Saya suruh suami lepaskan saya sebab saya tak redha dia tak bagi saya nafkah

Mula-mula memang saya ikhlas tolong suami malah bangga tapi selepas 10, 15 tahun, saya beritahu suami saya tak happy sebab dia lepas tangan bab nafkah dan selalu lebihkan keluarga dia. Suami saya jawab apa tau.. ‘oh, ingatkan awak tak kisah’.

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum wbt. Seorang yang rapat telah forward kepada saya kisah – kisah di sini dan daripada apa yang saya sempat baca, banyak isu rumahtangga berlegar sekitar nafkah.

Dari pengalaman kerja saya, 2 jenis masalah rumahtangga yang paling lazim ialah masalah kewangan atau pasangan curang. Dua lagi isu yang kerap dengar ialah campurtangan keluarga atau suami yang mend3ra (dari segi em0si atau fizikal).

Ada juga saya came across aduan atau luahan suami men4gih (ar4k atau dad4h), m4ti pucuk, s4kit, ajaran sesat, berjvdi atau nak poIigami. Kisah ni kita akan kena dengar bila orang merayu minta tukar atau pasangan atau parents datang ke pejabat minta tukarkan ahli keluarga mereka.

Hari ini saya fikir asyik kena dengar kisah orang, nak lah pulak orang dengar juga kisah saya. Terima kasih ada platform macam ni yang mana identity anonymous, rasa selamat untuk lepaskan yang terbuku.

Bab tak beri nafkah ni saya juga hadapi dan saya sedaya upaya simpan perkara ini. Saya tak mahu orang tahu sebab saya lah banyak nasihat orang tapi kali ni saya nak ajak pembaca soroti dan mana yang baik jadikan panduan, mana tak elok tu jadikanlah sempadan.

Pra Perkahwinan:

1. Saya dan suami bercinta agak lama, kiranya saya sangka dah kenal hati budi. Dia dan keluarga memang kelihatan alim. Saya yakin saya takkan buat silap sebab saya memilih mereka kerana agama.

Saya sedia maklum mereka orang susah. Dia mengaku terang – terang perlu bantu keluarga. Tentu ini ciri – ciri yang baik kerana jelas bertanggungjawab.

2. Masa baru berkahwin gaji suami RM2000+ lebih kurang. Dia dah kerja beberapa tahun di swasta. Dia struggIe untuk simpan nak nikah, dan tanggung keluarga besarnya seramai 10 orang.

Saya admire dia masa tu, baru betul anak jantan sebab saya bandingkan dengan beberapa lelaki yang macam manja sebab anak orang senang dan dan bandar.

Pasca perkahwinan:

1. Rupanya orang kampung ni walau nampak warak, mereka seIamba sahaja menggunakan bahasa c4rut dan kasar. Kita yang tak alim ni (saya Minah KL dan mula berhijab sebelum menikah sedangkan mertua, ipar saya memang tudung labuh, berstokin) pun tak sanggup nak cakap mcm mereka.

Saya dulu sangka orang kampung rajin, pengemas dan pembersih macam species Saadiah dalam Musang Berjanggut, tetapi yang benar adalah sebaliknya. Ini k3jutan yang pertama. Seterusnya banyaklah k3jutan yang saya kena lalui.

2. Mak Mertua saya cerita bapa mertua saya tak beri dia nafkah, suka lepak dengan kawan – kawan dan selalu tinggal dia uruskan anak – anak yang ramai sambil membanting tuIang cari pendapatan.

Ini juga di luar jangkaan saya. Saya menantu perempuan pertama dan suami saya anak kesayangan (Ibu kata dia taat, rajin tolong kerja rumah, pandai jaga adik dan bijak Akademik), maka jadilah saya tempat luahan perasaan dia. Banyak kisah duka Ibu kongsi, tak larat saya nak perinci.

3. Mertua atau adik selalu minta duit atau bantuan dan keadaan ini berlarutan dalam tempoh yang lama. Setakat nak makan atau belajar ok lagi tapi realitinya macam – macam.

Contoh: Bapa mertua beberapa kali minta jumlah ribu riban kerana nak mula meniaga. Semua duit tu burn begitu sahaja kerana apa yang dia usahakan hanya buat separuh jalan.

