Along gaji puluhan ribu, belum apa-apa dah suruh bahagikan harta takut jadi apa-apa nanti

Along mempunyai kerja yang bagus dengan gaji puluhan ribu sebulan. Along rajin bercerita punyai banyak aset serta duit yang banyak. Selalu suka menunjuk dengan kehebatan tapi sayang dia kedekut. Dia cakap badanku gemuk dan tak pandai sekarang semua anaknya tidak pandai dan gemuk.

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin jika confession ku ini diterima. Assalamualaikum semua. Nama ku Cadbury, semestinya nama samaran.. Sesungguhnya aku mengidam makan coklat sekarang ni.

Maaf jika penulisan aku agak celaru, aku tidak pandai mengarang. Maaf juga jika ada tidak berpuas hati terhadap nukilan aku, kerana ini adalah isi hati aku.

Dari tajuk pasti semua boleh meneka. Ya, ini berkenaan along aku. Aku ada beberapa adik beradik perempuan dan along aku adalah seorang abang yang culas.

Mungkin bagi semua kisah aku ini hanya la ringan dan tidak perlu diambil berat tetapi bagi sesiapa yang mempunyai abang seperti aku mungkin masih segar di otak bertapa culasnya abang aku ni.

Sedikit tentang along. Along middIe aged man. Punyai kerjaya yang sangat bagus. Kerja yang hebat gaji mencecah puluhan ribu sebulan. Mempunyai isteri dan anak. Senang cerita rezeki along dalam kehidupan sangat mudah dan meIimpah ruah.

Tapi sayang, along seorang yang sangat kedekut. Along tidak pernah memberi kami adik beradik duit belanja. Tidak pernah tolong kami. Tidak pernah mengambil tahu hal kami. Jika ada adik beradik yang susah, along hanya melihat dan mendengar.

Along rajin bercerita punyai banyak aset serta duit yang banyak. Selalu suka menunjuk dengan kehebatan yang along ada tapi sayang sikit pun kami tidak bangga dengan itu. Along tak pernah ambil tahu tentang kami adik beradik.

Jika bersembang berkumpul adik beradik along pasti akan menunjuk sikap yang berlebih – lebih. Jadi kami seperti janggal untuk bersembang dengan along.

Ibu ayah aku ajar kami dengan sempurna. Jadi tidak perlu persoal tentang ibu bapa aku. Bagi aku ibu bapa tidak salah kerana yang salah adalah diri kita sendiri yang mencorak kehidupan ini.

Along dengan ibu bapa aku baik – baik sahaja tetapi tidak juga diIonggokkan hartanya pada mereka.

Masih segar dalam otak aku ketika kecil along mempersenda badan aku yang gemuk dan kepandaian aku yang rendah. Tetapi apa yang along dapat sekarang semua anaknya tidak pandai dan gemuk. BaIasan Tuhan mungkin.

Dulu waktu remaja, ramai kawan aku akan bercerita perihal keluarga terutama jika mereka mempunyai abang.

Masing – masing akan bercerita bertapa baiknya abang kerana rajin menolong adik beradik nya. Ke mana sahaja akan dibeli buah tangan untuk adik beradik. Boleh bercerita masalah dengan abang mereka.

Aku hanya tersenyum sambil berbisik dalam hati, betapa beruntungnya mereka. Aku ada abang tapi umpama orang asing.

Jangan risau, kami adik beradik tidak pernah mengemis dengan along. Sebab bagi kami, along sudah dewasa dan patut tahu tentang sifat kemanusiaan jadi tidak perlu diajar tentang sifat pemurah dan penyayang.

Kami tidak pandai juga meminta duit pada ibu bapa. Memang kami adik beradik sangat malu untuk meminta duit.

Sehingga lah aku berkahwin suami aku bertanya, ‘kenapa along macam itu?’ Bukankah dia seorang lelaki dan abang, sepatutnya dia harus tolong adik beradiknya. Aku sedar dengan pertanyaan suami aku cuma aku tidak tahu apa harus dijawab.

Kami suami isteri busines kecil – kecilan. Suami aku pandai dalam memasak. Sampai suatu hari, along meminta suami aku untuk bersama – sama berniaga menjual makanan,

Umpama meminta tolong atau ‘menggunakan kepandaian’ suami aku untuk berniaga tetapi aku menent4ng sekerasnya, bagi aku dia tidak pernah menolong kami jadi buat apa perlu kita tolong along.

Along berkahwin dengan pilihan hati. Ketika awal perkenalan antara kami sekeluarga Kaklong mengatakan dia mampu mengubah along. Boleh buat along dan kami adik beradik rapat tapi sesudah kahwin along masih sama.

