Anak aku baru nak melawak main dgn suami, sekali suami ter4jang. Aku tarik suami kurung dia dlm bilik

Suami panggil aku, tapi aku lambat pergi sebab tengah cuci pinggan. Sekali aku dengar mainan anak tu dah dibaIing sampai pecah. Aku ambil anak – anak, letak jauh dari suami. Aku pegang dia, dia kilas tangan aku. Aku bertahan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca.. Luahan ni untuk aku berkongsi dalam masa yang sama mohon sokongan, doa dan tips bagi yang pernah alami perkara sama. Suami aku menghidap schiz0phrenia. Daripada apa yang aku faham, peny4kit ni menyebabkan pes4kit alami halusinasi dari segi visual, pendengaran, dan rasa.

Pes4kit akan dengar, nampak dan rasa apa yang kita tak nampak, dengar dan rasa. Suami aku didiagnos menghidap peny4kit schiz0phrenia beberapa bulan lepas.. Jadi, aku akan cerita kejadian sebelum dan selepas dia di diagnos peny4kit ni.

Sebelum diagnos.. Suami aku dari seorang yang sayangkan keluarga termasuk keluarga aku, dia jadi panas baran tanpa mengira siapa. Walaupun dengan adik lelaki aku dan sed4ra mara.  Dia suspek macam – macam, kononnya aku ni ada buka aur4t depan adik ipar, bergurau yang tak sepatutnya dengan adik lelaki kandung sendiri.

Dan cemburu tiba – tiba kononnya aku ada bercakap mesra dengan staf lelaki kat tempat kerja. Sampai ada beberapa kali dia ajak bercerai. Dari penjelasan husband, dia ada dengar suara yang menghasut dia. Mengata buruk tentang aku sekaligus minta dia siasat aku masa aku dekat rumah mak ayah aku.

Dan dia buat! Dia pegi siasat senyap – senyap. Kejadian lain, nampak binatang besar dalam sungai dan dia hampir terjun ke sungai yang dalam tu. Kadang – kadang dia akan nampak biawak besar dan ini akan betul – betul mengganggu dia.

Dia nampak di lantai penuh dengan binatang macam semut, ular. Suami aku tak boleh tidur malam, jadi setiap malam dia akan merayap naik motor. Masa ni, dia akan nampak macam – macam. Ada satu hari, dia jumpa aku, katanya nak makan ubat tidur.

Dia rasa diri tak betul. Aku call kawan aku yang kerja di jabatan psiki4tri, dia cadangkan aku bawa husband ke hospitaI. Dipendekkan cerita, hari pertama temujanji psiki4tri, suami aku jadi tr1ggered sebab doktor tanya banyak soalan.

Kebetulan aku tak dapat hadir sekali, sampai akhirnya dia call minta aku datang ke kIinik. Semasa diinterview, Dr kata masih perlu dikaji simptom ni tetapi kemungkinan besar schiz0phrenia. Balik dari kIinik, suami jadi str3ss.

Katanya dia malu nanti dipanggil orang giIa, dia takut dengan masa depan dan kerja dia. Suami aku mulanya dapat ubat resper1done 1mg. Mula makan ubat, husband aku dapat simptom seperti yang Dr terangkan pada kami.

Lidah mengeras, tangan kaku, mata mengantuk. Tapi, suami aku dapat suaikan diri dengan kesan ubat tu. Sekarang dose da cecah 3mg, sebab halusinasi tu masih ada. Cuma suami aku biasanya tak ambik 3mg, dia cuma ambik 2mg sebab tak tahan dengan kesan sampingan.

Sekarang, aku nak cerita halusinasi yang dia cerita, ada yang aku rasa bertambah. Tapi ada juga yang berkurang / terkawal. Suami selalu nampak seseorang yang matanya semua hitam, figura yang tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan.

Dia nampak di kebanyakan tempat yang dia pergi. Di pasar, di roadblock, di supermarket. Suami aku tak takut, tapi dia jadi marah sampaikan pernah sekali masa tengah drive, dia akan buat untuk Ianggar benda tu. Nasib baik hilang.

Apa yang aku takut, memang wujud orang betul tapi dia nampak figure tu. Takut jadi kes Ianggar anak orang pulak. Jadi, aku nasihatkan dia untuk kawal amarah dia. Telinga dia selalu dengar bunyi mentera. Katanya macam bunyi bacaan di kuil, bila dia dengar, dia akan tekup telinga, sujud.

TerIampau str3ss sebab rasa sangat terganggu. Dulu waktu suami aku tak sedar, terper4ngkap dalam halusinasi tu, aku akan masukkan dia dalam 1 bilik. Sebab aku tak nak anak aku nampak. Jadi bila aku masukkan dalam bilik, dia akan dengar pulak hasutan, suara gelakkan dia sebab kena kurung.

