju ke bilik Budin. Betapa terk3jutnya kami apabila melihat sekeping gambar Mona di letaknya dalam botol cuka direndam bersama minyak yang berbau busuk seperti b4ngkai.

Apa yang lebih meng3jutkan ada selembar kain k4fan membaluti batang pisang yang sudah reput seperti seorang perempuan sedang berkemban dan di sisinya penuh dengan kesan air m4ni yang telah kering malah ada yang masih basah.

Tapi pada mata saya yang terbaring itu bukanlah batang pisang. Tetapi Mona dengan mata yang sayu memandang saya. Malam itu juga beberapa orang kampung termasuk bapa Mona mencari Budin. Setelah Budin ditemui, Budin dibawa kepada kami.

Setelah dip4ksa oleh Hisyam barulah Budin membuka mulut menceritakan segalanya kepada kami, keluarga Mona dan orang kampung sebagai saksi. “Aku sayang kan dia. Terlalu sayangkan dia. Aku takut hilang dia. Aku takut dia pergi kepada orang lain sebab tu aku ‘kunci’ dia.

Biar dia nampak aku jer. Biar dia sayangkan aku jer. Biar dia giIakan aku jer. Tapi aku bukan nak suruh dia jadi b0doh, jadi tuIi, jadi biIl macam tu. Aku cuba nak buang ‘kunci’ tu tapi b0moh tu nak aku bayar lebih. Aku tak ada duit. Aku tak mampu.”

“Tiap – tiap malam aku nampak benda tu datang makan d4rah Mona. Aku tak sanggup tengok sebab tu aku tak duduk rumah. Aku lepak kedai Siam. Mana aku tahu boleh jatuh hati pada budak Siam tu pulak. Mana aku tahu dalam bioI – bioI Mona boleh pulak dia tahu aku curang.

Aku tak sengaja. Monaaaa maaf kan abang sayang. Abang sayang Mona. Abang nak Mona balik macam dulu – dulu. Kita mulakan hidup baru ye sayang” Jerit Budin sambil menangis. Tiba – tiba sepantas kilat bapa dan abang sulong Mona bangun memukuI Budin sekuat hati.

Nasib baik dihaIang oleh beberapa orang kampung, jika tidak mesti Budin m4ti dibeIasah pada malam itu. Rupa – rupanya selepas Mona dikebvmikan, malam itu Budin telah mencuri selembar kain k4fan Mona untuk dipuja. Oleh sebab itulah kubvr Mona berlubang seperti di gaIi.

Mungkin menyesal kerana mengkhi4nati cinta Mona Budin bertindak demikian. Budin ingin Mona hidup bersamanya seperti dulu. Budin terlalu sayangkan Mona. Sebenarnya makhluk yang mereka lihat berkeliaran itu bukan lah Mona yang keluar daripada tempat persemadian tetapi ia adalah j1n yang telah dipuja dan menyerupai apa yang dipuja.

Pelbagai rupa dan bentuk yang mereka lihat adalah apa yang mereka fikirkan. Jika mereka fikir buruk maka akan buruklah jika mereka fikir elok maka elok lah apa yang mereka lihat. Kepada yang mengikuti penulisan saya sudah pasti akan tahu bahawa j1n tidak mempunyai rupa.

Mereka akan merupa mengikut apa yang mereka mahu begitu juga dengan yang telah dipuja. Mereka akan merupa mengikut sesuatu yang dipuja ataupun si pemuja itu sendiri. Jadi sentiasa berhati – hatilah dengan pandangan mata kita.

Jangan tertipu dengan tipu helah ibIis, sy4itan dan j1n. Tiada kehidupan selepas m4ti dan tiada yang m4ti akan merangkak keluar daripada kubvran kecuali ianya adalah permainan ibIis, sy4itan dan j1n untuk menyesatkan manusia.

Kembali kepada kisah Budin. Selepas bapanya membakar semua barang – barang pemujaan itu dan meminta beberapa orang ustaz ‘membersihkan’ kawasan rumah, kisah h4ntu Mona tidak lagi meniti di bibir penduduk. Budin pula, selepas segalanya terb0ngkar dia seperti orang hilang akal.

Bercakap sendirian seolah – olah Mona berada di sisinya. Saya cuba untuk menembusi hijab melihat keadaan Budin. Tetapi saya tidak mampu. Tiada sesiapa pun di samping Budin. Budin hanya bermain dengan perasaannya sahaja. Saya harap Budin akan insaf dan sempat bertaubat sebelum ajaI menjemput.

Kepada para pembaca, tidak kiralah bagaimana sayang dan cintanya kita kepada seseorang jangan sesekali menggunakan sih1r sebagai cara untuk mendapatkannya. Hati manusia Allah SWT yang pegang. Berdoa dan mintalah daripada-Nya, in Sha Allah jika sudah tertulis j0doh kita sampai ke syurga pasti akan berkekalan hingga ke hujung usia.

Sekian cerita daripada saya. In Sha Allah kelapangan nanti saya akan menulis lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Apa yang baik kita jadikan teladan dan apa yang buruk kita jadikan sempadan. – Adik… (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatimah Lee Abdullah : Sedihnya.. kerana terlalu sayang dan cinta Budin tersilap langkah. Kasihan Budin, kasihan mona, kasihan keluarga Mona. Adik, jika cerita ini benar moga Allah kasihani dan ampuni Budin. Iasti Allah akan beIas ihsan kepada Budin dan mereka bertemu di syurga. Em0si betul i baca cerita ni.

Najah Mazni Ishak : Rasa seram tu ada. Tapi lebih rasa sedih pada Mona dan marah sangat kat Budin. Tak guna punya Budin. Dah b0mohkan isteri, tak nak bertanggungjawab. Tak mampu bayar lebih untuk tarik balik katanya. Lari dari masalah.

Malas bekerja. Masa diguna untuk lari ke kedai tom yam tu boleh guna untuk kerja cari duit lebih untuk upah b0moh tarik balik sih1r tu. Time bersungguh nakkan sangat Mona tu, ada pulak usaha, ada duit nak ‘buat’ kat si Mona tu.

Dah dapat, curang pulak. Terlalu sayang, tapi boleh curang. Terlalu sayang, tak sanggup nak tengok, tapi boleh lari tanpa selesaikan masalah (tak kumpul duit untuk tolong Mona). Tinggi betul tahap sayang Budin ni kat Mona.

Puan Sufi Nur : Patutlahhh. Terima kasih confessor. Cerita ni buat aku faham dengan keadaan yang aku pernah aIami. Patut la masa aku s4kit dulu, orang nampak aku di mana – mana terutamanya dalam rumah. Padahal aku sendiri tak penah pulak terserempak dengan dia yang menyerupai aku tu walaupun aku boleh nampak jugak masa tu. Dah bertahun – tahun jugak s4kit, baru tahu, aku pon orang tu buat guna puja – puja mcm tu

Norhayati Ayop : Cerita dia banyak pengajaran, takde la seram sangat. Senangnye manusia sekeliIing menghukvm. Tak tahu pucuk pangkal. Orang mengata d0sa Mona, kesian pada arw4h. Nasib baik terb0ngkar perbuatan terkutuk Budin tu kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.