Tiada perubahan malah ketika ada perbincangan keluarga, kaklong boleh pula cakap pasal harta along. Kaklong berkeras yang along perlu bahagikan harta nya supaya tidak terjadi apa – apa pada kaklong di masa hadapan.

Mungkin kaklong rambang mata sebab tahu gaji along puluhan ribu.

Aku yang mendengar menepis dengan lantang mengatakan yang kami adik beradik bukan jenis ambil harta along. Kami masing – masing sudah berkerjaya. Along yang mendengar hanya tersenyum sinis.

Saat PKP 2021 ini, kami adik beradik masih boleh hidup dengan seadanya. Kami tidak meminta – minta dengan along. Masih berkongsi antara kami adik beradik bersama ibu ayah. Selalu juga video call bersama – sama tanpa along sekeluarga. Kami sudah terbiasa.

Jadi jika kau adalah seorang abang sila jaga adik – adikmu. Sila ambil tahu perihal adik beradik mu.

Ya betul, jika kau sudah berkahwin isteri dan anak mu adalah syurga yang perlu di jaga tetapi dalam islam ibu bapa dan adik beradik juga adalah tiket untuk kau ke syurga.

Bukankah semua ini akan disoal kelak? Moga kita semua diIindungi Nya. Aku hanya rindu pada seorang abang. – Cadbury (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shella Kamaludin : U nampak abang u kaya je, masa dia sesak ke masa dia usaha nak jadi kaya tu nampak tak? Lepas tu, u dah ada suami, u kumpul la harta sama – sama, tak payah kalut dengan harta orang. Kemudian, silap u satu la, masa abang minta tolong nak buat bisnes sama – sama kenape tak tolong ? U pikir negatif pula cakap dia amik kesempatan. Kata rindu abang tadi, masa ni la nak berbaik tolong buat bisness sama – sama. Tak marah pun, cuma cakap je, kalau salah pandangan saya ni, abaikan je.

Anid Hamzah : Anak lelaki memang kebanyakan dalam keluarga jenis yang kurang perihatin, kalau dapat pulak isteri yang pentingkan diri sendiri m4kin jauh lah dari keluarga.

Somer Denot : Tak faham kenapa nak komplen abang tak bagi duit. Masing – masing dah besar panjang boleh cari duit sendiri kot. Abang tak sedekah kat mak ayah, tt lah yang buat. saya pun tak pernah membeIa adik – adik sampai nak bagi duit macam nafkah, tapi kalo diorang mintak tolong, boleh bagi ikut kemampuan. Mungkin abang tt ni belanja makan pun tak pernah, kalau keluarga orang lain macam tu biarlah. Keluarga kita, kita syukurla apa yang ada. Daripada  penceritaan tt ni, takdelah sesiapa yang tersiksa atau dipergunakan. Maaflah tak berapa setuju dengan confession ni

Ha Limah : Maybe dia masa sekolah susah – susah abang dia tak pernah tolong hulur duit sikit kot, jenis kedekut. Nasib baik abang – abang n kakak – kakak aku elok tolong adik beradik. Kadang diorang balik kampung ada hulur – hulur duit dekat adik – adik yang masih sekolah. Rm5 pun dah rasa besar sangat. Ada yang hadiahkan laptop, tolong bayarkan duit sewa rumah masa aku tengah sesak zaman belajar dulu, dah besar ni, aku baIas la apa yang patut, aku belajar elok – elok sampai dapat dean list, sebab orang dah tolong tapi jangan la haprak jugak.

Kadang diorang beli barang kat kita, bagi diskaun ke, bagi buah tangan ke, boleh give and take dengan diorang n in law. Mana yang hidup senang tu, sikit pun aku tak cemburu n tak pernah nak ambik kesempatan. Agaknya along confessor ni jenis kedekut pentingkan diri, lepaskan tengkuk sendiri kot. Tu yang terasa hati sangat. Bab kakak ipar tu, ko kena la hormat dia. Tu bini dia, penat dia beranakkan anak – anak sed4ra ko. Sekian tarbiah dari saya.

Nonie ZA : Betul tindakan kakak ipar. Elok la dibahagikan siap – siap harta. Memandangkan ada adik macam tt ni. Dah along tu ajak berniaga makanan, ko buruk sangka. Mana tahu niat along nak laki ko berjaya tapi dengan cara gitu. Bukan dengan cara dihumb4n terus kesenangan. Ntah la. Aku rasa along laki bini tak salah. Kenapa laki ko pon sibuk hal kesenangan along? Pelik – pelik.