Aku terk3jut tgk CCTV, mak mertua angkut semua brg rumah aku. Sudu nak mkn pun tak ada!

Mak mentua takut betul bila anak kesayangan dia kahwin dengan orang nismilan. Takut nanti habis sehelai sepinggang. Sekarang waktu PKP aku tahu keluarga bekas suami mesti terjejas, jadi aku upah orang hantarkan barang keperluan. Aku minta seller tulis kat plastik tu ‘daripada menantu nismilan’..

#Foto sekadar hiasan. Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Bercinta tak lama, sebelum ni pun tak pernah nak bercinta dengan sesiapa. Berkawan tu adalah dan ditakdirkan bertemu j0doh dengan suami yang sekarang ni.

3 bulan pertama berkahwin semuanya berjalan lancar, bahagia. Tapi segalanya berubah bila ada campur tangan pihak ketiga dalam rumah tangga kami tak lain tak bukan mak mentua yang dikasihi. Sekadar meluahkan rasa, tak tahu nak tuju kat mana.

Aku anak kedua dari tiga beradik perempuan semuanya. Ayah aku adalah pesara kerajaan manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa. Kami datang dari keluarga yang sederhana dari segala segi walaupun ayah aku lebih dari mampu.

Dah terbiasa seadanya. Ayah jenis yang bertanggungjawab, tak pernah kami adik – beradik bercatu makan. Ini adalah kerana disebabkan sikap ibu dan ayah yang gemar berjimat cermat. Kami jarang makan di luar, sangat jarang.

Kalau berjalan jauh kami lebih selesa makan bekalan yang dimasak dari rumah sahaja. Dah terbiasa. Oh, lupa kami berasal dari negeri yang terkenal dengan adat, adat perpatih. Berbeza dengan keluarga suami yang berasal dari keluarga yang biasa – biasa berasal dari selatan tanah air.

Ayahnya bekerja kampung manakala ibu pula menjual kuih – muih bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Mempunyai 6 orang adik – beradik, 4 lelaki dan 2 perempuan. Suamiku anak yang ke-4 dan merupakan anak kesayangan bondanya.

Aku menerima lamaran suamiku setelah berbincang dengan ayah. Ayah ku merestuinya. Ayah dan ibu tidak pernah mem4ksa kami adik – beradik untuk membuat sesuatu keputvsan tetapi sebaliknya ayah dan ibu lebih gemar memberi pandangan mereka dan kami sendiri membuat penilaian dan keputvsan.

Sekiranya perlu, barulah ayah dan ibu campur tangan tapi amat jarang sekali. Itu menjadikan kami, anak – anak lebih berdikari. Keluarga aku mencadangkan tidak perlu bertunang, terus buat majlis nikah yang ringkas dan kenduri.

Wang hantaran ayah aku minta ikut kemampuan pihak lelaki, tak perlu buat personal loan untuk kenduri kahwin memandangkan ayah aku tahu kedudukan keluarga sebeIah suami. Namun ibu mentua yang beria sangat menetapkan jumlah wang hantaran sendiri memandangkan kata dia aku berkelulusan ijazah, dengan rela hati keluarga suami menawarkan hantaran RM10,000.

Cadangan ayah untuk buat kenduri sekali dengan pihak lelaki juga ditolak mentah – mentah. Ayah hanya fikirkan dengan perbelanjaan perkahwinan pihak lelaki. Tak apalah itu kehendak mereka. Ikut aja. Aku tak tahu rupanya ada konfIik, untuk majlis perkahwinan kami antara pihak mentua dan ibu ayah aku.

Senyap – senyap ibu mentua berjumpa dengan ibu dan ayah sebelum majlis diadakan dan maklumkan kerisauan dia sekiranya anak kesayangan beliau berkahwin dengan anak jati Negeri Sembilan ni akan tinggallah ‘sehelai sepinggang’.

Kata dialah. Ayah dengan tenang terangkan kedudukan yang sebenar, bahawasanya harta benda milik suami tak akan berpindah milik kepada isteri tak tentu pasal. Patutnya orang yang berkahwin dengan orang Nismilanlah beruntung dapat tumpang kemewahan harta hak milik isteri (anak perempuan) yang diwarisi turun temurun.

Bukannya ambil hak milik orang lain, tapi harta yang diwarisi turun temurun daripada ibunya khas untuk anak perempuan. Dan bangkit juga isu, disebabkan aku dan kakak sulung serta adik bongsu. Kami nak melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada tarikh yang sama pun dihaIang oleh ibu mentua.

Katanya untuk adat mereka adalah petanda tak baik, nanti j0doh tak panjang sama ada kami bercerai atau pun berpisah m4ti. Astaghfirullah al-Azim. Itu pun ibu dan ayah pecah rahsia selepas 3 tahun kami berkahwin (ada konfIik) atas alasan nak kekal harmoni.

Kalau nak ikutkan adat perpatih, orang luar nak berkahwin dengan orang negeri ni lagi payah. Tapi kami takda pun nak praktikkan adat yang akan menyusahkan pihak lain. Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun ibu mentua mendesak majlis nikah dan resepsi kami adik – beradik dijalankan berasingan, ibu bapa kami bertimbang rasa demi menjaga hati pihak lagi satu majlis pernikahan sahaja yang dijalankan berasingan.

Manakala majlis menyambut menantu diadakan sekali walaupun mendapat tent4ngan dari ahli keluarga pihak lelaki( mak saud4ra pun masuk campur). Masa majlis nikah, mak mentua aku ni menangis bagai nak rak.

Sebabkan aku ni jenis manusia positif, aku beranggapan perkara tu normal. Beza ibu dan ayah aku, nampak ceria di wajah mereka saat kami disatukan. Ibu kata mak gembira anak mak memulakan hidup berkeluarga.

Di awal perkahwinan kami bahagia. Memang la ikutkan aku berjawatan lagi tinggi daripada suami, tapi atas didikan mak ayah, aku hormatkan suami. Mak ayah pun selalu pesan, patuh perintah suami selagi mana suami tidak meminta sesuatu yang meIanggar syariat.

