Anak istimewa aku meninggaI dunia dan aku tengah mengandung anak ke-6. Suami kedekut, nak bagi aku makan sebiji buah pun tak dapat. Aku rasa nak bukak gas..

Suami bagi RM300, itulah untuk lauk, beli pampers, nafkah anak 5 orang dan barang untuk baby baru. Gaji dia sampai RM600 untuk ibu mentua dan 2 kakak ipar yang dah bersuami. Baki gaji RM1000 semua dihabiskan pada kereta. Aku dapat bisikan waktu malam, supaya aku jalan kaki pergi kubvr anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku sedang hamil anak ke 6. Aku juga baru kehilangan anak istimewa. Dalam aku bersedih, aku mungkin lewat makan pil dan kini aku hamil. Aku tak tahu nak atasi emosi hati ni. Walaupun kandungan yang sebelum ni memang aku rasa emosi, sedih atau terasa, aku anggap perasaan tu sebab emosi seorang wanita berbadan dua.

Tapi tak tahu kenapa kali ni emosi aku berlipat ganda sedangkan aku memang selalu positif. Sebelum ni, aku tahu suami macam kadang – kadang dia bagi je duit untuk aku beli apa yang aku nak, walaupun tak selalu. Aku tak kisah sebab aku ada buat income online sendiri.

Kadang – kadang kalau aku nak beli sesuatu, aku akan buat t4rget. Dengan ada anak yang istimewa, belanja memang besar. Susu khas, lampin, ubat. Aku cuba usaha dapatkan bantuan dan buat income sendiri. Selepas anak yang sentiasa jadi peneman aku dah tiada, aku macam takde arah.

Masa lahirkan anak memang s4kit, aku kena em3rgency ceaser sebab nadi dan jantung bayi makin hilang. Jadi bila bayi selamat keluar tapi tak bernyawa, atas kepakaran doktor, syukur anak aku kembali bernafas. Tapi ditakdirkan datang kembali dengan kelainan, Celebral Palsy.

Sebab tu aku mer0yan sebab anak dalam kandungan memang sihat. Namun, Allah lebih sayangkan dia, dia pula kembali kepada penciptanya dan aku, Allahhhh, macam mana aku nak beritahu puan – puan semua ya. Susah aku nak gambarkan sebab 11 tahun arw4h sentiasa dengan aku. Mungkin, Allah tak nak anak aku d3rita lama.

Beberapa bulan yang lepas, bila dapat tahu aku hamil, aku tak beritahu pada suami. Sebab anak sebelum ni, bila aku announce, dia cuma pandang aku dan diam macam tak ada apa – apa perasaan. Biasalah, keadaan aku ni memang tak patut hamil sebab aku anemia teruk, d4rah tinggi meng3jut, perlukan makanan dan susu yang berkhasiat.

Baru ni, aku cuba cakap pada suami, aku minta dia sediakan barangan untuk terima keluarga baru. Dia hanya terk3jut dan dia dapat tahu kandungan aku dah pun 28 minggu. Dia kata aku belakangkan dia, anak ni anak dia. Tapi aku s4kit hati sebab dia tak pernah hantar ke klinik kesihatan untuk periksa kandungan pun sebelum ni.

Entah kenapa kali ni dia kata aku pentingkan diri. Dia berikan aku duit RM300. Katanya, “Nah, ni belilah barang baby.” Esoknya aku minta duit untuk beli lauk. Suami kata, “RM300 tulah. Tulah barang baby, tulah nafkah kau, tulah duit dapur dan duit susu anak yang kecil.”

Yang lebih, gajinya sampai RM600 diberi pada ibu mentua dan 2 kakak ipar yang dah bersuami. Jadi aku gunakan RM100 untuk beli lauk. Baki aku beli keperluan bayi sebab doktor kata takut aku kena p4ksa bersalin awal kalau GDM teruk dan anemia yang tak mahu naik walau dah makan yang berkhasiat.

Yang aku s4kit hati, baki duit gaji RM1000 semua dihabiskan pada kereta. Aku tak tahu nak buat macam mana sampai aku fikir nak tutup tingkap semua, buka gas dapur dan aku dengan anak – anak akan bebas. Dulu suami macam ni juga tapi aku tak kisah dan boleh cari income sendiri.

Tapi lepas anak yang selalu dengan aku pergi, aku rasa macam down sangat. Aku pernah bicara dari hati pada anak masa hidupnya yang aku akan selalu di sisi dia walau apa dan di mana dia berada. Sampai kadang – kadang mungkin sy4itan bisik ke telinga suruh aku keluar dan pernah berjalan kaki ke kubvr anak waktu malam sebab nak teman dia.

