Anak baru berusia 4 bulan tapi mak mertua nak bagi nestum sebab anak tak tembam

Baru hari kedua mentua dah merungut sebab saya kurang susu sampai nak suruh bagi dekat ibu susuan. Saya memang tengah berusaha nak keluarkan susu lagi pun ini pengalaman pertama. Dia bandingkan saya dengan dirinya dulu yang banyak susu sampai nurse puji..

#Foto sekadar hiasan. Hello admin, Tolong hide akaun profile saya, terima kasih.

Saya nak bercerita tentang pengalaman saya bersalin tempoh hari. Memang benarlah, ibu mertua memang tak akan sama macam ibu sendiri. Saya bersalin anak sulung secara pembedahan kerana anak saya s0ngsang dan saya menghidapi GDM (Diab3tes).

Sebagai ibu baru, saya agak sukar untuk menyusukan anak saya. Dan susu pada hari pertama dan kedua memang tak banyak. Saya faham, itu perkara normal. Tapi mak mertua saya ni tak faham atau sengaja tak mahu faham.

Sewaktu saya tengah perah susu untuk baby, sebab baby saya ada masalah nak h1sap secara terus, saya tidak ada put1ng (inv3rted nippIe), susu tak keluar banyak (biasa la baru hari kedua), mak mertua saya kata :

“Sikitnya susu, patut la anak menangis. Cari orang la bagi susu. Mak dulu banyak susu, misi puji. Kau ni memang tak ada susu ke? Bagi anak kat orang suruh susukan je la”

Dia suruh saya bagi orang lain susukan anak saya (ibu susuan), ya saya tahu tak salah kalau nak bagi ibu susuan, tapi perlukah pada masa hari kedua selepas bersalin, dia kata macam tu kat saya yang tengah berusaha nak susukan anak, dengan Iuka czer masih basah.

Rehat pun tak cukup sebab anak masa tu kena kuning, letak bawah lampu dia asyik meraung, saya kena selalu pujuk dia sampi saya tak tido malam. Saya anggap apa dia cakap tu mengh1na saya selaku ibu. Selepas tu, saya ni seolah h1na pada mata dia sebab saya bagi anak saya susu formula.

Dia jugak pernah nak jemur anak saya masa kuning, nasib baik suami saya cepat ambil anak dan letak dalam bilik bersama saya. Dia ambil anak semasa saya sedang mandi. Dia juga pernah kata,

“Mak dulu anak 4 bulan dah bagi makan, elok je semua.”

“Anak cina tadi tembam, dia baru 3 bulan. Mak dia kata letak nestum dlm susu.” (anak saya tak tembam, dan mak mertua saya seolah mencadangkan saya tambah nestum pada susu anak)

Saya jawab ” Umur 6 bulan baru boleh solid food. Tak ape anak saya tak tembam pun. Tak perlu sumbat makan kat anak saya.”

Pesanan saya, selaku ibu mertua, sila la faham. Bagi sokongan. Tahulah yang bersalin tu hanya menantu awak, bukan awak yang lahirkan dia tapi perempuan tu lahirkan zuriat untuk anak awak, cucu awak. Jagalah hati dia sama.

Dia mungkin akan senyap memendam rasa sebab dia kenangkan awak ibu suaminya tapi percayalah, hati dia sangat terIuka. Janganlah sibuk – sibuk dengan cara dia nak asuh anak dia, susukan anak dia.

Br3astfeeding mahupun formula, biarlah dia yang menentukan. Kalau bagi formula pun, bukan r4cun. Malah dah rujuk kepada yang lebih pakar. Kenapa nak k0ndem kalau menantu awak tak mampu br3astfeeding. Dia dah cuba yang terbaik.

Allah yang menentukan. Ingat, jika awak ada anak perempuan, esok lusa kalau mak mertuanya buat pada dia macam mana awak buat pada menantu awak, seronok kah? Kifarah itu wujud.

Kepada suami – suami, tolonglah berada selalu dengan isteri. Bagi dia semangat. Bagi dia sokongan, dengar luahan hati dia tanpa rasa prejudis. Sokong dia supaya dia cepat pulih dan di jauhkan dari p0stpartum depr3ssion.

Janganlah serahkan isteri awak bulat – bulat pada mak awak utk uruskan. Tolong isteri awak. Please.

Buat ibu – ibu, Kuatkan semangat. Beranikan diri. Tolong jangan str3ss – str3ss. Awak hebat! Awak baru je melahirkan satu manusia kecil yang comel, awak s4kit, tetapi awak kuat! Awak bangun jugak untuk menjaga anak kecil yang disayangi. Awak ibu pada anak tu. Awak jauh lebih berkuasa ke atas anak tu selepas Allah swt. Bukan orang lain.

