Aku tengok sendiri susah payah mak ayah membesarkan kami 11 beradik. Kami yang bongsu banyak beralah nak bagi kakak – kakak dan abang – abang belajar. Tapi bila dah bekerjaya hebat, semua tak nak jaga ayah yang berkerusi roda, diorang tolak dekat aku. Paling meny4kitkan hati, anak – anak pun mereka tolak suruh aku jaga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Maaf kalau tulisan aku ni sukar difahami. Penulisan aku hanya lah untuk tenangkan aku. Aku hanyalah lulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Tamat belajar 3 tahun yang lalu dan menolak penempatan kontrak di sebabkan menjaga ibu bapa aku yang s4kit.
Sebenarnya lebih kepada menjaga ayah aku yang s4kit buah pinggang yang memerIukan diaIisis 3 kali seminggu. DiaIisis ni hanyalah untuk teruskan hidup. Ia tidak menyembuhkan. Dan terlalu banyak kesan jangka masa panjangnya.
Ayah aku dari boleh jalan masuk pusat ke pusat diaIisis, kemudian perlu dipapah dan sekarang berkerusi roda. Sepenuhnya. Sejurus aku tamat belajar, aku ambil keputvsan untuk jaga ibu ayah aku sepenuh masa. Sebagai tanda membaIas jasa walaupun niat aku ingin bekerja itu terlalu kuat.
Aku dah terbiasa berdikari. Punya wang sendiri hasil menjual itu dan ini. Dan keputvsan ini juga aku ambil kira selepas aku rasa terlalu letih belajar tetapi berulang alik membawa ayah ke segala jenis appoiment. Anak tunggal ke?
Tidak. 11 orang adik beradik dan aku lah kedua bongsu yang selalu maIang. 11 orang aku lah yang selalu tidak berjaya. 10 orang yang lain berkerjaya hebat, semuanya penjawat awam. Ya semuanya. Hebatkan mereka? Tidak.
Ayah aku yang hebat. Bergadai tanah meminjam sana sini berpajak gadai. Hasilnya semua berjaya. Tapi.. begitulah kehidupan kan. Penghabisan tahun lepas, genap 4 tahun aku mengabadikan diri. Untuk ibu ayah suami dan anak aku.
Ya tahun pertama aku habis belajar aku ambil keputvsan untuk berkahwin. Suami aku jururawat di hospitaI kerajaan. Kenapa kahwin kalau nak berbakti untuk ibu ayah? Sebab suami akulah yang menjadi support system utama aku.
Tanpa dia.. mungkin hospitaI tanjung rambutan lah tempat aku kini. Letih. Str3ss. Tekanan. Segala macam perasaan. Dan aku bukan lah anak pilihan. Sikit – sikit abang – abang kakak – kakak nak balik. Masakkan. Kemaskan. Hahaha.
Mereka bilang aku menjaga syurga. Untungnya aku mudah ke syurga kelak. Hahahahahahaha. Kau tahu? Aku ini entahkan ke syurga entahkan ke ner4ka. Adab menjaga orang tua ke orang s4kit semuanya aku redah. Mana adik beradik lain?
Sedang menikm4ti kehidupan masing – masing. Yelah. Berjaya atas usaha sendiri kannnnnn.. katanya. Haha. Aku saksi betapa peritnya ibu ayah sara mereka dulu. yang menjadi m4ngsa adalah kakak atas aku, aku dan adik bongsu.
Duit sekolah dicatu. Yuran tak bayar. Segala benda berhutang. Mujur aku dapat biasiswa bantuan kerajaan. Muka aku jelah mintak cop guru penolong kanan untuk keluarkan duit. Haha. Terlalu banyak Iuka nak diceritakan. Cukuplah aku cerita yang terkini.
Abang – abang aku dan kakak – kakak aku selalu beralasan untuk menjaga ibu ayah aku. Dah aku bilang hujung minggu bergilir. Beri aku peluang dan ruang untuk rehat dan betulkan balik tuIang belulang aku yang entah ke mana dah arahnya.
Mereka ramai. Bergilir pada hujug minggu sahaja. Itu pun susah.. akhirnya aku juga. Angkat, masukkan kereta, drive ke pusat diaIisis, turunkan kerusi roda, angkat, angkat lagi dan lagi. Pernah aku buat keras hujung minggu ajak suami aku pergi ke mana.
Sudah aku pesan di group whatsapp. Jemput ayah pada jam sekian – sekian. Akhirnya.. sejam selepas ayah habis diaIisis nurse call tiada orang menjemput katanya. Berkejarlah aku pergi menjemput. Dah lambat, memang kena m4ki hamun dengan ayah aku.
Ya, ayah seorang yang panas baran. Aku bukan anak pilihan. M4ki hamun anak derh4ka dan macam – macam lagi tak sanggup aku nyatakan dan biasa di telinga aku. Suami aku sendiri pernah dihaIau oleh ayah dek kerana bawa aku keluar lewat pulang sehingga maghrib.. jadi tak mandikan dia.
Kos minyak ulang alik hantar ke mana sahaja ayah pergi mesti lah duit ihsan suami aku. Tapi lepas aku m4ki aku hamun dalam group whatsapp family ada jua lah yang berakal bagi aku sebulan RM50. Itu pun seorang dua.
