Aku terus saIahkan diri aku, rasa menyesal ini akan aku tanggung sehingga aku m4ti

Kerja kursus aku kena hantar lagi 4 hari tapi dah hilang. Aku anggap adik yang ambik sebab dia memang bencikan aku. Dah lama aku bersabar dengan semua perangai dia, kali ini memang aku tak dapat sabar lagi. Aku terus tuduh adik yang ambik, aku marah, m4ki dia sampai dia lari keluar..

#Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Amila. Aku nak cerita pasal kehidupan aku yang tak berapa bahagia. Aku bahagia dengan mak ayah aku, tapi aku tak bahagia dengan adik aku. Kerana tak tahu kenapa, dia dingin dan bencikan aku. Mungkin cemburu tapi aku tahu apa yang dia cemburukan. Nama adik aku Mira, beza usia kami tak jauh cuma 2 tahun je berbeza. Sepatutnya usia yang tak jauh ni m4kin rapat, boleh jadi macam anak kembar. Tapi kami berbeza, apa yang aku buat semua tak kena dekat mata dia. Depan mak ayah kami dia baik, lembut, sopan. Tapi bila dekat belakang, terus dia berubah 100%.

Dulu masa kecik, kami rapat sangat. Dah serupa kembar kerana dekat mana aku ada, mesti Mira ada. Mira pula memang jenis adik idaman semua orang. Comel, baik, ikut kata, kira semua pakej ada dekat dia. Aku beruntung sangat dapat adik macam Mira, aku siap banggakan dan buat rakan – rakan aku cemburu kerana mereka tak ada adik secomel dan sebaik Mira. Tapi itu semua dulu, masa kami masih kecik dan tak tahu apa dunia luar. Ketika m4kin besar, Mira mula menjauhkan diri dia dari aku. Aku cuba rapatkan balik tapi tak berjaya. Aku sampai tak tahu mana silap aku, puas aku tanya tapi dia tak nak jawab.

Sekarang usia aku 17 tahun dan adik aku pula 15 tahun. Mak dan ayah selalu tak ada di rumah, mereka selalu bekerja tinggalkan aku dan adik aku je. Mira pula sentiasa duduk di biliknya dan tak akan keluar kecuali pergi ke dapur. Itu pun dia akan masuk balik ke dalam bilik dia lagi. Tak ada siapa yang boleh masuk bilik tu tanpa izin Mira. Pembantu kami je yang biasa masuk, lepas siap kemas dia terus keluar dari bilik Mira.

Aku tertanya apa yang Mira lakukan dekat bilik tu dan banyak kali niat nak masuk sembunyi – sembunyi tu ada. Tapi aku m4tikan niat aku sebab aku tak nak m4kin keruhkan lagi hubungan aku dengan dia. Aku tak nak lah tiba – tiba kami berg4duh besar nanti. Biarlah dia dengan urusan dia, aku pula dengan urusan aku.

Hinggalah satu hari, aku sedar 1 kerja khusus aku hilang. Puas aku cari keliling rumah tapi tak jumpa, sampai ke halaman rumah aku cari tapi tetap tak jumpa. Padahal kerja tu lagi 4 hari aku kena hantar. Kalau sikit boleh lah aku buat balik semula, ini tak memang banyak sebab kerja kumpulan. Selepas itu baru aku tersedar, masa aku tertido dekat ruang tamu, adik aku turun bawah. Bunyi tapak kaki dia buat aku terbangun dan bila aku buka mata, dia dah naik tangga pergi ke bilik dia.

“Mesti dia yang ambik kerja khusus aku,” desus aku dengan geram.

Aku mula rasa benci dan geram pada Mira. Bukan silap aku kalau aku sampai benci dan anggap dia yang ambik kerja aku. Sebab selama ni memang dia tak puas hati dengan aku. Bila mak ayah balik, baru lah dia akan keluar dan tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tapi pandangan tajam dia masih lagi untuk aku. Aku masih bersabar bila dia cuma buat macam tu je pada aku, tapi aku tak boleh bersabar bila dia dah sentuh dan hilangkan barang aku.

Dengan cepat aku pergi ke bilik Mira dan terus ketuk pintu dia banyak kali.

“Mira! Mira! Keluar kau dari bilik ni!”

Aku terus mengetuk dengan kuat. Selagi dia tak keluar memang aku tak akan berhenti. Dah lama aku bersabar dengan semua perangai dia, kali ini memang aku tak dapat sabar lagi.

“Kau kenapa kak? Memekak tiba – tiba dekat depan pintu orang. Kau boleh diam tak?” Mira keluar dengan mamai, mungkin dia baru bangun tidur dia. Tapi aku tak peduli. Benda ni lagi penting dari tidur dia.