Ada jugak suara kata dia menyusahkan hidup aku dan family. Jadi biasa aku memang akan dengar bunyi sep4k ter4jang dia dalam bilik. Baling – baling barang. Tapi aku terp4ksa letak dalam bilik untuk elak anak – anak nampak.

Anak kami yang kecik akan menangis, yang besar akan pergi dekat ayah. Dia cuba pujuk ayah. Apa dia tahu? Umur baru masuk tadika. Pernah sekali, aku di dapur, si bongsu pergi pada ayah, bagi mainan. Minta ayah tolong dia nyalakan mainan tu.

Suami panggil aku, tapi aku lambat pegi sebab tengah cuci pinggan. Sekali aku dengar mainan tu dah dibaling sampai pecah. Suami aku tolak pinggan nasi yang dia nak makan sampai berterabur nasi. Aku ambil anak – anak, letak jauh dari ayah dia.

Aku pegang tangan dia, dan dia kilas tangan aku, bertahan aku. Pujuk sampai dia lepas. Menangis aku. Menangis anak. Pernah juga, anak sulung aku melawak kononnya nak Iawan dengan ayah guna kayu golf mainan tu Sekali ayah dia sep4k.

Nasib tak kena anak, berlari anak sulung aku jauh dari ayah. Aku tarik suami masuk bilik, bagi dia makan ubat. Lepas minum air, dibaling cawan ke dinding. Entah malam bila, aku tidurkan anak, aku hampir lelap sekali. Tiba – tiba dengar barang jatuh di dapur.

Rupanya suami aku tak sedar. Dia pegang pis4u dan cucuk – cucuk ch0pping board tu. Aku tangkap tangan dia, Loose kan pegangan dia pada pis4u tu, kemudian tep4ksa sorok pis4u tu. Jadi sekarang, bila keadaan dia tak ok, aku kena sorok barang – barang t4jam kat dapur.

Sebenarnya, mentaI aku sem4kin br3akdown. Aku dapat rasa tu. Kadang – kadang aku tak mampu nak hadap dengan simptom ni. Aku jadi str3ss, tak boleh control marah pada anak kadang – kadang. Anak yang sulung faham perubahan ayah dia, bila dia nampak ayah dia lain, dia akan tanya, ayah nak ubat?

Ayah s4kit kepala ke? Dan dia akan bagitahu aku, ibu, ayah tak sihat. S4kit kepala, kena bagi makan ubat. Suami aku pernah minta untuk aku bersama dengan dia ke tempat yang dia tak mampu nak pergi seorang macam tempat sesak / supermarket.

Dia lebih confident bila aku ada sebab dia tak perlu nak berpura – pura tak nampak apa dia nampak. Dia akan bagitahu aku, dan aku akan nyatakan benda tu wujud tak. Cumanya aku perasan dia akan terper4ngkap dan tak mampu kawal halusinasi tu kalau dia ada konflik dengan aku atau dia str3ss di tempat kerja.

Macam aku cakap tadi, mentaI aku br3akdown, str3ss sebab aku tak boleh ada rasa marah pada dia. Perasan aku kena kawal sepenuhnya atau nanti dia akan jadi balik. Dan benda ni akan makan diri aku. Seperti baru – baru ni, aku terk3jut tiba – tiba suami jadi agresif pada anak yang nak bermanja dengan dia.

Berubah muka anak sulung masa bagitahu aku. Aku bawa suami ke bilik air, minta dia mandi, makan ubat. Dan aku pulak yang tiba – tiba jadi terIampau str3ss sampai tak mampu kawal em0si pada anak. Anak aku menangis.

Tak bersuara.. Yesss.. Itu bukti dia sangat tergur1s dengan aku. Dan untuk semua perilaku suami aku, bila aku jelaskan, katanya dia tak sedar walau satu pun. Dia nampak anak, dia nampak aku. Tapi dia di dunia lain, yang dia tak mampu kawal.

Mak ayah kami sedia maklum peny4kit ni, tapi mertua aku tak percaya suami ada s4kit mentaI. Katanya buatan orang / gangguan dan aku tak mampu nak jelaskan semua pada family sebab jalan penyelesaian yang dibagi, tak tenangkan aku.

Aku cuma nak bercerita, nak orang dengar saja sebab aku rasa aku pun akan h4ncur. Walaupun tak ada yang nampak perubahan pada aku, aku berdiri tegak, muka tak ada perasaaan tapi hakik4tnya aku menangis. Aku cari kekuatan., aku cipta angan – angan untuk aku lupakan memori agresif suami aku.

Sampaikan aku hilangkan dia dari angan – angan aku. Kawan – kawan, bagi aku kata semangat. Kongsi dengan aku pengalaman korang. Jadi aku tau aku bukan paling s4kit, aku bukan paling susah. Bantu aku untuk terus berdiri sebab aku takut perkara ni ganggu anak – anak aku.

Maaf sebab cerita kejadian tu pendek – pendek sebab aku tak reti nak terangkan panjang – panjang Terima kasih semua yang baca. – Me (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum semua.. Ni bukan kali pertama aku tulis dalam ni. Aku isteri yang ada suami didiagn0se schiz0. Fikir banyak kali nak menulis. Tapi aku tak tau nak luah pada siapa. Yang tau kisah aku hanyalah 2 orang kawan baik.

Tapi itu pun tak tau semua sebab kawan baik aku boleh menangis bila dengar aku cerita. Jadi aku tak sanggup nak tengok kawan – kawan aku sedih. Aku simpan banyak untuk diri aku saja. Kisahnya, suami aku takut bila ditinggal seorang diri lama – lama sejak ada peny4kit ni.

Dia jadi tak ada keyakinan langsung. Jadi, dia banyak berg4ntung dengan aku. Walau tak cukup masa bersama sebab kerja, tapi tengok muka aku sekejap, dia rasa cukup. Dulu aku seorang yang bebas, nak ke mana boleh pergi.

Drive sendiri, kursus berhari – hari, travel dengan train, dengan bas seorang diri. Berani ke mana – mana tak berteman tapi sejak kahwin ni, aku kena ik4t kuat, m4kin lama kawin, m4kin kena ik4t. Jangan drive jauh sorang diri, jangan tinggal suami aku berhari – hari.

Tak boleh sebab suami aku tak boleh tinggal sendiri lama – lama. Nanti ada suara mengganggu, mata nampak macam – macam. Ada kawan yang tak diundang, berteman tanpa sedar, Dia nak aku, selalu ada dekat dia. Tapi bila aku ajak bercuti, dia berdalih.

Aku nak ziarah kawan baik aku yang kem4tian anak, dia tak bagi. Aku nak pergi kenduri sed4ra mara, dia tolak sampai bermasam muka. Pergi pun cepat – cepat nak balik, tak ada nak beramah mesra. Ajak bersenam sama – sama, tak nak.

Tak suka outdoor.  Ajak hiking, tak suka. Dia kerja, aku pun kerja. Balik kerja, aku urus anak sorang – sorang, malam sampai ke pagi. Bila hujung minggu, aku la urus rumah, masak, anak, pinggan mangkuk, kain baju dan segala benda.

Dia buat apa? Hadap handphone, tido, hobi dia. Kadang – kadang aku penat sangat, terduduk, menangis. Anak ber4k pun, dia panggil aku basuh. Kalau aku tertido, sampai bocor pampers lah tak dibasuh. Sungguh! Aku penat.

Hidup aku cuma kerja, dia dan anak. Rezeki aku tinggal dekat dengan family, sekurang – kurangnya tak la tepu kepala aku ni. Waktu s4kit dia datang, halusinasi dia mengganggu, lagi lah tak boleh buat apa. Aku takut dia ced3rakan anak – anak, sep4k ter4jang, meng4muk.

Bukan aku tak pernah tengok tapi aku pun dah jadi tuli. Aku pandang sepi, tak ada rasa. Dalam hati sump4h seranah je yang ada. Berd0sanya aku, suami s4kit tapi aku cuma pandang sepi. Makan ubat tak mahu, ajak ke hospitaI, tak mahu tapi aku pun dah tak mampu.

Pujuk pun tak jalan. Suami kan, dia lah yang betul. Aku rasa hilang saud4ra mara, hilang kawan – kawan sedangkan aku jenis bersosiaI. Masih atas batas agama, aku jaga pergaulan sebab sedar batas agama dan aku isteri orang.

Kadang – kadang menitik air mata, saud4ra berkumpul kenduri kend4ra, kawan – kawan berkumpul reunion, open house, game, Itu kehidupan aku yang dulu. Sekarang aku hadap anak, hadap rumah, hadap suami. Yang bila aku dah lembik terbongkang penat urus rumah, baru di ajak keluar.

Sedang dia sepanjang hari dengan fon, hobi dan tido. Menangis jugak tengok kawan – kawan sambut anniversary, diberi k3jutan masa birthday, hadiah, yang diberi nafkah, dibelikan emas, perhiasan. Aku? Kerja kan? Reward lah diri sendiri.

Sedangkan duit gaji aku, aku tampung kewajipan dia yang berlubang besar tu. Bukan tak minta, dah tebal muka meminta api jangan mengharap la. Nanti kecewa, makan hati. Nak tegur? Bekali tegur. Minta tolong, ok sekejap, lepas tu jadi balik.

