Aku tr4uma, benci dengan mak mertua. Aku tak izinkan mertua datang tengok anak aku. Aku lari masuk bilik, dia datang kejar nak rampas anak aku

Aku lari bawa anak masuk bilik. Mak mertua ikut masuk bilik. Aku minta dia keluar dari bilik. Dia nak ambil anak dari tangan aku, aku tak bagi. Dia tengking, aku lari pergi bilik lain. Suami diam biarkan. Masa aku lari aku dengar dia cakap aku s4kit mental. Dari dalam bilik aku dengar dia nasihat suami suruh ambil anak dari tangan aku…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku tak sampai 2 tahun kahwin dengan anak tunggal, ada seorang anak belum sampai setahun. Aku pernah di diagnose dengan depr3ssion beberapa tahun lepas. Tapi aku berhenti jumpa doktor, silap sendiri tak usaha.

Berhenti sebab aku susah nak cuti lepas dapat kerja. Depr3ssion disebabkan aku dipulaukan kawan – kawan. Puncanya salah seorang kawan yang sangat manis bicaranya fitnah aku dan kawan – kawan lain percaya membuta tuli. Pendekkan cerita aku dan suami berkawan sampai kami kahwin.

Bila aku kata kawan, memang betul kawan bukan couple ye. Cuma yang aku dapat tahu suami memang dah lama sayangkan aku dan ajak aku kahwin. MaIangnya aku bukan menantu pilihan. Mak dia dah ada calon lain yang dia tak berkenan. Tapi, katanya bila kami dah kahwin dia redha aku jadi menantu dia.

Pelik kan? Dapat menantu bukan bersyukur tapi redha. Yang aku faham redha ni bila benda yang kita tak nak terjadi tapi akhirnya menimpa diri. Bunyi macam maIang sangat aku jadi menantu. Tapi aku tak pernah sedar benda ni sampai akhir – akhir ni.

Dulu aku tak kisah pun dia kata redha, janji aku usaha jadi anak perempuan yang dia nak. Dari sebelum kahwin masa suami bawa aku jumpa keluarga dia, macam – macam kata h1naan yang bagi mak dia gurauan keluar dari mulut mak dia. Dia h1na fizikal aku, tapi dalam gelak. Dia psik0 aku macam – macam tapi aku tak faham.

Sekarang baru aku sedar itu kononnya cara halus untuk dia tolak aku. Tapi aku positif sangat nanti lepas kahwin aku tackle la. Dari sebelum kahwin pun aku bagi hadiah sebab nak ambil hati la katakan. Masa aku mengandung, aku alahan teruk.

Sangat teruk sampai macam – macam aku tak boleh makan. Balik je rumah sana, aku makan nasi dengan sayur je. Takkan nak minta macam – macam pula lagi pun aku pun ok je makan camtu. Dah aku tak sentuh ikan dik4tanya aku mengada – ngada. Aku tak complaint, aku makan apa yang ada pun kena marah.

Muka aku kusam teruk sibuk nak suruh aku pakai makeup local brand konon boleh elok muka tu. FYI, aku memang suka makeup cuma bila alahan bau makeup pun nak munt4h. Aku bukan nak perkecil barang local, aku pernah guna jadi m4kin teruk.

Beribu habis nak elokkan balik kulit yang rosak. Tu pun kecil hati. Yela, takkan dah habis beribu nak rosakkan balik. Kusam sebab mengandung je pun. Aku dah bersalin sikit pun tak ucap terima kasih lahirkan cucu dia. Tapi naik status terima kasih kat anak dia sebab bagi cucu kat dia.

Senang cakap macam ni la, dia nak cucu, dapat cucu dengan jantina yang dia nak tapi aku dibuat macam sampah. Sikit tak ada penghargaan. Tak pernah dia kisah aku s4kit ke apa masa mengandung sampai aku bersalin. Macam – macam juga aku kena masa ni.

Aku ada kereta, tak la mewah tapi untuk taraf kami kereta tu mahal. Suami kereta biasa je. Jadi kalau kami ke mana – mana, kereta aku la yang kami guna. Tapi bila suami selalu guna terus dicop tu kereta anak dia. Kalau dia naik sekali dia la yang putuskan siapa duduk kat mana.

