
Kakak aku meninggaI masa bersalinkan anak dia. Sebabkan anak arw4h kecik lagi, mak p4ksa aku kahwin dengan abang ipar. 2 tahun aku hidup macam robot. Raya baru ni aku minta…
#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu nak luah kat siapa. Aku berkahwin dengan bekas abang ipar. Aku namakan dia A. Aku ada 3 beradik dan aku bongsu. Sebelum ni, A berkahwin dengan kakak aku. Jarak umur aku dengan kakak 7 tahun, aku dengan A 10 tahun. Kakak berkahwin dengan A waktu aku umur 22 tahun.
Aku ada anak sed4ra umur 3 tahun. Kakak aku meninggaI time lahirkan Ayra setelah bertahun tunggu sebab ada komplikasi. Aku dip4ksa kahwin dengan A oleh mak aku sendiri. Dip4ksa ye bukan rela hati. Aku pun nak kahwin dengan pilihan aku sendiri.
Tapi Ayra kecik sangat, semua tak nak orang lain jaga. Aku pun tak paham A boleh aja hire private nanny untuk jaga Ayra. Sejak kahwin, aku betul – betul ubah diri aku nak jadi isteri dan ibu yang baik. Aku masih tahu d0sa pahala. Tapi sikap A tu memang aku takleh terima.
Dari awal kahwin sampai sekarang masuk 2 tahun perkahwinan, aku rasa lagi banyak d0sa dari kutip pahala. A ni jenis pendiam. Tak banyak cakap dan jenis tenang – tenang. Sepanjang aku kenal A waktu dia suami kakak lagi, dia bukan jenis lelaki yang marah – marah, bising. Tak pernah aku nampak dia naik suara lagi setakat ni.
Dia memang disayangi keluarga aku. Sebab dia ni pemurah, suka tolong, jenis suka balik kampung rumah sed4ra mara. Dulu aku selalu fikir bertuah kakak aku dapat suami macam abang A ni complete pakej. Baik, hensem, sopan, kaya lagi.
A kerja IT consultant. Kakak aku kerja accountant dalam bidang Oil and Gas. Memang selalu la A dan kakak aku keluarkan belanja kadang – kadang sampai berpuluh ribu untuk aku and family. Ingat lagi dia bagi aku RM500 masa aku dapat fly study luar negara dulu untuk Master. Kakak aku bagi 300.
Pastu every month masukkan lagi duit belanja. So memang aku boleh cakap diorang ni gempak la sekufu dan sama – sama sepadan. Maybe kena p4ksa kahwin dengan aku, dia tak rela juga kot. 2 tahun kitorang tak pernah nak bergurau ke apa.
Memang macam orang asing. Dia kalau kena tidur sebilik dengan aku, dia akan tidur bawah. Kalau kadang – kadang lewat sangat, dia akan tidur kat sofa dalam bilik Ayra. Bab – bab hantar ambik Ayra dari pengasuh memang dia settlekan. Cuma Ayra ni manja sikit.
Pantang nampak aku mesti nak mommy mommy. Tak boleh berenggang langsung. Aku pulak nasib kerja office hours so malam memang mostly aku dengan Ayra. A memang pemurah. Setiap bulan, aku dapat RM4000 untuk aku. Hal Ayra, bil apa dia settle lain.
Boleh kata memang aku banyak saving plus gaji aku lagi. Tapi sampai bila aku nak hidup macam orang luar. Sebelum kahwin, memang kitorang tak berbual sangat tapi sekurangnya bercakap. Tapi lepas kahwin kalau aku jujur, kitorang takde interaction sangat.
Aku tak tahula nak start macam mana sebab aku tak pernah bercinta atau ada apa – apa relationship sebelum ni. Zero knowledge. Diala orang pertama aku kena hadap dalam hidup aku. Family aku dan dia dah start usik – usik bila Ayra nak ada adik.
Tapi aku dengan dia tak pernah bersama. Aku tahu dia masih rasa sayang dan bersalah kat arw4h kakak aku. Hampir setiap malam jugak aku nampak dia pegang gambar kakak aku pastu cium – cium. Untung kalau dia tak menangis. Tapi jauh sudut hati aku, aku cemburu juga.
Kalau berjalan atau travel mana – mana, aku nak la rasa macam satu family yang complete. Aku pernah menangis dalam toilet sorang – sorang sebab hati aku s4kit sangat. Sedih rupanya bila suami tak sukakan kita. Kakak takde, tapi aku rasa macam jadi penghalang untuk dia.
Aku nak ada suami yang boleh jadi pelindung, dengar celoteh aku. Aku kadang – kadang nak cerita apa jadi kat ofis aku. Dulu aku selalu call mak dan kakak aku. Mula – mula kahwin aku hari – hari call mak aku tapi lama – lama aku takut nak call selalu sebab takut terbuka aib rumah tangga aku.
