Ibu suka menunjuk, dia mahu majlis perkahwinan saya nanti ibarat Datuk Siti Nuhaliza

Gigil lutut bila mak nak semua persiapan dan perancangan mengikut dan merujuk majlis perkahwinan Datuk Siti Nuhaliza. Bila saya kata tak mampu mama akan merajuk sebab tak mahu dengar cakap dia. Ibu suka menunjuk dan bandingkan tunang saya dengan menantunya yang kaya..

#Foto sekadar hiasan. Mama saya ini ada pangkat besar kira dalam negeri kami dia jatuh nombor dua, tapi dalam jabatan dia ajalah. Walaupun pada saya jawatannya tak begitu besar, ramai lagi wanita lain yang lebih pandai daripadanya, tetapi dalam bahagiannya kira dia top jugalah, semua orang dia boleh pot0ng.

Mama saya ini juga cukup terkenal di taman tempat kami tinggal sebagai wanita yang hebat. Kalau berpakaian up to date semua mesti sedondon. Kalau hijau dari tudung sampai ke kasut mesti hijau, dan dia menjadi perhatian ramai kerana cara dia mengenakan pakaian. Kalau pasal aksesorinya beg tangan, jam, kasut dan cermin mata mesti berjenama paling top dari luar negera.

Rantai leher, gelang dan cincin pulak paling koman mesti kristal dan mutiara. Pasal baju kalau sepasang RM100 tu untuk pergi kedai aja, kalau berjalan atau untuk jemputan mesti berharga RM250 hingga RM350 sepasang. Itu belum masuk upah jahit manik dan laboci. Tudung pulak bukan setakat sedondon, tapi mesti lengkap bermanik lip lap. Pendak kata memang top.

Jadi disebabkan gaya dan pangkatnya yang top itu dia mahu perkahwinan saya nanti mesti yang terbaik, paling meriah, menjadi sebutan ramai dan mendapat puji – pujian dan dikenang sampai bila – bila. Begitulah hajatnya.

Tetapi dia mesti sedar walaupun saya dan tunang saya lulusan U tapi kami berdua baru bekerja setelah mengganggur dekat tiga tahun sebab susah dapat kerja, jadi manalah kami nak cari banyak duit untuk menyiapkan segala peralatan mengikut selera dan standard mama.

Mama saya ini mahu jadi trandsetter ketika buat majlis kahwin. Masa kakak dan abang saya kahwin dulu, bukan sahaja majlis perkahwinan yang diadakan besar – besaran, tetapi juga buah tangan untuk tetamu yang hadir mesti terbaru belum ada orang buat lagi. Supaya menjadi kenangan dan sebutan ramai.

Sebagai contoh masa abang kahwin, orang penanggah bukan saja dapat duit bunga dad4, tetapi dapat sepasang baju seorang, sementara budak – budak yang kerja cuci pinggan mangkok, periuk belanga, dapat kemeja T ditempah khas bertulis perkataan terima kasih dari keluarga pengantin.

Masa kakak kahwin, pulak selain dari sepasang baju dan kemeja T setiap mereka yang bertugas dapat duit RM30 seorang. Itu baru hadiah untuk orang penanggah dan kendar4t belum masuk lagi ole – ole untuk tetamu yang datang lagi hebat. Masa abang kahwin tetamu wanita dapat sehelai tudung, kanak – kanak dapat gula – gula dengan sapu tangan, sementara tetamu lelaki dapat beg duit syiling. Memang hebat.

Pendek kata semua tetamu kagum kerana cenderamata lumayan yang diberikan. Ialah belum pernah dibuat orang dapat kain tudung dan beg duit syiling yang ditempah khas. Itu belum lagi hadiah khas VIP tetamu mama dan ayah. Hadiah untuk mereka lebih mahal lagi sebuah mangkuk kristal yang berwarna – warni.

Memanglah tetamu suka dapat hadiah best, tetapi semua hantaran itu bukan mama dan ayah sediakan tetapi mesti disediakan oleh kakak dan abang. Kalau mereka tak ada masa nak pergi beli, bagi duit pada mama, semuanya akan beres.

