
Dah 9 bulan kahwin, setiap kali keluar mesti bawa anak – anak tiri. Aku tak boleh kawal marah, aku hempas pintu tanda protes. Sekarang aku tengah kemas baju sebab tadi husband call suruh aku keluar dari rumah ni. Sebab aku marah anak dia. Ini kali kedua kena halau
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua. Admin tolong hide profile aku ye. Aku sekarang tengah tunggu untuk diceraikan oleh suami aku. Macam ni aku berkahwin dengan duda yang ada anak 8. Aku berumur 22 tahun.
Sebelum dia kahwin dengan aku dia pernah berkahwin beberapa kali dengan orang lain. Semua yang dia cerai tu hanya cerai hidup. Aku baru berkahwin dengan dia 9 bulan dan belum dikurniakan anak. So masa bulan puasa baru ni kami ada masalah yang terpaksa kami pindah stay dengan anak – anak dia.
Rumah yang aku duduk sekarang ni hasil dia beli dulu. Tapi lepas banyak kali dia kahwin rumah tu anak – anak dia laa duduk. Bila dah pindah duduk dengan anak – anak dia aku ok jee kemas rumah macam biasa tak pernah ganggu anak – anak dia.
Aku tak bekerja, suri rumah. Seharian aku perap jee dalam bilik sebab aku segan dengan anak – anak dia kan, lelaki yang tua pada aku pun ada. Sebenarnya banyak kali dah aku kecewa dengan dia. Untuk pengetahuan semua suami aku ni berumur 48 tahun. Tapi bila ada masalah apa tak suka duduk berbincang.
Dia ada ilmu yang dia ambil berpuluh tahun dulu. Ilmu tu untuk memikat perempuan dan ilmu tu jugak suka bagi dia jadi hilang sabar cepat marah. Aku ingat dia dah buang sebab sebelum kahwin dengan aku, dia cakap dia dah buang semua – semua tu.
Aku ni dah lama dia nak kan aku dari beberapa tahun dulu sejak aku sekolah. Tapi hati aku tak pernah mahu kat dia. Tapi dia tak pernah berhenti dari mencari aku sampai satu masa mungkin Allah nak jodohkan aku jugak dengan dia tahun lepas.
So hati aku Allah buka untuk terima dia. Bila dah disatukan macam – macam yang aku hadapi. Bila gaduh dia tak suka balik, dia keluar balik lewat malam. Pernah baru ni dia pergi tinggal aku dua hari tak balik. Aku dah macam gila cari dia merata – rata.
Call mesej tak payah cakap laaa kan, memang tak berhenti. Masa tu aku seorang dekat rumah dan aku tak tahu nak buat apa sebab dia tak bagi tahu dia pergi mana. Nak jadikan cerita anak – anak dia ni macam penyamun. Handset aku yang rosak tu pun atas almari diorang curi. Bilik yang aku duduk ni takde kunci, just boleh kunci selak dari dalam jaa.
Kalau aku keluar memang pintu tu tak berkunci laa. Bila aku check earfon aku hilang padahal belum aku buka dari kotak lagi sebab husband aku baru jee beli fon tu. Aku bukan nak tuduh sesiapa tanpa sebab, tapi barang aku memang banyak kali hilang dan aku jadi takut nak letak barang dalam bilik sendiri.
Husband aku ni dia memang sayang anak – anak dia. Mana – anak kami pergi mesti anak dia akan ikut. Aku tak kisah sangat semua tu, tapi kemarin kan aku booking tiket wayang dua jaa. Aku bagi tahu jangan bawak anak dia. Sesekali nak jugak laa date berdua kan. Bila dia datang ambil aku kat rumah mak aku, aku tengok dia bawak anak dia.
Masa tu memang aku geram dah. Aku cakap laa dekat husband kenapa bawak anak dia sedangkan aku dah booking dah tiket. Dia cakap anak dia nak ikut jugak. Tapi tak apa laa aku ada laa kata bagi laa peluang pak dia keluar dengan aku.
Aku bukan nak halang dia jumpa anak – anak dia pun. Aku cuma nak masa berdua dengan suami sendiri sebab kami baru 9 bulan kahwin. Balik tu aku ada laa bebal – bebal jugak hempas pintu sebab aku geram dengan perangai anak dia yang macam penyamun dengan yang dok ikut tak habis – habis. Bukan kecil lagi dah sekolah menengah dah memang jenis kurang didikan mak bapak.
Sebab tu laa masuk bilik aku sesuka hati ambil barang aku curi – curi. Aku dah cuba sabar dan diam sebab aku tak nak benda ni jadi lebih besar. Tapi lama – lama aku rasa penat sebab aku macam tak ada ruang sendiri dalam rumah tu. Aku bukan apa, tak nak pindah rumah lain sebabnya husband aku kalau gaduh jee suka lari balik sini.
Sebab tu aku rasa tak nak pindah sebab tak nak dia buat perangai macam tu. Tapi tak jugak aku duduk sini pun macam – macam dia buat kat aku. Tak pernah jaga hati aku. Layan aku nak tak nak, biasa laa dah orang takde hati kan. Kadang – kadang aku rasa macam aku ni cuma ada bila dia perlukan aku, tapi bila aku perlukan dia, dia tak ada.
Sekarang aku tengah kemas baju sebab tadi husband call suruh aku keluar dari rumah ni. Sebab aku bebal geramkan anak dia, dia tak boleh terima. Ya, siapa jaa aku ni seorang isteri tak dak nilai. Tapi yang ni kali kedua dia halau aku. Aku dah call mak aku untuk datang ambil aku japgi.
Banyak kali aku bersabar dengan apa yang dia dah lakukan, tapi kali ni aku tekad untuk tidak lagi menunggu dan bersabar dengan manusia yang tak pernah hargai aku. Sebelum aku nak kat dia dulu macam – macam usaha yang dia buat untuk dapatkan aku. Berjanji macam – macam. Tapi bila dah dapat dia buat aku macam takde nilai.
Aku cuma nak hidup macam isteri lain. Nak ada suami yang boleh berbincang bila ada masalah dan tak terus keluar tinggalkan aku. Aku tak minta lebih pun, cuma nak dihargai dan dijaga hati sebagai seorang isteri. Doakan aku kuat tempuhi dugaan ni.
Semoga dipermudahkan urusan aku. Aku tengah tunggu mak aku datang bawak balik aku. So sapa yang tahu ada kerja kosong kat area KL boleh drop no dekat comment yaa. Bantu laa aku semua untuk aku boleh bekerja selepas aku cerai nanti. Terima kasih admin siarkan kisah aku.
Komen Netizen :
Gem Gurlz : Ermmm sis dah tahu laki sis duda ada anak patutnya sis kena terima la anak – anak dia sekali. Sis kan dah jadi ibu tiri diorang, buat baik la dengan anak tiri. Tak salah pun kan tak pasal – pasal sebab anak tiri, sis cerai dengan suami sis. Bukak hati, ikhlas terima anak – anak tiri sis, insyallah sis akan bahagia. Kalau dah cuba terima tapi perangai diorang tak berubah baru la sis angkat kaki. Huhuhu.
Shida Shida Ma : Kalau suami perangai macam tu baik teruskan niat. Ye laa kalau anak – anak tak suka memang akan jadi masalah. Lebih baik berpisah je laa. Awak masih muda, masih ramai lelaki – lelaki yang muda yang baik di luar sana. Cuma kena pandai – pandai laa jaga diri. Cari laa yang sepadan.
Roza Mamat : Masa kenal tak fikir ke dia kahwin cerai banyak kali mesti la ada yang tak kena. Pasal anak dia nak buat macam mana dah kahwin dengan orang ada anak kena terima la. Kalau nak berdua aje kahwin la dengan yang bujang. Tak kira la sekolah menengah ka, sekolah pondok ka.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.