4. Walaupun saya tulis tu macam tak best, hakik4tnya di awal perkahwinan, saya naif, dan walau saya sedih dengan bapa mertua pasal duit dan ada kalanya tension dengan husband kerana kewangan, saya secara amnya bahagia.

Suami punya duit cukup – cukup untuk menyara diri dan memenuhi kehendak keluarga dan pada masa tu saya guna gaji saya untuk perbelanjaan rumahtangga kami. Mula – mula memang saya ikhlas, malah bangga sebab rasa macam insan berguna.

5. Masuk tahun ke 10 dah macam tak seronok dan masuk tahun ke 13 dah mula geram. Masuk tahun ke 15 m4kin menjeruk rasa terutamanya anak – anak semua dah masuk sekolah dan semua perbelanjaan meningkat.

Saya beritahu suami saya tak happy sebab dia lepas tangan bab nafkah dan selalu lebihkan keluarga dia tapi selepas beberapa tahun baru nak suarakan, suami saya jawab apa tau.. ‘oh, ingatkan awak tak kisah’.

6. Selain isu Kewangan, mereka juga berbeza moral values dan pemikiran. Tak dapat elaborate part ni tapi rasanya pembaca paham. Antaranya suka sangat hent4m orang. Very negative. M4ti – m4ti dulu saya ingat orang susah sure humbIe.

7. Masa adik – adik ipar belajar, lain nak diurusnya, tapi bila dah grad, lain pula kena hadapnya. Bibik beritahu saya hati – hati kerana mereka ni manis di depan sahaja. Of course lah masa tu saya tak percaya.

Tapi selepas macam – macam terjadi, terbukti amaran bibik – bibik saya ada kebenarannya. Ini buat saya membara sebab tahu kekurangan saya menjadi bahan sedangkan kekurangan mereka saya boleh terima.

8. Tepat 20 tahun kahwin saya pikir saya kena bertindak. Saya buat aduan ke Pejabat agama. Orang mungkin akan tanya kenapa lambat sangat.

Percayalah dengan sibuk hal anak – anak, keluarga, kerjaya, ulang alik makan jem pergi kerja, tanya beberapa Ustaz pula mereka kata sabar, bincang elok – elok, suami puan kalau cukup solat dan pergi kuliah, ada harapan dia boleh berubah, dia sendiri pun berapa kali bila per4ng besar janji nak berubah (tapi tak lama akan balik perangai asal), tup – tup dah masuk usia perkahwinan 2 dekad.

9. Suami saya jadi seorang perniaga yang berjaya, rezeki dan berkat doa Mak dia.. cuma dia lupa masa gaji kecik, siapa yang back up, masa mula meniaga, memang isteri yang tanggung keluarga.

Peranan kita memudahkan hidup dia, tak dipandang dua beIah mata. Dah lama dia mampu tanggung anak bini tapi buat – buat lupa sebab dah terbiasa alpa.

Dulu jawab ingat saya tak kisah, bila dah beritahu saya kisah, tak bagi jugak, setakat kita rajuk, rintih, rayu, dia buat tak tahu. Pandai – pandailah surv1ve.

10. Saya tanya adakah sebab tak sayang saya, atau saya isteri yang tak bagus, sebab kalau saya ada salah hingga dia tak nak nafkahkan, elok lepaskan sebab saya tak redho, terlalu lama dan terhakis dah hormat saya pada suami.

Serba serbi buat dan tanggung sendiri, baik jadi ibu tunggal secara rasmi. Kalau ingat cara dia ng0rat dulu, takkan terlintas dia boleh sia – siakan saya.

11. Saya sanggup berpisah tapi dia tak nak. Saya dah siap jumpa lawyer. Bila disuruh sabar, saya ingat saya jawab kalau dia m4ti, bahagian Fara’id saya 1/8 sedangkan jika ajaI saya dulu, dia dapat 1/4.

So saya kata nak tunggu apa, masa dia hidup saya mengemis harapkan dia, bila tiada, bukan dapat banyak mana. Kalau saya pulak pergi dulu, seronoklah dia sebab masa saya hidup dia tumpang semangkuk, bila saya m4ti dia dapat suku harta. Sampai ke situ fikiran saya.

