Keluarga suruh sy bawa mak diaIisis di swasta tp sy xmampu. Akibatnya mak meninggaI dunia xbuat rawatan

Bila saya dapat gaji, bapa saya akan call majikan saya dan minta duit gaji saya daripada majikan. Saya nak lari sambung belajar, tapi semua surat tawaran ibu bapa saya k0yak sebab nanti tiada siapa nak kemas rumah. Sehinggalah saya berjumpa dengan suami, datuk bantu selamatkan saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya antara siIent reader dalam ni. Tergerak hati nak share kisah saya dalam ni. Maaf jika agak panjang. Saya tak pandai dalam menyusun cerita. Saya adalah anak perempuan sulung dan anak kedua.

Yang sulung lelaki, ketiga adik lelaki dan yang terakhir perempuan. (2 lelaki 2 perempuan). Dari kecil kami adik beradik diajar dengar r0tan, tali pinggang, paip, saterika, kayu, h4nger dan banyak lagi yang pernah menghinggap di badan kami tak kira lelaki atau perempuan.

Dalam tradisi keluarga kami juga anak lelaki akan dilayan bagai raja dan anak perempuan akan buat semua kerja termasuk tukar paip rosak, pasang langsir, tukar lampu, panjat pokok ambil buah. Haa sebab tu lah saya dan adik perempuan saya agak lasak sebab kami diajar begitu.

Tapi memandang saya perempuan sulung segala kerja dalam rumah atas bahu saya. Saya buat kerja rumah sejak umur 5 tahun. Kalau tak bersih memang akan dit3ngking dic4ci. Saya mula memasak pada umur 15 tahun (untuk keluaga).

Apabila bangun pagi rutin saya k3jutkan adik – adik pergi sekolah. Lepas balik sekolah saya terus kena memasak mengemas. Bayangkan saya seorang mengemas yang lain tukang sepah. Sampaikan kalau rumah tak kemas baju semua tak basuh makanan tak siap masak saya tak dibenarkan tidur atau buat kerja sekolah.

Kalau saya marah adik – adik ibu bapa saya akan cakap kemas sajalah jangan bising. Saya tiada waktu main ya. Sebab hidup saya hanya balik sekolah duduk rumah. Disebabkan keadaan begitu saya jadi kurang bercakap, sukar berkawan, kurang makan, cakap sorang – sorang.

Ibu saya perasan saya macam tu tapi dia tak kisah. Pada umur saya 9 tahun saya dic4buI oleh sepupu saya sendiri. Bila saya mengadu pada ibu dia hanya cakap, “jangan buat cerita dan jangan maIukan ibu”. Saya pend4m sorang – sorang dan saya elakkan berjumpa dengan sepupu tersebut.

Pada Umur 10 tahun hingga 14 tahun saya dic4buI dir4b4 oleh abang saya sendiri. Saya tak berani nak bagitahu sesiapa sebab tiada siapa percayakan saya. Di sekolah cikgu perasan saya selalu d3press dan saya diajak berjumpa cikgu kaunseIing.

Saya percayakan cikgu dan saya bagithu yang saya dic4buI. Cikgu tersebut terus menghubungi ibu bapa saya dan mencadangkan untuk membuat laporan polis. Tapi ibu saya m4ki hamun saya memukuI saya kerana bagi dia saya telah memaIukan keluarga dan menyusahkan abang saya.

Sejak hari itu saya sudah tidak percayakan sesiapa lagi. Saya menahan malu di sekolah kerana cikgu itu juga menceritakan masalah saya di kalangan cikgu – cikgu lain. Saya jadi pendend4m terutama dengan lelaki. Bagi saya lelaki semua tak guna.

Saya pernah cuba membvnvh diri dengan meneIan ub4t tidur, cuba untuk lari dari rumah. Tapi Allah swt sayangkan saya. Saya masih hidup. Saya uruskan sendiri tukar sekolah kerana tak sanggup lagi menahan malu. Ibu bapa saya hanya cakap nak tukar sekolah urus sendiri.

Saya antara yang paling bijak di kalangan adik beradik saya. Jadi ibu bapa saya akan biarkan saja saya uruskan. Apabila sudah meningkat remaja saya mula member0ntak dan mula mengaIami migr4in. Saya juga antara yang paling kurus kering dalam adik beradik saya.

Kerja rumah tetap saya kena uruskan. Layanan terhadap kaum lelaki di dalam rumah tetap seperti raja. Ibu bapa saya perasan saya mula depr3ss dan selalu s4kit kepala susah tidur dan cakap sorang – sorang tu bagi mereka perkara biasa.