Suami bila berkahwin dengan aku, dia memang cuci kaki. Rumah aku dah beli, peralatan rumah semua dah lengkap. Gaji aku pada masa tu RM6000, manakala suami bergaji separuh dari gaji aku. Tapi itu bukan alasan.

Komitmen bulanan aku selain kereta, loan ASB, loan untuk 2 buah rumah. Suami memberi aku nafkah diri sebulan RM300, ansuran bulanan kereta aku dia sumbang RM300, bil utliti semua suami uruskan. Termasuk makan pakai aku.

Selama 3 bulan. Dan aku ingatkan suami untuk beri sumbangan untuk kedua ibu bapa dia. Berapa dia nak bagi terpulanglah, asalkan ikut kemampuan dia. Dah jadi kebiasaan bila aku pulang ke kampung menziarah ibu dan ayah pasti aku bawakan barang makanan.

Sama juga keadaannya bila balik ke rumah mentua. Sebulan paling kurang dua tiga kali balik kampung mentua di selatan tu. Aku ni ikutkan jenis tiap – tiap minggu balik kampung jenguk ibu dan ayah kat kampung yang memakan masa perjalanan sejam setengah.

Tapi bila dah berkahwin aku masih boleh bertolak ansur bila suami ajak balik kampung dia. Kan aku jenis positif, sebab aku tengok mak mentua ni macam susah sangat nak lepaskan anak lelaki dia ni aku layankan saja.

Itu pun mak mentua kata aku lebihkan keluarga aku. Kerja nak lebihkan mak ayah aku aje. Masalahnya tiap – tiap minggu dah balik kampung dia saja. Aku pun ada mak ayah. Tapi hubungan aku dengan mak ayah dan adik beradik aku dah m4kin jauh.

Aku dah jarang – jarang balik ke kampung. Jarang sangat. Walaupun boleh saja kalau nak balik kampung suami singgah kejap. Tapi tu laaaa… aku pendam rasa bila aku ditohmah macam – macam. Setiap kali balik, dia akan sebut,

“Dah tua nanti anak lelaki aku bukan nak jaga aku, elok lah aku duduk rumah orang tua saja. Anak aku ni pakat dok kahwin dengan orang negeri plak tu. Mana hingin nak jaga aku yang tua ni. Eloklah aku m4ti cepat.”

Bila ibu mentua sebut perkara ni di hadapan aku akan aku nasihat elok – elok, gosok – gosok belakang mak mentua aku tu mulalah dia drama air mata. Aku cakap, “Cakap perkara yang elok – elok saja mak. Kata – kata seorang ibu doa, setiap perkataan yang kita lafazkan.

Mak doa perkara baik minta jauhkan perkara tak baik. Insha allah. Allah jaga mak.” Lagi dia menangis. Macam aku kongsikan tadi aku dah terbiasa beli barang peruntukan untuk rumah mertua. Malah toiletries ( ubat gigi, shower gel, bath lily, berus gigi) serta sabu cuci pinggan mangkuk, sabun cuci pakaian semua aku siap beli.

Sebab dah terbiasa, takkan balik kampung lenggang kangkung kan? Barang – barang yang aku beli tu dia suka sangat jerit kuat – kuat cakap beras muka Jalaluddin Hasan yang aku beli tu dia tak makan, dia makan beras wangi saja.

Dia tak nak. Minyak masak saji yang aku beli tu pun dia tak hingin. Pedih telinga aku dengar. Pertama kali aku kena, memang aku nangis, sebab mak aku seorang yang lemah lembut takde cakap kasar dengan anak – anak macam mak mentua aku ni.

Seingat aku tak pernah mak menjerit terpekik – pekik waima keluarkan perkataan yang kasar. Aku terk3jut dengan reaksi sebegitu rupa. Jadi sangat tepatlah kata orang – orang tua, bila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan suami kita.

Kita berkahwin sekali dengan ahli keluarga dia. Ada sekali tu masa di kampung suami aku terdengar perbualan antara mak mentua dan suami. Mak mentua persoalkan tindakan suami yang bagi aku nafkah RM300, tolong tambah bayarkan ansuran kereta aku, bayar bil utiliti dan lain – lain.

Semua dia pertikaikan. Dia upkan elaun khas daripada anak lelaki dia yang sorang ni untuk mak mentua dari RM500 sebulan ke RM1000. Aku dengar rasa nak menangis dalam hati. Kenapa seorang ibu tergamak berbuat sedemikian, bila anak ni bertanggungjawab menjadi suami yang baik ditekankan pula dari sudut lain.

Suami aku jelaskan, dia kata tu tanggungjawab dia, dah rumah aku yang bayar apa salahnya dia bantu sikit kewangan aku. Mak mentua menangis, itu senj4ta dia. Suami aku memang kalah bab ni. Bulan berikutnya suami menjelaskan dia tak mampu nak bagi aku banyak, dia p0tong duit nafkah aku, bayar bil.

Aku cakap, takpa aku faham. Tak salah dia nak bantu mak yang besarkan dia. Aku positif lagi sebab aku fikir betapa payahnya mak ayah nak besarkan anak – anak ni. Aku cakap aku redha. Sekurang – kurangnya ada daripada takda.

Dan suami aku pun jelaskan dia ada buat personal loan sebulan RM800 untuk buat rumah keluarga di kampung dan juga untuk majlis kahwin kami. Suami cerita ikutkan rumah dia yang asal takda pintu pun, tutup guna zink saja.

Lepas dia bekerja, buat loan dan perbaiki rumah mak dia ni. Jadi, aku nampak la suami aku ni memang sayang mak ayah dan keluarga. Dia memang baik. Patutlah mak dia sayang lebih. Aku dok perhati anak lelaki yang lain suka membantah apa cakap mak mentua ni.

Suami aku ni jenis yang ikut saja apa mak dia cakap. Sem4kin lama kami berkahwin m4kin aku kenal sikap keluarga dia. Berbelanja lebih dari kemampuan. Keluarga aku yang sederhana pun takda boros berbelanja. Selagi boleh jimat kami jimat.