Aku diam je la sebab aku tahu suami belum mampu lagi beli kereta macam tu, biarlah dia puaskan hati mak dia. Tapi sedih la juga aku kerja penat bayar kereta aku dibuat macam tu pula. Aku diuji pula dengan suami suka main game sampai 4 pagi masa aku berpantang. Tidur pun tak nak, nak main game je.

Tak kisah pun aku s4kit beranakkan anak dia. Minta tolong urut pun macam – macam alasan dia bagi. Sudahnya aku meng4muk masa aku dalam pantang. Aku cuba kawal sebab tak nak sampai mer0yan. Tapi anak sangat selamat dengan aku. Tak pernah terlintas nak buat bukan – bukan pada anak.

Anak je yang boleh buat aku tenang. Tapi sedih sebab aku str3ss, aku tak dapat susukan anak. Sekarang memang sepenuhnya susu formula. Yang dah ada anak tahu la macam mana kecewa rasa tak dapat susukan anak. Kemudian mak dia diuji dengan satu musibah.

Aku yang teman pujuk mak dia masa tu. Anak pun aku tolak ke tepi dulu. Masa dia tengah meraung – raung menangis aku yang temankan. Masa dia tak mengaku suami anak, aku yang pujuk. Aku seorang, tiada saksi aku temankan mak dia. Hanya mak dia je yang tahu aku ada.

Suami sibuk menguruskan hal tersebut dan meminta aku temankan mak dia. Aku teman tapi bukan sepenuh masa sebab aku masih ada anak kecil yang perlu dijaga. Suami punya saud4ra lain yang boleh jaga mak dia. Aku siap kemas kain baju suami suruh dia jaga mak dia dulu. Anak aku uruskan.

FYI, musibah tu tak ada kaitan dengan suami pun tapi orang tengah sedih fikir tak lurus semua dia salahkan sampai tak mengaku anak. Nak dijadikan cerita, seminggu suami di sana diam tak bertanya khabar. Aku contact langsung tak reply.

Lepas tu suami balik bermasam muka dan kami berg4duh. Alasannya sebab mak dia mengadu aku tak teman mak dia masa musibah tu berlaku. Aku bukanlah jenis orangnya yang senyap membuta terima takdir. Kalau nak kata aku kuat meIawan, ya tapi hanya untuk benda yang aku rasa perlu.

Dan kali ni aku rasa perlu. Aku terangkan satu persatu termasuk mak dia tak mengaku anak dan anak kami lebih memerIukan aku. Bukan aku tak teman langsung. Takkan nak berteman siang malam, logik la sikit. Siapa lagi nak jaga anak kalau bukan aku?

Takkan nak suruh anak umur 6 bulan jaga diri sendiri sebab nenek tengah sedih? Habis takkan orang yang umur 50an tak boleh jaga diri sendiri nak berteman sepanjang masa? Akhirnya suami minta maaf sebab tuduh melulu. Macam – macam mak dia cakap selama ni aku sabar.

Sebab memikirkan aku orang baru, lagi pula bukan menantu pilihan. Aku cuba perlahan – lahan ambil hati orang tua walau hati aku pedih dengan h1naan dalam gelak dia. Tapi kali ni bila dia bercerita benda tak betul sampai kami suami isteri berg4duh aku rasa perbuatan dia sangat melampau.

Tapi aku pilih untuk marah pada hari itu dan diam selepas itu. Aku tak datang jenguk sebab aku rasa nak marah sangat – sangat. Tapi ada satu hari aku dan suami berg4duh lagi sampai suami lari tinggal dengan mak dia. Aku contact suami tak dapat, aku ditinggal mengurus anak kecil seorang.

Aku fikir mungkin ini la titik akhir marah aku, mungkin ada hikmah aku berg4duh dengan suami. Aku contact mak dia elok – elok minta dia cakapkan suruh suami balik. Tapi nak tak nak dia je cakap dengan aku. Konon malas masuk campur.