12. Suami memang terk3jut dapat Surat panggiIan sesi KaunseIing. Gelabah dia masa ni, terus janji lunas nafkah. Saya dapat bukan sikit. Saya ingat lagi Ustaz yang handIe kes ni terbeliak biji mata tengok amaun penyelesaian. Siap fotostat masuk file.

13. Selepas episod tu, keadaan reda sekejap tapi banyak benda dah berubah dan rumahtangga dah tak aman. Isu dengan keluarganya, dengan dia sendiri.. Saya tabik Wanita yang boleh keluar dari perkahwinan yang menguntungkan suami sahaja.

Saya mohon dilepaskan dengan cara baik tapi suami tak beri kerjasama langsung sehingga Pejabat Agama suruh ke Mahkamah Syariah. Saya tiada kekuatan nak teruskan. Setakat effort saya jumpa peguam 2 kali, pergi Pejabat Agama 4 kali, pun dah sangat penat.

Meruntun juga menulis ni sebab mengimbau peristiwa macam – macam. Sebenarnya apa yang saya kongsi di sini hanya secebis kecil daripada drama yang sangat panjang. Macam – macam benda berlaku.

Saya seorang isteri yang mulanya yakin ‘love will c0nquer all’, kini bukanlah orang yang inn0cent itu lagi. Tak sama langsung. Tapi saya harap dan doa saya sentiasa ingat untuk bersyukur. Semua hambaNya ada ujian masing – masing.

Sebenarnya, tak ramai orang tahu kisah ni. Masa saya sedang turun naik Pejabat Agama, ada 2 orang di Pejabat saya terp4ksa beritahu (masa ni saya ambil unpaid leave sebab terlalu serabut) memang mereka sangat terkedu. Sebab saya tak pernah beri clue.

Adik beradik, sed4ra, jiran, kawan pikir hidup saya indah, suami kaya berjaya, saya pula berkerjaya dengan berjaya. Anak – anak belajar elok, keluarga besar rapat molek. Apa yang terzahir sangat berbeza daripada reality kehidupan dengan suami yang saya list ni:

1. Kapasiti lelaki lain – lain dan suami saya ni dari kecik, budak dan remaja dah berazam nak senangkan hati ibunya kerana kesian ibu dia makan hati, selalu dimarahi dan gigih cari rezeki. Bila dia berkhidmat untuk keluarga, dia puas hati mcm capai KPI paling cemerlang.

Dia tak nak Ibu dia susah lagi, nangis lagi. Kapasiti dia dari segi wang, kasih sayang, perhatian dan masa dah penuh untuk keluarga dia dan spare sikit sahaja untuk anak bini.

2. Genetik dan cara dibesarkan memainkan peranan. Dia tak rasa bersalah buat apa yang bapak dia pernah buat.

Entah apa yang tertanam dalam sel – sel dan sistem dia. Tak beri nafkah, pentingkan orang lain dari anak bini, suka lepak dengan kawan. Bila saya cakap you do exactly what your dad did, dia mcm susah proses.

So tengoklah perangai parents tapi kalau dah jod0h kita dengan orang yang probIematic parents, dari awal jangan biar dia ulangi sejarah parent tu. Stop the vici0us circle.

3. Penampilan beragama TAK SEMESTINYA faktor akan patuh hukvm agama sepenuhnya. Bab nafkah memang ramai hampeh.

Saya ulang kali warning anak laki jangan ikut perangai Atok dan bapak dia. 4 orang daripada adik beradiknya graduan Agama tapi tak meresap akhlak atau kefahaman Islam yang sebenar dalam keluarga tu. Their brand of Islam is just weird. Astaghfirullahal’adzim.

4. Sedikit background, parents saya dah tiada, adik beradik pun ada yang dah meninggaI dunia dan ada yang duduk luar negara jadi saya dah mula berdikari sejak muda lagi.

Bila kahwin, asal dapat keluarga besar pun dah happy, bolehlah kita menumpang kasih. Jadi dari awal saya berdikari.

Dia sibuk dengan keluarga dia, saya pun uruskan keluarga kita. Saya pikir ia hanyalah sementara tapi ia berlarutan sampai sekarang. Ini satu kesilapan yang banyak kali saya ingatkan anak perempuan janganlah buat.

5. Bila dia tak bagi duit saya tak mintak. Ini pun silap besar. Tiada siapa nak bimbing saya, saya ingat peng0rbanan jadi pengik4t kasih sayang. Saya percaya orang akan hargai & kenang. MeIeset sama sekali. Kerana itulah kita kena ikut apa yang Islam tetapkan.

Allah tahu fitrah wanita hendak diIindungi, dibeIa, disara, dijaga.. bila bertahun lamanya element itu missing, memang jadi tawar hati lebih – lebih lagi kalau tahu suami mampu & lihat dia boleh beri duit yang banyak kepada keluarganya.

Kita akan rasa macam kita tidak disayangi. Bukan sebab kita materialistik tapi hakik4tnya rasa macam digunakan sahaja dalam perhubungan sah itu. Sedangkan matlamat rumahtangga Islam jelas, dan suami isteri ada peranan masing – masing.

6. Ada orang yang sangat miskin semasa kecil sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk tidak menempuh kepayahan itu. Lepas lama kahwin, dengar ipar perempuan pula cakap nak cari suami kaya biarlah tua pun, mertua cakap dengan cucu laki carilah perempuan yang tak menyusahkan (maksudnya ada gaji dan duit sendiri), barulah saya hadam yang suami saya mungkin tertarik dengan pakej yang saya ada. Iaitu dah siap berharta.

7. Saya recall balik, asal minta bantuan ipar, kena hulur duit. Bila ajar ngaji, ada upah, hantar kita ke airport, kena upah, hantarkan anak saya ke sekolah pun ada caj.

Ini bermakna kita tolong mereka kita keluar modal, kita mintak tolong mereka pun kena bermodal. Jadi beringat lah di awal perkahwinan agar berpada – pada dengan ipar duai.

Kalau jenis biasa menerima, mungkin mereka akan expect begitu sampai bila – bila. Bila nak memberi, tak berapa nak reti. Kita ni kalau iman kuat ok, tapi lama – lama boleh bengkek juga.

8. Paling kritikaI, kami sebenarnya tak sekufu dan inilah sebab paling berat saya rasa membuatkan perkahwinan ini dari mimpi indah jadi mimpi ngeri. Habis time bercinta, dah jadi milik mutlak dia, baru macam – macam kesusahan timbul.

Susah komunikasi, susah faham. Masa nak kawin, abang susah hati khuatir kita kawin orang susah tapi akhirnya bukan susah duit yang susah sekali tapi susah hati meniti hari dengan orang tak same wavelength yang paling susah sekali.

Kepada pembaca, didiklah anak tentang tanggungjawab berumahtangga. Saya pun sedang berusaha. Jika anak dah kerja dan berkahwin, cuba tanya dia dah setel ke makan minum tempat tinggal anak bini. jangan pulak kita lagi sesakkan dia.

Kalau yang muda, belajarlah. Kalau nak mintak duit atau bantuan drpd ahli keluarga, jangan sampai dia abai yang dia wajib jaga. Especially kalau awak seorang Wanita. Suka tak kalau laki awak asyik bela keluarga dia & awak anak beranak tak dipeduli.

Kesudahannya, saya tak harap apa – apa sangat dari suami. Hari dia ok, Alhamdulillah. Hari dia menjengkelkan saya zikir banyak – banyak tahan sabar. Kadang datang nak marah, sound jugak. Dia tetaplah sebok hal kerja & family dia tapi hal duit dah tak sulit seperti dulu.

Dia takut jugak agaknya nak kedekut lagi sebab kali terakhir saya meIetup (masa PKP pertama), memang anak – anak menyebeIahi saya.

Masa tu baru dia sedar anak – anak pun sangat aware bapak mereka ni nampak je seperti Ketua Keluarga yang hebat tetapi praktikalnya tak sampai. Pada saya kalau dah tak boleh ubah semua, dia berubah sikit pun jadilah. Cinta dunia memang takdirnya begitu untuk saya.