Mereka cuma kata saya giIa. Adik beradik saya mula jadi eg0 dan cepat marah seperti ibu bapa saya. Semua menyuruh saya buat dan layan mereka. Saya jadi m4kin tertekan dan saya belajar betul – betul supaya saya dapat lari dari keluarga ni. UPSR, PMR, SPM semua result paling baik di kalangan adik beradik saya tapi mereka tak pernah puji.

Mereka cuma cakap belajar pandai – pandai pun nanti kahwin duduk rumah layan laki ja. Saya bekerja kedai makan selepas SPM pada malam hari untuk sambung belajar dan membeli keperluan saya. Saya ada duit dan ambil lesen senyap – senyap.

Balik dari ambil lesen saya ditamp4r oleh adik lelaki kerana ibu suruh dan saya dituduh mencuri sebab tu boleh ambil lesen. Apabila saya jelaskan saya tidak dipercayai oleh sesiapa. Saya tahu keluarga saya bukan berduit.

Ayah saya hutang keIiling pinggang dan ibu saya tak bekerja. Saya tekad nak kerja bagus satu hari nanti. Tapi setiap kali gaji, bapa saya akan minta duit, bukan sikit. Dia nak semua gaji saya. Dia cakap apa guna beIa anak sampai besar bila dah besar tak boleh bagi duit.

Saya cuma telan air mata. Kalau saya cakap tak ada duit bapa saya akan call majikan saya dan minta duit gaji saya daripada majikan. Saya jadi malu dan sedih sebab kalau majikan saya tak berikan duit ayah saya akan marah – marah.

Saya sangat malu. Tapi majikan saya bagi saya peluang sangat cerah. Dia nak tanggung saya masuk UITM dan sambil bekerja dengannya menguruskan perniagaan.. Saya sangat gembira tapi bapa saya tak izinkan.

Bapa saya cakap, “kau anak aku atau anak dia? kalau kau pergi belajar sana jangan panggil aku bapa lagi dan aku dan mak kau m4ti pun jangan pij4k lagi di sini”. Saya jadi sangat sedih tapi kerana tak nak jadi anak derh4ka saya tolak dan cari kerja lain.

Dalam menunggu panggiIan sambung belajar saya dapat banyak tawaran yang bagus. Jadi nurse di s1me darby, pekerja di pelabuhan, dan banyak lagi. Tapi ibu bapa saya akan sor0kkan surat atau k0yakkan. Betapa susah saya memohon semua tu tapi semua sia – sia saja.

Saya dapat biasiswa sambung belajar di Melaka tapi mereka tak izinkan juga. Mereka mahu saya sambung belajar dekat dengan rumah sebab nanti tiada siapa nak kemas rumah dan masak dan mereka berjanji akan berikan saya duit.

Betapa s4kitnya hati saya. Akhirnya saya sambung belajar di IPTA dekat dengan rumah. Bapa saya hanya berikan saya RM50 untuk seminggu. Pada semester 1 perlu duduk asrama. Itu lah duit makan, assigment, beli buku.

Saya tak apply PTPTN kerana bapa saya kata dia mampu. Saya hanya makan nasi seminggu 2 kali selebihnya air suam dan roti kering tapi saya syukur sebab saya keluar juga dari rumah tu. Hujung minggu saya akan balik untuk mengemas rumah dan buat kerja seperti biasa.

Memang rumah macam hutan bersepah.. Semua pemalas. Pada sem 2 saya duduk rumah sewa apply PTPTN dan part time kerja. Memang struggIe giIa. Masa terhad terkejar sana sini. Dengan duit tu saya bayar yuran makan dan sebagainya.

Tapi bapa saya dapat tahu saya kerja part time. Dia minta jugak duit gaji dan duit PTPTN saya. Dia mula psik0 saya dengan ayat sedih anak derh4ka anak kena dengar cakap orang tua. Saya jadi m4kin str3ss dan p0inter mula merosot.

Adik beradik saya mula mem4ki saya kerana saya tak bantu bapa saya jika saya tidak beri duit. Di akhir sem saya berhenti kerana tak mampu menampung kos final projek dan kos yang saya ambil agak besar belanja (kejuruteraan).

Bapa saya m4ki hamun saya berhenti belajar dia cakap rugi duit dia habis and so on. Saya memang tak reti nak meIawan. Saya hanya diam dan terima sahaja apa dia cakap. Sebab tak nak DERH4KA. Dengan duit saki baki yang ada saya kerja kilang dan nekad nak ubah hidup saya yang terumb4ng ambing ni.

