
Memang salah aku sebab selalu tolak ajakan suami tapi aku mengandung, penat. Tak sangka suami makin berubah, selalu keluar malam sampai aku dapat petunjuk dalam mimpi. Aku mula buat whatsapp web guna nombor suami. Dari situ aku tahu, suami ada tempat lepaskan nafsu, bukan sekali..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Mohon hide Facebook. Aku mulakan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Maaf, kisah agak panjang harap sudi baca sampai habis. Mohon pendapat dari w4rga FB yang tahu berkenaan undang – undang. Tunjukkan aku arah jalan apa yang perlu aku lakukan untuk keluar dari masalah yang sudah membelengu aku hampir 2 tahun.
Ini kisah aku, ibu muda anak seorang. Aku dan suami sudah tak tinggal bersama hampir 2 tahun. Masalah bermula ketika aku mengandung anak pertama pada usia kandungan 6 bulan, aku mula mendapati suami kerap marahkan aku dan makin dingin.
Ini berpunca semasa awal mengandung aku kurang melayan kehendak suami kerana ketika itu aku mudah penat. Ini membuatkan aku selalu tidur awal dan ada masanya tak bernafsu untuk melayan kehendak suami. Aku akui kekurangan aku ni dan beberapa penyebab lain.
Akhirnya suami mula balik lewat malam dan ada masanya tak balik rumah dengan alasan ada kerja di tempat kerja. Perubahan suami yang makin dingin membuatkan aku tertanya – tanya. Aku berdoa minta Allah tunjukkan jawapan. Aku mula bermimpi suami ada perempuan lain.
Akhirnya kecurangan suami terbongkar pada tengah malam apabila perempuan tu, aku namakan J, WhatsApp suami ketika suami tidur. Dia sedih kerana dapat tahu suami sudah berkahwin. Pada masa tu aku rasakan dunia macam nak runtuh dan hilang tempat berg4ntung harap. S4kitnya macam dit0reh.
Aku kuatkan diri dan buat keputusan untuk mendiamkan diri sebab nak tengok sejauh mana hubungan suami dengan J. Aku tahu ini kesilapan aku tak berterus terang dengan suami. Bagi aku kalau berterus terang pun ia takkan mengubah apa yang sudah terjadi kerana itu adalah pilihan dia untuk memilih J.
Secara senyap aku buat web WhatsApp tanpa pengetahuan suami. Dari WhatsApp tu aku dapat tahu suami dan J sering terlanjur dan merancang untuk menikah di Thailand. Waktu ni aku sudah nekad, habis bersalin aku nak bercerai kerana itu aku masih bertahan dan bersabar dengan setiap penipuan suami.
Akhirnya mereka berkahwin secara senyap dan sah menjadi suami isteri ketika usia kandungan aku masuk 8 bulan. Selepas berkahwin kali kedua, suami banyak habiskan masa dengan J. Kadang – kadang seminggu dua kali sahaja tidur rumah dengan alasan katanya buat part time GrabCar cari duit lebih untuk anak bakal dilahirkan.
Sepanjang aku mengandung, makan minum aku banyak di rumah mertua. Suami jarang bagi belanja rumah dengan alasan duit tak cukup. Mak mertua aku yang banyak menjaga aku sepanjang mengandung anak pertama, belikan susu dan kadang – kadang bagi duit belanja untuk aku simpan.
Ketika hendak bersalin, bayangkan aku gerak sendiri bawa kereta ke hospital sebab masa tu suami sibuk dengan program kerjanya. Aku kena induce bersalin awal sebab air ketuban kurang. Alhamdulillah anak selamat. Selepas keluar hospital, dua malam suami tak ada di rumah katanya ada program kena tinggal di tempat kerja. Hampir nak mer0yan menahan penat, s4kit dan str3ss sebab suami tak ada di rumah.
Akhirnya aku buat keputusan call ibu aku di kampung minta ambil aku di sini. Adik aku pun datang ambil aku dan bayi bawa balik rumah mak ayah aku dan berpantang di kampung. Singkatkan cerita, suami ada pujuk minta aku balik dan mahu perbetulkan semua permasalahan ni.
Aku mesej suami, nekad nak bercerai dan tak nak tinggal semula dengan suami kerana aku tak dapat maafkan setiap perbuatan dia masa aku mengandung dan hati aku s4kit dengan sikap tak adilnya yang banyak melebihkan J. Sekarang suami dan J sudah ada anak. Anak J lahir sama tahun dengan anak aku cuma beza beberapa bulan. Yang membuatkan aku sedih, kasihan anak aku, dia tak pernah tanya khabar anak dia di sini apatah lagi nak menjenguk anaknya.
Soalan aku….
1. Suami sampai sekarang tak menceraikan aku. Aku sudah mendaftar mahkamah untuk cerai secara baik. Sebelum ni suami setuju untuk bercerai, dia minta aku aturkan tarikh dan masa. Namun setiap panggiIan mahkamah minta hadir ke mahkamah, dia tak pergi dan sampai sekarang masih bertangguh.
2. Suami beli kereta tapi buat loan atas nama aku kerana suami ada rekod blacklist. Sekarang kereta suami guna. Kadang – kadang bank call beritahu kereta lambat bayar dan ada tunggakan tak bayar. Baru ni aku dapat surat kompaun Majlis Band4raya minta aku selesaikan semua saman RM1038.55 dan ada beberapa kompaun RM300 saman parking dan saman JPJ. Semua saman tu atas nama aku, sedangkan kereta suami yang guna. Alhamdulillah geran kereta aku ambil kerana suami cuba nak jual kereta tanpa pengetahuan aku.
3. Suami tak memberi nafkah anak sejak anak berumur 6 bulan. Semua kos perbelanjaan anak dan keperluan harian aku tanggung sendiri. Aku bekerja tapi gaji kecil dan kadang – kadang tak cukup menampung keperluan kami dua beranak.
4. Adakah aku dikira isteri derh4ka kerana keluar rumah dan tak duduk bersama suami? Selama tinggal bersama suami, hati dan mental aku tertekan dengan layanan dan sikap dingin suami yang tak ambil kisah pasal aku ketika mengandung dan sikap tak adil suami selepas berkahwin kedua. Oleh itu aku berkeputusan balik kampung tinggal bersama mak ayah. Rasa macam boleh jadi giIa sekiranya aku masih terus bertahan.
5. Aku ingin menuntut fasakh kerana suami masih tak menceraikan aku dan tak ambil tahu langsung pasal aku dan anak. Aku bercadang untuk mendapatkan biro bantuan guaman kerana aku tak mampu untuk melantik peguam. Adakah aku layak? Bagaimana caranya? Mohon doa dari pembaca semoga aku tetap kuat jalani hari hari mendatang dan dimurahkan rezeki selalu.
Ulasan Pembaca:
Nieza Kejora : Kereta tu kalau hutang banyak lagi, suruh saja bank tarik. Tak payah pening kepala nak fikir semua. Nak bercerai ni kalau si lelaki tu tak nak lepas memang susah sikit. Andai ada bukti dia kahwin tanpa izin, kahwin di Siam dan bukti dia buat maksi4t, kemukakan ke mahkamah saja. Mungkin boleh bantu cepatkan proses cerai.
Qaseh Soffea : Kasihan awak dik. Failkan penceraian di mahkamah saja dik. Nanti dia akan tanya sebab sebab nak bercerai. Adik terus terang semua. Jangan pendam semua masalah. Boleh jadi peny4kit lain yang muncul. Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.