
Dulu suami pernah kahwin dengan anak d4ra tua dan dapat seorang anak. Dia cakap kesian dekat perempuan tu Jodoh mereka tak lama. Lepas tu suami kahwin pula dengan balu anak sembilan, jodoh pun tak panjang. Lepas tu dia ada skandal dengan perempuan ketiga tapi tak jadi kahwin sebab perempuan tu tak nak dimadukan…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan korang semua ahli group. Aku saja nak luahkan apa yang lama terbuku dalam hati. Benda ni aku simpan lama, tapi makin hari makin sesak d4da rasa nak tanggung sorang diri. Pada 21 Mei 2025, aku baru dapat tahu yang suami aku sebenarnya ada isteri lain.
Bukan baru kahwin, tapi rupa – rupanya dia sudah berkahwin lima ke enam tahun dengan perempuan lain. Masa tu dunia aku rasa gelap terus. Aku memang gigih cari bukti. Aku tak terus percaya, aku cari satu persatu. Aku dapat nombor telefon perempuan tu.
Bila aku buka gambar profil WhatsApp dia, aku nampak gambar dia dengan suami aku. Masa tu jantung aku rasa macam nak pecah. Aku terus menggigil. Aku tak berhenti setakat tu, aku cari pula di TikTok. Aku jumpa akaun TikTok dia, akaun public.
Banyak betul gambar dan video dia kongsi dengan suami aku. Mesra, bahagia, senyum semua. Aku terus cari di Facebook, dan sekali lagi aku jumpa gambar – gambar mereka bersama. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Sedih, marah, kecewa, rasa dikhi4nati.
Bila aku baca bio perempuan tu, dia siap letak nama suami aku di belakang nama dia. Nombor telefon pula, empat angka terakhir sama dengan nombor suami aku. Setiap kali raya, mereka pakai baju sedondon. Setiap tahun. Sedangkan aku dengan anak-anak sendiri pun tak pernah pakai baju sedondon masa raya.
Suami aku selalu cakap tak payah, sepasang pun tak apa. Dulu masa anak – anak kecil, bolehlah pakai sama, kadang – kadang sampai sama dengan langsir pun pernah. Tapi bila besar, katanya tak perlu lagi. S4kit hati aku masa tu memang tak terkata. Rasa macam nak giIa.
Sampai aku tak mampu nak berdiri, kaki rasa lembik, badan rasa kosong. Yang paling meny4kitkan hati bila aku nampak gambar tahun lepas, suami aku dengan isteri mudanya hantar anak perempuan perempuan tu masuk universiti di Pahang.
Bergambar bertiga, siap posing macam keluarga bahagia. Macam nak tunjuk dia bapa tiri yang baik, nak tunjuk dekat keluarga perempuan tu. Anak perempuan aku yang bongsu masuk universiti, suami aku tak hantar pun. Aku yang ke hulu ke hilir uruskan pendaftaran, angkut barang, urus asrama.
Aku buat semua sendiri. Masa tu aku tertanya – tanya, kenapa beza layanan dia begitu ketara. Kenapa dengan anak orang dia boleh jadi ayah terbaik, tapi dengan anak sendiri dia lepas tangan. Aku luahkan semua ni sebab hati aku sampai sekarang masih s4kit.
Emosi aku memang tak stabil. Sekejap aku rasa diri aku ni tak berguna. Selama ni aku berk0rban jaga mak dia sampai sekarang sebab dia anak tunggal. Kalau mak dia s4kit, aku yang jaga. Kalau mak dia masuk hospital, aku yang temankan.
Dia pula alasan kerja, tak boleh ambil cuti lama. Dulu aku nak ikut dia ke Kertih sebab senang nak jaga makan minum dia, jaga bila dia s4kit pening, tapi dia cakap tak payah, dia okey. Lepas tu jabatan dia pindah ke Pengerang. Aku nak ikut pindah, dia cakap tak, susah nak cari rumah sewa, semua mahal. Aku percaya.
Rupanya masa dia di Kertih lagi dia sudah nikah perempuan tu. Lepas tu dia bawa perempuan tu dan anak – anaknya pindah ke Pengerang. Perempuan tu janda anak tiga. Aku ni pula ada empat orang anak, semua sudah berkahwin. Kami ada empat orang cucu.
Aku tertanya – tanya, apa lagi yang dia cari dalam hidup ni. Kenapa masih tak pernah cukup. Hakikatnya aku sudah banyak kali melalui dugaan macam ni. Dulu dia pernah kahwin dengan anak d4ra tua dan dapat seorang anak. Lepas tu dia cakap kesian dekat perempuan tu sebab tak ada zuriat, jadi Allah hadirkan dia sebagai suami sekejap.
Jodoh mereka tak lama. Lepas tu dia kahwin pula dengan balu anak sembilan, jodoh pun tak panjang. Lepas tu dia ada skandal dengan perempuan ketiga tapi tak jadi kahwin sebab perempuan tu tak nak dimadukan. Perempuan keempat pula tak jadi kahwin sebab mak perempuan tu mengamuk sampai lari dari rumah.