Malas masuk campur tapi dibiarkan anak tinggalkan isteri dan anak sendiri. Dari situ mula la aku panas hati balik. Di kesempatan itu aku tanya kenapa mengadu benda yang tak betul pada suami aku, dia kata bukan dia mengadu tapi hanya menyampaikan apa saud4ra mara cakap. Perlu ke??

Ingat tak di awal cerita aku cakap aku pernah depr3ssion disebabkan fitnah? Jadi lagi. Kalau kawan t0ksik aku boleh buang, kalau dapat mertua macam ni aku nak buat macam mana? Ingat lagi aku kata aku pernah meng4muk masa dalam pantang?

Perlahan – lahan dari situ dah makan diri aku. Sikap suami yang suka lari rumah bila kami berselisih faham juga jadi punca. Perlahan – lahan aku jumpa punca kenapa suami macam tu. Sebabnya dari kecil dah biasa mak dia bawa lari bila berg4duh dengan bapa mertua.

Dari kecil diajar rumahtangga bermasalah, lari. Aku pula diajar diam kalau rasa diri tak boleh cakap elok – elok. Dah bertenang, bincang. Aku tak jumpa benda ni dalam rumahtangga aku. Aku pilih menjauhkan diri, jauh yang sampai mak dia buat kenduri aku tak datang.

Aku tak boleh, aku tak kuat. Separuh jalan aku drive aku kena panic att4ck. Aku menangis sedu – sedu tepi jalan. Aku tak boleh drive pergi rumah mak dia. Beberapa hari lepas tu, mak dia ada datang rumah nak tengok cucu tapi aku cakap pada suami aku tak boleh.

Aku menggeletar masa dia cakap nanti mak dia nak datang rumah. Aku cakap tolong jangan bagi dia datang sebab aku tak boleh. Tapi suami tak dengar dan biarkan. Aku tak tahu macam mana nak cerita perasaan aku masa tu tapi aku dah semacam tr4uma dengan mak dia.

Masa tu aku jadi marah semarahnya, sedih sesedihnya dan benci sebencinya. Sumpah aku rasa nak pukuI mak dia. Especially mulut mak dia yang tak boleh cakap elok – elok. Melatah menc4rut tu perkara biasa. Menderh4kakan anak pun perkara biasa.

Aku lari bawa anak masuk bilik. Mak dia ikut masuk bilik. Aku minta dia keluar dari bilik sebab aku tak boleh dengar suara dia, aku tak boleh tengok muka dia. I have my meltdown that day. Dia nak ambil anak dari tangan aku, aku tak bagi. Dia tengking, aku lari pergi bilik lain. Suami diam biarkan.

Masa aku lari aku dengar dia cakap aku s4kit mental. Dari dalam bilik aku dengar dia nasihat anak dia ambil anak dari tangan aku dan Iempang aku. Aku marah, aku keluar dari bilik dan aku halau dia keluar. Dia ugvt nak ambil anak dia. Masa ni aku tak peduli dah, aku boleh hidup sendiri dengan anak aku.

Aku dah biasa uruskan anak seorang diri. Kalau cerai aku terima because I’m better off alone. Aku tak depr3ss duduk seorang. Tapi suami tak ikut pun. Lepas tu mak dia tulis kat facebook mencaci h1na tanpa sebut nama aku. Kemain ligat kawan – kawan dia mengutuk tanpa tahu siapa, tanpa tahu cerita.

Aku ingat lagi dia cakap aku b0doh sangat – sangat kat kawan – kawan dia dalam facebook. Parents aku tahu hal ni tapi aku diminta bersabar dan diam. Jangan membalas. Memang, aku pilih untuk diam dan asingkan diri dari keluarga dia. Kenapa keluarga dia pun aku jauhkan diri?

Kalau cerita aib suami dia sendiri pun adik beradik tahu sama – sama gelak, takkan cerita pasal aku dia nak senyap? Status membahasakan diri dia with one specific word yang hanya keluarga guna pun habis semua keluarga dia sokong. Siap tinggal komen sokong.

Katanya dia memang bermulut jahat tapi hati baik, what do you guys think? Bagi aku mulut tu cerminan hati. Aku luahkan apa aku rasa, apa yang mak dia dah buat, suami nampak macam memahami. Suami dah berubah banyak lepas hal tu.

Sangat banyak perubahan, banyak membantu dan tak mem4ksa sangat aku maafkan mak dia. He’s well aw4re how his mother is and he admit the mistakes she did. Tapi aku dah tak boleh terima. H1naan aku boleh tahan, tapi kalau sampai aku suami isteri berg4duh disebabkan mulut dia, aku rasa cukup sampai situ aku bagi muka.

Mulanya aku tak halang suami nak bawa cucu jumpa dia tapi masa tempoh aku berdiam pun dia ada buat status lagi, itu lagi satu had yang dia dah Ianggar. Aku tak halang suami balik sana, cuma aku dah tak nak jumpa dia, aku tak nak anak aku jumpa dia membesar dengan per4ngai macam tu.

Aku tak nak per4ngai tu jadi ikutan. Macam mana mak dia selalu cakap pada aku yang dia lebih berhak ke atas suami, benda yang sama aku buat. Aku lebih berhak ke atas anak aku. Belum lagi aku cerita sampai didikan mak ayah aku pun dia complaint.

Semua hal rumahtangga aku dia masuk campur. Hal nak beli rumah pun dia bantah, suruh duduk dengan dia jangan menyewa. Banyak, sangat banyak yang dia buat, sangat banyak per4ngai suami yang menyesakkan d4da tapi cukup la cerita sampai situ.

Suami pun dah banyak berubah cuma mak dia je tak nak mengaku apa dia dah buat. Buat masa sekarang aku rasa ini yang terbaik sebelum aku jadi lagi teruk. Aku dah bersabar dari sebelum kahwin. Mungkin bagi setengah orang setahun lebih tu belum cukup panjang tapi cukup la aku rasa d3rita.

Aku dah tak nak makan ubat sebab aku rasa kosong. Aku cuba kuatkan mental dan emosi aku dan cuba kuat untuk anak. Aku tahu had aku, kalau perlu aku jumpa doktor. Doakan aku kuat dan masalah ni boleh selesai dengan cara elok. Aku pun tak suka keadaan macam ni lama – lama.

Aku cuma belum ada kekuatan untuk hadap mak dia. Aku bahasakan sebagai mak suami sebab aku dah hilang rasa hormat. Seorang ibu sepatutnya bukan macam tu. Aku bukan rampas anak dia. Dia sepatutnya sedar anak dia dah ada tanggungjawab yang anak dia sendiri pilih.

Sepatutnya seorang ibu didik anak jadi bertanggungjawab bukan porak – perandakan rumahtangga anak dia. And dear parents, being a parent besar darjatnya. Tapi tolong jangan gunakan darjat tu sebagai hak kau boleh buat apa saja pada anak.

Jadi ibubapa bukan bermaksud kau ada hak nak h1na atau caci anak tu. Menantu tu pun anak. Tolong hormat menantu tu dibesarkan oleh ibu bapa yang lain. Acuan dia lain, kau patah – patahkan sebab nak ikut acuan kau, hati dia la yang kau patahkan tu.

Jadi ibubapa bukan bermaksud kau boleh derh4kakan anak tu bila dia tak ikut cara kau. Muhasabah diri, kita sebagai ibubapa ada silap. Jangan ego, mengaku je kalau salah. Bersyukur kalau anak itu taat. Jangan diuji kesabaran anak walaupun anak itu menantu. Jangan sampai diuji nanti anak kandung dah tak ada, yang tinggal hanya menantu untuk jaga. Kalau dia pun tinggalkan kau, apa lagi yang tinggal? – Kuntum (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Salina Gunawi : Mak suami tu ada mental problem tapi anak dia tak sedar. Mertua yang baik tidak mengacau keluarga anaknya dan menjaga pertuturannya agar dihorm4ti!

Anie Alja : Sampai m4ti dia takkan berubah, so stop dreaming. Kau pun satu, dah tahu ada depr3ssion bagai… kenapa duk tengok mak mertua punya FB? Kenapa dah s4kit hati baca status, kau tetap baca. Kadang – kadang tak paham cara manusia berfikir. Tugas kau simple ja la ni, suruh suami deal dengan mak dia, kau duduk tepi. Dia kena jadi protector.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :