Setiap kali adik ipar dtg, suami suruh saya tidur di bilik stor sempit dgn anak2. Saya nekad lari tapi ini yg berlaku

Bila cakap tentang keluarga mertua, suami akan buat segalanya  sempurna. Bila adik ipar datang, mereka terus naik bilik saya, sebab dah terbiasa. Kononnya nak privasi. Satu hari saya bawa lari anak – anak naik kereta, pergi beratus kilometer sebab suami lebihkan adik ipar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua pembaca dan juga admin. Terima kasih admin kalau siarkan kisah saya ni. Saya ringkaskan je la cerita saya ni, saya seorang surirumah yang mempunyai 4 orang anak, dan semuanya telah bersekolah.

Suami pula berkerja di sebuah syarik4t swasta. Masalah saya di sini adalah, urusan rumah tangga semuanya saya yang uruskan. Bermula dari beli barang dapur, dan urusan sekolah anak saya yang belikan dan sediakan

Suami saya hanya pentingkan kerja dia saja. Hp boleh dikatakan 24 jam di tangan. Bila ditegur asyik dengan hp, alasannya kerja dia memerIukan dia respon secepat mungkin. Bayangkan lah, bila dia balik kerja, dia boleh berdiri tercegat depan pintu semata – mata nak reply wasap group kerja dia, betapa pentingnya kerja dia.

Kalau hari berkerja saya bercakap dengan dia pun dia buat endah tak endah sebab sibuk dengan hp. Sampaikan saya minta dia tukarkan gas pun dia boleh lupa macam tu saja, akhirnya saya jugak yang buat sendiri. Walaupun saya seorang surirumah, saya buat bisnes kek di rumah.

Saya selalu je tengok seller makanan yang lain, ramai saja suami yang tolong hantarkan order, tapi kalau minta suami saya buat delivery, jangan harap! Tak pernah sekali pun dia buat. Apatah lagi nak delivery, customer dah datang depan pagar rumah pun, dia payah nak tolong.

Saya jugak lah yang tengah kelam kabut kat dapur, keluar bagi pada customer. Belum lagi bab minta tolong belikan barang dapur yang tak cukup. Kadang – kadang nak masak ada satu dua bahan tak cukup memang tak la nak minta dia keluar belikan.

Sama jugak kalau ada mentol lampu terbakar atau rosak, kalau suruh dia tukarkan alamatnya berminggu minggu dia biarkan. Akhirnya saya ambil tangga saya panjat dan tukar sendiri. Bab anak – anak, saya uruskan semuanya.

Kalau tunggu dia, esok nak sekolah atau esok nak raya baru dia tanya. Tu pun kalau tanya. Kadang – kadang tak tanya langsung. Saya tak suka buat kerja last minit, saya suka siapkan awal – awal, memang saya akan buat sendiri.

Yang saya boleh beli dekat pasaraya, saya pergi beli sorang – sorang. Yang boleh beli online saya beli saja online. Yang paling saya terasa hati, dengan saya saja macam tu. Cuba berkait dengan family dia, boleh pulak dia buat segalanya sempurna.

Semua dia jaga elok saja, kalau adik beradik dia datang, sanggup dia suruh saya tidur dekat bilik stor yang sempit tu semata – mata nak suruh family dia tidur bilik utama kami. Kalau boleh dia nak bagi bilik dekat adik beradik dia sorang satu (adik yang dah berkahwin) katanya nak bagi privasi kat dorang.

Dia tak pe la boleh tidur kat ruang tamu, saya kena jaga aur4t, saya mengalah la tidur kat stor asalkan saya boleh buka aur4t time tidur. Sebab tu la adik beradik dia kalau datang rumah saya menonong saja naik tingkat atas terus masuk bilik utama takde tanya saya dulu pun, sebab dah terbiasa.

Kadang – kadang datang bisikan sy4itan, aku ni semua buat sendiri, kenapa suami aku tak macam orang lain. Nak makan apa – apa pesan saja, suami bawak balik. Tapi aku, nak makan pergi la cari sendiri. Lama – lama aku rasa macam aku tak perIukan suami.

