Anak aku jenis susah nak makan, satu hari mak mertua datang bawa air dari tok b0moh. Dia p4ksa aku mandikan anak

Mak mertua queen control, semua dia nak tentukan. Anak aku yang kecik ni baru 2 tahun tapi dah pilih nak masuk sekolah mana, persatuan apa, kelab apa. Kadang – kadang kalau anak pakai baju terdedah sikit, ditegurnya. Sekarang musim panas..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku Delima. Sudah berkahwin dan ada seorang anak. Tujuan aku kongsi bukanlah untuk memohon pandangan, tapi lebih kepada memohon sokongan supaya aku lebih kenal erti sabar dan redha.

Mungkin kisah ni tak sesedih kisah lain, tapi moga kalian memahami jeritan batin diriku yini gittuh. Aku datang dari broken family. Untuk aku percayakan perkahwinan sangatlah susah. Dan setelah aku bercinta selama 10 tahun dan putus, lagi lah penat diri ini untuk percaya lelaki.

Tapi alhamdulillah Allah hadirkan suami yang sayang aku sepenuh hati. Dia tak pernah janjikan bulan bintang tapi dia berjanji yang zuriat kami insyaAllah takkan lalui apa yang aku lalui. Dan sebab terbesar aku pilih dia sebagai suami adalah kerana dia ‘family guy’.

Dia sangat menjaga adik dan ibu bapa dia, dan itulah yang membuatkan aku percaya dia mampu jadi seorang ayah yang baik. Tapi itulah, kusangkakan panas hingga je petang, tiberhhh hujan tengahari buta. Mama dan abah adalah mertua aku yang baru sahaja pencen kerajaan. Senang cerita family dorang senang. Tapi laki aku ni kerja sedang – sedang.

Tidaklah susah dan tidaklah senang, semua yang aku nak dipenuhi. Seorang yang amat soft spoken, penyabar tak pernah marah. And this is the biggest why aku selalu ajar diri untuk bersabar, sebab aku ada suami yang baik.

Ibu mertua aku ini queen control. Senang cerita, disebabkan dia banyak bantu suami aku dari segi kewangan bermula dari kecik hinggalah kahwin, (dia tolong bayarkan separuh harga kereta; myvi). Maka suami aku teramat terhutang budi dan terp4ksa tunduk dan ikut semua kemahuan dia.

Red flag ni aku tak nampak sangat sebelum kahwin, jadi aku tak tahu. Selepas aku kahwin, keadaan normal. Tapi setelah aku ada anak maka bermulalah episod dia mengawal semua yang anak aku pakai, apa anak aku makan, apa anak aku buat, nak hantar nursery, semua dia yang putuskan.

Bukanlah suami tidak pernah membangkang, tapi hujung – hujung suami jugak yang kena sekolah dek abah mertuaku, walaupun aku sendiri saksi abah mertua aku sering berg4duh dengan mama kerana sikapnya yang terlampau queen control dan mendesak.

Akhir – akhir ni anak aku sangat memilih makan kerana orang sekeliling kalut suap jajan dan sebagainya tanpa izin aku, Nohh rokiahh terk3jut aku bila tiba – tiba satu hari tu dibawaknya air dari tok b0moh mana tah suruh mandikan anak aku supaya datang selera.

Sedangkan dia jugalah yang gemar menyuap makanan manis hingga anak aku nampak nasi pun dicampaknya. Ini pun bikin aku str3ss. Penat ooo tiap hari masak tapi anak tak nak makan. Btw aku dan suami pjj maka aku kerap berada di rumah mertua berbanding rumah ibu aku.

Menjadikan situasi ini lagi parah kerana setiap hari aku hadap macam – macam kata – kata dari dia seorang diri. Suami aku sangatlah support tapi apakan daya, support dari jauh dan depan mata tak sama. Mama dan abah kerap perli aku macam – macam, sampai satu tahap aku tak sedar aku dah jadi pendiam.

