Baju aku ada yang dah kecik, dah berlubang. Aku teringin nak melawa macam zaman single. Tapi suami suruh pakai je baju apa yang ada.

Aku mengandung, baju pun dah tak muat nak pakai. Aku pinjam baju suami tapi dia akan perli h1na aku. Dia suka ejek fizikal dan mental aku. Bila aku menangis, dia kata aku perempuan giIa mental. Dia panggil aku bangsa kurang ajar, dia maki aku dengan perkataan yang sangat kasar.

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong rahsiakan profil aku ya. Aku baru berkahwin tujuh bulan. Suami aku ni, ada masa dia baik sangat, ada masa dia jahat sangat dengan aku. Dia jenis rasa dia sentiasa betul. Apa sahaja yang jadi, dia jarang mengaku salah.

Bila keluarga dia buat atau cakap macam – macam tentang aku, dia langsung tak pernah cuba nak backup aku. Aku sentiasa rasa bersendirian walaupun aku ada suami. Ipar aku pernah cakap aku ni tak ada masa depan macam dia. Katanya aku tak berduit, aku datang daripada keluarga miskin, tak macam keluarga suami aku yang kononnya kaya.

Kata – kata tu sangat meny4kitkan hati aku. Tapi yang buat aku lebih s4kit, suami aku diam sahaja. Dia langsung tak pertahankan aku. Seolah – olah apa yang keluarga dia cakap tu betul belaka dan aku memang patut terima. Bila aku cuba bercakap baik-baik dengan suami, respon dia kadang – kadang langsung tak ada.

Dia asyik dengan telefon. Aku bercakap, dia tengok skrin. Aku luahkan perasaan, dia buat tak dengar. Kalau kami berada di luar pula, dia suka guna nada suara tinggi bila aku tegur dia. Bila aku tegur pasal nada suara dia, dia jawab suara dia memang macam itu. Dia kata aku yang sensitif.

Pernah satu kejadian, dia marah aku depan seorang pelanggan perempuan. Masa tu kami berurusan dengan customer. Dia marah aku sampai perempuan tu pandang aku berkali – kali. Aku boleh rasa muka aku panas, malu, dan sedih.

Lepas perempuan tu pergi, aku tanya suami kenapa dia beria marah aku depan orang ramai. Aku tanya, saja nak maIukan aku ke. Rupa – rupanya kesalahan aku cuma sebab aku tak ikut cara dia pegang botol sos. Suami aku ada OCD. Tapi pada aku, orang lain yang ada OCD pun tak perlulah expect orang sekeliling ikut semua cara dia sampai tahap memaIukan pasangan sendiri.

Ada satu malam, aku kantoi dia layan benda Iucah. Aku diam satu hari sebab aku betul – betul terIuka. Dia tegur aku, tanya kenapa aku diam. Bila aku tanya dia balik, dia tak nak mengaku. Dia kata dia tak tengok. Aku tunjuk bukti daripada history telefon dia.

Lepas dah kantoi, bukan minta maaf yang aku dapat, tapi makian. Dia marahkan aku dan gelar aku isteri kurang ajar. Perkataan kurang ajar tu dia selalu sangat guna pada aku. Padahal dia yang selalu judge mental aku. Aku cakap elok – elok, dia marah.

Aku bersuara sikit, dia kata aku meIawan. Bila dia ada duit, dia akan utamakan diri dia. Apa sahaja yang dia nak, dia akan beli dulu. Tapi bila aku minta keperluan aku sendiri macam skincare atau baju, dia mula cakap, itu ada lagi, pakai sahajaIah.

Hakikatnya, skincare aku pun aku usahakan sendiri. Bila dah habis, aku cuba buat preloved, jual baju – baju lama aku yang dah tak muat semata – mata nak beli keperluan sendiri. Bab baju pula, tudung dan baju aku ada yang dah kecil dan berlubang.

Aku nak juga bergaya macam sebelum aku kahwin. Aku nak rasa yakin dengan diri sendiri. Tapi suami aku selalu cakap, tak payah pakai, pakai apa yang ada. Kadang – kadang aku pinjam baju suami pun dia perli. Dia tanya, tak ada baju ke, tak malu ke. Setiap perli tu buat aku rasa kecil dan tak berharga.

Yang paling meny4kitkan, sejak tujuh bulan kahwin, sekali sahaja dia bagi nafkah. Itu pun masa awal – awal kahwin. Lepas itu langsung tak ada. Aku faham ekonomi awal kahwin memang tak mencukupi. Sampai satu tahap aku sanggup gadai barang untuk bantu dia.

Tapi bila sekarang dia dah ada duit sikit, dia berlagak. Dia lupa semua hutang dia pada aku. Dia cakap aku ni tak ada duit. Dia kata barang – barang yang ada semua dia yang beli, sedangkan aku tahu berapa banyak aku berk0rban sebelum ni.

Bila aku cakap cara dia bercakap tu menghina aku, dia akan ulang ayat sama. Dia kata aku kurang ajar. Aku tak boleh bersuara langsung sebab bagi dia aku ni bangsa kurang ajar. Dia tak sedar cara dia layan aku hari – hari tu perlahan – lahan bunvh perasaan aku.

Sekarang aku tengah mengandung. Tapi reaksi daripada dia langsung tak ada. Tak pernah usap perut aku, tak pernah cium perut aku. Tak pernah tanya keadaan aku. Yang ada cuma cari kesalahan aku. Dia suka ejek fizikal dan mental aku.

Bila aku menangis, dia kata aku perempuan giIa mental. Dia langsung tak fikir emosi aku sebagai isteri yang tengah mengandung. Sampai satu tahap, aku tanya dia baik – baik. Aku cakap aku tahu anak ni mungkin dia tak bersedia nak sebab hanya aku seorang yang beria nakkan anak ni.

Aku cakap kalau rasa tanggung aku susah, kita cerai sahaja. Tapi jawapan dia tetap sama. Makian. Dia panggil aku bangsa kurang ajar, dia maki aku dengan perkataan yang sangat kasar. Setiap perkataan tu terngiang – ngiang dalam kepala aku sampai sekarang.

Aku rasa hati aku dah taw4r. Tapi dalam masa yang sama, rasa sayang pada suami tu masih ada. Cuma aku semakin penat. Setiap hari dia cari pasal dengan aku. Setiap hari aku menangis. Aku kesian pada bayi dalam perut aku sebab hari – hari dia membesar dalam keadaan aku tertekan dan sedih. Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan semua ni.

Komen Netizen :

Nur Sakinah : Banyak sangat red flag dalam suami sis ni. Kalau hari – hari hadap benda macam ni, memang boleh mental. Sis pun dah banyak kali cuba slow talk kan? Kalau betul dia sayangkan hubungan korang, mesti dia akan usaha untuk ubah jadi lebih baik, ubah perkara – perkara yang sis tak suka. Nak bahagia sama – sama kena ubah. Kalau masih sama juga, tak salah pun untuk pilih jalan berpisah, sayangkan diri sendiri dulu, sis berhak bahagia.

Udak Geejot : Memang ada jenis suami macam ni. Kalau dia yang salah, mesti dia tuduh kita yang salah. Kalau nak minta cerai pun, dia tak nak lepaskan. Dia bodohkan kita, tapi yang dia tak tahu, dia sendiri yang b0doh. Aku pun pernah merasakan hal yang sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :