Anak aku selalu berg4duh dgn anak abang aku, abg h4ntuk kepala anak aku ke lantai

Abang aku terlalu manjakan anaknya dan anak aku terp4ksa mengalah. Semua barang mainan anak aku adalah mainannya dan mainannya adalah mainannya. Abang aku memang suka memarahi anak. Satu hari anak aku kacau kami sedang solat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku menulis di sini kerana aku tidak tahu untuk meluahkan perasaan aku macam mana selalunya jika ada sebarang masalah aku akan berkongsi dengan encik suami. Tapi.. Ok, sebelum diteruskan aku akan menceritakan dari mula tentang keluarga kami.

Cerita ini lebih kepada masalah aku dalam mendidik anak lelaki sulung. Pada januari tahun 2014, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku kenali hanya 3 bulan sahaja dan ketika itu aku berusia pertengahan 20-an.

Seawal perkahwinan kami, aku merasakan akulah insan yang sangat bahagia kerana diberi hadiah seorang lelaki yang sangat baik. Baik dari segi akhlak mahupun baik dari segi agama malah suami aku sangat rajin dalam mengurus hal – hal rumahtangga.

Pada hujung tahun 2014, lahirlah seorang anak lelaki dari rahim aku. Allhamdulillah aku cepat sahaja mendapat cahaya mata. Sebulan kemudian, kami diberi rezeki yang sangat diimipikan oleh suami aku iaitu dia mendapat tawaran sambung belajar di luar Negara.

Malah, pembelajarannya juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di sana. Suami membuat keputvsan untuk menerima tawaran tersebut bagi mengubah keluarga kami. Hal ini kerana, pada ketika itu aku mengajar di salah sebuah sekolah swasta dengan gaji pada ketika itu hanya RM1000 dan suami aku mengajar di sekolah berdekatan dengan gaji sebanyak RM1500.

Justeru keputvsan yang dilakukan oleh suami, aku terp4ksa berpindah semula ke rumah kedua ibubapa aku. Selain itu, rumah ibubapa aku hanya 10 minit dari tempat aku bekerja. Dalam rumah ibubapa aku ada ibu, ayah dan keluarga abang aku yang mempunyai 2 orang anak lelaki.

Anak lelaki bongsu abang aku agak sedikit manja dan selalu berg4duh dengan anak lelaki aku malah umurnya hanya tua setahun sahaja dari anak aku. Pada ketika itu, aku mula rasa sedkit tertekan dengan kehidupan aku kerana aku terp4ksa mengurus anak lelaki aku yang selalu berg4duh dan juga berebut barang mainan dengan sepupunya itu.

Selain itu, kehidupan aku bertambah tertekan ekoran abang aku yang terlalu manjakan anaknya dan anak aku terp4ksa mengalah dengan sepupunya tersebut. Semua barang mainan anak aku adalah mainannya dan mainannya adalah mainannya.

Aku pada mulanya tidaklah kisah sangat dengan mainan anak aku diambil tapi bila tahap berebut dan orang sekeliling selalu menyuruh anak aku memberi sahaja mainan tersebut ekoran sepupunya sudah menangis meraung aku jadi agak terkedu.

Pada tahun 2016, aku mendapat cahaya mata yang ke-2. Pada ketika itu, per4ngai anak lelaki aku (2 tahun) mula berubah. Dia menjadi sem4kin aktif dan sangat kerap berg4duh dengan sepupunya. Malah, orang di sekeliling aku selalu mengadu sifat buruk anak lelaki aku ketika itu.

Tekanan aku menjadi bertambah dan aku mula kerap memarahi anak aku. Marah aku ketika itu memang agak kasar dan aku pernah menghempaskan badan kecil anak aku di atas katil. Astagfirullah.. aku menjadi tertekan ekoran terp4ksa menjaga dua orang anak aku dengan suami yang kejauhan.

Banyak hal – hal menguruskan anak – anak diuruskan oleh aku tambahan pula kewangan yang agak kurang sebab gaji aku kecil sahaja. Allahmdulilah 2 tahun lepas, keluarga abang aku telah berpindah di rumah barunya. Oleh itu, perg4duhan dapat dikurangkan.

Namun, family abang sulung aku pula terp4ksa berpindah ke rumah ibubapa kami kerana terdapat pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. Pada tahun ini. Usia anak lelaki sulung aku sudah berumur 6 tahun. Suami aku masih lagi dalam pengajiannya.