Lebih kepada simpanan di masa kec3masan dan akan datang. Mak ayah aku ni jenis berjimat takda heran pun dengan barang berjenama dan mahal. Asalkan barang tu berbaloi beli dengan harga yang paling ekonomi. Berbeza dengan keluarga sebeIah mentua.

Ikutkan mereka berasal dari keluarga yang susah, pencuci pinggan pun ada hati nak guna jenama Amway. Bayangkanlah macam mana? Bercuti sana sini walaupun mereka tak mampu. Setahun ntah berapa kali bercuti Adik – beradik dia semua kerja makan gaji dengan jawatan yang biasa – biasa, maksudnya income semua bawah RM3000 tapi berbelanja bagai nak rak.

Selalu keluar makan luar, bila nak bayar mesti tolak kat suami aku. Kemudian suka bercuti berhuhu sana sini. Pada aku boleh nak bercuti, tapi plan awal. Jangan main redah saja. Bila main redah ni lah yang selalu aku tengok suami aku yang semak, bengk0k.

Mana mak dia nak pergi berjalan, dia ikut saja. Lama kelamaan, suami yang aku kasihi ni dah abaikan tanggungjawab dia. Nafkah aku memang dia tak terbagi lagi begitu juga dengan yang lain – lain. Mula – mula macam biskut chipsmore, kejap ada kejap takda.

Lama kelamaan langsung tak da dah. Tapi itu pun aku tolak ansur lagi, takpela dia nak bahagiakan hati mak dia. Bukan orang lain. Tapi benda ni lah yang makan diri aku balik. Makan hati berulamkan jantung. Lagi dan lagi.

Mak mentua aku ni kuat cemburu, apa aku ada dia nak. Kalau datang rumah aku, tengok aku ada perkakasan elektrik baru dia nak juga. Sampai la ke kain cadar rumah aku pun dia boleh jadikan cerita. Tapi yang tak best keluarga suami aku selalu tohmah aku, kata suami aku ni manjang takde duit sebab isteri dok minta belikan itu ini.

Pada hal, ikutkan, semua aku beli guna duit sendiri. Selalu aku payungkan dia orang lagi adalah. Dia orang ni termasuk mak mentua aku ni kalau dok membawang tu tengoklah kiri kanan, depan belakang. Ni tak, main bawang saja. Aku tengah jemur kain pun boleh dengar dia orang punya bawang.

Mula – mula tu memang sedih, nak plak aku dah kahwin dua tahun tak beranak lagi. Tu pun jadi isu. Tapi lama – lama bila ko ni seorang yang positif, dan kena bawang ko jadi lagi kuat. Sado orang kata. Imun beb. Ko nak kata apa, katalah.

Aku tak harapkan puji – pujian pun. Allah tahu apa yang aku buat. Bapa mentua aku ni baik. Dia selalu pert4hankan aku kalau mak mentua aku dok marah aku, ada benda tak puas hati ke. Bapa mentua aku ni la keje pert4hankan aku.

Kadang bapa mentua aku balik yang kena sergah. Suami aku memang dia akan diam saja kalau aku kene fire. Aku tengok muka suami aku pun serba salah bila mak dia buat per4ngai tu. Aku ni bukan menantu kesayangan.

Aku yang selalu payung mak mentua pun dia nyampah dengan aku. Sebab dia rasa aku ni habiskan duit anak dia. Kalau aku belikan baju raya, sama ada baju siap ke, kain pasang ke, tudung ke, handbag ke, sandal ke semua tu dia tak akan pakai.

Dia akan sedekahkan kat orang lain. Macam biasa, mula – mula saja aku sedih lepas tu aku tabahkan hati. Lain pula cerita kalau menantu yang lain bagi hadiah, bukan main puji. So nampak sangatlah dia memang tak suka aku.

Dalam kes aku ni, wang ringgit dan harta benda memang tak dapat beli kasih sayang mak mentua aku ni. Bila tiba waktu memasak, memang skrip biasa dia dok cakap kat anak menantu yang lain. “Kalau kahwin dengan orang nismilan ni mesti hidup selai sepinggang.”

Itulaa dia keje repeat. Aku cakap alhamdulillah saja la dalam hati. Aku sentiasa hadiahkan al fatihah untuk mak mentua aku ni. Takpalah mak. Satu hari, aku beli tanah lot kat kampung. Biasala asal ada orang kampung nak jual tanah mesti ayah aku tanya anak – anak dia siapa yang berminat nak beli.

Orang kat sini kadang – kadang anak sambung belajar ke, anak nak kahwin ke dia orang jual tanah. Aku beli, kemudian aku buat rumah dua biji. Takde la besar, kecik saja. Boleh la buat rumah sewa untuk duit tepi. Masa ni mak mentua aku mer0yan sakan.

MeIalak macam orang tak betul. Sebab pada dia, bila aku orang nismilan ni buat rumah, anak dia takkan balik kampung lagi jenguk dia. Pada hal kalau ikut kalendar Islam ke Masihi ke aku rasa dah tiap – tiap minggu keje balik kampung suami aku saja.

Yeala, orang kampung dia saja reti buat kenduri tiap – tiap minggu. Aku tau ibu ayah aku kadang kecik hati ngan aku sebab lebihkan keluarga mentua. Sedih gak, tapi apalah dayaku. Aku rasa, episode apa lak nak datang ni.

Hari – hari nangis telefon anak dia ngadu domba. Suami aku ni pun satu, semua benda nak cerita ngan mak dia. Kalau mak tu jenis boleh fikir logik tu takpa. Aku malas la nak cerita kat semua orang, tanah tu beli guna duit dividen asb yang aku menabung sejak aku mula kerja lagi.

Kan aku dah cakap, keluarga aku memang jenis suka menabung tak suka membazir kepada benda bukan keperluan ni. Bayangkan duit simpanan aku daripada baby sampai usia aku 18 tahun dalam bank aku dah ada RM25,000 (termasuk dividen).

