
Malam tu aku soal suami, dia mengaku dah terlanjur tiga empat kali. Aku call perempuan tu nak pastikan. Dia cakap mereka baru kenal sebulan, tapi dia tak ada rumah. Jadi suami aku tolong check in hotel untuk dia seminggu, lengkap dengan makan minum semua dia tanggung.
#FOto sekadar hiasan. Foto sekadar hiasan. Kisah aku bermula pada tahun 2016, masa tu aku baru kahwin dengan suami aku. Aku bahagia gila sebab akhirnya dapat pasangan yang penyayang, yang selalu cakap sayang aku, yang buat aku rasa dunia ni milik berdua. Tapi bahagia tu rupanya sementara je.
Baru enam bulan berkahwin, suami aku dah mula curang. Aku ingatkan dia asyik mengadap telefon sepanjang hari sebab terlalu ghairah dengan hobinya. Hobinya tu buat aku sakit hati dan kecewa teruk sebab dia suka tengok video dewasa. Aku cuba terima, cuba faham, tapi satu malam tu aku tergerak hati nak rampas telefon dia.
Alangkah terk3jutnya aku bila jumpa dia tengah berwhatsapp dengan perempuan lain, panggil diri dia umi dan suami aku abah. Malam tu aku pecahkan telefon suami aku. Aku kemas baju, nak keluar dari rumah tu terus. Tapi dia merayu, pegang kaki aku, nangis minta maaf, janji tak ulang lagi.
Aku lembut hati, aku maafkan dia. Lepas tu hidup kami macam kembali bahagia, macam tak ada apa jadi. Semuanya okay sampai tahun 2022. Masa tu aku baru lepas bersalin anak ketiga, masih dalam pantang. Sekali lagi suami aku kantoi curang.
Kali ni dia tak cuba sorok, dia mengaku terus dan cakap nak kahwin dengan perempuan tu. Aku mengamuk, tapi dia dah tak peduli langsung. Balik rumah pun dia ejek aku, cakap aku busuk, bau t4ik. Aku sabar je. Kerja rumah semua aku buat sorang-sorang walaupun baru dua puluh hari bersalin.
Satu hari tu dia datang minta izin nak kahwin jugak dengan perempuan tu. Aku rasa dunia gelap betul masa tu. Aku buat kuat depan adik-beradik, depan semua orang, macam tak ada apa jadi. Tapi sebenarnya aku tengah dilanda badai besar.
Petang tu aku tengah masak untuk anak sulung dan anak kedua, tiba-tiba aku pengsan. Kepala aku bertiarap dalam tandas. Anak sulung aku menangis kuat, jerit panggil papa dia yang tengah leka bergayut telefon dengan perempuan tu dalam bilik. Suami aku keluar, bawa aku ke hospital. Tapi sepanjang jalan dia tak mintak maaf pun, tak nampak langsung rasa bersalah.
Doktor benarkan aku balik rumah. Malam tu dia ulang lagi, cakap dia tetap nak kahwin. Aku cakap aku tak rela dimadu. Dia terus halau aku keluar dari rumah. Pukul dua pagi aku keluar, bawa semua anak-anak dan bayi yang baru berumur dua puluh satu hari.
Lvka bersalin aku belum sembuh lagi, tapi aku kuatkan kaki berjalan sambil dukung bayi dan pegang tangan anak yang berumur setahun lebih. Aku bermalam di rumah kakak aku yang dekat. Keesokan harinya aku keluar lagi, bawa anak-anak naik kereta api dari Kedah sampai Johor
Aku tumpang rumah kakak aku yang sorang lagi. Sebulan aku kat situ, cuba susun hidup semula. Suami aku merayu balik, minta maaf. Untuk kali kedua aku maafkan dia. Tujuh bulan aku balik rumah. Tapi tak lama lepas tu, anak ketiga aku meninggaI dunia sebab s4kit. Hati aku h4ncur teruk. Mulai hari tu aku jadi murung, tak mampu nak ketawa lagi. Dunia aku gelap gelita.
Tiga bulan lepas tu aku disahkan mengandung lagi. Tahun 2023 aku lahirkan anak keempat. Tapi selepas pantang, per4ngai suami aku lagi dasyat, lagi sadis. Aku dapat tahu dia check in hotel dengan perempuan lain. Aku sangka dia sibuk kerja, rupanya sibuk shopping dan bawa perempuan tu jalan-jalan.
Balik rumah dua tiga jam je, lepas tu keluar lagi sebab nak tidur dengan perempuan tu. Aku kantoi kali ketiga masa pinjam telefon dia nak whatsapp kakak aku. Tiba-tiba masuk mesej dari perempuan tu: “Awak dah sampai ke? Kunci hotel awak bawak balik ke?”
Aku terus terduduk. Malam tu aku soal dia, dia mengaku dah terlanjur tiga empat kali. Aku call perempuan tu nak pastikan. Dia cakap mereka baru kenal sebulan, tapi dia tak ada rumah, jadi suami aku tolong check in hotel untuk dia seminggu, lengkap dengan makan minum semua dia tanggung.
Hati aku hancur berkecai. Seorang isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan, tapi dia cukupkan segala keperluan perempuan yang tak ada ikatan apa-apa dengan dia. Aku betul-betul tak kuat lagi. Aku tak fikir apa-apa dah. Aku bawa anak-anak, yang bongsu baru sebulan, drive dari Kedah sampai Shah Alam, rumah mak aku.
Aku tukar nombor telefon, block dia sepenuhnya. Tujuh bulan aku hilang diri, cuba bangun semula, cuba jadi kuat untuk anak – anak. Tapi satu hari suami aku datang Shah Alam, menangis depan pintu, merayu teruk minta aku balik. Aku tengok anak – anak, aku tengok dia, aku tanya diri sendiri kenapa aku masih sayang orang yang buat aku sakit macam ni.
Dalam hati aku bergolak teruk. Ada suara cakap cukup dah, jangan balik, dia takkan berubah. Tapi ada suara lain cakap anak – anak perIukan ayah, mungkin kali ni dia betul – betul insaf. Aku duduk diam lama, tengok muka dia yang basah air mata.
Aku rasa marah, aku rasa takut, aku rasa kasihan pada diri sendiri. Tapi akhirnya, entah macam mana, aku masih maafkan dia lagi. Aku masih terima dia balik. Mungkin sebab aku takut anak-anak besar tanpa ayah. Mungkin sebab aku masih harap ada sisa cinta yang boleh diselamatkan. Atau mungkin aku sendiri pun tak faham kenapa hati aku masih lembut sangat pada dia.
Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya, sampai bila aku boleh terus maafkan. Sampai bila aku boleh buat kuat macam tak ada apa jadi. Anak-anak aku tengah besar, aku tak nak mereka tengok ibu mereka hancur. Tapi dalam hati aku, ada retak yang tak tahu bila nak baik sepenuhnya. Hidup aku macam berjalan atas tali tipis, takut jatuh tapi tak tahu macam mana nak berhenti.
Komen netizen :
Nuur Al Akmal : Adoii sepatutnya daa kant0i masa dalam pantang anak no.3 dah kena stop dah dengan suami tu. Kesian kat diri sendiri tu, muda – muda lagi asyik duk beranak je, tubuh badan tak terjaga, perasaan dizaIimi, nak jaga kecantikan pun tak sempat agaknya. Stop laa dengan suami tu, cari kehidupan gembira untuk diri sendiri. Kejar balik masa – masa yang dibazirkan untuk suami macam tu. Semoga komen ni awak baca.
Puan As Coway : Dengan mudah minta maaf dengan mudah juga awak memaafkan. Dan dengan mudah jugalah dia boleh hidup tanpa jantan macam tu… Pakai sarung la atau pun ambil perancang keluarga. Besarkan anak – anak yang ada tu. Kalau laki ko buat hal ko tinggalkan terus je. Sebab ko ni jenis cepat cair dengan pujuk rayu laki macam tu, ini masalah ko. Sampai ke tua la ulang – ulang cerita macam tu.
Faiza Yusni : Emmm macam ada seribu perkara dalam kepala sekarang. Berusaha untuk berubah agar diri tak diani4ya walaupun dengan suami sendiri. Cukup la memaafkan sekiranya tiada perubahan. Memaafkan perlu untuk mengubat diri bukan meny4kiti diri. Subhanallah.
Tetapi pada yang menasihati harap sangat letakkan diri dalam keadaan orang yang bercerita jangan mengh1na kerana Allah maha mendengar dan maha melihat. Jangan diberi kita rasa apa yang dia rasa.. Bersangka baik bila menyuara pendapat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.