Saya dah tak balik rumah. Saya sewa rumah dan duduk sendiri. Saya s4kit masa belajar atau nak m4ti pun tak sapa kisah, mereka cuma call tanya duit duit duit. Mereka tahu saya kerja kilang mereka sanggup cari saya hanya sebab nak minta duit untuk abang sulong saya yang dah besar panjang tuh dari saya.

Masa tu dalam poket saya hanya ada RM25 dan lagi 3 hari nak gaji. Mereka minta RM20 dan cakap adik beradik kena tolong sama – sama. Kalau tak bagi mereka akan buat kec0h. Dah la saya menyewa dengan ramai – ramai.

Saya berikan juga dengan hati sedih. Saya dah biasa catu makan. Tiap awal bulan mereka akan minta duit. Hanya duit. Tak pernah tanya khabar saya. Sedangkan ketika mereka s4kit, masuk hospitaI, saya saja yang sanggup sengk4ng mata di hospitaI.

Tapi mereka tetap kata saya giIa dan anak kurang ajar. Saya mula str3ss dan makan ubat tidur. Kesihatan saya mula mer0sot. Ketika itu saya kenal dengan suami saya, dialah yang bagi semangat dan bagi makan. Ibu bapa saya tahu saya ada kawan lelaki mereka mula suruh saya berhenti kerja dan duduk rumah.

Mereka kata mereka boleh bagi makan. Saya dah muak dengan janji – janji palsu ibu bapa saya. Dan suami saya ajak saya kahwin, saya tak fikir panjang memang saya nak lari dari ibu bapa saya. Keluarga suami saya masuk meminang.

Satu keluarga suami saya kena m4ki. Saya kena m4ki kena pukuI. Dengan ibu – ibu saud4ra saya mem4ki hamun menabur fitnah kata saya mengandung, giIa jantan, jaIang dan macam – macam. Mereka kata mereka tak puas lagi merasa duit saya.

Kalau la saya tak da iman memang dah lama saya m4ti. Keluarga suami dan suami saya malu. Tapi entah macam mana datuk saya terima lamaran dan cepatkan pernikahan kami. Majlis kahwin semua datuk uruskan. Hantaran dan mas kahwin 13000.

Ibu bapa saya mula tak puas hati sebab sepatutnya mereka dapat duit tu tapi datuk saya yang uruskan. Semasa proses dan acara berlangsung saya dim4ki di depan orang ramai, difitnah di majlis sendiri. Saya hanya diam dan sabar.

Mereka kata suami saya kerja ntah apa – apa, saya mengandung Iuar nikah, dan macam – macam lagi. Selesai majlis saya dan suami sewa rumah. Dan suami mampu sediakan keperluan rumah. Ibu bapa saya mula minta duit, perIi macam – macam, tanya kereta lah rumah lah.

Ibu – ibu saud4ra saya, adik beradik saya tetap mem4ki dan mengutuk saya, menggangu saya dan macam – macam. Atas nasihat suami saya bIok semua dan tukar no telefon. Saya tahu hal keluarga melalui FB sahaja. Ibu saya mula s4kit – s4kit.

Saya sabar dan jaga ibu saya. Tapi ibu saya tak nak ke hospitaI bapa saya juga tak suka. Tapi ibu saya dah kr0nik saya terp4ksa bawa dan check up ibu saya. Ibu saya disahkan s4kit buah pinggang dan hati tahap 4. Perlu diaIisis dan masuk wad.

Tapi sebab saya bawa ibu saya ke hospitaI kerajaan saya dic4ci dih1na dan diberikan gelaran anak derh4ka. Mereka mahu buat diaIisis di swasta dan mahal – mahal kerana tak percayakan hospitaI kerajaan. Tapi mereka tiada duit.

Mereka minta duit saya tapi saya tak mampu kos swasta sangat mahal. Jadi apabila tidak dapat lakukan diaIisis ibu saya m4kin teruk dan keluar masuk hospitaI. Akhirnya meninggaI. Saya dituduh penyebab semua tu kerana saya lah yang mula – mula bawa ibu saya ke hospitaI.

Ketika ibu saya meninggaI saya kemaIangan dan patah tuIang. Mereka cuma datang sekali dan katakan padan muka baIasan anak derh4ka. Saya cuma mampu diam. Setelah setahun saya mampu beli motor baru, kereta baru, beli emas dan pergi bercuti.

Saya dan suami dinaikkan pangkat. Abang saya kahwin bapa saya tanggung. Dah kahwin masih minta duit bapa saya, masih tiada rumah, tiada kereta, motor lari kedai, hutang keIiling pinggang. Adik lelaki saya keluar masuk penjara kes d4dah, adik perempuan saya kerja tapi duit selalu habis.