Mak aku pandai simpan duit untuk anak – anak. Sampai semua benda ke aku kena bagitahu kat mak mentua aku ni, rimas pun ada juga. L3mas pun ye. Lebih kurang sebulan mak mentua aku dok mer0yan pasal rumah aku tu.

Aku dah jelaskan aku takde guna duit anak dia sesen pun. Tapi dia tetap tak nak percaya. Tu belum bab cerita cuti hari raya. Raya pertama memang dah jadi tradisi kat kampung suami saja la. Aku ikut saja la. Tapi takkan lah sampai raya ke-3, ke-4, ke-5, ke-6 pun nak sauk kat sana je?

Aku pun ada keluarga. Kadang kita baru sampai kampung aku, mak mentua dah call tanya bila nak balik. Kata Mak su ni buat makan – makanlah. Minum – minumlah. Buat BBQ la. Macam keluarga dia saja ada mak su. Aku ada ibu dan ayah lagiIah.

Timbang rasa laa sikit. Dari Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya Deepavali semua plak dia nak sambut. Dah ibu ayah aku, adik – beradik aku ni macam mana? Mak mentua aku ni kalau boleh dia nak anak dia nikah dengan orang sekampung.

Dia puas hati bila tiap – tiap majlis semua anak menantu dia ada. Kalau sorang takda memang muncung sedepa, lebih – lebih lagi suami aku ni. Suami ni pula jenis gelabah, tak boleh dengar mak dia nangis sikit, mulalah muncung.

Buat muka. Lama – kelamaan aku pun takde mood nak layan ragam macam tu. Aku suruh saja dia balik pergi tatap muka bonda dia puas – puas. Aku pun ada em0si untuk diuruskan juga. Kadang – kadang aku terfikir, apsal aku nak buat baik kat orang jenis macam ni.

Dia memang tak nak dan tak pernah nak hargai aku. Aku kesian sebenarnya dengan kehidupan dia, susah. Bangun pagi buat kuih. Tapi gaya hidup dia terlebih pulak aku tengok macam mak datin. Nak gelang emas lah, hand bag mahallah.

Ibu aku tu kalau aku hadiahkan hand bag harga RM800 pun dah bising kata jangan membazir. Mak mentua aku kalau aku bagi dia hadiah, dia cemuhnya kata bag tu buruk. Tapi kalau ipar aku bagitau harga bag tu reti plak dia pakai.

Yang pasti dia guna beg tu bila tak keluar ngan aku. Mak tak tau menantu yang mak benci ni tiap – tiap bulan bayarkan bil elektrik dan bil air mak, tambah akaun astro mak yang ada dua via jompay. Sebab mak suka on saja tv kat dapur tu bila mak buat kerja kat dapur.

Sebab bila aku hulur duit belanja kat tangan dia tiap kali balik RM100 dik4tanya nak buat t4ik gigi pun tak dapat, baik tak payah bagi. Tu kata dia. Aku chill je, tak nak takpa. Aku kasi kat ayah mentua aku untuk dia simpan duit dalam tabung haji.

Ayah mentua aku pun tau aku yang dok bayar semua bil – bil tu. Kadang – kadang kesian kat ayah mentua ni, selalu sangat kena herdik ngan mak mentua. Sabar betul dia. Satu hari, aku dapat tau suami aku dapat tukar kerja ke kampung halaman dia.

Aku pelik juga. Aku tanya dia minta tukar ke, dia ditukarkan??? Dia senyap saja. Aku call jabatan berkaitan. Dan jawapan yang aku dapat adalah amat mendukacitakan hati aku. Kenapa dia tak bincang dengan aku??? Sedih sangat hati aku masa tu.

Berderai jatuh ke lantai. Dah kenapa suami aku ni? Biar betul nak berjauhan dengan aku? Aku terfikir aku ni siapa? Sampai keputvsan nak minta tukar bertugas di kampung sendiri tu takde langsung nak bincang dengan isteri sendiri.

Kemudian aku dapat tahu daripada mulut mak mentua aku sendiri, dia cakap, “Padan muka kau, kau duduklah rumah kau yang kau buat kat kampung mak ayah kau tu sensorang”. Sambil gelakkan aku. Allahuakbar, tabahkanlah hati h4mba mu ini.

Aku malas nak g4duh dengan suami aku. Maka aku kemaskan barang – barang dia sambil menangis. Aku tak boleh nak cakap sepatah apa pun sebab terlalu sebak, sedih. Ibu ayah aku dapat tahu, macam biasa, “sabar saja la kakak.

Kakak buatlah surat tukar, insha allah ada rezeki kakak.” Positifnya ibu dan ayah aku ni dari aku nak mer0yan aku jadi positif balik. Aku redha ntah ke berapa juta kalinya. Tapi dalam redha, aku beri kata dua kat suami aku. Aku terus terang dengan dia.

Aku tak tahu sampai bila aku nak hadap drama ni, aku tak kuat. Sama – samalah kami menangis. Habis tu nak buat apa? Aku cakap, takkan sebab ni aku nak minta cerai dengan suami? Sebab hubungan kami masih baik.

Cuma yang jadi tak baik bila ada campur tangan mak mentua tu saja. Suami aku minta maaf dengan aku, sebab tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami, tak dapat nak berlaku adil. Dia mengaku dia kalah dengan tangisan mak dia.

Aku tengok dia pun kesian, tertekan dengan mak sendiri. Aku pesan kat suami, apa salahnya say NO. Kentalkan hati. Janganlah semua benda nak ikut saja. Sampaikan dia punya sayang kat mak tu, kalau mak dia tunjuk arah jalan yang salah pun dia akan ikut saja.

Dia cakap kat aku, “abang memang tau arah jalan mak bagi tu salah, tapi abang tak sampai hati nak cakap dekat mak yang dia salah jalan. Abang saja nak puaskan hati mak.” Aku jawab, “Tapi abang lupa, sepanjang kita kahwin tak pernah pun abang cuba nak puaskan hati isterimu.”