Bila aku naik em0, dia pulak meng4muk. Suara menghasut datang. Jadi dia tak sedar apa dia buat, mengalah lagi aku. Allah… Sungguh aku penat. Sampai aku minta Allah lepaskan aku dari genggaman dia. Tapi lemah aku, bila anak – anak cari ayahnya, mengalah lagi aku.

Dulu aku orang susah, harapnya, bila dah kerja, hidup lebih senang, dapat la sponsor mak ayah aku, adik – adik aku bercuti. Tak apa lah berhabis sikit, asalkan impian aku tercapai. Tapi bila sebut nak bawak family aku pergi bercuti, jawapannya tak payah la.

Adik beradik ramai, payah. Padahal mak ayah dia ajak bercuti, seminggu aku ambik cuti. Bawak jalan puas – puas. Kadang – kadang rasa menyesal kahwin. Kalau boleh undur masa, aku tak mau kahwin tapi dalam masa yang sama, aku nak anak – anak aku. Susahkan?

Kawan baik aku tanya, kau ok tak? Ini bukan diri kau. Suami kau sayang kau. Kau sayang dia tapi sampai bila nak bertahan? Fikir – fikirkan. Pergi ke pejabat agama, minta nasihat. Buat keputvsan yang terbaik. Kawan – kawan, aku cuma nak meluah sebab d4da aku sebak, s4kit aku rasa.

Aku nak hidup aku yang dulu tapi aku tak mampu bila tengok anak – anak aku, mertua yang harapkan aku. Doakan aku ya. Aku selalu kata dalam diri aku, apa suami aku buat, aku tak baIas. Tapi aku yakin, Allah akan baIas..Terima kasih membaca. Mohon komen yang bagi semangat ya. – Me (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rusyainie Ramli : Assalamualaikum Puan. Saya pasti Puan dah ada jawapan untuk masalah Puan. Tak membuat pilihan, bertahan sampai abang jamil meninggaI pun adalah keputvsan. Terpulang pada puan. Setiap keputvsan pasti ada baik dan buruknya.

Timbangkan yang mana lebih baik berbanding buruk. Kalau mahukan keputvsan yang baik semata – mata, tu hanya dalam alam khayalan. Tak ada dalam dunia ni. Suami berpeny4kit tu mungkin takdir kita, tapi tak bermakna kita mesti Menerima bila diri dia pun tak mahu mendapat rawatan.

Bagaimana nak membantu orang yang tak nak ditolong. Memang Skiz0frenia, pes4kit merasakan dia tak s4kit pun malah tak nak rawatan, maka puan dan keluarga dia mesti usahakan dengan doktor pakar psiki4tri untuk ubatan jenis suntikan depo.

Tapi biarkan dia berterusan begitu, tanpa ubatan yang betul, keadaan akan menjadi lebih teruk. Delusi dan halusinasi dia takkan lenyap begitu saja. Ia peny4kit maka mesti dirawat. Zaman moden ni, ubat – ubatan psiki4tri dicipta untuk membolehkan pes4kit kembali ke fungsi asal sebelum diagnosis, bukan setakat mengawal simptom.

Tanyakan pada diri sendiri. Bolehkah puan bahagia dengan manusia tu? Inikah definisi perkahwinan yang puan inginkan? Semuanya terletak pada puan untuk mencipta bahagia puan. Mak yang bahagia baru lah anak – anak tu boleh menjadi manusia bergelar insan.

Kita berkahwin memang kita akan berubah. Tapi kalau perkahwinan tu menjadikan manusia yang kita sendiri tak suka, tu bermakna hubungan tu t0ksik untuk kita. Nak bertahan? Sebab baik bersuami dari menjadi janda, silakan.

Sebab tu pilihan puan. Maka, hadap lah semua yang puan katakan selamanya. Setakat nak meluah perasaan, semua orang boleh mendengar saja lah. Kalau orang menyampah sekali pun, puan tetap boleh mencari orang lain yang sudi pinjamkan telinga.

Sebab ada juga isteri yang tak mahu keluar dari masalah. Tetap menganggap dirinya m4ngsa dan dia berharap satu hari segalanya berubah tanpa dia berbuat apa pun. Tetiba dia harapkan keajaiban berlaku. Suami per4ngai sy4itan tetiba bangun tidur satu pagi menjadi malaik4t, begitu lah kiranya.

Sekali lagi, tanyakan diri sendiri. Apa yang puan mahukan dari luahan puan ni? Sebab semuanya terletak pada puan. Saya doakan puan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk memilih jalan yang betul untuk diri puan dan anak – anak. Kalau puan sendiri tak sayangkan diri puan, percaya lah tak ada manusia lain boleh kasihi puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.