Dan perempuan kelima inilah yang bertahan sebab mereka kahwin senyap – senyap, dan aku pula duduk di Melaka, dia di Terengganu. Aku sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku sekarang. Kadang – kadang aku masih sayang.
Kadang – kadang aku benci. Ada masa aku rindu, ada masa aku meluat. Menangis tu jangan cakaplah, dari bulan Mei sampai Julai emosi aku memang turun naik. Dalam solat, masa rukuk, masa sujud, air mata aku mengalir tanpa henti. Aku cuba tahan, tapi tetap menangis.
Doa aku pada Yang Maha Esa, kalau ada kebaikan perkahwinan suami aku ni untuk agama dan keluarga kami, aku mohon Allah panjangkan jodoh mereka dan jodoh aku dengan suami aku. Tapi kalau dalam pengetahuan Allah perkahwinan suami aku dengan perempuan tu tak baik untuk diri suami aku, agama dan keluarga kami, aku mohon Allah lindungi suami aku dan pelihara kami semua daripada bermusuhan.
Tentang jodoh aku dengan suami aku, aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Sesungguhnya Dia lebih tahu yang nyata dan yang tersembunyi. Aku cuba jadi h4mba yang paling ikhlas, paling reda, paling sabar, paling tenang dan paling kuat setiap kali dugaan yang sama datang.
Disebabkan perempuan tu juga, aku tukar gambar profil Facebook aku dengan gambar kami satu keluarga, dengan harapan dia nampak siapa aku sebenarnya. Akaun TikTok aku pun aku tukar gambar aku dengan suami, aku padankan nama aku dengan nama suami. Dulu aku nak buat macam tu, suami aku cakap tak elok, katanya macam orang kafir.
Kami sekeluarga sebenarnya tak suka kongsi gambar keluarga di media sosiaI sebab bagi kami kebahagiaan itu kehidupan peribadi. Tapi perempuan tu bebas post muka suami aku di semua media sosiaI, dan suami aku reda pula. TikTok, Facebook, semua dia muat naik. Macam nak tunjuk satu dunia dia bahagia walaupun berkahwin dengan suami orang.
Aku tertanya – tanya, apa perasaan dia bila post semua tu. Dia tak fikir langsung perasaan aku, anak – anak aku, menantu aku yang nampak posting dia. Dia cuma fikir kebahagiaan dia sendiri, dan suami aku benarkan semua tu berlaku.
Bergambar dengan anak tiri macam keluarga sempurna, nak tunjuk dia bapa tiri terbaik. Dengan keluarga sendiri pula, nak bergambar pun susah, kena p4ksa baru nak. Maaf sebab perkongsian aku ni panjang. Terima kasih pada admin dan terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca sampai habis.
Komen Netizen :
Rozita Zainal : ALLAH, sian akak. Tidak mengapalah kak, biarlah dia dengan sikap tak guna dia tu. Bukan sekali dia buat per4ngai macam ni, tapi sudah berkali – kalikan. Saya rasa akak pun sudah lali sebenarnya, cuma rasa s4kit tu tetap ada sebab rasa dibohongi dan rasa tidak dihargai.
Akak sibukkan diri dengan hal – hal lain. Luangkan masa dengan keluarga, main dengan cucu. Biar ALLAH SWT sahaja yang membalas perbuatan suami akak dan perempuan tu. Saya doakan semoga akak diberi kekuatan dan kesabaran melalui ujian ini.
Mimi Miza : Saya pernah terbaca satu perkongsian. Seorang kakak ni menangis semahunya sebab suaminya berkahwin lain. Umurnya juga sudah berusia. Saya tidak ingat keputusan yang kakak ni ambil. Cuma yang saya ingat, dia cakap dia biarkan suaminya dengan isteri kedua.
Biarlah isteri kedua jaga sebab sekarang dia sibukkan diri dengan Allah. Malam – malam bangun untuk beramal. Penuhkan masa dengan aktiviti agama. Mungkin nanti bila puan sudah ada kekuatan, puan boleh buat keputusan dengan sewajarnya.
Memandangkan puan juga ada hubungan yang baik dengan ibu mertua, kalau dia sihat dan w4ras, mungkin puan boleh berkongsi dengan ibu mertua dan tanyakan pendapat beliau. Kalau dia memang s4kit, puan ambil masa dan fikir apa yang puan mahukan.
Ini cuma pendapat peribadi saya ya puan. Puan boleh terus terang dengan suami, beritahu puan nak rehat dan nak bercuti. Ambil masa untuk diri sendiri. Minta tolong isteri baru jaga mak. Sudah bertahun puan tidak ambil cuti. Orang kerja pun ada cuti, jadi sekarang puan nak masa untuk diri. Apa pun saya doakan yang terbaik untuk puan. Semoga syurga milik puan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.