Dia diam seribu bahasa. Sebulan suami bertugas di tanah air sendiri, aku disahkan mengandung. Terubat Iuka di hati ini. Aku rasa gembira. Kalau dulu aku selalu balik kampung mentua. Disebabkan per4ngai mak mentua yang tak sukakan aku ni, aku dah jarang balik kampung dia.

Sebulan sekali saja aku balik ziarah. Lagipun dia pun tak kisah sebab anak dia ada hari – hari depan mata dia. Aku pun bebas balik kampung ibu ayah aku yang dah 3 tahun aku abaikan. Selalu aku berjumpa dengan suami di kampung ibu dan ayah aku saja.

Biasala orang kalau dah ada perasaan hasad ni memang tak reti senang duduk. Ada saja jalan nak kepit dengan anak dia. Pelik aku. Bila kami dah tak menetap bersama, maksudnya PJJ bila sekali sekala balik tu pun mentua nak jeles. Iya, kadang – kadang tak tercapai dek akal.

Contoh kami sama – sama keluar beli barang keperluan di pasaraya. Bila dah sampai rumah, dia ajak keluar lagi konon nak beli barang yang dia terlupa nak beli. Nak keluar berdua saja pula tu, aku nak ikut dia marahnya aku.

Balik takde pun beli apa – apa. Rupanya ajak anak dia keluar makan cendol. Hahaha, kadang aku rasa kelakar pun ada. Tak lama selepas tu, aku diuji sekali lagi. Kali keberapa juta kali. Mak mentua plan nak menunaikan umrah.

Benda baik buat apa nak halangkan? Tapi yang menjadi masalah tu tarikh dia nak berangkat ke tanah suci tu adalah minggu aku dijangka melahirkan anak sulung. Dan sudah tentu dia ajak suami aku yang jadi peneman dia.

Nangis lagi aku. Dah la nak beranak sulung. Mestilah harapkan suami ada di sisi. Dan macam biasalah suami aku ni buat pinjaman untuk dia dan ibu tercinta sama – sama mengerjakan umrah. Apa salahnya pergi buat umrah lepas aku bersalin ke.

Nampak tak permainan dia kat situ? Sampai tahap ni, aku dah tak mampu nak positifkan diri. Walaupun aku cuba men4han diri daripada berkata sesuatu yang tak baik. Iyalah suami aku ni pun satu tak reti ke nak bezakan mana satu tanggungjawab dia, keutamaan dia sebagai suami.

Hak aku sebagai isteri dia. Aku letih, sangat letih. Aku cakap kat suami aku. Hati aku s4kit dan aku tak faham kenapa dia ambil keputvsan yang sedemikian rupa. Dalam s4kit hati aku ni kat mak mentua dan suami aku, aku tahan diri aku dari kata yang bukan – bukan.

Dalam hati aku menahan s4kit yang amat p3rit, aku fikirkan lagi pasal orang lain. Kang aku cakap macam – macam tak tenteram pula suami nak menunaikan umrah. Aku cakap, doakanlah untuk sayang bila abang sampai di sana.

Doakanlah yang baik – baik. Aku str3ss sebenarnya. Aku meraung sekuat hati kat mak ayah aku. Semua family aku sedih tengok keadaan aku, tapi aku jadi kuat balik sebab adanya mereka beri kata – kata semangat kat aku.

Mak mentua cakap, ala nak beranak saja pun, Bukan apa pun. Aku dulu beranak kat rumah je, kata mak mentua. Di saat suami nak berlepas ke tanah suci menunaikan umrah aku masih berdoa, semoga dibukakan pintu hatinya menemani aku tika bersalin nanti.

Hampa memang hampa. Kakak kena redha saja sambil telan air liur melihat mereka melangkah kaki dengan hati yang riang. Pergi tinggalkan aku dan anak dalam kandungan tanpa apa – apa nafkah pun. Beli baju baby sehelai pun tak ada.

Dia tak terfikir kot. Dah la tak nak temankan aku beranak. Singgit pun tak hulur kat aku. Sodih…. Aku dah pandai mengungkit sekarang ni. Ya, seperti yang dijangka aku bersalin tanpa kehadiran suami di sisi. Aku kuat sebab anak yang aku kandung saja.

Aku kuat sebab Allah ada. Aku kuat juga sebab keluarga aku sentiasa di sisi. Ini bahagian aku. Aku nekad, aku akan didik anak lelaki aku ni untuk jadi insan yang boleh berlaku adil dan horm4ti perasaan insan lain. Kalau nak ikutkan sedih memang sedih tapi aku malas nak layan sedih aku.

Sepanjang proses aku mengandung, dengan perut memb0yot ke hulu hilir sorang – sorang. Takkan la aku nak sambung sedih aku masa proses berp4ntang pula kan? Sepanjang proses p4ntang aku tinggal di rumah ibu ayah aku.

Ayah yang hebohkan ulang alik ke kIinik dan hospitaI sebab anak aku jaundis. Hati aku tenang. Baby pun tak banyak ragam. Ketenangan jiwa aku sebentar sahaja. Balik saja mak aji wannabe tu, dia mula lagi drama. Aku belum habis p4ntang dia nak suruh suami aku bawa balik baby balik kampung dia.

Maknya tak payah bawa sekali pun tak apa. Kali ni aku keras. Aku meng4muk, tak terkawal em0si rasanya. Dengan suami aku pun aku haIau balik kampung mak dia. Aku bagitau suami aku, pilih aku ke mak dia??? Masa tu aku memang macam orang hilang akal.

Macam biasa suami aku pilih mak dia. Kali ni ayah aku masuk campur, ayah aku cakap disebabkan keadaan tegang, masing – masing tak nak beralah dan aku berdegil tak nak dengar cakap sesiapa dah. Ayah aku minta suami aku balik rumah mak dia, tenangkan diri.

Fikir masak – masak. Ayah minta kami berasingan sementara waktu. (Walhal dah lama dah kami berasingan). Ambil masa untuk fikir. Ayah akan sokong apa jua keputvsan kami. Sebenarnya ayah aku pun dah tak tahan tengok aku dilayan macam tu.