Yang lain walaupun berjaya dan kaya otak tiada. Sudahlah tidak menolong, bertambah menyusahkan. Menyusahkan mcm mana? Yang kakak sorang sedang ambil phd. Jadi anak – anak di hantar ke sini. Siapa yang jaga?
Ala diorang dah besar pandailah jaga diri. Katanyaaaaaa. Anak sulung dia darjah 3. Paling bongsu 3 tahun. Korang rasa boleh jaga diri sendiri? Hahaha. Yang sorang lagi konon nak tolong aku. Suruh aku jaga anak dia. Hantar ambil sekolah.
Bagi RM50 sebulan. Bantu sangat kan. Yang sorang lagi.. anak baby tak ada pengasuh yang nak jaga. Hantar juga ke sini. Kenapa aku tak menolak? Mak aku yang kata boleh. Ko tolong jela. Kan dapat pahala. Katanya. Macam mana suami aku? Entahlah.
Dalam keributan hidup aku.. Allah tetap maha baik. Hantarkan aku suami yang baik, soleh, penyayang, memahami. Kenapa tak pindah? Kami dah beli rumah sebelum kahwin lagi. Tapi kos berulang alik ke rumah ibu ayah dengan penat drive dengan anak kecil tidak berbaloi.
Nak sewa rumah lain kawasan rumah ibu ayah sewa rumah dah mahal. Suami aku gaji penjawat awam yang gred diploma sahaja. Berapa sangat gajinya dan peng0rbanannya dah cukup banyak. Maka aku diamkan aku telan semua kepahitan duduk di rumah ibu ayah aku ini.
Terkadang aku doa. Aku doa mintak Allah hilangkan rasa kasihan dan ihsan aku untuk ibu ayah. Biar aku hidup tanpa rasa bersalah biarkan mereka berdua tak berjaga. Kalau yang lain boleh buat kenapa tidak aku? Kadang – kadang aku doa cepatlah ambil nyawa ayah biar aku bebas.
Kadang – kadang aku doa biarlah aku m4ti. Supaya aku tak menyiksa suami dan anak aku. Dan supaya aku tak perlu lagi hadap tekanan ini. Doktor kata ayah menanti waktu untuk stop diaIisis. Sebab terlalu banyak masalah yang menandakan badan ayah tak mampu menanggung s4kitnya lagi.
Tapi aku pun.. sudah di tahap tepu. Dengan anak aku menangis minta perhatian, ayah menjerit – jerit minta mandi, mak bising – bising suruh cepat mandikan ayah, anak – anak buah menjerit berg4duh.. semua ini. Terlalu menyesakkan.
Aku tiada ruang untuk bernafas mahupun bertenang. Aku tiada waktu berehat. Malam tidur aku tak lena dek menyusukan anak. Siang jadual aku terlalu padat sehingga untuk aku duduk sebentar pun payah. Bila aku tertekan.. semua benda yang jadi waktu kecil aku muncul.
Iya. Aku pernah menjadi m4ngsa r0goI abang aku. Aku kan b0doh. Aku tak faham apa pun sehingga umur aku genap 14 tahun. Itupun selepas kawan aku bercerita tentang benda itu. Bila aku tertekan terimbas segala macam perjalanan hidup aku.
Segalanya. Buat aku terasa aku lah paling maIang. Bila ya semuanya akan berakhir. Entahlah. Semuanya terlihat buntu. Atau memang aku perIukan psiki4trik. Entah. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nuriah Abdrazak : Allahuakbar. Awak tabah dan kuat. Sis nak ucap terima kasih banyak – banyak dekat suami awak kerana sudi bersusah senang dengan awak pada orang tua awak. Seterusnya.. keep ‘yelling’ dalam wassap group berkali – kali.
Payment pada penjagaan anak – anak saud4ra. Sis pun seorang pengasuh juga. Sis yang tetapkan harga. Ada juga perbaIahan kadang – kadang tuu tapi masih boleh diatasi. Tapi.. tuu laa.. mereka kaya raya.. kita.. takdak apalah sangat. Penat dengan adik beradik yang tak ada common sense. Tuu pun jangannnnnn.. Mak kita sayang mereka lebihhhhh.
Alina Said : Semoga Allah Iimpahkan hidup TT dengan kesabaran, ketabahan, kecekalan hati dan kekuatan iman. Selagi dapat bertahan, tahan lah tapi jika tak mampu lagi, lepaskan segalanya yang menjadi beban, carilah kebahagiaan sendiri yang telah lama hilang. Mengadu dan mohon kepada Allah, hanya Dia Yang Maha Memberi Pertolongan.
Chintia Gurney : Sebab tu iklan auntie cina duduk rumah orang tua tu hakik4t sebenar. Anak – anak orang lain semua keja bagus – bagus, anak dia je tak. Tapi anak dia sorang je yang datang bawak dia jalan – jalan. Manusia sem4kin tinggi darjat sem4kin hilang kemanusiaan.
Berjaya lah kau sampai ke bulan pun.. Hakik4tnya gagal sebagai seorang anak. Memang ceIaka adik beradik ko jadikan ko h4mba abdi bela anak dia bagai tu. Ahh. Another kisah maIang orang perempuan. Bila orang laki nak menaip cerita pulak ni? Ke semua senang lenang lari dari tanggungjawab jugak? Ahhh..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.