Saya anak yang selalu derh4ka ini mereka semua pelik macam mana saya hidup agak senang. Sampai sekarang saya hidup rapat dengan suami sahaja. Adik beradik saya mula berpecah. Sekarang baru bapa saya nampak siapa yang berguna dan tiada guna.

Sekarang dia mula ada perubahan. Mungkin sebab m4kin berusia. Setelah 4 tahun saya berkahwin baru dia mula menerima suami saya. Tapi adik beradik lain masih dengan eg0 mereka.. kesannya sampai sekarang saya menghadapi masalah depr3ss, selalu ketakutan, tr4uma.

Masih makan ubat dan tiada anak. Saya sangat takut nak ada anak dengan apa yang saya hadapi dan saya memang tak suka budak – budak. Alhamdulillah suami saya memahami. Yang dah ada anak mohon la belajar ilmu ibubapa.

Jangan kerana masalah kita anak jadi m4ngsa. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Dan jadilah supp0rter yang menggagumkan. Maaf jika menepati citarasa pembaca semua. Doakan Saya ya. – Sha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Ain : Saya tahu cerita ni benar, keluarga t0ksik memang ada. Sejenis ibu bapa yang merajakan anak lelaki dan mengh4mbakan anak perempuan. Sejenis manusia yang mempunyai hasad dengki yang tinggi di kalangan saud4ra sendiri, yang menjadi h4mba DUIT.

Sedangkan yang mengejar kamu setiap hari adalah AJ4L. Pandangan saya, teruslah menjadi anak dengan hormat pada bapa yang masih ada, tapi bawalah dri sendiri dengan suami kamu yang memahami. Jangan lagi pandang ke belakang, cukuplah sengs4ra. Carilah bahagia, lebih bagus lagi, carilah Allah yang Maha Esa. Semoga beroleh ketenangan dan keberkatan.

Aida Fuyou : Sori la tt, saya tercakap alhamdulillah part mak awak meninggaI. Please, cukup la buat baik kat diorang. Percaya lah, diorang tak akan berhenti susahkan awak sehingga awak meninggaI atau diorang yang meninggaI dulu.

Tapi jangan lupa, mak – mak sed4ra awak pun ada peluang untuk susahkan awak jugak memandangkan awak sangat senang dipergunakan. So berhati – hatilah. Tolong putvskan hubungan dengan diorang. If not, jangan hantar confession kat sini lagi sambung kisah pend3ritaan awak. The choice is yours.

Intan Juliana : Saya bersimpati dengan kehidupan yang anda harus lalui. Tahniah dan syabas kepada anda. Sekurang – kurangnya anda berjaya sehingga ke pengajian tinggi. Syukur atas jodoh yang telah ditentukan. Dan tinggalkan keluarga anda seperti Nabi meninggaIkan mekah.

Kenapa perlu ditunggu lagi Abu Iahab? Yang akan terus memusn4hkan hidup anda. Nabi juga diuji, Nabi juga membuat pilihan untuk berHIJRAH. Hidup ini ada 2 pilihan. Sila pilih jalan yang betul. Semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhir4t.

Syamsiah Abd Ghani : Allahu sedihnya dik. Akak doakan adik sembuh dari peny4kit ini, sem4kin tabah dan sem4kin bahagia bersama suami. Percayalah, dihujung pahit ada manisnya. Semoga Allah ampunkan d0sa ibu awak dan semoga ayah ayah insaf dengan kelakuannya. Adik beradik seperti ni tidak perlulah awak nak berbaik – baik. Cukuplah sekadar bertanya khabar. Doakan juga mereka semua insaf.

سيداتول حلي : Ya Allah s3mput baca kisah h4ng ni. Mudah s3mput baca kisah mak ayah buIi anak d3ra anak. Tapi kes h4ng bukan s3mput dah. Putvs nafas terus. Tak terlangkau dek akal wujud mak ayah per4ngai seteruk ni. T0ksiknya memasing Ya Rabbi.

Iza Idah : Jangan layan keluarga t0ksik tu sis.. Ayah bagi duit belanja setakat yang termampu je.. Tak payah balik selalu. Jangan bagi duit kat adik – adik ke abang tu, biar mer3put sana dorang. Puan kuat, sebab tu Allah bagi suami baik, sekarang semua ye atas puan, sama ada puan nak terus bahagia dengan suami or layan keluarga t0ksik puan.

Allah tak suruh kita derh4ka pada keluarga, tapi kalau bawa mud4rat berterusan, tinggalkan je la. Puan berhak bahagia. Semoga baik – baik untuk puan dan keluarga

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.