Aku pula untuk senang menguruskan anak lelaki aku, gajet adalah mainannya. Pelbagai certa kartun yang ditontonnya. Jesteru, bahasanya banyak dipengaruhi oleh cerita yang ditontonnya. Perkataan seperti ‘jahat’, ‘tak faham bahasa ke?’, ‘oi budak kecil’ , ‘giIa ke’ menjadi perkataan yang selalu dikeluarkannya apabila dia marah.

Selain itu, anak lelaki aku itu juga akan menjerit ketika marah mungkin sebab aku yang selalu meninggikan suara ketika marah. Namun, aku sudah berkali – kali menasihatinya dan pelbagai teknik yang aku gunakan untuk memperbetulkan bahasanya dibuat.

Sampai aku pernah mencubit pipinya ketika dia mengeluarkan bahasa – bahasa begitu. Aku masih ingat pada tahun ini juga, abang aku yang telah berpindah datang singgah ke rumah ibu bapa kami. Mereka baru pulang dari pasar raya.

Anak – anak mereka membawa mainan baru sambil menunjuk – nunjuk. Apa lagi anak lelaki aku suka sangat hendak melihat dan mencuba mainan baru tersebut aku cuba memujuk anak lelaki aku dengan hal – hal lain tapi tidak menjadi.

Ibu bapa mereka membiarkan sahaja apa yang berlaku. Aku hanya diam dan memerhatikan sahaja. Tidak tahu apa reaksi yang sepatutnya dan terus masuk ke bilik kononnya untuk ke tandas. Aku tidak mampu membuat apa – apa kerana kakak ipar aku dan abang aku tidak boleh orang menegur anak mereka.

Aku hanya mendengar keadaan tersebut dari dalam bilik aku sahaja. Beberapa minit kemudian, aku mendengar abang aku menengking anak lelaki kerana merebut mainan anak mereka dan mereka terus balik ke rumah mereka.

Aku terkedu pada ketika itu, terasa sangat s4kit hati. Mereka selalu begitu, jika ada mainan baru mesti bawa ke rumah ini tapi tidak ingin kongsi (memang per4ngai kanak – kanak) maka perg4duhan akan berlaku. Aku mula naik pening dan tertekan.

Selain itu, abang aku memang suka memarahi anak lelaki aku, mungkin badannya agak gembal dan tinggi menyebabkan dia nampak lebih besar dan sebaya dengan sepupu – sepunya lelaki yang bersekolah rendah. Aku jenis yang tidak kisah sangat jika orang memarahi anak – anak aku jika mereka buat silap.

Tapi jika marah tanpa soal selidik dan putvskan kepada siapa yang ingin dimarahi adalah suatu yang tidak adil lagipun anak – anak abang aku pandai memutar cerita. Lagipun per4ngai anak lelaki aku memang suka memendam dan tidak pandai mengadu.

Oleh itu, aku terp4ksa tanya betul – betul tentang perasaannya dan apa yang berlaku tapi keadaan itu dah terlepas kena m4ki hamun oleh bapa saud4ranya. Aku pon naik hairan juga kenapa abang aku itu sangat suka memarahi anak aku dan menyalahkan anak aku jika ada apa – apa yang berlaku.

Cara marahnya memang menakutkan aku kerana tangan dan kakinya akan turut naik juga. Aku? Hanya menangis dalam bilik kerana tekanan dan memikirkan bilakah aku akan keluar dan mencari rumah sendiri. Sebelum musim PKP ni aku telah megalami demam yang agak teruk dan haemoglobin dalam d4rah aku menjadi rendah.

Oleh itu, suami aku telah menelefon ibu mertua aku untuk mengambil aku dan anak – anak aku pulang ke rumah mertua aku. Allhamdulillah mereka memang baik sahaja dengan aku dan anak – anak. Di sana kami sangat bahagia.

Anak – anak aku bebas bermain. Namun pada suatu hari kakak aku telah menelefon aku menyatakan yang ibu aku sangat merindui aku. Hati aku terus sedih dan rindu yang tidak dapat disekat sampaikan aku termimpi – mimpi ibu aku.

Aku membuat keputvsan untuk pulang semula ke rumah ibubapa ku dengan anak – anak. Aku telah menyatakan hasrat aku kepada suami aku dan pada mulanya suami aku menolak kerana dia dah tahu apa yang selalu berlaku kepada anak – anak kami.