Aku tahu dia tak suka aku tapi sebab tanggungjawab dia dahuIukan aku dan Ayra. Aku pulak 2 tahun hadap dia je, of course aku dah mula sayang tapi senyap – senyap jela. Maybe sebab aku tak sepadan dan tak cukup pakej macam kakak aku.
Raya ke 3 aritu aku cakap aku nak cerai. Aku cerita semuanya yang aku tak puas hati. Last tu aku nangis depan dia sebab aku rasa aku macam sorang – sorang, sunyi dan aku nak kahwin dengan lelaki yang boleh terima aku seadanya. Dia macam terk3jut sangat, lagi – lagi bila aku cakap aku tahu dia sayang lagi kakak aku, pastu tatap gambar kakak aku tiap malam semua.
Aku cakap aku tak salahkan dia tapi bagi aku peluang untuk aku capai kegembiraan aku. Aku nak ada lelaki pelindung, yang appreciate aku, yang sayang aku dan aku pun nak ada zuriat sendiri. Ayra kita boleh bergilir. Dia minta maaf 2 kali lepas tu dia keluar.
Aku nangis sorang – sorang dalam bilik sampai tertidur. Nasib Ayra tu tidur dengan atuk nenek dia. Ni dah masuk 4 hari aku memang mengelak dari dia. Tapi dia sibuk nak nyendeng, tanya aku macam – macam. Entah, aku malas nak jawab. Tak pernah pulak dia nak ramah macam ni.
Aku tahu dia rasa bersalah la tu kat aku. Aku memang taw4r hati pun. Aku dah nekad nak bercerai. Aku takut nanti m4kin sayang, lagi susah aku nak move on. Dah orang tak suka, tak payahla berharap. Hopefully lepas ni aku dapat lelaki yang nak hidup sama – sama dengan aku sampai tua.
Kalau nak kata aku tak jaga dia betul – betul, aku buat dengan penuh kasih sayang. Aku selalu masak untuk dia hatta breakfast ke dinner. Tapi sekadar masak pastu panggil dia makan. Dia tak banyak kerenah. Makan je apa aku masak. Dari cara dia kalau sedap ke lapar dia tambah.
Kalau tak, dia makan sekali je sampai habis pastu dia akan kemas sendiri meja. Lebihan letak dalam peti. Pakaian memang aku gosok semua hujung minggu. Kadang – kadang aku gosok baju – baju dia dulu baru esoknya aku dan Ayra. Senang guna phillips iron tu, terus boleh gosok banyak.
Ada first time aku gosok, dia kata tak perlu, dia boleh buat. Tapi aku cakap takpe biar aku gosok mulai dari harini. Pastu dia tak respon apa – apa. Bilik pula memang kitorang tido asing. Mula – mula pindah lepas kahwin dia bagitau yang ni bilik aku dan opposite bilik dia. SebeIah bilik aku bilik Ayra.
Kalau tetamu / keluarga datang biasanya tido floor paling bawah. Atas pejabat dia dan lagi satu floor bilik kitorang bertiga. So boleh imagine tak betapa kosongnya hidup aku. Dah macam robot. Bangun tido siapkan sarapan, pergi kerja, balik kerja, masak dinner kadang – kadang, layan Ayra, tepuk – tepuk dia sampai tidur. Call mak dan masuk tido.
Aku rasa dah cukup 2 tahun aku tahan perasaan aku berada dalam perkahwinan ni. A memang ayah and suami yang baik tapi bukan untuk aku. Aku harap nanti kalau kitorang jadi bercerai, next time dia berkahwin dengan orang yang dia sayang.
Aku mohon korang doakan A lembut hati nak lepaskan aku. Aku tunggu dia bincang pasal hal ni tapi maybe sebab kitorang kat kampung, dia buat – buat biasa je. Tapi aku dah tak kisah. Ini memang betul – betul pengajaran buat aku. Doakan aku kuat ye. – Saleha (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen:
Hora Hera : Jangan la bercerai dik. Nampak macam ada perubahan bila adik berterus terang. Nampak tak komunikasi tu jalan penyelesaian yang terbaik. Pakej abang ipar aka suami dah cukup baik tu, mungkin saja suami sukar nak melepaskan arw4h kakak.
Dia rasa bersalah barangkali sebab adik terp4ksa pulak salin tikar. Beri la peluang kepada suami dan sama – sama berubah. Masih ada harapan… jangan la sia – siakan ijab dan qabul yang dimeterai. Semoga ada sinar untuk rumahtangga adik dan suami.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.