Pada saya itu semua tak jadi masalah sebab abang gaji besar dan dia kahwin pada usia dekat 30 tahun tentulah banyak simpan duit. Kakak pulak firma tempat dia kerja memang besar dan dapat bonus empat bulan setahun, bolehlah dia sediakan segala benda mengikut arahan dan standard mama sebab mereka berduit.

Tapi macam kes saya yang baru aja bekerja ini memang tak berduit. Dulu saya bekerja di restoran makanan segera jadi manalah nak simpan duit. Tunang saya pun sama tak berduit. Jadi bila mama bentangkan tugas dan tanggungjawab yang saya mesti sediakan saya jadi takut sebab tak mampu, mana nak cari duit.

Saya tak nafikan ini semua adalah kerana sikap ibu saya yg suka menunjuk – nunjuk pada kawan – kawan tentang kekayaannya dan membandingkan antara tunang saya dengan menantunya yang kaya tu.

Mama saya memang baik dan penyayang orangnya. Tetapi satu sikap mama yang buat saya kecil hati, mama memandang rendah pekerjaan dan pendapatan saya berbanding kakak dan abang. Beliau juga sering membandingkan gaji tunang saya dengan abang ipar saya yang pendapatan bulanan melebih RM8,000 itu.

Bila hari lahir mama dan ayah hadiah dari saya tidaklah sehebat hadiah kakak dan abang. Walaupun mama cuma tanya harganya tapi saya rasa sedih. Sebab mama akan kata hadiah saya ada dijual dekat pasar malam. Berbanding hadiah dari kakak dan abang cuma ada di KL aja.

Lepas tu kalau saya ajak mama dan ayah keluar makan, mama kata dia tak tahu nak pakai baju apa sebab saya belanja makan di restoran kecil aja. Sedangkan kakak dan abang belanja mama makan di hotel empat atau lima bintang, taklah susah sangat mama nak pilih pakaian yang paling istimewa dan lip-lap lip-lap tu.

Walaupun saya nak kahwin hujung tahun depan tapi mama dah mula merancang apa hadiah nak beli. Mama suruh saya survey harga sebuah beg kecil diperbuat dari kain lace atau baldu, bukan beg kertas macam sekarang ni, trend dah basi dan tak standard. Dalam beg kain tu akan diisi sebuah kota khas untuk makanan.

Saya dah survey harga di KL sebuah kotak berharga RM3.00 sementara sebuah beg kain khas berharga RM5.00 sebuah. Itu belum masuk isi yang akan mama tentukan nanti. Cuba bayangkan jika jemputan mama seramai 2,000 orang. Mana saya nak cari RM16,000. Belum masuk hadiah tetamu VIP mama 100 orang.

Jumlah itu belum masuk isi kotak itu yang belum mama fikirkan lagi. Lepas tu saya juga kena tempah kad jemputan. Saya juga nak cari mak andam, tempah pelamin, juru gambar, perabot bilik pengantin, pakaian pengantin untuk nikah, berinai besar, pakaian hari langsung dan pakaian bertandang.

Saya gigil lutut bila mak nak semua persiapan dan perancangan mengikut dan merujuk majlis perkahwinan penyanyi top kesayangan mama Datuk Siti Nuhaliza. Kata mama semua kena rancang dengan betul. Bila saya kata tak mampu mama akan merajuk sebab tak mahu dengar cakap dia.

Mama suruh saya cari set perabut kayu jati untuk bilik pengantin tapi saya kata tak perlu pinjam aja set bilik along yang masih elok tu, lagi pun saya duduk KL takkan nak bawa set tu nanti, tapi mama tak mahu katanya fesyennya dah basi. Kata mama set kahwin dia dulu katil bulat, dia tempah khas. Semua tetamu tengok terk3jut kerana cantik. Sampai hari ini semua orang cakap perkahwinannya dahulu yang paling special.

Lagi pun kata mama set tu tak boleh bawa KL khas di rumah mama untuk saya jugak bila balik nanti. Adoi, pening – pening. Jumlah ini belum masuk lagi persiapan untuk hantaran pernikahan. Mama suruh saya cari alas dulang kain lace Perancis, lapik kain satin. Bakul hantaran warna emas dia dah survey kat Nilai 3 satu berharga antara RM15 ke RM19 ikut size. Isi hantaran saya kena siapkan dan dia tentukan tunang saya mesti hantar beg dan kasut salah satu jenama mewah.