Ya Allah, ampunkan aku. Tolonglah buat pembaca, bagi saya kata – kata semangat. Kadang – kadang saya lemah, terasa seperti saya ketua keluarga. Adakah aku tak bersyukur?? Adakah aku terlalu cerewat dan besar besarkan hal remeh temeh??

Tolong bagi saya nasihat jika saya isteri yang tak bersyukur. Suami saya tak ada perempuan lain, dia cuma hidup dengan dunia dia, tapi dia ada isteri dan anak – anak, kenapa biarkan saya sendiri. Bab duit dia beri semua pada saya, makan pakai saya cukup malah mewah.

Untuk pengetahuan semua, saya pernah hampir nak berpisah dengan dia disebabkan adiknya. Disebabkan dia mendahului adiknya dari isteri dia sendiri. Saya larikan diri, saya bawak anak – anak, saya drive sorang – sorang balik kampung saya dengan jarak beratus kilometer.

Dia sendiri terk3jut, dia ingat dia boleh buat sambil lewa, bila saya mintak berpisah, dia merayu – rayu. Kadang – kadang hati saya jadi sekeras batu. Tapi sampai bila saya nak rasa macam ni. Ampuni aku Ya Allah.. kadang – kadang aku tak berdaya. – Dira (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Mazni Sukardi : Saya suka dengan idea tidur hotel dikomen atas. Mungkin boleh jadi suami tak bantu bisnes puan, dia tak redha. Sebab apa? Sebab dia dah sediakan semua keperluan dan kehendak. Puan sendiri yang nak berpenat lelah.

Macam saya pun berkerjaya surirumah juga. Mungkin saya ni terlebih ‘b0doh – b0doh’ kot. Suami ada autom4tik tak tahu apa – apa. 15 tahun kahwin boleh dikira berapa kali pasang kepala gas. Jauh sekali nak pasang lampu.

Sampah pun boleh dikira berapa kali buang. Tapi bila suami takde di rumah serba serbi insyaAllah boleh je. Bertukang pun boleh. Saya pernah dengar satu ceramah ni dengan mengamalkan solat tahajud orang mudah dengar cakap ikut kita. Cubalah amalkan. Mungkin lepas ni ada perubahan, bila puan minta tolong suami ada respon untuk menolong.

Azie Azem : Dah nampak macam tu, kalau aku senang je, ko kikis duit dia banyak – banyak, simpan duit tu, duit sendiri jangan guna langsung untuk rumah, delivery tu semua boleh ambik orang sis, tapi kalau saya, saya fokuskan untuk habiskan duit suami pegi spa, upah orang kemas rumah mingguan.

Beli rumah lagi satu, bila family dia datang, ko pegiIah rumah lagi satu, cakaplah nak privacy pulak, pelik betul, sepatutnya stor tu dijadikan bilik untuk tetamu, ni ko pulak kena tidur stor, mana – mana kerja yang boleh bayar orang, ko bayar je.

Dah kata duit dia banyak, biar je dia dengan kesibukan dunia dia, rapatkan diri dengan anak – anak, jaga kesihatan fizikaI dan mentaI, pergi lah spa ke, gym ke untuk kesihatan diri, tak semua yang kita nak, kita dapat, at least dia tak curang dan bukan kaki pukuI.

Sherri Hazmi : Berat sebeIah ek. Lebihkan keluarga dia, bini layan macam babu. Hawau betuii.. Bak kata orang Melakau. Ermm.. Takde pape nasihat. Nak suruh cerai pun salah, tak suruh cerai pun salah. Tapi memang Hawau la kalau laki macam ni.

Boipren (baca suami) aku balik kerja pun masih sanggup sesama pergi delivery item. Biarpun dia penat. Sebab dia rasa itu tanggungjawab bersama. Itu la jugak we time kami. MaIang nasib kau dik. Buat la pilihan terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?