Pada nenek dan makcik kami sekeluarga adalah ahli ner4ka dan mereka ahli syurga

Nenek tak suka bila kami sekeluarga pindah balik kampung sebab bagi nenek kami orang yang tak baik. Tiba – tiba ayah terp4ksa pindah tempat kerja dan waktu itu ayah dan ibu buat keputvsan tinggalkan aku dengan nenek. Maka bermula detik aku jadi h4mba abdi malah yang lebih teruk aku kena hadap datuk tiri dan pakcik..

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum semua, biar aku kenalkan diri aku dahulu yang bernama Miasara. Sebenarnya aku penggemar dan pembaca setia bagi page ini. Beberapa kali terpanggil untuk menulis namun aku diamkan.

Hinggalah satu hari aku terfikir untuk menulis agar dapat kata – kata sokongan dan nasihat walaupun akan ada yang bakal kecam, itu belakang cerita kerana tak semua akan faham derita yang kita alami.

Kisah bermula apabila ayah aku yang bekerja sebagai seorang polis berpindah ke kampung halaman ibu setelah ibu berkali – kali memujuk ayah untuk berpindah. Pada tahun 2000 atau 2001 macam tu kami akhirnya berpindah, tak berapa nak ingat sangat sebab masih terlalu kecil.

Perpindahan kami bukanlah sesuatu yang disukai oleh nenek. Pada nenek, kami sekeluarga adalah orang – orang yang tak baik. Nak dijadikan cerita, ayah terp4ksa berpindah tempat kerja lagi, maka ayah dan ibu membuat keputvsan untuk tinggalkan aku bersama nenek.

Maka aku dengan terp4ksa kena ikut kata mereka. Bermulalah kisah hitam dalam hidup aku apabila dari budak yang tak tahu apa – apa menjadi budak yang dip4ksa untuk buat kerja rumah bagaikan seorang h4mba walhal ada makcik dan pakcik yang sudah besar panjang tapi hanya tahu bersenang lenang.

Dari segi lain aku bersyukur disebabkan itu, aku yang baru berusia 8 atau 9 tahun sudah tahu memasak menggunakan kayu api, tapi d3rita lebih banyak dari ingin bersyukur dengan hidup seperti h4mba, dengan wang bantuan sekolah tidak diberikan walau sesen oleh nenek.

Malahan ayah dan ibu tidak tahu sama sekali bahawa aku mendapat bantuan di sekolah. Setelah did3ra, pakcik pula yang kini aku masih benci untuk bercakap dengannya apatah lagi memandang dengan apa yang telah dia lakukan pada aku iaitu mencabuI budak yang baru berusia 8 tahun!

Dan diugvt untuk berdiam diri. Apakah daya aku untuk katakan pada sesiapa disaat aku seperti anak yang terbiar disebabkan keluarga yang jauh dan mempunyai pelbagai masalah, nak cerita kang panjang pula.

Bukan sekadar itu, malah suami nenek yang dipanggil datuk tiri juga hampir mencabuI aku. Pada masa itu, dari seorang kanak – kanak yang sopan santun, lemah lembut bertukar menjadi budak yang member0ntak.

Maka m4kinlah nenek dan adik beradik ibu membenci kami adik beradik yang dik4takan anak- anak tak tahu diajar orang tua. Betapa mereka lupa, siapa yang membantu mereka sejak kecil kerana setelah ayah dan ibu berkahwin, ayah membantu keluarga ibu dan adik adiknya hingga ada yang bertemu j0doh kerana bantuan ayah dan izin Allah SWT.

Apabila kami sekeluarga susah, ibu minta bantuan mereka bukan dibantu dengan ikhlas siap mengh1na kami adik beradik dik4takan anak – anak yang tak guna kerana tak pernah senangkan ibu bapa, hanya menyusahkan mereka.

Betapa lupa d4ratan nya mereka, pada nenek dan adik – adik ibu, kami sekeluarga seperti ahli ner4ka dan merekalah ahli – ahli syurga. Siap disanjung anak – anak mereka, dik4takan anak mereka baik tidak pernah berhubung mahupun menjadi lebih dari seorang kawan dengan mana – mana lelaki mahupun wanita.

Walhal di belakang mereka, mereka tidak tahu anak – anak mereka seperti apa. Walaupun aku tahu, aku diamkan walau mereka heboh seperti aku peIacur pada seluruh keluarga. Malahan nenek menyokong setiap kata – kata makcik – makcik aku walau tiap kali nenek perlu pertolongan, makcik – makcik tidak pernah ada dan penghujung ayah dan ibu menjadi m4ngsa susah sana sini.

Post di media sosiaI bukan main hebah tentang hukvm – hukvm mengutamakan ibubapa tapi diri sendiri ke laut. Yang dih1na kami, siap harta ibu, nenek sesuka hati menggunakannya tanpa pengetahuan ibu.

Jika tidak kerana keb0dohan seseorang maka hingga kini kami tidak akan mengetahui bahawa nenek sesuka hati menggunakannya tanpa persetujuan dari ibu. Sesungguhnya terlalu banyak yang mereka lakukan, hinggakan saat menaip ini saja hati terasa s4kit yang teramat sangat.

Kadang – kadang cerita lari dari bahagian satu kerana teringat pada bahagian yang lain akibat terlalu banyak yang telah mereka lakukan pada kami. Jika ditanya adakah ayah dan ibu meIawan? Dulu sekadar meIawan mulut, tapi sekarang mereka lebih memilih diam kerana malas nak melayan adik dan abang ibu.

Hingga kini, kami adik beradik tidak lagi peduli mahupun bertegur sapa dengan abang dan adik – adik ibu, bukan ingin menjadi kurang ajar tapi kerana kami sudah benci dengan sikap HIP0KRIT mereka yang kami terp4ksa hadam dari kecil hingga besar, per4ngai yang merasakan mereka itu adalah baik dan kaya untuk memandang h1na kami sekeluarga.

Benda yang tidak boleh aku lupakan apabila anak – anak mereka yang membawa aku untuk temankan mereka keluar, tapi aku yang mendapat kata h1na “buat apa nak keluar dengan perempuan tak bagus tu? Nanti per4ngai kamu jadi macam dia pula”. Terlalu banyak.

Dari abang sulung hingga adik yang bongsu, setiap daripada kami akan dijadikan bahan untuk mereka mengumpat dan mengatakan hal – hal yang buruk. Semoga suatu saat mereka akan mendapatkan baIasan atas apa yang mereka lakukan.

Aku tak mampu maafkan mereka seperti ayah dan ibu, sebab pada aku hingga kini mereka masih tidak berubah dan merasakan bahawa mereka sentiasa betul yang membuatkan aku benci pada mereka. Diminta aku untuk menghorm4ti mereka padahal mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik pada kami.

Kepada sesiapa yang membaca terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca kisah aku dengan susunan ayat yang berterabur. Kisah benar dari aku Miasara…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.