“Mana kerja aku!?”

“Kau dah kenapa tiba – tiba tanya kerja kau dekat aku? Mana ada aku ambik. Kau pergi lah cari sendiri.”

“Masalahnya kerja aku hilang. Dan kau turun malam tadi kan? Mesti kau yang ambik kerja aku!”

Aku terus menuduh Mira mencuri kerja aku dan minta dia pulangkan semula. Tetapi Mira tetap cakap bukan dia yang ambik sampailah aku hilang sabar dan mula mem4ki, mengeluarkan kata – kata kesat kepada dia. Kata – kata yang selama ni tak pernah aku fikir akan keluar, akhirnya keluar juga dari mulut aku. Bila aku tersedar dengan apa yang aku cakap, aku terus pandang muka dia. Mira terk3jut dan memandang aku tak percaya. Aku cuba meminta maaf dan memegang tangan dia, tapi dengan cepat dia menepis tangan aku.

“Terima kasih dengan semua h1naan yang kau bagi, kak Amila.”

Dengan mata berair, dia cakap perkataan tu dengan muka benci dan kecewa pada aku. Memang selama ni dia abaikan aku dan terkesan mencuri perhatian mak ayah. Tapi tak pernah sekali pun dia tunjukkan pandangan benci macam sekarang. Aku cuba menarik tangan dia tapi dengan cepat dia turun ke bawah dan keluar dari rumah. Aku terduduk tak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku mula rasa menyesal sebab ikutkan hati sangat sampai aku pergi h1na adik aku sendiri.

Aku pandang ke depan dan aku lihat bilik Mira yang tak pernah aku masuk. Aku pun masuk untuk dan pandang sekeliling, normal untuk budak seusia dia, tak ada apa – apa yang pelik. Aku sampai di laci meja belajarnya dan aku buka, ada satu buku diari di situ. Sebab rasa tertanya, aku pun ambik dan mula baca. Memang tindakan aku ni tak elok, tapi mungkin semua jawapan yang aku nak ada di dalam buku ni.

Air mata aku mula keluar, aku menangis selesai je aku baca diari Mira. Apa yang dia rasa selama ni, dia kena buIi dekat sekolah, mak dan ayah yang nampak macam pilih kasih antara aku dengan dia. Semua luahan hati dia, aku baca dan akhirnya aku faham kenapa Mira buat semua ni. Dia tak pernah bencikan aku, dia makin sayangkan aku. Aku je yang selama ni salah faham dengan dia. ‘Aku kena cari Mira dan minta maaf dengan dia’. Itu je yang ada dekat fikiran aku sekarang.

Masa aku turun ke bawah, mata aku tak sengaja lihat satu bayang warna biru di bawah sofa. Dengan rasa nak tahu aku terus pergi ke situ dan aku jumpa fail kerja khusus aku. Rupanya aku yang salah letak, bukan salah Mira. Aku terus campak fail tu dan berlari keluar. Aku cari Mira di sekeIiling rumah kami tapi tak jumpa. Puas aku tanya dekat pejalan kaki dan hasilnya tetap sama. Tak jumpa juga. Sampailah aku ternampak bayang Mira dekat kawasan traffic light.

Tiba-tiba mata aku menangkap sebuah kereta yang dipandu dengan keadaan tidak normal. Aku terus menambah laju lari aku bila aku tengok kereta itu menuju ke arah Mira.

“Mira!!!” Aku terlambat, adik aku sempat mendengar dan menoleh ke arah aku tapi semua terlambat. Depan mata aku badan Mira melambung dan berguling – guling ke belakang. Kepala dia yang terh4ntuk membuatkan muka dia penuh dengan dar4h, begitu juga dengan badan dia. Aku yang tak percaya semua ni terjadi dengan perlahan menuju ke Mira. Aku terus salahkan diri aku padahal aku dah dekat dengan Mira.

Kenapa aku tak dapat selamatkan dia? Kalau aku cepat sikit mesti semua ni tak kan berlaku. Aku terus berlutut dan memeIuk kepala dia. Kata maaf yang banyak kali aku cakap kini tak ada gunanya. Aku tahu dia dah pergi tinggalkan aku selamanya. Dan rasa menyesal ini akan aku tanggung sehingga aku m4ti.

Kisah ini kita boleh ambil jadikan ikhtibar, kadang – kadang apabila kita berada di luar kawalan emosi, kita telah meny4kiti dan menggur1s perasaan orang lain. Andai perkara yang sama berlaku seperti kisah Amila, pasti kita akan rasa menyesal yang tak ada kesudahan. Apa – apa pun tak guna menyalahkan diri sendiri kerana sudah tertulis jod0h, pertemuan, ajaI, m4ut setiap manusia.