Dalam tempoh seminggu dua tu mak mentua dok bako line. Dia call marah – marah aku. Fed up betul. Aku call suami yang dah lama tak hubungi aku tu, aku bagitau dia aku nak gi tenangkan diri. Aku minta izin suami dan just bagitahu dia aku perlukan masa.

Aku ajak ibu ayah aku bercuti. Bercuti tanpa pengetahuan semua orang mana destinasi yang nak dituju. Aku nak tenangkan diri. Aku malas nak layan drama swasta mak mentua aku. Aku dan ibu ayah offline dengan dunia luar.

Aku guna nombor baru khas untuk ahli keluarga aku hubungi kiranya ada kec3masan.. Aku letih. Berapa tahun aku dok melayan karenah orang lain sampai aku tak sedar aku dah s4kitkan diri aku sendiri. Aku sewa homestay kawan aku dua bulan.

Memang kali ni aku nekad. Aku nak bercuti dalam keadaan tenang. Terp4ksa ibu ayah aku ikut sama. Ada juga dia nasihatkan aku, tapi ada masa ibu ayah pun geram dengan kelakuan suami dan mak mentua aku. Balik daripada bercuti, aku dah habis p4ntang.

Anak aku pun sihat alhamdulillah dapat dikawal sepenuhnya daripada pengaruh yang tak baik. Aku on jer no hp yang aku guna sebelum ni. Berjuta lemon missed call. Tak cukup dengan missed call, aku dapat ribuan WhatsApp message.

Salah satu message yang buat aku lega membacanya suami aku lafazkan cerai dalam whatsapp message saja korang. Hebatkan jadi lelaki? Dah la tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Heboh persoalkan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya sedangkan kau lagi berd0sa dengan aku.

Kegagalan kau sebagai suami kau tak nampak. Salah aku kau nampak. Aku tersenyum, aku tak sedih pun. Langsung takda perasaan sedih dalam kamus hidup aku di saat itu. Aku enjoy. Perasaan aku seperti ada duri dalam daging yang tertusuk selama ni dapat dikeluarkan dengan jayanya.

Perasaan aku puas. Aku failkan permohonan untuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah. Selesai saja semua urusan tu aku buat permohonan untuk hak jagaan anak (Hadhanah) sebab aku pasti nanti mesti ada pertikaian antara dua pihak. Percayalah. Alhamdulillah, aku tak pisahkan anak dan bapanya.

Aku bagi peluang untuk suami luangkan masa dengan anak dia juga. Nafkah anak aku tak pernah minta, kalau dia tau tanggungjawab dia bagi. Sebulan dua kali adalah datang menziarah. Aku tak bagi akses bermalam sebab pernah terjadi tak bagi balik anak aku.

Str3ss nak melayan karenah dia orang. Aku boleh sabar, sabar dan sabar tapi hati aku susah nak capai tahap redha seikhlas hati tu. Perkahwinan kami bertahan hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja. Dah setahun aku memegang status ibu tunggal.

Ye aku wanita yang tak mampu redha, kalah dengan ujian mak mentua yang tak suka aku sebagai menantu, menantu dari Negeri Sembilan. Dah berpisah pun mak mentua sibuk nakkan harta aku. Siapa yang kikis siapa tak tahulah.

Dia kata nak tuntut keadilan bagi pihak anak dia. Nak tuntut harta sepencarian kata dia. Tuntutlah mak, selagi mak boleh tuntut. Mak angkut perkakas rumah, sampai saya nak makan guna sudu pun takda. Hahahaha Siapalah yang tinggal sehelai sepinggang ni kan mak?

Nak tidur di rumah sendiri pun berbantalkan lengan. Terp3ranjat aku balik dari kursus 3 hari, rumah aku clear. Pakaian aku abis dilonggokkan di luar rumah. Mak cer0boh rumah orang mak, mencuri pula tu. Rumah aku ada cctv ye.

Barang – barang rumah aku tu semua aku beli sendiri. Anak mak kahwin dengan saya cuci kaki masuk rumah saya mak. Sebelum kahwin lagi aku dah beli barang – barang rumah. Kot ye pun mencik bekas menantu Negeri Sembilan ni tinggalkan laaa tilam mak oiiiii.

Aku buat repot polis. Tau pula dia merayu minta aku tarik balik repot. Dia sikit punya gigih sewa lori ntah berapa tan, punggah barang aku. Ikutkan takde harta sepencarian dia boleh tuntut pun. Aku beli barang aku buat salinan photostat resit (sebab kalau simpan resit original akan faded bagi tempoh yang lama) attach sekali penyata akaun bank aku.

Silap – silap aku boleh buat tuntutan balik. Tapi sebabkan aku daripada keluarga baik – baik. Aku tarik balik repot. Saje acah nak kasi goyang saja. Dah tarik repot, play v1ctim lak dia. Dah satu kampung kecoh, aku bekas menantu h4ntu dari Negeri Sembilan dok pedajaI dia satu keluarga.

Takpelaa mak, saya bagi free barang – barang pusaka saya yang mak ambil tu. Kereta MYVi saya yang mak cakap besi buruk yang anak perempuan bongsu mak guna hari – hari pergi kerja tu pun saya tukarkan nama suami mak.

Saya hadiahkan saja. Saya nak melaram dengan kereta baru saya mak. Anak mak sibuk nak memperisterikan saya balik mak. Tapi saya tak sanggup mak. Nak tanggung semua. Mak jagalah anak mak tu macam mana mak nak jaga.

Mak kahwinkanlah dia dengan jodoh senegeri. Kahwinlah anak mak dengan menantu idaman mak. Saya nak hidup bahagia dengan anak saya, mak ayah saya dan keluarga saya. Dah 3 tahun saya mend3rita mak. Sayonara mak… – Milah (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Alhamdulillah aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Rata – rata komen yang sangat positif, berikan kata – kata semangat dan dorongan untuk diri aku menjadi seorang insan yang lebih positif hari ke hari bagi meneruskan kehidupan ini.

Aku tak rasa diri ini keseorangan. Sungguh! Sukar nak diucapkan atau diterjemahkan dengan kata – kata. Aku sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan oleh anda semua. Sedikit sebanyak membantu diri aku dalam ‘rec0very proces’ setelah sekian lama diIukai. Terima kasih sekali lagi.

Aku rasa lebih bersyukur dengan ujian yang Allah beri. Besar hikmahnya, saya lebih dekat pada Satu. Allah Yang Maha Pengampun Lagi Mengasihani. Aku sedar bukan aku seorang sahaja yang diuji dalam kehidupan ni. Setiap kita diuji, bahagian masing – masing.

Hinggakan ada yang memendam rasa tak mampu luahkan dengan kata – kata. Kadang kita tak tahu mana nak arah. Hilang arah tuju. Kosong. Pada siapa kita nak luahkan? Bagi yang dah berkahwin bukan semua partner yang sudi ‘listen’.

Concern juga luahan itu akan meIukakan hati banyak pihak. Maka kebanyakan daripada kita memilih untuk berdiam diri yang mana memakan diri tanpa kita sedari. Al-fatihah ku hadiahkan pada diri sendiri. Jujur aku kata hingga kini jauh di sudut hati saya, ada sedih dan kecewa.

Namun, alhamdulillah aku mampu mengukirkan senyuman. Aku dikeIilingi ramai insan yang positif yang tak putvs – putvs beri kata semangat. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kita semua kesihatan yang baik, sentiasa diIimpahi rezeki dan sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Aku tetap doakan buat mereka yang pernah meny4kiti hati aku jua. Sesungguhnya aku sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Bukan saya tak move on, macam aku kongsi tadi aku masih dalam proses pemulihan. Sesungguhnya ianya bukan satu keputvsan yang mudah untuk aku ambil. Bukan mudah.

Aku kuat, dan mampu bertahan sehingga kini dengan adanya sokongan mak ayah dan adik – beradik aku yang tak jemu beri sokongan moral yang positif. Sangat positif, tak pernah memburukkan pihak sana. Sentiasa tanamkan dalam diri aku untuk bersangka baik.

Yang tak putvs – putvs berdoa, sumbangkan masa dan tenaga. Sentiasa ada di sisi aku tanpa menghakimi kisah yang lalu. Terima kasih mak, ayah, kakak dan adik. Terima kasih. Ini bahagian aku . Aku nasihatkan sekiranya kita berhadapan dengan sesuatu masalah jangan sesekali kita diamkan diri.

Kalau tak yakin berkongsi dengan orang yang kita kenali, kita cari kaunseIor bertauliah agar rahsia kita tersimpan rapi. Tak kira sama ada masalah peribadi, masalah di tempat kerja, masalah pengurusan em0si, masalah anak remaja.

Kaunselor bertauliah yang patut kita cari. Di tempat saya, khidmat kaunselor secara percuma disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Aku search di google dan call untuk buat temujanji. Aku boleh pilih kaunseIor lelaki atau wanita.

Of course aku lebih selesa dengan kaunselor wanita. Tak silap aku di LPPKN pun ada menawarkan perkhidmatan kaunseIing. Tapi aku tak gunakan perkhidmatan di LPPKN kerana ada orang yang aku kenali di situ. Tak selesa.

Semasa aku diuji, antara inisiatif yang aku lakukan adalah membuat permohonan untuk sesi kaunseIing keluarga secara berjemaah. Keluarga kedua – dua beIah pihak diminta hadir. (mak ayah dan ayah dan mak mentua) Kita boleh pilih, sesi secara berasingan atau sebaliknya.

Aku lebih suka, secara bersemuka untuk ‘clear the air’. Adalah trick aku buat supaya pihak – pihak yang berkenaan beri kerjasama, tidak mudah juga sebenarnya. Sebelum itu aku sendiri pergi berjumpa kaunselor. Aku cuba perbaiki diri aku untuk menjadi insan yang lebih baik untuk si dia dan maknya dengan hasrat untuk menyeIamatkan rumahtangga.

Aku cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik. Usaha aku tak berjaya, masih lagi di takuk yang sama. Maka saya teruskan dengan kaunseling keluarga. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Seperti yang mak ayah selalu pesan, ‘selalulah berdoa dan minta kepada Allah.

Kalau kita tak minta, mana Allah nak bagi. Sedangkan nak minta loan bank pun kena hantar application.’ Kias ayah. Dari beberapa temujanji berkenaan yang mana tujuannya bagi proses penyelesaian bukanlah matlamatnya untuk berpisah semata atau cari salah pasangan semata mahupun cari salah yang lain, jauh sekali ungkit mengungkit.

Tidak. Dalam proses ini kita perlu kawal em0si dan berlapang d4da. Kita usaha yang terbaik bagi mencapai kata sepakat bagi mencari jalan penyelesaian. Dari beberapa sesi kaunseling, baru aku buat pertimbangan. Ini cara aku, mungkin orang lain, lain caranya.

Aku beranggapan ‘mak’ melalui fasa men0paus. Dia sendiri tak mampu mengawal gelodak em0si tu lalu dilepaskan kepada aku. Aku bersangka baik sahaja, walaupun hati aku dis4kiti. Kadang aku terfikir, apa salah aku dilayan sedemikian rupa???

Mungkin kesan akibat kekurangan hormon estr0gen inilah yang akan menyebabkan gejala men0paus dan kesan jangka panjang. MenggiIa dan rasa ins3cure. Kesian, simpati aku. Aku fikirkan setiap wanita akan mengalami fasa men0pause, dan kesekalian kalinya aku positifkan diri.

Bagi isu lain – lain. Aku halalkan semuanya. Aku nak bahagia dan tenang. Sebab itu aku tak nak menuntut apa – apa. Aku hadiahkan dengan seikhlas hati buat mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Pada aku buat apa aku nak berIawan.

Cukuplah selama ini jiwa aku mer4na. Aku tak nak tambah kenangan yang tak indah dalam memory hidup aku. Cukuplah dengan drama yang ada sebelum ini. Cukup! Pada mereka, nampak aku kalah tapi yang sebenarnya aku menang dalam diam.

Lagi manis. Aku tak s4kit hati, aku tak simpan dend4m. Sebab aku dah lepaskan semua beban yang bersarang dalam hati dan perasaan aku. Dan hasil didikan mak ayah aku, aku bukanlah insan yang suka berdend4m dengan insan lain.

Aku h4mba Allah yang kerdil. Aku malu tika aku berdoa meminta itu ini dengan Allah, tapi kiranya hati aku masih tidak memaafkan khilaf orang lain sedangkan aku sendiri pend0sa. Aku segan. Aku malu dengan diri sendiri.

Ayah aku selalu pesan, kalau nak bahagia maafkan mereka. Betul, hati aku lebih tenang. Tenang sangat. Tidur pun lena. Selain aku amalkan teknik pernafasan yang betul untuk mengawal em0si negatif. Aku tr4uma dengan peristiwa sebelum ini dan aku ada rujuk dengan ps1kitari untuk dapatkan rawatan.

Aku tak nak rosakkan diri aku dengan perkara – perkara yang tak perlu. Aku mula sayangi diri sendiri sepertimana yang ayah aku sarankan. Aku utamakan diri aku dahulu untuk segala – galanya. Satu perubahan yang sangat awesome!!!

Pada masa PKP ini, walaupun aku jauh di tempat kelahiran aku. Aku tak lupa keluarga di ‘sana’. Kemudahan shopping online ini aku manfaatkan. Aku join group delivery di kawasan keluarga ‘sana.’ Adalah aku order dua tiga kali barangan keperluan rumah, ikan sayur.

Sebab aku tahu musim PKP ni pasti pendapatan mereka terjejas. Aku minta seller rahsiakan nama aku. Aku belikan bunga orkid, dua tiga pokok. Terapi diri tengok pokok bunga cantik. Belikan pokok puding, pokok bunga rose. ‘Mak’ tak tahu aku belikan. Huhu.

Kemudian aku orderkan last week barang rumah, aku minta seller tulis kat plastik tu ‘daripada menantu nismilan’. Menangis ayahnya call ucap terima kasih. Saja aku nak bagi elemen k3jutan di situ. Bukan nak tunjuk baik, tapi aku follow amalan ayaha aku yang menzakatkan Dividen ASB untuk golongan asnaf.

Saya tiada niat lain. InsyaAllah. Memang tiap – tiap tahun aku cari keluarga asnaf. Jasi, apa salahnya aku bantu menceriakan hidup mak tak jadi aku tu. Kan kalau nak bantu orang mula dengan yang dekat dengan kita. Last sekali, kalau kita benci orang tu.

Kita fikirkan kebaikan  -kebaikan yang pernah dia buat untuk kita. Dia tak pernah buat baik dengan kita, kita cari kebaikan yang dia lakukan untuk orang sekitarnya. Kalau takde kebaikan juga, kita cari sampai jumpa kebaikan insan tu.

Mak tak jadi aku ni kebaikan dia sedekah makan kat meow. So kira dia baik jugalah kan? Ini yang mak ayah ajar sejak aku kecil lagi. Jangan mudah hukvm orang, kita pun ada khilaf. Setiap orang ada kelebihan masing – masing.

Pasti ada kebaikan dalam diri setiap orang walaupun hanya sedikit. Bila tau ada dalam persekitaran t0xic, kita jarakkan diri perlahan – lahan. Milah bukan baik sangat pun, ini soal empathi dan kemanusiaan. Milah jalankan tanggungjawab sosiaI sahaja tak lebih dari itu.

Terima kasih semua, sudi baca coretan Milah yang berjela. Aku doakan untuk anda yang diuji sentiasa tabah. Cari bantuan, jangan asingkan diri anda, jangan tanggung sorang – sorang. Usaha, tawakal dan berdoa.

Bercampur dengan golongan yang positif. Self love ya! Doakan, Milah nak further study ni. Doakan Milah. Hug and love.

Komen Warganet :

Hidayah Maznan : Baiknya Milah ni. Di saat keluarga mertua buat jahat tetap dibaIas dengan kebaikan. Sebab diri Milah ni memang seorang yang baik. Semoga Allah angkat darjat awak, mudahkan semua urusan hidup awak, dipertemukan dengan orang – orang yang baik – baik sahaja. Amin. Saya harap mertua dan ex awak learn the lesson. Saya suke sifat positive awak. Lets spread the good vibes.

Abell Nur : Sangat – sangat positif. Saya juga sedang berusaha untuk memaafkan pihak sana. Walaupun saya telah dis4kiti, tapi mereka tetap pernah jadi sebahagian dalam hidup saya. Tetap pernah membahagiakan saya walau sekejap.

Doakan saya mampu maafkan mereka seikhlas hati tanpa sedikit rasa dend4m dan redha lepaskan bekas suami. InsyaAllah

Masyitah Al-Qadri : Mertua jenis hati hitam gini memang ada. Wujud bukan seorang dua. Aku pun pernah ada. Hidup jadi single mother lagi bagus dari hadap family gini. Mak mentaI anak dayus. Kepit la anak lelaki tu bawah ketiak. Jangan nikahkan dengan orang lain, buat ani4ya anak orang lain pula.

Ainaa Farhana Dapur AF : Kagum sangat dengan awak confessor dan lebih kagum lagi dengan parents yang membesarkan awak. If i were u, memang takkan free – free la bagi diorang hidup senang gitu je. Dah la pedajaI orang, ambik hak orang, tak tunaikan hak lagi.

Kalau dapat kat saya, memang tuntut habis – habisan, sekurang – kurangnya kat akhir4t nanti dah tak perlu tuntut, melambatkan proses je, hahah. But u r a good person, semoga Allah Iimpahkan rahmat dan kebahagiaan buat confessor sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.