
Aku beritahu suami, bil api air rumah dia la yang tanggung. Bukannya banyak pun. Sampailah satu hari dapat surat merah. Suami buat pinjaman pun, diam – diam guna maklumat aku, tiba – tiba sampai bil kredit kad amaun maksima!
#Foto sekadar hiasan. Hai, aku nak minta pendapat. Macam mana aku nak ikhlaskan diri aku untuk bantu suami aku ni. Maaf kalau luahan aku ni berbau kisah rumah tangga. Aku pun tak tahu la aku mampu bertahan lagi ke tidak. Atau patutkah aku terus bertahan.
Orang selalu cakap, wanita yang maIang adalah wanita yang salah pilih suami. Pernah dengar kan. Kadang – kadang aku rasa macam aku termasuk dalam kategori tu, kadang – kadang rasa tidak. Ada masa aku rasa suami aku ni langsung tidak berguna, tapi ada masa aku rasa juga ada fungsi dia. Maaf, kasar bunyinya.
Tapi aku memang betul – betul dah penat. Aku seorang wanita, ibu kepada empat orang anak. Dah lima belas tahun aku kahwin. Rasanya dua tahun pertama kahwin sahaja suami aku jadi ketua keluarga. Tiga belas tahun selebihnya, aku yang tanggung. Aku akan ceritakan, mungkin susunannya bercampur antara cerita lama dengan yang sekarang.
Masa dapat anak sulung, kami sepakat ambil insurans untuk anak. Aku pun ambil sekali untuk aku. Aku bayar duit muka dan bulanan. Lepas beberapa bulan, suami cakap dia akan ambil alih bayaran sebab itu tanggungjawab dia. Aku pun lega.
Nak jadi cerita, anak aku demam panas sampai suhu cecah empat puluh. Nafas pun laju, terus bawa ke kecemasan hospital kerajaan. Dari pukuI dua belas tengah malam sampai pukuI lima pagi nama masih belum dipanggil. Aku cadang pergi hospital swasta. Suami bantah.
Rupanya dia dah tangguh bayaran insurans setahun. Aku maafkan. Aku cuba apply insurans baru untuk anak. Suami janji nak bayar lagi. Tapi dia hanya bayar dua bulan sahaja, lepas tu berhenti. Kami pun terp4ksa berhenti ambil insurans.
Beberapa tahun lepas, suami jadi ejen penapis air.
Untuk yakinkan pelanggan, dia beli penapis air dan penapis ud4ra. Penapis air dia letak di rumah mak ayah dia. Penapis ud4ra dia bagi kakak dia sebab masa tu kakak dia baru dapat anak. Awalnya elok saja bayaran. Lepas setahun, mula sangkut. Dia berhenti bayar.
Nama rujukan pula guna nama aku. Aku dihujani panggiIan dan mesej daripada pengutip hutang sampai sekarang. Serabut kepala aku. Aku suruh dia tamatkan kontrak dan bayar tunggakan. Dia cakap dah suruh syarik4t ambil semula tapi tidak dilayan. Aku pun tak tahu betul ke tidak. Aku yang menanggung malu sebab bukan aku pun yang pakai.
Masa awal kahwin, kami buat perjanjian. Aku akan teruskan bayar kereta aku sebab kereta tu asalnya aku sambung bayar daripada abang aku. Jadi aku tiada masalah nak teruskan bayar. Aku beritahu suami, bil api air rumah dia la yang tanggung. Bukannya banyak pun.
Aku pun tidak pernah semak bil. Sampailah satu hari dapat surat merah. Hati aku s4kit sangat. Akhirnya aku juga yang selesaikan tunggakan. Sekarang aku bayar dulu, lepas tu claim balik daripada dia. Suami pernah buat pinjaman bank guna butiran aku.
Masa tu aku b0doh, percaya sahaja sebab suami sendiri. Pihak bank taw4rkan kad kredit sekali. Aku asalnya tidak mahu aktifkan. Sekali sampai bil, rupanya dia dah aktifkan dan keluarkan semua duit sampai maksimum. Sejak itu sampai sekarang hanya bayar minimum.
Ada masa dia skip bayar sampai pihak bank telefon pejabat aku. Akhirnya aku terp4ksa bayar setiap bulan dan claim balik. Sewa rumah pun sama. Dia selalu tangguh. Sampai tuan rumah telefon aku tanya bila nak bayar. Aku marah suami aku, tapi jawapan dia tetap sama, tidak ada duit.
Jadi sekarang aku yang bayar dulu, claim kemudian. Sama juga dengan yuran sekolah anak, bil telefon, dan apa – apa bayaran lain. Semua aku bayar dulu. Tapi bukan terus dapat balik duit. Kadang – kadang aku rasa macam menunggu claim kerja kerajaan, lambat. Aku jadi sedih.