Saya harap semua ibu tak akan melalui pengalaman seperti saya. Saya akui, saya sekarang ada rasa sedikit benci pada mak mertua saya. Anak saya memang saya tak bagi dia pegang lama – lama. Saya akan ambil balik anak saya kalau dia dukung. Hati saya terh1ris. Mungkin ambil masa yang lama untuk pulih.

Thanks Admin. Thanks kepada yang sudi membaca luahan hati saya. Jika korang str3ss masa dalam pant4ng, tolong selalu ingat Allah, zikir selalu, istifar selalu. Anak awak perlukan awak. Jangan str3ss. Kuatkan semangat!!!

Komen Warganet :

Siti Izna Ismail : Pengalaman anak nombor 3 berpant4ng dengan mak mertua, Alhamdulillah semua ok. Mak mertua bagi mandi baby, siapkan makan dan mandian saya.

Bab kain baju saya dan baby pun mak mertua yang buat. 3 minggu lepas tuh saya yang buat sampai mak mertua puji saya. Kuat dah buat semua benda sebab anak mak mertua sebelum nie mak mertua yang buat sampai habis pant4ng.

Saya dah biasa buat dari anak pertama dan kedua, mak saya yang jaga. Bila saya rasa ok saya buat sendiri, alhamdulillah. Bersabar la puan, berkongsilah suka duka puan dengan suami. inshaAllah, semoga dipermudahkan.

Nur Kamilah Ila : Sabar banyak – banyak, kalau berpant4ng sendiri lagi banyak cab4ran. Untung sis ada mertua yang tolong masak, basuh dan mandikan baby. Mungkin dia penat, mungkin sis boleh gunakan perkataan “doktor ada pesan”, perut baby kecik, hari ketiga baru susu ada, banyak nurse nasihat bagi fomula kalau nak cepat baby berak turunkan kuning, jangan jemur baby takut mata kena sinaran matahari direct.

Hanya cakap dengan baik – baik, kalau sebelum 6 bulan dah bagi makan tak jadi apa – apa tak apa la kalau jadi apa – apa, macam mana? Sebab kita tak tahu perut anak kita kuat atau tak.

Mira Meera : Sebab tu elakkn pant4ng rumah mak mertua, melainkan mak mertua ikhlas nak tolong jaga kita sebab kita pun s4kit pant4ngkan. Saya tak ade pengalaman dengan mak mertua sebab dua – dua anak saya memang saya dan suami jaga lepas tu ibu dan nenek saya ambik alih. Alhamdulillah semua ok mereka jaga dengan baik sebab kita dar4h daging mereka.

Nur Sumaiyah Nordin : Tak semua mentua teruk perangainya. Memang mak mentua bukan yang lahirkan kita. Macam saya lepas sebulan bersalin kena balik pant4ng di rumah mentua sebab suami kena pergi laut.

Masa mula – mula memang saya tak nak sebab saya bersalin 0perate dan saya sangat cerewet dari segi kebersihan dan keadaan sekeIiling. Tambahan pula ada beberapa yang saya tak berapa berkenaan dengan keadaan di rumah mentua.

Tapi disebabkan syurga kita terletak pada suami, saya turutkan jugak. Alhamdulillah mentua faham keadaan saya dan anak yang tak cukup bulan. Malah kadang – kadang saya sendiri pulak kena tegur kalau mandikan anak lama sikit, pegang tak betul sikit.

Walau sampai sekarang anak dah 4 bulan pun kalau pegang tak kena je mesti mak mntua tegur jugak. Kadang – kadang terasa hati jugak sebab saya jenis sensitif. Tapi saya ambil positif dan fikir sebab dia sayang kat cucu lah dia tegur.

Tapi soal didikan anak, awal – awai saya dah bagitau kat suami yang kalau boleh saya tak nak orang lain masuk campur walaupun beIah family saya pun.. Biarlah saya dan suami besarkan anak dengan cara kami sendiri

Hazira Zira : Elakkan berpant4ng di rumah mak mertua, elakkan str3ss masa berpant4ng. Bah4ya kalau kena mer0yan. Suami tolong ambil peduli., jangan ambil mudah dan tak kisah. Isteri dah nyawa – nyawa ikan lahirkan anak awak, jangan bagi isteri sedih, kesannya awak juga kalau isteri kena mer0yan. 3 bulan berpant4ng dengan betul tanpa str3ss.