Tapi, kerana aku terlalu merindui ibu aku, suami aku membenarkan sahaja dengan hati yang berat. Allahamdulillah aku pon tidak tahu macamana aku boleh lepas untuk pulang ke rumah dengan sekatan PKP yang agak banyak.

Di sini, mulalah timbul beberapa konflik anak lelaki. Jika dia dimarahi oleh kakak atau abang atau ipar – ipar aku, aku tidaklah kisah sangat jika memamg itu kesalahanya dalam hati aku itu mungkin kerana mereka ingin mendidik.

Namun kejadian malam tadi masih dalam kebingunan aku. Kami sekeluarga solat berjemaah dan anak lelaki aku selepas solat bukan boleh duduk diam dan dia terus menaiki kereta mainan milik sepupunya dan melintas di hadapan aku yang masih solat kerana aku terlambat 2 rakaat.

Jadi, keadaan jadi sedikit haru dengan tingkah laku anak lelaki aku yang berumur 6 tahun tersebut. Oleh itu, sepunya yang bersekolah menengah telah membuat keputvsan dengan menarik kereta mainan tersebut. Maka, terhempaplah badan anak lelaki aku ke lantai dan terkeluarlah bahasa yang agak kurang sopan dari mulut anak lelaki aku ‘oi budak jahat’ kepada sepunya yang mer4mpas kereta tersebut untuk disimpan.

Abang aku yang mendengar terus menghantuk kepala anak lelaki ke lantai. Pada ketika itu, remuk terasa hati aku. Namun aku hanya menahan sahaja. Pada ketika itu, mata ingin mengalirkan air mata dan bertalu – talu dalam hati bertanyakan kenapa?

Kenapa perlu buat begitu? Sebelum tidur, anak lelaki mengadu yang dia s4kit kepala kerana hantukkan tersebut. Aku hanya mendengar dan berdoa dalam hati supaya anak aku menjadi insan yang soleh. Ingin sahaja aku meluahkan kepada keluarga yang jika mereka tertekan dengan kehidupan.

Aku juga tertekan dengan membesarkan anak – anak aku yang masih kecil kesorangan, sumber pendapat yang kurang. (Sebelum ni aku buat kuih sebelum kekerja untuk diletak ke kedai bagi menambah pendapatan namun terp4ksa dihentikan) dan gaji aku tidak tahu macam mana lagi bulan ini kerana aku bekerja swasta. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Meriam : Moral of the story.. marah la berpada pada. Aku paling tak suka konsep marah. Tambahan jenis marah hok tak tentu pasal dan tak padan dengan kes. Naik segala kaki tangan sampai beri kes4kitan fizikaI TEGAS lebih penting. Marah, orang akan d3ndam / pendam / rebeI. tegas = orang akan hormat / patuh.

Nurulhuda Abdullah : Cara yang betul adalah puan suarakan kepada family. Mungkin akan ada sedikit ketegangan akan berlaku tapi pendapat saya mereka yang besar melayan anak puan seperti itu kerana puan tidak pernah bersuara untuk anak puan. Saya tahu puan merasakan takut hubungan keluarga terputvs, tapi bersuaralah demi anak puan.

Fatimah Harun : Teruknya puan sehingga membiarkan bapa saud4ra memukuI anak. S4kit hati saya. Kalau saya jadi anak puan, pasti saya akan berd3ndam kerana tidak meIindungi saya. Dan jika saya jadi puan, semestinya saya akan mempert4hankan anak saya.

Saya takkan biarkan anak saya diperlakukan sebegitu. Puan, tolong pertahankan anak puan. Seeloknya pindah rumah dan sewa rumah lain. Cari jalan. Semoga dipermudah segala urusan.

Ummu Hurayrah : Mesti tak rapat dengan adik beradik kan? Sebab tu tak berani bersuara. Kalau rapat dan saling sayang, tengok anak saud4ra tu macam anak sendiri dah. Takde suka – suka hati nak marah apalagi nak pukuI teruk – teruk.

Bersuara lah demi anak, jangan diam dan menangis. Depr3ssed kid boleh jadi pend3ndam. Abang awak tu tak rasi0nal, faham tak? Memang la sayang kat mak. Tapi kalau mak pun tak tegur, baik duk asing – asing lah. Takpun bawak mak duk rumah awak. Abang tu biar lantak dengan family dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.