Aku jeles tengok orang lain ada suami yang bertanggungjawab, anak isteri dijaga. Aku pula rasa aku la ketua keluarga. Setiap kali gaji masuk, aku bayar insurans anak, yuran sekolah, bil telefon, simpanan tabung haji, simpanan amanah saham, sewa rumah, kereta, pinjaman suami, kad kredit suami, bil api air, dan beli makanan ringan untuk anak – anak.
Apa yang kami kongsi bayaran, aku tetap bayar dulu dan claim balik. Cara aku, bila dapat gaji, aku selesaikan semua bayaran dulu, baru simpan dan belanja. Hakik4tnya aku tidak ada belanja pun. Nafkah daripada suami memang aku tidak pernah dapat. Aku guna baki gaji aku.
Aku ada buat bisnes kecil, ada juga duit bisnes hilang. Aku simpan dalam kotak dalam almari bilik, yang ada kunci hanya aku dan suami. Bila aku bising, dia cakap mungkin ada kes toyol. Aku percaya saja. Tapi sekarang baru aku sedar, tiada toyol pun. Rupanya dia yang ambil.
Aku letih nak cerita semua. Belum masuk bab belanja percutian, minyak kereta, tol, baju raya, mainan anak, semuanya aku tanggung dulu, baru claim. Aku rasa macam bank. Dengar macam aku banyak duit kan, tapi gaji aku bersih dua ribu lima ratus sahaja. Untung bisnes pun ratus ratus saja.
Tapi entah bagaimana, cukup juga. Alhamdulillah, mungkin sebab aku bayar semua dengan ikhlas. Tapi keikhlasan aku m4kin lama m4kin pudar. Aku hampir taw4r hati. Suami aku ada juga baiknya. Dia ringan tulang jaga anak, kemas rumah, sidai baju, beli lauk. Tapi lauk dia hanya ayam dan telur, kalau aku nak makan ikan atau daging, aku yang beli.
Lama – lama aku jadi tidak berharap pada dia. Bila ada apa – apa, aku tahu dia memang tidak mampu hulur duit. Orang cakap duit tak boleh beli bahagia. Tapi dalam keadaan aku, kalau gaji aku sepuluh ribu sebulan, aku rasa aku akan jadi manusia paling bahagia. Tak perlu lagi harap pada sesiapa.
Kadang – kadang aku terfikir, kenapa aku tidak boleh berada di tempat dia. Senangnya hidup dia. Kenapa aku lahir jadi wanita. Kalau macam ini, baik aku lahir jadi lelaki. Sekarang layanan aku pada suami pun sudah tidak macam dulu. Aku jadi kasar.
Kadang – kadang aku marah – marah bila aku penat fikir hal duit. Masalah duit memang boleh buat macam – macam masalah. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku derh4ka bila cerita macam ni. Kalau aku cerita pada keluarga atau kawan – kawan, mesti memaIukan suami aku sebab mereka kenal dia. Tapi hati aku hari – hari panas. Doakan aku dapat pendapatan sepuluh ribu sebulan. Supaya aku tidak lagi berkira dengan suami aku. – Her (bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Amirah Ct : Tak perlu ikhlas. Sebab suami bukan tak mampu. Cuma tak nak bertanggungjawab. 1. Kalau puan still nak stay dengan husband. Puan kena buat tindakan segera. Tapi tindakan ni kena dapatkan dari orang yang ahli. Bukan kawan – kawan.
Puan kena bersedia untuk berubah. Bukan husband puan kena berubah. Tapi puan. Sebab husband puan tu sampai bila – bila pun takkan berubah. Sebab tu saya kata puan kena dapatkan nasihat dari orang yang ahlinya. Supaya tambah ilmu puan dan boleh buat perubahan. 2. Kalau puan taknak lagi, lepaskan. Kumpul semua bukti husband tak bertanggungjawab dan culas bab nafkah.
Syu Hada : Kadang – kadang pelik dengan perempuan, dalam pada suami tak bertanggungjawab tetap tambah anak macam tak ada apa. Setiap kali husband tu culas tunaikan satu tanggungjawab, tolong kejar dan ketuk dia sampai dia faham dan buat tanggungjawab dia. Ada manusia memang macam pahat, nak kena ketuk selalu.
Nor Ismail : Dalam confession ni TT tak nyatakan berapa pendapatan suami sebulan. Bila dah tau suami culas dalam bayaran dan perbelanjaan bulanan sepatutnya mintak siap – siap duit gaji suami beserta nafkah. Kalau gaji 2k boleh mintak 1k untuk bayaran bil dan nafkah.
Duit nafkah transfer siap – siap dalam akaun TT yang lain dan jangan guna. Duit bisnes online jangan simpan di rumah. Simpan dalam bank dan jangan beritahu suami. Kena tegas. Contoh,bayar sewa rumah, every month tolong jadi perantara antara dia dan tuan rumah.
Dia bayar, minta forw4rd resit dan puan forw4rd pada tuan rumah. Bil elektrik/air boleh je register online dan monitor dia bayar ke tidak. Jangan tunggu semua dah merah baru nak meIetup. Ini dah jadi Gunung Everest pun masih tetap sabar. Errr tak fahamlah
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.