Nak menjawab dik4ta biadap, maka aku teruslah menjadi isteri dan ibu yang sopan, cuma tahu angguk – angguk geleng – geleng. Untuk kalian faham betapa queen control ibu mertuaku, anak aku yang kecik ni dia dah pilih nak masuk sekolah mana, persatuan apa, kelab apa.

Kalau anak aku yang 2 tahun ni pakai terdedah sikit ditegurnya s3xy sedangkan musim panas. Setiap hari p4ksa aku masak itu ini untuk anak sedangkan aku tahu apa yang disuruhnya tu anak aku tak makan ujung – ujung aku penat sorang – sorang.

Ye anakku cucu sulung dan cucu tunggal. Suami aku hanya ada seorang adik perempuan yang belum kahwin kerana per4ngainya yang lain macam sikit. Dia pernah putus tunang. Aku taknak cerita lebih pasal dia cuma dia ni bah4ya, dia pernah fitnah aku nasib baik mama dan abah ni tau per4ngai anak dia. Macam – macam dia cakap tuduh aku dari dulu.

Tiap kali tu jugak dia mintak maaf dan buat lagi yang menjadikan aku takde hati nak duduk dalam rumah ni. Mungkin sebab aku dididik oleh makku untuk selalu bersabar, mungkin sebabtu aku mudah dipijak kepala. Tapi alhamdulillah, bulan depan insyaAllah aku dan suami dapat duduk sekali.

Tapi yang sedihnya, minggu ni semua barang dalam rumah mama yang pilih hmmm sedih nyah bila kita excited nak masuk rumah baru tapi semua orang yang pilihkan. Aku sekarang berada dia tahap cuba ajar diri setiap hari untuk sabar dan redha. Untuk setiap peng0rbananku ini, moga ada ganjaran di hujungnya nanti, aamiin, doakan aku terus kuat emosi okay. – Delima (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adam Sole : Maaf sangat – sangat yer, dah hujung cerita baru sebut PJJ. Memanglah mertua akan take over sebab mereka rasakan yang anak mereka perIukan bantuan. Mereka rasa cucu cucu mereka perIukan kasih sayang, perhatian.

Rasanya awak kena cari jalan penyelesaian yang indirect. Cuba fikir dan bincang, kalau duduk bersama – sama tidak PJJ tapi dengan mertua, apakah akan jadi hasilnya kelak? Kalau duduk bersama suami di rumah sendiri, apa hasilnya?

Mertua baru pencen dan ada duit dan anak cucu di rumah. Rasanya macam tipikal orang – orang tua, tabiat mereka macam tu? Wallahu a’lam. Moga dimudahkan semuanya. Carilah jalan keluar yang terbaik dan janganlah lihat mertua sahaja punca masalah.

Maria Chawdrie : Delima, awak yang sepatutnya mencorak kan rumah tangga awak, apa yang penting apa yang tak penting. Bukan tangan orang luar yang mencorakkan rumah tangga kita. Awak bukan bersabar, tapi awak seorang yang traum4tized dengan perkara – perkara lalu yang membuatkan awak tak mampu meIawan.

Bila dah terbiasa di abvse dan tak pernah speak up untuk diri sendiri, awak “terima” apa yang terjadi pada diri. Wake up! This is your time. Nyawa kita sekali je, kehidupan pun sekali, hari ni cuma sekali, tak kan kita dapat esok lagi. Lepas kan anger awak, jangan diam. Jangan pendam.

Rox Nick : Kak, ko ok ke? Secara peribadi, saya rasa la kan, ko ni overthinking sangat. Bersyukur la weh Mak mertua ambil berat pasal cucu dia. Bukan Mak Mertua tu nak h4ncurkan cucu sendiri, tengok contoh suami ko macam ada ciri peribadi yang bagus, itu hasil jaga didikan mak dia la. Love language orang tua ni kita sendiri Kena pandai main layankan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.