Yang penting saya tak bitter atau miserable. Saya pun tahu saya banyak kelemahan & dalam proses nak baiki diri jadi lebih baik. Doakan saya pls & moga Allah kembalikan ucapan yang baik serta doa yang ikhlas kepada kalian. Aamiin.

Sesungguhnya urusan jod0h itu sungguh Misteri. Saya doakan anak – anak kita jadi orang yang baik & dikurniakan pasangan yang baik yang merupakan anak kepada orang tua yang baik juga. Aamiin YaRabbal A’lamiin. Wassalam & Jazakumullahu Khairan. #Legaluah! #Akhirnya! – Makcik Misteri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Ramai hadap masalah macam ni. But the key person is still the husband. Kalau dia sedar dan berubah, alhamdulillah. Lelaki yang betul – betul faham agama akan tahu turutan nafkah tu.
Mak ayah yang ada fikiran yang rasional akan tahu tanggungjawab utama anak lelaki mereka. Adik – beradik ipar yang bijak akan tahu menghorm4ti hak isteri abang mereka. Banyak pengajaran dalam confession ni. Semoga Allah swt terus kuatkan sis dan anak – anak. InsyaAllah aamiin.

Dilla EizMaira : Hidup ni kelakar sebenarnya,
ada mak – mak dia pesan suruh anak dia cari perempuan yang boleh terima hidup susah yang sanggup struggIe bersama- sama. Maksudnya terima anak laki dia yang kerja biasa – biasa, tak ade harta dan duit bnyak tu. Tapi bila anak perempuan dia nak kahwin pandai plak dia suruh cari laki yang berduit supaya hidup senang. Jangan lupa kalau perempuan semua nak cari laki kaya, laki macam anak dia tu tak kahwin la sampai tua. Tapi betul la, suami yang cuai dan culas bab nafkah dan tanggungawab akan menghakis rasa hormat isteri terhadapnya dan lama – lama akan hilang rasa kasih dan sayang.

Siti Noraini Maidin : Ini bukan susah harta tapi susah pemikiran. Lagi satu dia tak sedar sebenarnya dia ikut sifat bapanya cuma tak nampak sebab si isteri berkerjaya. Isu nafkah ni bukan sebab isteri mata duitan, tapi nafkah ni melambangkan penghargaan kepada seorang isteri. Kalau gaji sikit, berilah walaupun sikit. Isteri – isteri ni tak kej4m, akan faham. Dan kalau dah banyak gaji dan sem4kin berjaya, tolonglah bagi dengan setimpal. Percayalah bukan setakat rezeki m4kin mencurah, isteri ni m4kin bertambah hormat. Lagi satu, ketika si suami memerlukan atau susah nanti, si isteri pun akan tolong tanpa banyak soal. Tapi kalau si suami buat sebaliknya, maka si isteri akan menjeruk rasa seterusnya tak must4hil dia akan baIas balik perbuatan itu.

Nursarah Puteri : Mesti Puan rasa macam disia – siakan. Paham macam mana susahnya awal dulu support suami n paham time susah redha xde nafkah pun tapi bila suami dah senang masih juga buat taktau pasal nafkah sedangkan suami lebih dari mampu.

Suami puan macam dah didoktrin bahawa dia kena senangkan ibunya dan keluarganya sahaja. Untuk puan dia tahu Puan bekerjaya dan anggap puan tak pernah susah jadi dibiar kan sampai 20 tahun.
Puan macam dah tak redha sangat sampai terfikir suami lagi untung bila m4ti dapat 1/4 harta puan. Pada saya puan cakap camtu for sure harta puan pun banyak juga. Saya mampu baca dan cuba faham ja, harap puan baik – baik sahaja bersama anak – anak.

Ahmad Fitri : Macam ni baru confession bermanfaat, ada pengajaran yang jelas. Pengalaman 20 tahun, saya sebagai seorang suami juga boleh belajar dan ambil manfaat dari confession sebegini. Bukan buat confession tajuk sunnah bersiri – siri, rupanya kahwin baru setahun jagung dan diberi feedback menyindir dengan sinis.