Oleh kerana tunang saya ini pernah jadi Pegawai Tentera Kerahan, dia mahu bila saya kahwin nanti mesti lalu bawah ped4ng. Ya Allah terk3jut saya. Dia marah betul bila tunang saya kata dia nak berhenti. Katanya dia nak tengok saya kahwin lalu bawah ped4ng dan dia dah survey kat mana kami nak lalu nanti.

Lepas tu mama suruh saya fikirkan apa tema warna yang saya nak pilih nanti. Bila saya kata putih dia suruh pilih warna lain. Kata mama dalam majalah yang dikumpul ada banyak pilihan warna untuk saya pilih. No White please!

Mama juga bagi tahu jurugambar mana yang baik untuk saya pilih sebab dia nak majlis pernikahan dan perkahwinan saya dirakamkan dalam video. Lepas tu dia akan bagi setiap seorang adik – beradiknya satu CD perkahwinan kami. Jadi perkahwinan kami tak boleh buat cincai aja, mesti ikut standard mama.

Bertuahlah gadis – gadis yang semua benda – benda itu ibu mereka sediakan, mereka cuma siapkan badan dan membuat pilihan aja, tetapi pada mama itu semua tugas dan tanggungjawab yang saya mesti siapkan, dia tak akan keluar duit kecuali memberi pandangan yang mewajibkan saya mengikutnya tanpa bantahan.

Lebih menarik lagi mama mahu perkahwinan kami ikut tarikh mama kahwin. Abang dan kakak pun ikut sama, kebetulan tarikh mereka kena pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi saya pulak kalau ikut tarikh itu jatuh pada hari Khamis. Tapi mama tetapkan tarikh itu untuk kami nikah, langsung hari Sabtu. Saya pujuk tunang saya ikut aja sebab saya tak mahu mama merajuk. Walaupun amat menyiksakan.

Itu masalah sebeIah saya, sebeIah tunang saya pun banyak ragam. Masa bertunang baik emak atau adik – beradiknya langsung tak peduli pun siapa nak buatkan hantaran. Jadi terp4ksalah saya buat gubahan sendiri untuk tunang saya hantar pada saya. Sebab kami nak jimat belanja. Tapi bila tiba masa nak bertunang semua komen hantaran tak cantik tak sesuai dan tak ada senilah, macam – macam lagi.

Mereka cuma pandai komen aja nak tolong tak mahu sebab terlalu berkira pasal duit. Itu bab hantaran. Masa nak bertunang pun bermasalah, semua tak mahu ikut rombongan lelaki pergi ke rumah saya dengan alasan tak ada cutilah, banyak kerjalah. Akhirnya 2 kereta aja nak ikut.

Tapi bila tunang saya kata dia tanggung duit petrol dan tol. Tetiba aja 5 buah kereta adik – beradik dan sed4ra maranya lagi nak ikut sama. Semua kata ok semua kata no problem. Tiba – tiba boleh cuti. Sampaikan berhenti di R&R pun kena tanggung makan minum mereka anak – beranak. Parah memang parah.

Kalau macam ni bagaimana kami nak simpan duit untuk perkahwinan nanti, jika semua orang nak ambil kesempatan dan lepas tangan. Dengan pendapatan tak seberapa dengan selera yang besar dari keluarga saya tentulah hidup saya lebih tersiksa, sementara sebeIah tunang saya semua nak ambil kesempatan terhadap tunang saya, nak ketuk selagi boleh. Semua minta sponser.

Tak tahulah bila nak kahwin nanti agaknya mereka suruh tunang saya sewa satu bas atau datang dengan 20 buah kereta yang dilengkapkan dengan duit petrol, tol berserta berhenti makan di R&R.

Sering saya terfikir berkahwin ni amat menyusahkan. Kalau tak kahwin pun susah jugak. Ini baru nak kahwin, dah berkahwin entah apa masalah yang timbul. Semua ini membuatkan saya takut hadapi masa depan. Dalam pada itu sikap mama bandingkan tunang saya dengan menantunya yang berduit dan berkereta besarkan sering itu membuatkan saya jauh hati.