Aku risau aku jadi tak redha dengan pemergian anak sampai aku terfikir kenapa emosi aku kali ni macam teruk sangat dan aku sendiri tak pernah jangka. Sebab kandungan yang sebelum ni aku boleh handle dan aku tak rasa aku sorang.

Sekarang aku rasa dalam dunia ni aku dah tak ada apa – apa. Aku pun kesiankan 5 anak aku yang lain. Untuk maklumat, aku anak yatim. Aku dibesarkan keluarga angkat. Ibu dan bapa angkat aku dah tiada. Mereka pun tak sempat bercerita siapa keluarga kandung aku.

Aku pula bila suami macam endah tak endah, aku dah tak ada siapa nak minta pandangan. Aku mohon pada Allah berikan anak – anak sifat dan per4ngai yang boleh buat aku Iawan semua keadaan negatif. Aku nak kembali macam dulu.

Aku tak kisah, yang penting aku boleh terima semua qada dan qadar. Maaf pada semua rakan – rakan. Sampai pada tulisan ni, aku rasa macam group ni pinjamkan bahu pada aku dan aku rasa macam dah luahkan apa yang aku simpan walaupun benda tu remeh dan kecil.

Aku simpan selama 17 tahun. Akhirnya ia jadi api yang buatkan aku berd3ndam sebab aku perlukan suami, tapi suami dengan berlagak kata bini boleh tukar ganti, tapi mak dan keluarga tak boleh tukar. Aku mohon sangat, jika puan semua nak komen atau nak cakap aku ni b0doh, aku terima.

Cuma aku nak pesan, walau sebesar kuman pun ada rasa yang tak puas hati, rasa kecewa, rasa tertipu dan marah, teruslah selesaikan dengan suami. Walaupun ianya berkaitan habuk di meja sekalipun, jangan simpan dan selesaikan sendiri.

Aku ni sebab tak terluah dan ia jadi keras membatu, ditambah dengan kecewa kerana anak aku kembali kepada penciptanya. Bertambah lagi dengan per4ngai suami yang selalu biarkan tanggungjawab untuk sediakan makan pakai anak anak pada aku.

Sekarang aku dah tak ada income, hanya harapkan duit tabungan yang ada. Aku tahu berd0sa bila kita ada perasaan benci pada suami. Tapi dalam keadaan aku sarat, jangankan duit belanja, buah sebiji pun dia tak nak beri aku. Mungkin dah cukup aku pendam.

Semoga Allah maafkan aku sebab buka aib suami di sini. Dan aku tak salahkan dia. Dalam keadaan macam ni aku pun ada salah. Kini aku harus kuat sebab aku bakal terima anak. Keperluan dia aku perlu adakan. Bukan tak ada yang abang dan kakak punya, tapi banjir yang lalu habis semua barang yang aku simpan rosak dan hanyut. Doakan aku kuat dan aku boleh sabar redha dengan segalanya. InsyaAllah, semuanya demi Allah S.W.T.

Ulasan Pembaca :

Fauziah Fauziah : Bergunung simpati pada ibu yang hamil tapi dipinggirkan. Sabarlah. Allah Maha Mengasihani. Tak payahlah fikir perkakas baru untuk baby. Biasa saja kalau dapat guna semula barangan abang kakaknya. Kalau ada yang nak beri barangan baby terpakai, sambar saja. Rezeki juga tu.

Tentang makanan yang diidam tu, kadang – kadang ada saja cara Allah campakkan depan kita. Makan bukan rezeki dari tangan suami, tapi dari tangan orang lain. Dah namanya rezeki, akan sampai juga ke tekak kita. Positif saja selalu. Sayangkan diri sendiri. Jangan bertindak yang memburukkan keadaan. Tentang anak yang pergi, Allah lebih menyayangi dia. Dia akan menanti puan di syurga. Reda, itu kuncinya. Wallahuaalam.

Mizs Zai : Rasa dipinggirkan oleh suami sendiri lagi hebat jika dibandingkan terpinggir oleh orang lain. Dalam kes ni hanya kita sendiri yang boleh tolong diri sendiri. Harap sis kuatkan semangat dan sayangi diri sendiri. Bahagiakan diri sendiri. Dekatkan diri pada Allah. Perbanyakkan istighfar. Minta Allah kuatkan semangat. Walaupun orang sekeliling tak sayang, ingatlah Allah sentiasa sayang sis. Semoga sis mendapat nikmat bahagia dunia dan akhirat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :